Saturday, July 26, 2014

Siapa kata orang Melayu tak mampu beli?


Kereta Mercedes Benz, BMW. Evogue, Vellfire, Alphard harga ratusan ribu..siapa kata Melayu tak mampu beli?

Rumah ratusan ribu bahkan ada yang jutaan ringgit..siapa kata Melayu tak mampu beli?

Melancong ke luar negara, tiket dan penginapan berharga ribuan ringgit..siapa kata Melayu tak mampu beli?

Telefon mudah alih harga ribuan ringgit..siapa kata Melayu tak mampu beli? Budak sekolah Melayu pun mampu beli..

Berbuka puasa di hotel mewah harga ratusan ringgit sekepala..siapa kata Melayu tak mampu beli?

Gelang emas harga ribuan ringgit..siapa kata Melayu tak mampu beli? Makcik dekat kampung pun ramai yang gelang sampai ke siku..

Seluar Levis dan baju harga ratusan ringgit..siapa kata Melayu tak mampu beli?

Sport rim sampai terkeluar dari mudguard..kaler oren, kuning, biru, hijau..harga ribuan ringgit...siapa kata Melayu tak mampu beli?

Baju Melayu Aaron dan Zizan harga ratusan ringgit..siapa kata orang Melayu tak mampu beli?

Kalau nak buat list..mahu sampai ke pagi!!

Tak percaya lihat dengan mata kepala sendiri...lebih lebih lagi menjelang musim perayaan..tengoklah bagaimana orang Melayu membeli..

Petrol naik 20 sen? Tiba tiba orang Melayu tak mampu beli!!! Sampai berkata kerajaan harus diguling dan diganti..

Guling guling separuh mati..!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

Thursday, July 24, 2014

Apa yang tak kena dengan orang UMNO Melaka?





Ramai yang terkejut dengan kekalahan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di Bukit Katil dalam PRU ke 13 yang lalu.

Siapa sangka orang banyak jasa dan budi pada bumi Melaka dan harum namanya di kancah politik negara tewas di dalam PRU itu.

Beribu teori yang dikaitkan dengan kekalahan itu dan kemuncaknya bila Tok Ali mengatakan TSUNAMI CINA..

Benarkah TSUNAMI CINA?

Tak lama selepas kekalahan itu Tok Ali mencuba nasib bertanding dalam pemilihan agung UMNO untuk merebut jawatan Naib Presiden. Sekali lagi Tok Ali kecundang.

Lumrahnya, apabila sudah tidak berjawatan tentulah sukar untuk menang dalam pemilihan. Tidak ada apa yang perlu dihairankan.

Cuma yang perlu dihairankan ialah apabila UMNO Melaka bahkan kawasan Tok Ali sendiri tidak memihak kepada Tok Ali. Ini bukan lumrah tetapi gila dan tidak tahu mengenang budi.

Tok Ali nampaknya pasrah dan terus berkhidmat seperti biasa. Memang seorang pemimpin dan pejuang Tok Ali. Angkat topi tabik Datuk Seri.!!

Menggalas untuk mengemudi Melaka ialah anak didik Tok Ali..Idris Haron. Orangnya cukup mudah mesra dan tidak banyak protokol semasa menjadi Ahli Parlimen Tangga Batu bahkan semasa menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Petah berbicara dan berbahas di dalam parlimen.Bukan kepalang anak muda ini. Lantaran, apabila dinobatkan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Layak!!

Setahun Idris Haron menduduki kerusi nombor 1 Melaka itu, mula tersebar cerita cerita kurang enak. Khabarnya Idris Haron tidak lagi seperti dulu. Benarkah?

Sampai ada yang mengatakan sukar untuk naik ke Pejabat Ketua Menteri Melaka itu..Benarkah?

Katanya, populariti Idris Haron mula merudum..Benarkah?

Tadi..Jebat berpeluang untuk ke Pejabat Ketua Menteri Melaka itu. Pada mulanya Jebat agak khuatir apabila mengenangkan cerita cerita kurang enak berkenaan Pejabat Ketua Menteri Melaka itu lebih lebih lagi Jebat cuma berseluar jeans. Bolehkan Jebat naik ke Pejabat Idris Haron?

