Wednesday, March 17, 2010

Belum jadi Perdana Menteri dah cabut

Aduhai..apa sudah jadi dengan hero Melayu dan hero rakyat Nuar Berahim?Takkan seorang hero boleh keluar dewan apabila baru nak dicuit oleh kawan lama dalam Pakatan..Macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau dengan kawan pun boleh goyang.Kata biasa dengan pemimpin-pemimpin dunia takkan dengan Zahrain pun dah nak goyang..

Sebelum Zahrain berucap, Nuar Berahim bukan main auta suruh semua orang dengar ucapan dia tapi bila Zahrain bangun dan baru berucap dia pulak keluar dewan..hahahha...kelakar betul..ingat pejuang rupanya telinga nipis..apa ni Pak Sheikh...

Hari ni seluruh rakyat Malaysia dijelaskan tentang cerita dongeng 16 September ciptaan hero rakyat Nuar Berahim. Pengikut-pengikut PAS dan PKR apa mau cerita tentang perkara ni?Dah sedar yang selama ni kena kencing?Ke pasal takut dengan bai'ah talak tiga jadi nak kena mengangguk je lah ye..Tapi kalau dah totok cakap apa pun dia orang tetap akan sayang kat hero rakyat ni..Kena kencing pun tak apa..yang penting Pak Sheikh boleh hiburkan dia orang dengan cerita-cerita dongeng..Hahaha...

Aku pulak yang malu bila baca kononnya Tuanku sedang tunggu di istana untuk dapatkan kenyataan 30 orang Ahli ParlimenBN yang di dakwa akan melompat parti..Hahahaha...Raja Lawak musim ke berapa ni?

Sekarang jelaskan siapa yang lemah daya fikirnya..senang-senang boleh percaya cakap hero Melayu cabut lari ni..Dia punya idea 16 September ni satu hal tapi yang lebih melucukan bila pengikut-pengikut PAS dan PKR boleh percaya dengan cerita lawak macam ni..Aku tak boleh bayangkan berapa punya lemah kepala otak kau orang...

Esok Zahrain akan sambung ucapannya..Tapi hero Melayu cabut lari ni dah cabut dah..ke luar negeri katanya..Nak buat projek khayalan apa pulak Pak Sheikh?

5 comments:

  1. TERGELAK BILA MELIHAT ANUAR TERKUJAT-KUJAT KENA BELASAH OLEH DS ZAHRAIN DIPARLIMEN HARI NI.

    ReplyDelete
  2. itulah bang tuah..ingatkan hero sangat anuar ni..adah sikit pun dah tak boleh tahan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...pucat lesi muka hero yang kata nak jadi PM tu... Yang bestnya sempat lagi bagi alasan dilobi parlimen...pooorah DSAI

    ReplyDelete
  4. Dah busuk kepala Pengikut PKR/PAS/DAP kena kencing oleh CIFUT,pakai shampoo sebotol pun tak hilang busuk malah kena mandi junub untuk bersiihkan air kencing kat kepala masing.masing.

    ReplyDelete
  5. Keh..keh..hanya warga UMNO yang percaya dengan penipuan Zahrain tu.. Kita tunggu apa kata rakyat dalam pilihanraya nanti. Kekadang aku nak tergelak tengok puak UMNO ni buat Fitnah. Sana-sini kutuk dan cari salah PR. Yang lawaknya mereka lupa, penipuan dan fitnah itu yang disebarkan di kaca TV se Malaysia... juga di lihat oleh rakyat atau pengundi kawasan terlibat. Kami yang tengok TV nak tergelak.... geli hati tengok gelagat penipu & pemfitnah kaum UMNO nih... cam tak de otak. Contoh ... bila PR dapat perintah beberapa negeri... mula lah puak UMNO siar dalam TV orang miskin sana sini... rumah buruk... orang susah.... masalah tak de air paip... he..he..he... yang UMNO perintah 52 tahun tu apa yang UMNO buat???? Kalau nak menipu tu biarlah macam orang ada otak skit... jangan ingat macam 20...30...tahun dulu.... Kalau dulu orang takut...kalau tak undi UMNO...nanti makan ubi kayu macam zaman Jepun... Tapi hakikat sebenarnya..... makin lama undi UMNO... semua barang naik harga... nampaknya nak kena makan ubi kayu balik ler....

    Tahniah UMNO... teruskan dengan lakonan dan fitnah anda..... biarkan rakyat melihat kebodohan anda (macamlah rakyat ni tak de otak)....makin lama makin ramai yang menyampah..... dan insya-Allah perjuangan PR menegakkan yang benar itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana itulah ganjaran pahala jihad yang amat berharga..... Allah maha berkuasa. Bala Allah tidak datang sekelip mata namun ia akan datang bila-bila masa yang Allah kehendaki... Allahhuakbar!!!!!

    ReplyDelete