Tiap kali berdepan kuasa besar kita menjadi seperti mentimun yang berdepan durian.
Kalau kita langgar pun kita akan melecet luka apatah lagi kalau kita dilenyek mereka..Hancus..!!
Jangan salahkan kerajaan kalau berdepan situasi sukar seperti ini.
Mungkin yang menjadi sukarnya pasal kita Malaysia negara Islam. Yang menembak kapalterbang kita jatuh bukan manusia yang sama agama dengan kita.
Yang mendakwa cuba membantu kita seperti Amerika, United Kingdom, Australia pun bukan seagama kita. Itu yang menjadi masalah.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu..Arghh...sebuah badan yang satu sen tak guna. Itulah satu satunya badan yang Malaysia boleh bersandar harapan tetapi umum tahu tak lebih daripada seperti budak kecil mengharapkan puting menghilangkan rengekan. Kalau PBB betul betul diterima pakai dah lama Gaza Palestin selamat.
Mayat rakyat kita sedang bergelimpangan di Ukraine. Tapi kita tidak dibenarkan untuk membawa pulang mayat tersebut untuk disemadikan. Apa yang mampu kita lakukan?
Kalau Amerika Syarikat, United Kingdom dan Austarlia benar benar ikhlas mahu membantu, rasanya tidaklah sukar untuk mereka menjinakkan pejuang pemisah a.k.a pemberontak itu. Apa kita fikir senjata tiga buah negara ini tidak dapat menandingi senjata pejuang pemisah yang tak sekuat mana tu? Sadam Hussein dan Osama Laden dalam lubang pun mereka boleh kesan inikan pulak pejuang pemisah yang terang terang mereka tahu di mana kedudukan mereka. Itupun kalau mereka benar benar mahu membantu kita..
Soalnya, kalau agama yang berbeza menjadi asas tentulah kita akan berdepan situasi sukar dalam misi kita di Ukraine. Usahlah kita nak salahkan kerajaan jika mengambil masa yang lama dalam misi ini kerana kita sekadar MENTIMUN yang tidak mampu berbuat lebih daripada kemampuan kita.
Pun begitu kita perlu sedar bahawa kerajaan kita sedang berusaha giat dan gigih untuk menyelesaikan hal ini sebelum Aidilfitri seperi kata Perdana Menteri dan kita sebagai rakyat kenalah bersatu teguh berdiri di belakang Perdana Menteri.
Hanya doa dan kepada Allah kita berserah!!!!
DUNIA kutuk puak pemisah ISIL sebagai ganas tetapi ganas ISIL ialah terhadap pemerintah tetapi tidak terhadap pesawat awam. ISIL tentu tidak akan menghina mangsa tragedi sebagaimana puak pemisah Ukraine. Harap dunia sedar puak pemisah mana yang sanggup jadi musuh dunia asalkan misi mereka dapat diteruskan.
ReplyDelete