Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Biarlah anak Nazri tu..!!


Anak Nazri tu jantan..pedulilah dia nak kawan, couple atau kawin dengan siapa pun. Pedulikanlah..Bukan masalah untuk kita fikirkan..Bukan bahana yang boleh membawa kepada kehancuran negara. 

Dia nak kawan dengan ibu tunggal bergetah, Nora Danish tu pun apa salahnya. Jebat sangat tidak faham kenapa perlu kita kecoh kalau Nadim anak Nazri tu nak couple dengan Nora Danish. Nadim anak Menteri Nazri tentulah sedikit sebanyak boleh menarik perhatian Nora Danish. Takkanlah Nora Danish nak terpikat dengan Jebat pulak.

Anda semua biasa dengar 'enggang dengan enggang  mana nak sama anak kedidi'. Jadi biarlah Nadim terbang tinggi sama Nora Danish. Adat.

Isunya cumalah Jebat  tidak faham kenapa harus Menteri Nazri meletakkan nama anaknya di dalam website kementerian sebagai pegawai khas seolah-olah lantikan itu bersifat rasmi dan official. Sebagai Menteri tentulah perkara itu akan mengundang pelbagai spekulasi yang kurang enak. Jika teringin sekalipun menurunkan bakat sebagai menteri kepada anak rasanya tidak perlulah sampai meletakkan nama anak sebagai pegawai khas yang perlu dicanang kepada umum. Lantikan secara lisan atau lantikan secara anak beranak sudah memadai. Tidak ada salah.

Sebagai Menteri yang senior tentulah Menteri Nazri faham akan implikasi yang bakal timbul dengan perlantikan anaknya itu. Tetapi Nazri tetap Nazri. Degilnya bukan kepalang. Spekulasi mudah yang akan dipalu oleh pembangkang tentulah berkisar kepada soal kroni, proksi, rasuah dan projek jutaan ringgit. Pelik, jika Menteri senior seperti Nazri tidak terjangka atau terfikir perkara ini.

Siapa yang kenal Nazri atau lebih dikenali sebagai 'chief' di parlimen tentunya sudah masak dengan perangai dan tingkahlaku Nazri. Cakaplah apa sahaja..Pada Nazri sekiranya dirasakan tindakan beliau betul beliau pasti akan pertahankan. Anda lupa bagaimana Menteri Nazri boleh besemuka dengan cinabeng Namewee tatkala semua orang membenci cinabeng itu? Anda lupa bagaimana Menteri Nazri boleh mengarahkan Jonker Walk dibuka?

Jika anda sudah tahu perangai dan pendirian Menteri Nazri ini rasanya anda tahu saluran mana yang anda boleh gunakan semasa Perhimpunan Agong UMNO nanti. 

Ingatlah, bukit tidak akan runtuh dengan jeritan!!!

p/s: Kenapa PM masih melantik Menteri Nazri sebagai Menteri? Sama-sama kawan masa Pemuda..mungkin banyak kisah masa zaman Pemuda agaknya. Mungkin banyak nostalgia yang dikongsi bersama dan sukar dilupakan. Biarlah!!!

Tuesday, July 2, 2013

Nazri Aziz bukalah Jonker Walk kat Perak..!!


Kalau anda orang yang pandai..yang mana satu Menteri? 

Jebat tidak kenal Menteri Pelancongan yang baru, Dato' Seri Nazri Aziz.

Jebat hanya pernah lihat Nazri berdebat di Parlimen. Tampak hebat dan cool mematahkan hujah biarpun diasak Bang Non Permatang Pauh dan konco-konco Pakatan.

Tapi hari itu Jebat sudah mula hangin satu badan tengok Nazri berjabat tangan dengan cinabeng Namewee. Masuk parlimen dengan etika pakaian yang tak kena. Negara dan parlimen bapak cinabeng Namewee punya?Lancaukan lagu negaraku, lancaukan TNB, semua dia lancaukan tapi Nazri beri muka pada taukeh lancau..!!

Tapi bila Jebat jumpa sahabat Jebat yang bekerja dengan Nazri kawan Jebat kata tu kata ' Nak jaga hati pengikut Namewee yang berjumlah ratusan ribu' Auwww!!! Terkesima Jebat. Eh! Tak payah hairanlah..Ah Jib Gor pun sibuk jaga hati cinabeng walau dah kena mandi dalam PRU ke 13.

Sekarang Nazri berbunyi lagi. Jonker Walk kena buka dan tutup jalan. Kasi orang berniaga. Eh silap kasi cinabeng niaga. Alamak Ketua Menteri Melaka @ negeri kelahiran Jebat kena sound dengan Nazri? 

