Friday, May 7, 2010

Sibu: Undi BN dapat RM 500 juta?

'Zaman ini zaman duit takde duit diri tersepit'..Tu lirik lagu DUIT yang M. Nasir nyanyikan dulu..

Kalau ikut di Sibu ni rasanya ada benar dengar tajuk lagu tu. Di Sibu kebanyakkan rumah-rumahnya kelihatan lebih mewah berbanding dengan rumah-rumah di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain di Semenanjung. Kalau dah abang long yang monopoli ekonomi Sibu memang selayaknya Sibu jadi macam tempat himpunan orang-orang kaya yang garang terkawal.

Puak DAP awal-awal lagi dah cakap yang BN akan membelanjakan RM 500 juta untuk piliharaya kecil Sibu ni. Mana dia orang dapat jumlah tu..entah benar entah tidak aku pun tak tahu..Tapi kalau benar, maka orang-orang Sibu pastinya tersenyum puas kalau mengundi BN. BN bukan sekadar cakap tetapi BN cakap berserta bukti. Lihat saja di Hulu Selangor, biarpun BN kalah di peti undi Bukit Rasa tetapi BN tetap menunaikan janjinya yang dijanjikan sewaktu masa berkempen. Inilah lebihnya BN..JANJI DI KOTA.

Kalau benar sebanyak itu jumlah yang akan dibelanjakan oleh BN sewajarnya orang-orang Sibu mengundi BN kerana tampak jelas ekonomi orang-orang Sibu cuma boleh diimbangi oleh BN sebagai kerajaan yang berwibawa dan mampu membantu orang-orang Sibu. Apalah yang boleh DAP sumbangkan pada pengundi Sibu yang majoriti tampak mewah? Baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat semuanya di bawah BN, maka sewajarnya BN lah yang dipilih pada 16hb ni.

Kalau dah DAP sendiri memaklumkan kepada kita jumlah wang yang bernilai RM 500 juta itu akan disumbangkan oleh BN untuk kemajuan Sibu, apa lagi yang perlu difikirkan oleh orang-orang Sibu. Jadi orang Sibu mahukan apa untuk diri mereka...??PILIH RM 500 JUTA atau PILIH WAKIL RAKYAT YANG LANGSUNG TIDAK AKAN MEMBANTU APA-APA..MASUK ANGIN KELUAR ASAP!!

Tekadkan pilihan, undilah BN!!

No comments:

Post a Comment