Thursday, December 15, 2011

Apa perlu kepada UMNO-BN



Sama ada kita sedar ataupun tidak sudah kerap kali kedengaran di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat yang tidak lekang bibir menyebut perkataan UMNO-BN. Kenapa perlu menyebut perkataan UMNO-BN?

Bukankah UMNO itu adalah salah satu komponen yang terdapat di dalam BN? Bukankah MCA, MIC dan lain-lain parti di dalam BN yang membentuk perikatan yang dipanggil Barisan Nasional?

Suatu ketika dahulu Jebat diberitahu oleh seorang rakan bahawa modus operandi yang digunapakai oleh agen untuk memburukkan UMNO ialah 'UMNO BAGUS CUMA MAHATHIR YANG TIDAK BAGUS'.

Mereka sedar kerana selagi adanya Mahathir selagi itulah mereka tidak dapat mengganggu gugat UMNO.

Sekarang Mahathir tidak ada yang ada hanya UMNO. Atas dasar itulah mereka merasakan bahawa selagi ada UMNO selagi itulah punca kuasa akan kekal bersama Barisan Nasional. UMNO sebagai punca dan akar tunjang yang menguatkan Barisan Nasional.

Pastilah sudah tersemat kemas difikiran mereka bahawa nama UMNO harus diburukkan ke tahap maksima kerana jika tidak buatlah apa sahaja pasti usaha mereka akan menemui jalan buntu.

Ibarat hendak menumbangkan pokok akar tunjangnya mestilah dirapuhkan terlebih dahulu kerana selagi akar itu memaut kemas pada tanah selagi itulah pokok tidak akan tumbang.

Jika anda membiarkan perkara ini terjadi anda sebenarnya sedang menumbangkan pokok dan pokok itu adalah Malaysia.

No comments:

Post a Comment