Sampai di kaunter, Jebat bertanya kepada gadis penyambut tetamu di aras G. 'Pejabat Ketua Menteri aras berapa? tanya Jebat. Dengan senyuman gadis itu membalas..'Aras 4 encik'. Nak kena tulis nama atau daftar ke sebelum naik..? tanya Jebat lagi..gadis itu membalas..'Tak perlu encik..terus naik ke aras 4 dan lif ada di situ..' sambil menunjukkan arah lif.

Jebat terpinga-pinga. Mudah pulak nak naik..Kalau ikut cerita sahabat sahabat UMNO Melaka sukar sangat nak tembus ke aras 4. Wayang kulit apa yang sesetengah orang UMNO Melaka senang lakonkan ni? Bentak hati Jebat..

Sampai di aras 4, diringkaskan cerita..Jebat dilayan sangat baik dan penuh senyuman oleh pegawai pegawai di Pejabat Ketua Menteri Melaka itu.

Selesai urusan..Jebat turun ke bawah dan menuju ke kereta lalu pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Jebat hanya mampu menggelengkan kepala dan mengeluh mengenangkan cerita cerita kurang enak berkenaan Ketua Menteri Melaka itu.

Jelas segalanya adalah tidak benar dan meleset sama sekali. 

Sekali lagi Jebat terfikir..patutlah Tok Ali kecundang di dalam PRU ke 13 dan pemilihan agong UMNO kalau beginilah tingkahlaku sesetengah orang UMNO Melaka. 

Tumbangnya pemimpin UMNO Melaka yang terulung seperti Tok Ali disebalik TSUNAMI CINA adalah disebabkan kehebatan sesetengah orang UMNO Melaka menjaja cerita cerita kurang enak berkenaan pemimpin.

Kalau tidak dibendung mungkinkah Idris juga akan menjadi seperti Tok Ali?

Melihat dengan mata kepala Jebat sendiri hari ini..Jebat terfikir..siapalah dulu si kitol yang membuka pintu pertahanan Melaka untuk membolehkan tentera Portugis masuk ke bumi Melaka? 

Jomlah kita banteras orang yang mempunyai ciri ciri si kitol..!!!!

p/s: Bila soal Melaka..Jebat tidak akan sesekali berkompromi..!! 


Tuesday, July 22, 2014

Tabik dan angkat topi pada Tok Najib!!

Kejayaan Malaysia capai persetujuan membanggakan

mudah-mudahan Allah memberkati usaha Perdana Menteri!!

Secara peribadi..pada awalnya Jebat sendiri akui bahawa agak sukar untuk meramalkan sama ada kita mampu membawa pulang mayat rakyat negara kita yang terkorban di dalam nahas MH17 dalam tempoh yang singkat.

Kita terdidik dengan insiden kehilangan pesawat MH370 yang masih belum terungkai sehingga ke hari ini. Justeru, insiden MH370 sebenarnya banyak mempengaruhi minda kita bahawa tentulah bukan mudah untuk kita membawa balik mayat rakyat kita itu.

Tambah pula insiden MH17 ini melibatkan kuasa besar tentulah halangan yang kita hadapi jika difikir secara logiknya besar bukan kepalang.

Dengan kedegilan puak yang menguasai kawasan di mana terhempasnya pesawat MH17 pada awalnya, siapa pernah terfikir kita akan berjaya memujuk dan berdiplomasi dengan mereka? 

Memujuk Sulu pun kita gagal, apakah pada awalnya kita yakin dengan kemampuan kita untuk memujuk pengganas yang jauh lebih ganas dan canggih?

Berkat Ramadhan dan kesungguhan Perdana Menteri, memang tidak pernah siapa sangka beliau dapat memujuk dan berdiplomasi dengan pengganas itu untuk membenarkan kita mengeluarkan mayat rakyat negara kita daripada penguasaan mereka sekaligus membolehkan mayat tersebut di bawa pulang ke negara untuk disemadikan.

Lebih daripada itu, kotak hitam pesawat itu juga khabarnya akan diserahkan kepada kita. Agak ajaib tapi itulah kelebihan Perdana Menteri kita yang mengundang senyum puas pada kita. Akur..kita sebenarnya mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat!!

Jebat angkat topi dan tabik pada Tok Najib..

Mudah mudahan Allah akan permudahkan segala urusan kita dalam menangani insiden MH17 ini..!!


p/s: Alangkah lebih bagus jika kita ada barisan kabinet yang mantap yang dapat membantu Perdana Menteri..!!

Monday, July 21, 2014

Makin hari telur makin kecik!!



Apa tindakan kita?

Menteri kita mana?

