Thursday, July 24, 2014

Apa yang tak kena dengan orang UMNO Melaka?





Ramai yang terkejut dengan kekalahan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di Bukit Katil dalam PRU ke 13 yang lalu.

Siapa sangka orang banyak jasa dan budi pada bumi Melaka dan harum namanya di kancah politik negara tewas di dalam PRU itu.

Beribu teori yang dikaitkan dengan kekalahan itu dan kemuncaknya bila Tok Ali mengatakan TSUNAMI CINA..

Benarkah TSUNAMI CINA?

Tak lama selepas kekalahan itu Tok Ali mencuba nasib bertanding dalam pemilihan agung UMNO untuk merebut jawatan Naib Presiden. Sekali lagi Tok Ali kecundang.

Lumrahnya, apabila sudah tidak berjawatan tentulah sukar untuk menang dalam pemilihan. Tidak ada apa yang perlu dihairankan.

Cuma yang perlu dihairankan ialah apabila UMNO Melaka bahkan kawasan Tok Ali sendiri tidak memihak kepada Tok Ali. Ini bukan lumrah tetapi gila dan tidak tahu mengenang budi.

Tok Ali nampaknya pasrah dan terus berkhidmat seperti biasa. Memang seorang pemimpin dan pejuang Tok Ali. Angkat topi tabik Datuk Seri.!!

Menggalas untuk mengemudi Melaka ialah anak didik Tok Ali..Idris Haron. Orangnya cukup mudah mesra dan tidak banyak protokol semasa menjadi Ahli Parlimen Tangga Batu bahkan semasa menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Petah berbicara dan berbahas di dalam parlimen.Bukan kepalang anak muda ini. Lantaran, apabila dinobatkan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Layak!!

Setahun Idris Haron menduduki kerusi nombor 1 Melaka itu, mula tersebar cerita cerita kurang enak. Khabarnya Idris Haron tidak lagi seperti dulu. Benarkah?

Sampai ada yang mengatakan sukar untuk naik ke Pejabat Ketua Menteri Melaka itu..Benarkah?

Katanya, populariti Idris Haron mula merudum..Benarkah?

Tadi..Jebat berpeluang untuk ke Pejabat Ketua Menteri Melaka itu. Pada mulanya Jebat agak khuatir apabila mengenangkan cerita cerita kurang enak berkenaan Pejabat Ketua Menteri Melaka itu lebih lebih lagi Jebat cuma berseluar jeans. Bolehkan Jebat naik ke Pejabat Idris Haron?

Sampai di kaunter, Jebat bertanya kepada gadis penyambut tetamu di aras G. 'Pejabat Ketua Menteri aras berapa? tanya Jebat. Dengan senyuman gadis itu membalas..'Aras 4 encik'. Nak kena tulis nama atau daftar ke sebelum naik..? tanya Jebat lagi..gadis itu membalas..'Tak perlu encik..terus naik ke aras 4 dan lif ada di situ..' sambil menunjukkan arah lif.

Jebat terpinga-pinga. Mudah pulak nak naik..Kalau ikut cerita sahabat sahabat UMNO Melaka sukar sangat nak tembus ke aras 4. Wayang kulit apa yang sesetengah orang UMNO Melaka senang lakonkan ni? Bentak hati Jebat..

Sampai di aras 4, diringkaskan cerita..Jebat dilayan sangat baik dan penuh senyuman oleh pegawai pegawai di Pejabat Ketua Menteri Melaka itu.

Selesai urusan..Jebat turun ke bawah dan menuju ke kereta lalu pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Jebat hanya mampu menggelengkan kepala dan mengeluh mengenangkan cerita cerita kurang enak berkenaan Ketua Menteri Melaka itu.

Jelas segalanya adalah tidak benar dan meleset sama sekali. 

Sekali lagi Jebat terfikir..patutlah Tok Ali kecundang di dalam PRU ke 13 dan pemilihan agong UMNO kalau beginilah tingkahlaku sesetengah orang UMNO Melaka. 

Tumbangnya pemimpin UMNO Melaka yang terulung seperti Tok Ali disebalik TSUNAMI CINA adalah disebabkan kehebatan sesetengah orang UMNO Melaka menjaja cerita cerita kurang enak berkenaan pemimpin.

Kalau tidak dibendung mungkinkah Idris juga akan menjadi seperti Tok Ali?

Melihat dengan mata kepala Jebat sendiri hari ini..Jebat terfikir..siapalah dulu si kitol yang membuka pintu pertahanan Melaka untuk membolehkan tentera Portugis masuk ke bumi Melaka? 

