Wednesday, March 9, 2011

Krisis UMB dan bloggers..komen anda?


Kemelut di antara UMB dan bloggers pro-BN nampaknya semakin kusut. Medan media siber yang sepatutnya digunakan untuk mencoretkan artikel yang lebih menguntungkan Barisan Nasional sedikit terlondeh dan longgar dek kerana kedua-dua pihak 'bertikam lidah' dengan hujah masing-masing.

Suka disarankan dengan mengambil pandangan daripada blogger Melayu Bersatu bahawa UMB harus menyenaraikan senarai nama bloggers yang didakwa di bawah naungan UMB sendiri. Rasanya di dalam dunia blogging baik pro-BN mahupun pembangkang dunia blogging ini bukanlah terlalu besar jumlahnya. Kata mudah..pusing kanan, pusing kiri adalah dari individu yang sama..baik yang elitis mahupun yang nyamuk..saling kenal. Kepada Tun Faisal, eloklah mengambil positif pandangan blogger Melayu Bersatu untuk menyenaraikan nama-nama bloggers di bawah pengurusan UMB sendiri.

Dan jika senarai yang Tun Faisal kemukakan itu adalah dari kalangan yang tidak termasuk di dalam senarai nama yang sebenarnya blogger bebas yang pro-BN maka bolehlah kita nobatkan bloggers yang Tun Faisal senaraikan itu adalah bloggers di bawah naungan UMB sendiri. Bagaimana hendak mengklasifikasikan seseorang blogger itu adalah blogger bebas atau blogger di bawah UMB? Blogger UMB adalah seharusnya blogger yang 'urusannya' dikendalikan oleh UMB manakala blogger bebas adalah blogger yang kadang-kala di panggil atau ad hoc untuk sesuatu perkara. Sulit untuk Tun Faisal menyenaraikan nama tersebut? Itulah beban pembuktian yang seharusnya dipikul oleh Tun Faisal untuk mengeruhkan keadaan. Lebih elok disegerakan.

Kepada sahabat bloggers di luar sana..aku mohon akan kita beri ruang kepada Tun Faisal untuk menyenaraikan nama-nama seperti yang dipohon. Jika nama sahabat yang sebenarnya merupakan bloggers bebas tetapi dimasukkan di dalam senarai nama bloggers UMB, itu adalah perkara yang perlu dijelaskan oleh Tun Faisal kepada semua bloggers dan pucuk pimpanan UMNO sendiri.

Buat masa ini, adalah lebih elok jika sahabat-sahabat bloggers memfokuskan kepada soal perjuangan untuk memartabatkan Barisan Nasional di luar sana. PRU 13 sudah terlalu hampir dan jika kita bersetuju kecundangnya BN pada PRU ke 12 dulu adalah kerana media siber yang didominasi oleh Pakatan, jangan kita benarkan sekali lagi kecundangnya BN di dalam piliharanraya angkara jari jemari kita menekan keyboard untuk menghasilkan artikel yang tidak sepatutnya didedahkan.

Tun Faisal mungkin perlukan masa untuk menyelesaikan isu ini dan sahabat bloggers juga perlukan jangka masa untuk menunggu penjelasan dari Tun Faisal. Biar masa menentukan siapa yang benar...Biarlah masa menentukan siapa yang lebih adil...

Apa komen UMB dan sahabat bloggers?

2 comments:

  1. Tuan, UMB patut fokus kepada Pemuda Umno sahaja. baru nampak kejayaannya. berapa ribu pemuda umno ada blog selepas mendapat latihan UMB, berapa ribu pemain twitter dan facebook.

    Puteri Umno juga kena buat benda yg sama.

    Blgger yang wujud sebelum UMB jika dia pemuda Umno boleh bernaung bawah UMB.

    Kalau macam TM yang dah bukan kategori Pemuda tak boleh lagi bernaung bawah UMB .

    Tak gitu tuan?

    ReplyDelete
  2. Ada baiknya cadangan TM di dalam perkara ini..Akan saya panjangkan kepada UMB berhubung saranan TM..

    Jalan sebaiknya kita fokus saje pada PRU 13 yang semakin hampir..

    ReplyDelete