Setakat kita marah dalam media sosial sahajalah..

Menteri kita peduli apa..tiap bulan elaun dan gaji masuk juga..

Penguatkuasa kita peduli apa..bonus tiap tahun dapat juga..

Lama-lama nanti orang lupa bahawa agama resmi negara kita adalah Islam.

Melayu dan Islam dalam Malaysia sudah semakin lemah.

Yang hairannya pemerintah kita adalah Melayu dan Islam.

Yang lagi pelik penguatkuasa cuma berani untuk ambil tindakan kepada orang Islam.

Menteri agama kita cuma bersuara bila ada kamera dan pembesar suara. Masuk tv.

Yang lebih pelik bila ada orang Melayu dan Islam sendiri yang sedang meranapkan addin kita yang suci ini.

Membebel lah kau Jebat...kau fikir orang atas tu nak kisah apa yang kau bebelkan?

Lama-lama telur pun boleh masuk angin..buang ke laut sahajalah..

Selemah lemah iman!!!

Sunday, July 20, 2014

Aduhai..susahnya kita menjadi mentimun!!!

mh17-pemberontak2xxx

Tiap kali berdepan kuasa besar kita menjadi seperti mentimun yang berdepan durian.

Kalau kita langgar pun kita akan melecet luka apatah lagi kalau kita dilenyek mereka..Hancus..!!

Jangan salahkan kerajaan kalau berdepan situasi sukar seperti ini.

Mungkin yang menjadi sukarnya pasal kita Malaysia negara Islam. Yang menembak kapalterbang kita jatuh bukan manusia yang sama agama dengan kita.

Yang mendakwa cuba membantu kita seperti Amerika, United Kingdom, Australia pun bukan seagama kita. Itu yang menjadi masalah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu..Arghh...sebuah badan yang satu sen tak guna. Itulah satu satunya badan yang Malaysia boleh bersandar harapan tetapi umum tahu tak lebih daripada seperti budak kecil mengharapkan puting menghilangkan rengekan. Kalau PBB betul betul diterima pakai dah lama Gaza Palestin selamat.

Mayat rakyat kita sedang bergelimpangan di Ukraine. Tapi kita tidak dibenarkan untuk membawa pulang mayat tersebut untuk disemadikan. Apa yang mampu kita lakukan?

Kalau Amerika Syarikat, United Kingdom dan Austarlia benar benar ikhlas mahu membantu, rasanya tidaklah sukar untuk mereka menjinakkan pejuang pemisah a.k.a pemberontak itu. Apa kita fikir senjata tiga buah negara ini tidak dapat menandingi senjata pejuang pemisah yang tak sekuat mana tu? Sadam Hussein dan Osama Laden dalam lubang pun mereka boleh kesan inikan pulak pejuang pemisah yang terang terang mereka tahu di mana kedudukan mereka. Itupun kalau mereka benar benar mahu membantu kita..

Soalnya, kalau agama yang berbeza menjadi asas tentulah kita akan berdepan situasi sukar dalam misi kita di Ukraine. Usahlah kita nak salahkan  kerajaan jika  mengambil masa yang lama dalam misi ini kerana kita sekadar MENTIMUN yang tidak mampu berbuat lebih daripada kemampuan kita.

Pun begitu kita perlu sedar bahawa kerajaan kita sedang berusaha giat dan gigih untuk menyelesaikan hal ini sebelum Aidilfitri seperi kata Perdana Menteri dan kita sebagai rakyat kenalah bersatu teguh berdiri di belakang Perdana Menteri.

Hanya doa dan kepada Allah kita berserah!!!!

Friday, July 18, 2014

Masa untuk berlembut sudah habis ye Pak Najib!!


Bersemadilah dengan aman..Al Fatehah!!

MH 370 hilang sampai ke hari ini. Belum jumpa dan gagal dikesan.

Semalam sebuah lagi kapalterbang menerima nasib buruk. MH 17. Terhempas akibat ditembak.

Makin hari makin banyak musibah yang menimpa negara.

Negara diasak dari dalam dan luar.

Pendemo dalam negara terus berleluasa  menghentam kerajaan. Kapal terbang ditembak juga salah kerajaan dakwa mereka.

Sejak mereka berguling di Dataran Merdeka, hancurkan kenderaan polis apa tindakan yang kerajaan telah ambil?

Anak Melayu hentak kereta otai Cina dengan steering lock bingkas bangun penguatkuasa untuk menahan anak Melayu itu.

