Wednesday, March 30, 2011

Kita perlu risau, undi protes akan menjahanamkan



Beratus kali tidur dan beratus kali mimpi, tidak pernah siapa akan menjangka bahawa beberapa buah negeri akan terlepas untuk diperintah oleh pembangkang. Biarpun secara hakikatnya, pembangkang bukanlah secekap mana untuk mentadbir urus negeri tetapi memadailah pembangkang menjadi satu instrumen kepada rakyat menzahirkan rasa marah yang membuak-buak. Dan penzahiran itu dicetuskan di dalam PRU ke 12 yang lalu.

Rakyat sudah semakin bijak dan kebijaksanaan itu diterjemahkan pula sebagai kuasa iaitu kuasa mengundi. Barisan Nasional harus mengimbangi kebijaksanaan dan kuasa yang ada pada rakyat jika tidak dacing tidak lagi akan mampu untuk menjadi elemen pengimbang.

Apa yang ada pada wakil rakyat pembangkang sehinggakan rakyat terkadang cenderung dengan pendekatan mereka? Wakil rakyat Barisan Nasional sudah boleh melupakan 'zon selesa'..tidak lagi berkereta mewah dan mewujudkan jurang di antara wakil rakyat dan rakyat. Harus duduk semeja dan perlu belajar bagaimana cara mengikat kain pelikat dan sedia untuk disembur dengan lawak jenaka yang keras di warung-warung di kawasan parlimen mereka mahupun di kawasan Dewan Undangan Negeri mereka.

Harga barang yang melambung naik biarpun bukan kemahuan Barisan Nasional tetapi itulah yang akan digunapakai oleh pembangkang untuk menggambarkan bahawa kelemahan tadbir urus Barisan Nasional adalah punca kepada fenomena ini. Biarpun kita boleh mengatakan bahawa rakyat tidak adil kerana menyalahkan kerajaan dengan kenaikan harga barang ini tetapi kita harus sedar bahawa rakyat juga harus berlaku adil kepada diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Dengan pendapatan terhad yang harus diagih-agihkan kepada banyak cabang dan keperluan, kita harus belajar merasa risau, undi sekali lagi akan menjadi penghukum yang amat dahsyat.

Sudah ada kedengaran di luar sana, keluh kesah rakyat yang terjerut leher dengan kenaikan harga barang. Kita pohon kepada pemerintah, untuk meninjau-ninjau keadaan ini. Menteri Hal Ehwal Pengguna haruslah diserahkan kepada yang benar-benar faham dengan keadaan hidup rakyat di bawah sana. Kita tidak mahu Menteri yang semata-mata mendengar dan menerima laporan dari pegawainya yang entahkan benar entahkan tidak..

Yang meragukan kita, jika benarlah apa jua laporan yang diberikan, masakan masih ada lagi rungutan rakyat berhubung kenaikan harga barang.

Sudah beberapa siri pilihanraya kecil yang memihak kepada Barisan Nasional tetapi itu bukanlah kayu pengukur yang akan kembali meletakkan Barisan Nasional di zon selesa. Di dalam perjuangan tidak pernah ada istilah zon selesa.

Api yang jelas membakar adalah jauh lebih mudah untuk dikawal berbanding dengan api yang membakar di dalam sekam..Api yang membakar di dalam sekam tanpa disedari akan meranapkan, hanya yang kelihatan adalah asap yang bolehlah disamakan dengan rungutan dan keluh kesah rakyat tentang kenaikan harga barang dan tekanan hidup yang memerlukan tampungan belanja yang amat besar.

3 comments:

  1. waaaa....

    inilah posting kau yang paling baik, bermutu dan dalam nada serius, bro.

    apa pun, perlu diingat bahawa rakyat hari ni bukan rakyat post-merdeka. rakyat hari ini lebih bijak menilai pemimpin dan mentafsir keadaan. janganlah kita terperosok lebih jauh hanya kerana ketaksuban kita pada kuasa yang ada.

    ReplyDelete
  2. saya sokong....alhamdulillah..akhirnya tersedar jugak kawan kita ni...dgn apa yg dibuat dan tidak dibuat oleh pemerintah BN...

    ReplyDelete
  3. Bukan soal sedar atau tidak anon..soalnya mencari jalan terbaik untuk menegur dan memberi pandangan..maklum saja puak sebelah sana terlalu bijak mencuri kesempatan..segala apa yang diperkatakan kita pastinya memberi ruang kepada puak sebelah sana untuk pusing 361 darjah..

    ReplyDelete