Tuesday, May 25, 2010

Syabas Ketua Pemuda dah jadi sojal

Syabas kita ucapkan pada Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana dah berjaya tamatkan latihan sebagai tentera Wataniah. Kalau ikut loghat orang Melaka kiranya KJ dah jadi sojal. Orang-orang tua Melaka ramai yang sebut tentera sebagai sojal..Nak sebut soldier..sojal pulak jadinya...Aduhai..sayang anak omak..Gagah dan berani..

Cerita pasal sojal ni aku teringat filem Embun bilamana pelakon Izi Yahya ketawa besar bila Akashah kata yang dia dah jalani latihan ketenteraan secara intensif. Si Izi Yahya tak mau mengiktiraf Akashah sebagai tentera kerana sekadar menjalani latihan tentera secara intensif. Itu dalam filem bhai..ini betul betul bukan cubaan..kau orang jangan ingat mudah nak jadi sojal ni. Harus kita ucapkan syabas pada saudara KJ atas semangat juang yang kental.

Alhamdulillah, kehidupan anggota parajurit kita sekarang telah jauh lebih baik kerana telah ditempatkan di kem kem yang selesa dan indah. Kau orang jangan ingat orang orang politik je yang ada kem. Kawan aku pernah cakap pada aku tentera tentera tak boleh salah masuk kem kalau tak kena tahan dengan MP tau..Orang politik ada yang salah masuk kem ke?Ada aku dengar orang cakap..orang politik kalau salah masuk kem boleh tinggal bas..

Menteri Pertahanan, boleh ambil keberanian saudara KJ ni sebagai galakan kepada Ahli Ahli Parlimen yang lain untuk mencontohi saudara KJ yang sedia berkhidmat kepada negara. Takkan Ahli Ahli Parlimen yang lain tak mau masuk kem?Contohilah saudara KJ yang sedia menitiskan keringat untuk masuk kem..

p/s: Jebat teringin nak tengok kapal selam menyelam..Kalau dapat masuk kem rasanya lebih mudah nak tengok kapal selam menyelam kot...lalalala

No comments:

Post a Comment