Bot Sulu masuk ceroboh, ada Menteri kata itu bot nelayan..Arghh..!! Acuh tak acuh jawapan.

Harga ayam naik, ada Menteri kata, jangan makan ayam tapi makan ikan..Arghhh..standardnya Menteri.

Pemimpin pembangkang dan gerombolan penyokong mereka menghina institusi Di Raja, kita sekadar menghentam dengan kata-kata..Mana tindakan?

Dalang pencerobohan Sulu yang katanya hendak didedahkan, mana senarai namanya?

Senator yang dilantik kata ada 6 kotak rahsia yang buka pekung pimpinan pembangkang? Mana kotaknya..tiada tindakan atau soalan daripada PM Najib..malah dilantik menjadi Senator..Arghhh...

Kiritik kerajaan dalam parlimen kemudian paling tadah sokong kerajaan..Arghhh..dilantik menjadi Duta..

Beri wang pada pengemis akan didenda..Arghh..amal yang mengambil risiko..

Hari ini Sulu menyerang..baru kita tahu pasukan keselamatan tak boleh tembak. Aik..kapal terbang kita yang tak bersalah pun orang boleh tembak..Sulu yang terang terang salah kita tak boleh tembak?

Bergegar sekali lagi negara dengan insiden MH 17. Ada yang berkata..Sulu yang datang dengan bot kecil kita tergoncang dengan ancaman. Bagaimana agaknya kita mahu berdepan dengan dalang yang menembak jatuh kapalterbang kita? Mereka ada roket peluru berpandu canggih..tidak macam Sulu!!

Kaki liwat yang TELAH dijatuhkan hukuman masih bebas berjalan ke sana ke sini menyusun strategi ampuh membelasah kerajaan...!!!! 

BLA BLA BLA BLA BLA BLA.....

Macam macam perkara hendak dicerita..kita semakin diasak tapi kita masih belum mahu sedar!!

Aduhai Pak Najib..sesetengah perkara boleh diplomasi dan rundingan..sesetengah perkara bertindak lah cara jantan..

Risiko ada di mana-mana..Datang tanpa dijemput..Alang-alang berjuang biarlah kalau kalah kita akan rasa puas hati dan terhormat!!!

Aku keliru dan sayu melihat negara yang semakin disiat siat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab..!!

Aku sayu melihat anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai menitis airmata dikaca televisyen meratapi pemergian insan tersayang. Cukup sayu dan hiba!!!

Ayuhlah Pak Najib..kita selesaikan banyak perkara yang kusut dengan cara anak jantan..Berjuang dan berpencak!!!


Wednesday, July 16, 2014

Pakai otak bukan pakai kepala lutut!!

maafkiki-300x225
Kalau memandang langit yang tinggi jangan lupa menunduk melihat bumi yang dipijak..Pakai akal lah..

Perempuan steering lock sudah mohon maaf.

Hati panas katanya punca dia meledak serangan steering lock pada kereta otai Cina.

Aku Melayu..perempuan steering lock pun Melayu.

Ada yang kata kita kena sokong perempuan steering lock pasal dia Melayu sama macam kita.

Ada benar dengan kata kawan kawan tu..sama sama Melayu.

Tapi dari segi tabiee manusia dan undang undang, mana boleh suka suka kita hentam kereta orang dengan steering lock. Tak kira kereta Melayu, Cina, India, Portugis, Belanda, Brazil (kalah 7-1) atau German (juara dunia). Tetap tak boleh pecahkan kereta orang. Itu hakikat dan undang undang.

Perempuan steering lock..anda tu perempuan..bulan Ramadhan lagi..tolong jaga perangai dan tutur kata..Jangan fikir anda punya panas je..!!

Ada yang kata selalunya kita tengok Melayu dibuli bangsa lain dalam youtube..jadi perempuan steering lock nak dimartabatkan sebagai Melayu berani. Pada aku itu bukan Melayu berani tapi dah jadi bodoh.!!

Kau ingat kereta yang atas jalanraya tu sama macam bumper car yang kau orang main dekat shopping mall? Masuk token..tekan pedal..langgar kereta orang..Mana ada orang suka suka langgar kereta orang.

Aku tak cukup Melayu kerana tak sokong perempuan steering lock? Sorry beb..aku Melayu yang pegang prinsip BETUL TETAP BETUL SALAH TETAP SALAH..!!

