Tuesday, July 15, 2014

Kasi askar dengan polis guna pistol air je lah


tembak1xx

Kereta Mercedes atau Ferarri sekalipun kalau tak ada petrol satu sen tak berguna.

Sama lah macam askar dan polis kita..kalau ada pistol dan mesingan hebat sekalipun kalau tak boleh tembak apa kejadah tu semua..

Baru kita semua tahu rupanya anggota keselamatan kita tidak dibenarkan tembak pengganas di Sabah kecuali mereka di tembak dulu..biar betul kenyataan ni?

Patutlah geng Sulu bermaharajalela..Rupanya anggota keselamatan kita cuma boleh halau mereka macam halau ayam yang ingin curi padi di jemuran..cehh...

Kita nak tunggu apa lagi untuk berikan izin pada anggota keselamatan kita untuk menembak pengganas tu? Nak tunggu ada lagi kematian di kalangan anggota keselamatan kita yang gugur baru kita nak izinkan? Nak tunggu pesawat Charlie bawa jenazah yang ditutup bendera Malaysia lagi?

Kita sudah tidak sanggup lihat anak kecil kehilangan ayah..si isteri menderita menjadi balu..si ayah dan ibu meratap kehilangan anak tercinta..!!!

Kegilaan apakah ini? Kita seru pada kerajaan dan Putrajaya untuk mengeluarkan izin..Bukan untuk bertindak ganas tetapi untuk menjaga nyawa anggota keselamatan kita sekaligus menjaga kedaulatan dan keamanan negara..

Apa kata Putrajaya?????

p/s PM minta diadakan prosedur operasi yang jelas sebelum beri izin tembak...pengganas ni mana pernah izin nak masuk negara kita..sudah sudahlah tu nak bagi muka..!!!

7 comments:

  1. Pistol air? Satu cadangan yang bagus sebab seingat saya ada negara yang mengunakan "water Canon" (mungkin kapal Ikan paus Jepun Vs Greenpeace terrorist, konflik sempadan China Vs Philipines ) untuk menghalang penceroboh dan berkesan juga rasanya. Secara tak sengaja saudara dah bagi cadangan yang bernas walaupun niat untuk menyindir hahahah.

    ReplyDelete
  2. Apa pulak nak pakai pistol air bah, masalah ini senang saja untuk diatasi. Kumpul semua sulu sulu kat Sabah, hantar saja duduk belakang rumah Che Det.

    ReplyDelete
  3. Pistol air x main la, kalau aku Najib, aku arahkan bom kan saja puak2 pengganas ne, lain kali baru depa fikir byk kali bila nak menceroboh Negara kita lagi, cukup memalukan Negara, acap kali, kita dipermainkan lebih2 lagi nyawa anggota keselamatan kita dipertaruhkan & puak2 pembangkang menunding jari kpd Kerajaan yg diterajui BN gagal dlm tindakan.

    ReplyDelete
  4. Setuju..kita bomkan aje geng Sulu yang ceroboh ni..kasi ingat sikit

    ReplyDelete
  5. betul tu pakai pisto; air. apa punya bodoh punya SOP tak bolih tembak. Siapa lah mangkok ayun yang draft that SOP.

    ReplyDelete
  6. ada jurucakap kata sebab undang2 maritim lah dan macam2 lagi...

    depa lupa ke kawasan tu ada pengganas sulu...
    aku betul2 tak faham...

    dah cuba faham pun..

    tak faham2 jugak..

    mungkin aku dilahirkan kurang cerdik kot...

    takpe ramai yg cerdik

    ReplyDelete
  7. Pm dan menteri yg perlu ramai bodyguard..bicara penganas tembak kemudian baru minta bodyguard dtg ambil tindakan..ada berani menteri kangkong

    ReplyDelete