Sunday, May 9, 2010

Sibu: Ekonomi mewah..sumbangan kerajaan BN

Dah hampir seminggu melihat kepada keadaan Sibu..Aku rasa budak darjah 6 pun lihat bagaimana keadaan Sibu dan boleh lihat siapa yang monopoli ekonomi Sibu. Dengan bahasa mudah, semua golongan masyarakat boleh nilai siapa yang kaya di Sibu.

DAP dengan slogan untuk pilihanraya kecil Parlimen Sibu ini mengajak masyarakat Cina agar berubah dengan menyokong DAP. PKR dan PAS datang dari Semenanjung pun menggula-gulakan masyarakat Cina Sibu supaya berubah dari BN kepada DAP.

Kalau dah PAS dan PKR tu lemah akal, jangan anggap masyarakat Cina Sibu jugak lemah akal macam dia orang. Dah berpuluh tahun lamanya BN memerintah Sibu, ternyata keadaan ekonomi masyarakat Sibu jauh lebih baik dari masyarakat Kelantan sendiri. Jadi PAS elok ubah keadaan ekonomi Kelantan tu dulu sebelum buat menyemak di Sibu. Masyarakat Cina Sibu masih belum buta untuk menilai yang mana satukah di antara DAP dan BN yang mana banyak berjasa kepada mereka.

Kerajaan Selangor di bawah PKR pulak sekadar menggunakan kemudahan dan pembangunan yang telah berpuluh tahun kerajaan BN dirikan untuk rakyat Selangor. Di mana sumbangan PKR untuk kemajuan negeri Selangor.

Apa yang mampu DAP ubah sekiranya memenangi pilihanraya kecil ini?Dengan cuma bertemakan rakan parlimen dari Bandar Kuching yang jugak DAP, apa yang mampu DAP suarakan di Parlimen? Kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah di bawah pimpinan Barisan Nasional jadi sudah tentu memudahkan rakyat Sibu sekiranya calon dari Barisan Nasional di pilih sebagai wakil rakyat mereka.

Kesimpulannya..sanggupkah masyarakat dan pengundi Sibu meninggalkan segala kekayaan yang mereka telah perolehi di bawah kerajaan Barisan Nasional dan beralih kepada DAP dan Fuckatan Rakyat yan tidak dapat dan tidak pernah menyumbang apa apa kepada masyarakat Sibu apatah lagi menyumbang untuk pembangunan negara Malaysia..melewati masa lampau dan masa akan datang.

Tekadkan pilihan...UNDILAH BARISAN NASIONAL...

p/s: Khabarnya, pemimpin Barisan Nasional telah berjumpa pengundi-pengundi Melayu dan lain lain kaum malam tadi dan sejumlah peruntukan yang besar akan digunapakai untuk menambahbaik keadaan ekonomi dan pembangunan di kawasan pengundi Melayu..Adil..semua pihak akan merasa nikmat kesan dari GAGASAN 1 MALAYSIA..Calon DAP pun dah tunjukkan isyarat jari 1 Malaysia masa hari penamaan calon itu hari..Lim Kiat Siang Malam..siang malam duduk fikir kenapa calon dia tunjukkan isyarat 1 Malaysia tu..

No comments:

Post a Comment