Sunday, May 12, 2013

Kisah penyokong PKR yang terlampau!!!

Manusia yang bodoh ialah manusia yang tak pernah sedar bahawa mereka adalah bodoh. 

Agak lama Jebat melihat bekas cendol Jebat petang tadi.
 
Semuanya kerana hilang selera akibat daripada tersalah masuk warung.
 
Rupanya warung cendol yang Jebat masuk petang tadi adalah milik pencacai tegar PKR.
 
Kalau namanya tegar tentulah sumpah seranah tidak akan terlepas dari bibir pencacai.
 
Pergi seorang datang pula seorang yang baru. Semuanya pencacai PKR. Kisahnya berkisar kepada perhimpunan yang telah mereka sertai di Kelana Jaya baru-baru ini.
 
Jebat bukan seorang yang hipokrit dan menidakkan perkara yang betul. Jika betul, ianya akan tetap betul di mata Jebat tetapi kalau pencacai PKR ini bodoh lagi dungu maka tetaplah dungu lagi bodoh di mata Jebat.
 
'Abang tahu, 20 juta bang 20 juta bang yang datang kat stadium malam tu. TV tak tunjuk. Tak masuk berita'
 
Itu antara fitnah terbaru yang pencacai PKR lontarkan.
 
Jebat angkat kaki dan  meletakkan RM 5 di atas meja untuk semangkuk cendol. Kalau dilayan sudahnya kita akan jadi seperti Mat Sabu yang tak pernah tahu apa yang dia sendiri cakapkan.
 
Rakyat Malaysia bilangannya sekitar 28 juta orang. Jadi kalau 20 juta yang datang ke stadium malam itu makanya hanya 8 juta yang tidak hadir. Aduh..Tolonglah..Kebodohan apakah ini?
 
Patulah mudah benar Anwar dan Kit Siang menipu hidup-hidup puak bodoh sombong ni..
 
Aduhai malangnya ibu bapa kamu ada anak seperti kamu..!!!

7 comments:

  1. Nasib baik dia cakap 20 juta...kalo dia kata 40 juta...hah mana dtgnye lg 12 juta....dan mau kosong seluruh malaysia sbb semua dah berkumpul kat kelana jaya.....dan lagi satu, agaknya 20 juta tuh org lidi ye...kalo x mana nak muat stadium....

    ekekekekkkekekekekekekkekekekk

    ReplyDelete
  2. Tolol tahap dewa tu...

    ReplyDelete
  3. jangankan 20,...200 juta pun mamat mamat ni percaya...bangla, indonesia, cina spura, cina siam join sekali..

    ReplyDelete
  4. HAMBOIH... penyokong pr cakap, kau nk marahkan anwar pulak?? ADAKAH KAU LUPA? KITA PERNAH BERJAYA, MEMAYUNGI 2/3 DUNIA... kita sebagai org islam x perlulah bergaduh2 maki sana sini kpd yg berkenaan...kita x boleh nk nilai seseorng itu samada dia baik ataupun buruk... yg membezakan kita adalah iman... itupun ALLAH shj yg mampu mmbezakan. knp kita perlu menilai? tepuk dada tanya iman. yg kita perjuangkan adalah islam... jd kita hendaklah amalkan nilai2 islam, In Sha Allah. islam akan tertegak semula dimata dunia...

    ReplyDelete
  5. penyokong yang taksub akan sentiasa diperbodoh. anwar pembohong yang jelas. nak percaya apa lagi..

    ReplyDelete
  6. KENAPA NAK TUNGGU PILIHANRAYA BARU NAK BERARAK ARAK....
    HARI HARI LAIN TAK BOLE KER.....

    ReplyDelete
  7. kalau 20 juta yg hadir. Mana datangnya lagi 15 juta orang padahal penyokong anwar yang mengundi PKR , DAP , PAS lebih kurang 5 juta. Ada kemungkinan pengundi hantu puak puak anwar yang datang nie.

    ReplyDelete