Jomlah kita banteras orang yang mempunyai ciri ciri si kitol..!!!!

p/s: Bila soal Melaka..Jebat tidak akan sesekali berkompromi..!! 


10 comments:

  1. melaka maju tapi melayu melaka kekal miskin..itulah jasa To'Ali. Deris pandai skit dari To' Ali sebab dia sekolah tinggi skit. Kalau dia bertanding kat kawasan dia sendiri, pasti dia kalah. Tapi dia lari ke Sg. Udang. kawasan yg penuh kem tentera. Org Melaka tak kan undi dia, yg undi dia org luar yg jadi tentera. Kalau berani bertandinglah jd Adun Klebang. Apsal takut? perangai dia pun sama dgn To'Ali. Melaka mcm kat Melaka Raya dah macam kat Gelang Patah. Negeri maju tapi org Melayu miskin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tabek habis dengan komen kamu. bukan kerana orang Melayu sekarang tak sukakan UMNO, tapi perangai pemimpin UMNOlah yang membuat orang Melayu menyampah. walau bagaimana pun tetap orang Melayu berterima kasih kepada mereka kerana telah menyedarkan orang Melayuyang sekian lama telah menjadi [encacai dan tukang hanggug.

      Delete
  2. Melayu oh melayu. Nak berniaga tak ada modal. Nak pinjam bank tak percaya. Nak makan gaji pun........ eleh hai.....berapa sangat duit gaji........haa...ini idea baik....masuk politik jadi penyamun baru cepat kaya........sebelum tu kena belajar dulu cara cantas mencantas, putar belik, sikap penting diri dan yang penting sekali aku mesti diatas...........sampai bila pun melayu tetap layu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong 100%..bukan setakat orang politik saja yang berperangai begitu tetapi seluruh agensi kerajaan..termasuk pendidik..cikgu cikgi sebab itu ramai pelajar menjadi melayu perosak..

      Delete
    2. mana fungsi ibu bapa kalau anak2 tak menjadi...salah satu simptom org melayu..semua akan di salahkan pad org lain...terbaik...

      Delete
  3. Blog pembodek rupenyer..cerita pn macm buat2.nape x cite sampai habis ape kau buat kt sane.dapat ke x jumpa org yg kau nak jumpa..
    Tau x betapa rakyat bawahan makin meluat tgk orang2 kanan cm...semua mcm gangster

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara..jangan tetrlalu berburuk sangka..lebih lebih lagi di bulan Ramadhan..Jebat ke sana bukan berjumpa CM pun dan Jebat tak pernah rasa ada keperluan berjumpa CM..Jebat sekadar menghantar surat yang diminta oleh majikan Jebat.saudara kena periksa jika tidak saudara akan tergolong di dalam kitol kitol yang menjaja cerita..salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya...

      Delete
  4. tu la org melayu..marah sikit/banyak...emo..bagi undi kat pakatan haram..bagi undi kat cina..tu la org melayu..dari dulu sampai sekarang PHD nya tak habis2...aku yg tak dapat apa2 walay BN menangpun..aku tak kisah..janji org melayu dok atas..Islam terjamin...urusan harta/kaya..tu rezeki Allah nak bagi...harap mana2 mangkok yg tak dapt terima hakikat tu...muhasabah diri sikit..jgn sampai anak cucu hang esok2, kutuk kat hang..tapi hang pedulik apa!!!! hang dah reput dalam kubur masa tu...tq

    ReplyDelete
  5. Dunia cyber dah dikuasai redbean bro....

    Mcm tu laaa.....

    Org mlayu plak senang kene pengaruh...panas baran...

    Komen kat atas ni pon seme komen red bean anak cina belaan guan eng.....

    Dah paham sesgnt rentak diaorg ni...

    ReplyDelete
  6. Ramai orang kata CM tak mesra peniaga. Macam tak percaya....mungkin orang keliling dia yang lebih sudu daripada kuah.

    Realitinya, di kebanyakan karnival atau expo yang melibatkan usahawan-usahawan kecil yang membuka gerai jualan, memang CM ni tak singgah pun walau sekejap untuk bertanya khabar atau melihat produk-produk jualan. Biasanya, dia terus saja berlalu, melangkah laju sambil berborak dengan VIP pengiring, tanpa menoleh pun ke gerai-gerai di sepanjang laluan.

    Ini pemerhatian saya sendiri, bukan fitnah atau cerita kosong, yang membuatkan persepsi menjadi kebenaran. Insya Allah, saya sendiri akan cuba naik tingkat 4 untuk mengetahui sendiri keadaan sebenar - samada mudah atau sukar untuk berurusan di pejabat CM.

    ReplyDelete