Wednesday, July 16, 2014

Pakai otak bukan pakai kepala lutut!!

maafkiki-300x225
Kalau memandang langit yang tinggi jangan lupa menunduk melihat bumi yang dipijak..Pakai akal lah..

Perempuan steering lock sudah mohon maaf.

Hati panas katanya punca dia meledak serangan steering lock pada kereta otai Cina.

Aku Melayu..perempuan steering lock pun Melayu.

Ada yang kata kita kena sokong perempuan steering lock pasal dia Melayu sama macam kita.

Ada benar dengan kata kawan kawan tu..sama sama Melayu.

Tapi dari segi tabiee manusia dan undang undang, mana boleh suka suka kita hentam kereta orang dengan steering lock. Tak kira kereta Melayu, Cina, India, Portugis, Belanda, Brazil (kalah 7-1) atau German (juara dunia). Tetap tak boleh pecahkan kereta orang. Itu hakikat dan undang undang.

Perempuan steering lock..anda tu perempuan..bulan Ramadhan lagi..tolong jaga perangai dan tutur kata..Jangan fikir anda punya panas je..!!

Ada yang kata selalunya kita tengok Melayu dibuli bangsa lain dalam youtube..jadi perempuan steering lock nak dimartabatkan sebagai Melayu berani. Pada aku itu bukan Melayu berani tapi dah jadi bodoh.!!

Kau ingat kereta yang atas jalanraya tu sama macam bumper car yang kau orang main dekat shopping mall? Masuk token..tekan pedal..langgar kereta orang..Mana ada orang suka suka langgar kereta orang.

Aku tak cukup Melayu kerana tak sokong perempuan steering lock? Sorry beb..aku Melayu yang pegang prinsip BETUL TETAP BETUL SALAH TETAP SALAH..!!

Aku tak mahu dianggap sebagai hero Melayu macam Jebat..dikatakan pembela tapi kemudiannya sejarah mengatakan Jebat penderhaka..

Cehh...abis Melayu nak apa sebenarnya? Jadi berani yang bodoh atau penakut yang bijak?

Selamat berbuka puasa!!!!

p/s: Jangan buat otak  sama standard sama macam otak udang!!!


8 comments:

  1. you are the best jebat...
    Aku pun same cam kau.
    Klu nak racist pun biar bertempat.

    ReplyDelete
  2. Semua ini berpunca dari sikap racist Najib dan UMNO. Ini perkara kecil siap semua media gembar-gemburkan semata-mata kerana dia melayu. KPN pun keluar statement katanya walaupun tak de laporan dibuat,polis akan tetap siasat.Bagaimana dengan ratusan dan tibuan report yang dibuat terhadap cina rasis yang keluar kenyataan menghina islam dan melayu.Itu lagi teruk dari stering lock.Tapi kalau cina, kita hanya dapat baca kat blog aje. Mana video lelaki cina yang hina anggota polis?atau gengster india yang kepung balai polis?

    ReplyDelete
  3. Betui hang cakap...nak rasic biar bertempat. Kalau hang betui aku sokong, dah hang salah takkan aku nak sokong!!

    Lagi satu pasai Palastin dengan Israel ni. Setau aku beberapa bulan dulu depa sengap takdak serang menyerang. Aman. Tiba2 Palastin tangkap pemuda Israel, sorok ka, bunuh ka tak tau. Bila Israel mintak balik budak depa sengap, buat pekak. Bila Israel serang Palastin depa kata Israel zalim...

    Lepaih tu tengok kat dalam tv budak2 palastin yang takdak senjata duk baling dengan batu tentera israel bersenjata yang tengah meronda. Tengah bertugas, letih2 tiba2 kena batu. kalau hang hang tak tembak? kalau aku kena lagu tu aku tembak!! kalau hang macamana??

    Abis tu nak menangkan sapa ni??

    ReplyDelete
  4. hang menangkanlah nafsu hang tu.,.

    ReplyDelete
  5. Kalau saya ditempat perempuan itu munkin saya pun akan lakukan perkara sama, .
    Nak tahu sebabnya? Kerana sudah lama bangsa Melayu, Agama Islam sentiasa diperlekeh kan oleh kaum pendatang yg tk tahu bersyukur dapat menumpang di Persekutuan Tanah Melayu dan terus mendapat kekayaan dari bumi Melayu ini. Perasaan marah memang telah lama membuku dalam hati cuma menanti trigger point bagi melepaskan dendam amarah yg ada dalam hati ini. Munkin ini punca perempuan steering - lock itu bertindak. Apa pun patut nya 'Melayu di Dahulukan' dalam segala perkara.
    zainol_56

    ReplyDelete
  6. Susah nak cakap dalam hal ni. Kadang nampak mcm pompuan tu salah kadang nampak mcm dia betul.

    ReplyDelete
  7. Walaupun kita betul tetapi janganlah melampau. Contohnya kita jerit kuat-kuat setinggi 150 decibel kat telinga seorang Sami Buddha cakap ALlah itu Esa. Kita betul 100% tetapi caranya melampau dan rasanya Allah pun benci kerana ianya melampaui batas. Begitu lah dengan perempuan ni. Kalau nak tunjuk kemarahan pun tak akan sampai begitu sekali? Walaupun kita di rogol tentera Israel seperti style Anwar takkan kita nak rogol anak bini dan tentera itu sekali balik. Itu namanya melampau. Walaupun Cina kurang hajar melampau ada ke kita perlu melampau macam diorang? Undang-undang kan ada? Kalau AG Ghani Petai itu bengap tak ambil tindakan undang-undang kita kena merusuh ke? Pergila maki kat Member of Parliment korang suruh bawak benda ni kat Parlimen. Diakan wakil rakyat, kerja diaorang la untuk bawak isu Ghani Petai ni lembab nak mampus ke PArliment. Tak berani la kot takut soru misss.

    Dari Segi undang-undang jalanraya Uncle tu mungkin salah sebab langgar bontot (secara lalu sahajalah sebab fakta kemalangan sebenarnya tak jelas) tetapi dari segi peraturan adab dan tatacara Islamnya perempuan salah dan Udang-udang jenayah pun perempuan tu salah juga. Undang-udang jalanraya pun tak tentu juga lagi sebab banyak fakta kena tengok seperti Lesen dan road tax perempuan tu tapi kita anggap semuanya lengkap la. Perempuan salah 2 kali.

    Sokong Jebat 100% dalam hal ini.

    ReplyDelete
  8. Saudara/ri,

    bukankah awek itu ada nostalgia pahit diputar-belit oleh Dappek makanya dia sedikit sensitif apabila di sondol si apek dari belakang.

    sama macam 13 Mei yang tidak dapat dilupakan oleh Dinasti Lim hinggakan dia akan melatah, melalut dan memekak-mekak setiap kali dicuit-cuit dengan ungkapan berkenaan

    sama macam Zionis dan ground incursion-nya, dek kerana tidak lagi tahan diliwat oleh beratus alQassam lalu ianya dilancarkan dan meskipun menyalahi undang-undang antarabangsa, dia akan kata berat mata memandang berat lagi bahu aku yang memikul.

    ReplyDelete