Sudahlah kami rakyat Melaka kali ini takkan dengar apa pusat nak cakap. Kami orang Melaka akan ikut acuan kami sendiri. Ikut pusat apa kami dapat? Timbalan Menteri yang ciput dan entah apa-apa tu? Ikut pusat apa kami dapat? Tok Ali kami kena mandi di Bukit Katil kerana ikut nasihat pusat yang nakkan Tok Ali naik ke pusat? Weh..jangan melampau ok...

Jangan sangka kami negeri kecil pusat sesuka hati nak lanyak. Menang dalam PRU dapat jawatan Timbalan Menteri ciput. Sekarang sibuk nak arahkan Ketua Menteri kami? Pergi jalanlah..

Wah! Bersorak sakanlah agaknya cinabeng di Melaka. Ini Melayu sudah tunduk sama kita!! Ikut resmi padi agaknya, makin tunduk makin berisi. Kah Kah Kah..orang dengan padi mana nak sama!!! Orang kalau semakin kita tunduk lama-lama orang naik kepala pijak tengkuk kita.

Macam ini sahajalah. Atas nama dan bendera yang sama. Nazri tak payah nak sibuk hal Melaka ok? Perak pun tenat tu. Apa kata Nazri buka Jonker Walk kat Perak. Itu lagi baik daripada campurtangan dalam urusan negeri kami..

Kita kecilkan skope kata Hang Tuah..Takkan Melayu hilang di dunia..Wehh pergi jalanlah...Takkan Melayu Hilang  di Melaka!!! 

Pusat dengan pusatnya Melaka dengan acuan Melakanya. Ikut suka kami lah..!!!

Thursday, December 9, 2010

Jangan marah Nazri Aziz

Rakan-rakan bloggers jangan marah dan naik angin pada Nazri Aziz berhubung gambar di atas. Beliau tidak ada melakukan kesalahan. Sebagai peguam terhebat dan Menteri yang menjaga hal-ehwal Parlimen beliau lebih tahu dengan apa yang beliau lakukan. Rakan-rakan bloggers tahu apa dalam isu ini jika hendak dibandingkan dengan peguam dan Menteri yang hebat ini.

Mungkin inilah revolusi yang cuba dibawa oleh Nazri Aziz. Etika pakaian ketika memasuki bangunan Parlimen mungkin akan dilonggarkan untuk memudahkan rakyat memasuki dewan Parlimen. Elok benar macam itu tambahan pula kita baru menyambut Maal Hijrah. Suka juga aku cadangkan agar mana-mana wanita yang nak bermandi-manda di Parlimen pun boleh dibenarkan memakai bikini. Lagipun kolam yang ada di kawasan Parlimen itu tidak digunakan sepenuhnya. Hanya untuk penternakan ikan. Alangkah elok jika dibenarkan wanita berbikini mandi-manda di situ dapat juga meringankan stress ahli-ahli Dewan yang berbahas.

Jangan marah anak Cina tu kalau dia memakai snow cap ke Parlimen. Rakan-rakan bloggers mana tahu tentang betapa sejuknya hawa dingin yang terdapat di Parlimen. Kalau tak percaya tanyalah pada Nazri Aziz, beliau lebih tahu segala-galanya tentang parlimen. Baju T-shirt yang anak Cina tu pakai pula adalah lambang untuk menunjukkan dia adalah penyanyi rap. Biasalah dalam rap semua ayat boleh keluar..Mana ada salah..Itulah cara anak muda menyampaikan mesej dalam nyanyian mereka kata Nazri. Tak percaya rakan-rakan bloggers tanyalah Nazri Aziz..Beliau lebih tahu segala-galanya.

Rakan-rakan bloggers kena sahut permintaan Nazri Aziz untuk membantu menghentikan anak Cina ini daripada terus dihentam di dalam media. Lagipun Nazri kata anak Cina ini tidak rasis, tidak anti kerajaan dan tidak anti Malaysia. Lagu Negaraku yang dijadikan lagu Negarakuku itu adalah tanda menunjukkan betapa rakyat Malaysia memang kreatif. Kalau tak percaya tanya Nazri Aziz. Beliau lebih tahu segala-galanya.

Lagipun kata Nazri Aziz..kalau kasar tak apa jangan lucah je..Demonstrasi jalanan kalau kasar tak apa tetapi jangan tunjuk isyarat lucah..eh betul ke macam tu? Kena tanya Nazri Aziz perkara ini. Beliau lebih tahu segala-galanya.

Tak apalah..kita doakan saja anak Cina ini akan lebih kreatif berkarya pada masa akan datang..Jangan lucah kasar tak apa..Kalau ada kemusykilan tentang darjah kasar atau lucah tanyalah Nazri beliau lebih arif menkategorikan sesuatu perkara..