Saturday, May 1, 2010

Bersuara ikut tekak

Kita bertemu lagi setelah seminggu aku membisu dan membungkamkan diri dari menyatakan apa-apa. Sejak pulang dari Hulu Selangor aku mengambil keputusan untuk merehatkan sejenak kepala dan minda dari terus memikirkan calar balar politik negara yang sudah semacam tidak ada titik noktahnya. Telinga dan gegendang telinga aku hampir tepu setelah hampir tiap-tiap malam selama 2 minggu mendengar dakyah-dakyah yang Pakatan hamburkan semasa kempen pilihanraya Hulu Selangor tempoh hari. Mata dan anak mata aku hampir rabak bila melihat Pak Haji dan Mak Haji puak hijau bertepuk sakan mendengar orang-orang bukan Islam menghentam pemimpin-pemimpin Islam Barisan Nasional. Mungkin ada benarnya jika orang kata dunia sudah mahu kiamat...kerana ada di antara tanda-tandanya sudah jelas kelihatan..ORANG JAHIL MENGAKU ALIM DAN MENJADI GURU..DAN APABILA LAMBANG DAJJAL BERMATA SATU DIJULANG TINGGI OLEH ORANG ORANG ISLAM. Dan selemah-lemah iman apabila aku hanya mampu menegur di dalam hati. Dengan kudrat dan izin Allah jua.

Baik..kita lupakan soal Hulu Selangor yang telah jelas memihak kepada Barisan Nasional. Biar seribu undi biar satu undi..menang tetap menang.

Rakan blogger seolah menyedarkan aku dari lamunan dan membangunkan aku dari tindakan membungkamkan diri. Menerima sms dari rakan blogger berhubung demo yang mahu dianjurkan oleh si roket tegang mencanak membuatkan kepala otak aku berputar ligat semula. Apa pulak si kulit kuning telur ni mahukan? Khabarnya..esok tengah hari di KLCC mahu diadakan protes terhadap media arus perdana..Di khabarkan si kuning telur roket ni mahu memegang suratkhabar arus perdana di dalam keadaan terbalik selama 10 minit dan mesej yang mahu disampaikan adalah tentang ketidakboleh percayaan terhadap suratkahabar arus perdana ni. Jadi, suratkhabar mana dan media mana yang boleh dipercayai?

Secara peribadi, aku membaca Harakah dan Suara Keadilan hampir tiap-tiap hari. Aku sekadar baca dan isi kandungannya tidak langsung mengusik minda aku untuk berfikir. Dan aku percaya bahawa akan ada di antara kita yang akan mempercayai isi kandungannya. Tidak ada salah kerana itu pendirian masing-masing. Tidak semua orang akan percaya dengan apa yang kita perkatakan. Tetapi lumrah alam..yang busuk dan mengundang dosa itu yang disukai orang.

Kalau sejernih itu kerajaan yang ditunjangi UMNO memberikan permit kepada Harakah dan Suara Keadilan, kebebasan bersuara apa lagi yang mereka mahukan?Apakah mereka mahukan seluruh rakyat mempercayai berita yang mereka keluarkan? Atau adakah mereka sudah semakin gusar kerana tanda-tanda rakyat kembali ke pangkuan Barisan Nasional sudah digambarkan di Hulu Selangor? Apa yang perlu mereka khuatirkan sekiranya berita yang disampaikan oleh media mereka benar-benar diterima oleh rakyat? Soalnya, mereka sudah mula nampak bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh lagi di perbodohkan dengan persepsi. Sebaliknya, bukti-bukti kejayaan Barisan Nasional sudah mencelikkan mata rakyat dan ini menggusarkan mereka justeru pada mereka media arus perdana yang menjadi saluran penyampaian kejayaan kerajaan ini kepada rakyat harus mereka kuburkan.

Kita tunggu sahaja esok dan kita sama-sama lihat sambutan terhadap demo ini. Moga-moga rakyat tidak lagi benak akal fikiran dengan menyertai mereka dan yang paling utama jangan sampai ada TANGGANG DI KALANGAN ANAK MELAYU ...MENDERHAKA PADA IBU PERTIWI SENDIRI.

1 comment:

  1. salam hormat bro

    komunis2 DAP tu seme otak singkat. saje nk cari psl dgn memainkan sentimen perkauman sjak dari dulu lagi

    besok sape2 yg ada kat klcc tu amikla gmbr muke2 komunis tu pastu masukkan dlm blog masing2 supaya kita tau mereka2 yg mengkhianat negara

    ReplyDelete