Sunday, May 9, 2010

Sibu: Antara Azmin Ali dan masyarakat Iban

Pertemuan secara berdepan mata dengan pemimpin Iban membuatkan hati tersentuh mengenangkan semangat kecintaan dan sayangnya masyarakat Iban pada kedamaian negara sejak merdeka. Siapa yang tidak sedar bahawa masyarakat Iban adalah suatu golongan yang terkenal dengan keberanian sehingga banyak melahirkan komando-komando terlatih di kalangan tentera-tentera Malaysia.

Semasa berdepan dengan Tuai Rumah Panjang, secara terus terang mereka mengakui mereka akan terus menyokong Barisan Nasional biarpun beberapa kemudahan asas masih belum mereka perolehi. Semuanya kerana kecintaan terhadap keharmonian negara. Terima kasih kita ucapkan kepada masyarakat Iban yang tahu menghargai keharmonian negara tidak seperti puak Fuckatan yang tidak sudah-sudah cuba merobek nilai keharmonian negara yang telah sekian lama kita pupuk.

Bayangkan sudah jadi Ahli Parlimen dan wakil rakyat tetapi masih tamakkan kemewahan hidup. Apa lagi yang puak Fuckatan mahukan di dalam hidup mereka?Kalau dibandingkan hidup pemimpin Fuckatan ni jelas dan amat nyata bahawa kehidupan mereka jauh lebih baik daripada masyarakat Iban ini. Dek kerana ketamakkan, pimpinan Fuckatan terus membuang rasa kecintaan kepada negara justeru semata-mata untuk memenuhkan tembolok mereka.

Seperti yang berlaku malam tadi di Rejang Park, begitu berapi-api Azmin Ali membusukkan pimpinan Melayu UMNO. Adakah Azmin sengaja membakar api kebencian orang-orang bukan Melayu terhadap pemimpin Melayu?

Sebagai orang Melayu, Azmin seharusnya membela Melayu. Andaikan apa yang boleh dibuat oleh Azmin terhadap negara jika beliau tergamak membusukkan bangsanya sendiri.
Pesanan buat Azmin...jangan sibuk sibuk di Sibu..selesaikan dulu masalah jalan di Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa di mana Azmin adalah wakil rakyat kawasan tersebut. Jalan di Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa lebih teruk dari muka orang yang dipenuhi jerawat. Cermin-cerminkan diri Azmin...

No comments:

Post a Comment