mudah-mudahan Allah memberkati usaha Perdana Menteri!!
Secara peribadi..pada awalnya Jebat sendiri akui bahawa agak sukar untuk meramalkan sama ada kita mampu membawa pulang mayat rakyat negara kita yang terkorban di dalam nahas MH17 dalam tempoh yang singkat.
Kita terdidik dengan insiden kehilangan pesawat MH370 yang masih belum terungkai sehingga ke hari ini. Justeru, insiden MH370 sebenarnya banyak mempengaruhi minda kita bahawa tentulah bukan mudah untuk kita membawa balik mayat rakyat kita itu.
Tambah pula insiden MH17 ini melibatkan kuasa besar tentulah halangan yang kita hadapi jika difikir secara logiknya besar bukan kepalang.
Dengan kedegilan puak yang menguasai kawasan di mana terhempasnya pesawat MH17 pada awalnya, siapa pernah terfikir kita akan berjaya memujuk dan berdiplomasi dengan mereka?
Memujuk Sulu pun kita gagal, apakah pada awalnya kita yakin dengan kemampuan kita untuk memujuk pengganas yang jauh lebih ganas dan canggih?
Berkat Ramadhan dan kesungguhan Perdana Menteri, memang tidak pernah siapa sangka beliau dapat memujuk dan berdiplomasi dengan pengganas itu untuk membenarkan kita mengeluarkan mayat rakyat negara kita daripada penguasaan mereka sekaligus membolehkan mayat tersebut di bawa pulang ke negara untuk disemadikan.
Lebih daripada itu, kotak hitam pesawat itu juga khabarnya akan diserahkan kepada kita. Agak ajaib tapi itulah kelebihan Perdana Menteri kita yang mengundang senyum puas pada kita. Akur..kita sebenarnya mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat!!
Jebat angkat topi dan tabik pada Tok Najib..
Mudah mudahan Allah akan permudahkan segala urusan kita dalam menangani insiden MH17 ini..!!
p/s: Alangkah lebih bagus jika kita ada barisan kabinet yang mantap yang dapat membantu Perdana Menteri..!!
aku pada mula kecewa , hampa marah dan berbabagai perasaan yg kurang enak pd pm tapi dia betul2 mempraktikkan
ReplyDeleteA SILENT IS GOLDEN
MAAF KN AKU PM AND THANKS
pm pasal deal memang no.1 sbb tu semua ahli majlis tertinggi umno membisu seribu bahasa bila bangsa melayu dan islam dihina oleh bukan melayu ....
DeletePM aku salute. Tapi yang lain ........jadi pokok kaduk...
ReplyDelete