Tuesday, March 29, 2011

Video seks: Menonton berdosa, berlakon pula bagaimana?



Sudah agak lama aku tidak mencoretkan sesuatu di blog aku ini. Sebenarnya, ada perkara yang cukup membelenggu kepala dan fikiran aku sejak kebelakangan ini. Tidak mengapalah, tidak usah kita membicarakan apa yang sedang berlegar ligat di kepala aku kerana aku tidak mahu membusukkan perkara yang sememangnya sedang membusuk di benak fikiran aku. Persetan sahaja dengan masalah itu kerana membuka pekung di dada bukanlah perkara yang mulia. Harap biarlah cili dapat membuktikan bahawa cili sememangnya pedas.

Berbalik kepada soal video seks, ada yang mengatakan tidak sabar-sabar mahu menonton video tersebut kerana faham-faham sahajalah siapa yang dimaksudkan dengan pelakon video itu. Ada pula yang sudah menonton membayangkan aksi maha hebat dari pelakonnya. Wallahualam..no komen kerana aku sendiri tidak pernah menontonnya. Berdosa menontonnya seperti kata Wan Azizah.

Baik, ada benarnya dengan kata Wan Azizah itu..cuma aku lebih suka menambah ayat Wan Azizah itu, 'TENGOK VIDEO SEKS HARAM DI SISI ISLAM (MENURUT WAN AZIZAH)...KALAU MENJADI PELAKON VIDEO SEKS LEBIH LAH HARAM (ITU YANG AKU TAMBAH AYAT WAN AZIZAH)..

Aku bukanlah Anugerah Tuhan yang hendak menjatuhkan hukum pada sesiapa dan apa yang aku tulis ini tidaklah merujuk kepada mana-mana pihak..Biar sahaja siapa yang makan cili akan dapat membuktikan bahawa cili sememangnya pedas..Ada aku kisah!!!!!

3 comments:

  1. tengok video seks itu ,haram.
    yang pelakon buat seks itu lagi, haramjadah.

    Jadi kak Jah ,Kalau tengok HARAMJADH AJA TAK HARAM.

    Part lain kak jah tutup mata aja, tengok muka aja

    *****no copright: free untuk semua nak petik

    ReplyDelete
  2. 1. menonton haram,
    2. yang berlakon (boleh ke kata berlakon? Kalau berlakon, tentu buat-buat zina je, bukan betul-betul..)pun berdosa juga...
    3. Pelaku (kalau betul-betul berzina)lagilah haram, dosa besar..
    4. dan yang tuduh orang tertentu kononnya jadi pelakon/pelaku tanpa saksi yang mengikut syarak, pun jangan lupa....haram berdosa..dan kena Qazaf...

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu kes liwat 1, rakyat ada yang percaya, ada yang ragu-ragu, lepas tu tak bersalah...
    Then kes liwat 2,rakyat yang dulunya tak berapa percaya, mula rasa-ras macam percaya lah jugak, tambahan pulak yang dikatakan mangsa tu handsome, muda belia, pastu mangsa siap bersumpah...ish yang tak percaya dulu dah mcm duduk atas pagar...
    Tetiba keluar pulak skandal ke 3, siap full rakaman video, rakyat mula sangsi... kerana:
    1. Ish..kuat betul pelaku seks tersebut, depan boleh, belakang boleh, ditambah pulak dengan sakit pinggang dan umur 64
    2. Ish...bodoh betul si pelaku, kes dalam perbicaraan pun tengah berjalan, sempat pulak buat kes baru..
    3. Eh..lagi macam tak masuk akal, boleh langgan pelacur pulak...dah lah tu...pelacur china yang mungkin banyak penyakit kelamin pulak...
    4. Lagi tak logik, boleh buat di hotel yang terbuka pulak tu....

    Kesimpulan yang rakyat buat akhirnya...
    Politik di Malaysia semakin lucah, rakyat Malaysia makin malu dengan negara luar. Rakyat pulak rasa macam pemimpin ingat rakyat ni tak de otak ke nak pikir??

    ReplyDelete