Aku tak mahu dianggap sebagai hero Melayu macam Jebat..dikatakan pembela tapi kemudiannya sejarah mengatakan Jebat penderhaka..

Cehh...abis Melayu nak apa sebenarnya? Jadi berani yang bodoh atau penakut yang bijak?

Selamat berbuka puasa!!!!

p/s: Jangan buat otak  sama standard sama macam otak udang!!!


Tuesday, July 15, 2014

Kasi askar dengan polis guna pistol air je lah


tembak1xx

Kereta Mercedes atau Ferarri sekalipun kalau tak ada petrol satu sen tak berguna.

Sama lah macam askar dan polis kita..kalau ada pistol dan mesingan hebat sekalipun kalau tak boleh tembak apa kejadah tu semua..

Baru kita semua tahu rupanya anggota keselamatan kita tidak dibenarkan tembak pengganas di Sabah kecuali mereka di tembak dulu..biar betul kenyataan ni?

Patutlah geng Sulu bermaharajalela..Rupanya anggota keselamatan kita cuma boleh halau mereka macam halau ayam yang ingin curi padi di jemuran..cehh...

Kita nak tunggu apa lagi untuk berikan izin pada anggota keselamatan kita untuk menembak pengganas tu? Nak tunggu ada lagi kematian di kalangan anggota keselamatan kita yang gugur baru kita nak izinkan? Nak tunggu pesawat Charlie bawa jenazah yang ditutup bendera Malaysia lagi?

Kita sudah tidak sanggup lihat anak kecil kehilangan ayah..si isteri menderita menjadi balu..si ayah dan ibu meratap kehilangan anak tercinta..!!!

Kegilaan apakah ini? Kita seru pada kerajaan dan Putrajaya untuk mengeluarkan izin..Bukan untuk bertindak ganas tetapi untuk menjaga nyawa anggota keselamatan kita sekaligus menjaga kedaulatan dan keamanan negara..

Apa kata Putrajaya?????

p/s PM minta diadakan prosedur operasi yang jelas sebelum beri izin tembak...pengganas ni mana pernah izin nak masuk negara kita..sudah sudahlah tu nak bagi muka..!!!

Sunday, July 13, 2014

Lepas Mahfuz..Guan Eng pulak..!!



Puak Pakatan terlampau banyak cakap dan kritik..

Mahfuz kritik OIC katanya tidak efisyen dan bercakap retorik dalam menangani isu Palestine..

Kita cabar Mahfuz dan kuncu kuncu pakar guling berdemo untuk turun berjihad di Palestine..

Beranikah?

Terbaru..Guan Eng pulak bersuara katanya pencerobohan di Mabul Semporna ibarat membaling kasut ke muka Najib Perdana Menteri dan penceroboh tidak hormat pada Najib..

Tambah Guan Eng lagi..ESSCOM membazir kerana pengganas masih boleh bolos..

Apek..lu cuba tengok US..negara besar..satelit sana sini..radar dah macam piring Astro pun masih boleh kena langgar dengan pengganas..lu ingat lagi peristiwa 11 September? Lu ingat lagi macam mana World Trade Center kena langgar?

Atau paling mudah lu cuba tengok sekutu lu PKR punya pemilihan..konon macam tu punya bersih pun kena langgar dengan adegan baling kerusi..Lu nampak ke tak?

Apa kata kalau lu apek pergi Mabul dan berunding dengan geng geng Sulu..atau paling tidak pun lu cuba berkawal di laut yang luas tu..jaga Sabah daripada diceroboh..

Beranikah?

Tapi sepanjang yang kita sedia maklum..pimpinan Pakatan cuma jual air liur..!!! 

Hampas!!!

p/s: Jangan lupa ajak lu punya apak sekali..!!!

Thursday, July 10, 2014

Kita sokong Mahfuz..!!!



"Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar OIC tidak lagi bersikap retorik dengan hanya mengkritik, namun tiada tindakan susulan berbentuk teknikal dalam menangani isu tersebut.


"Sudah sampai masanya OIC sebuah pertubuhan Islam bertindak tegas terhadap apa yang berlaku di Gaza sekarang. Oic perlu berani tampil menentang kekejaman tersebut, memberi bantuan kepada penduduk Gaza." - petikan dari Harakhdaily.net


Cakap banyak pun tak guna..bila nak kerahkan Unit Amal atau pakar guling di Dataran Merdeka untuk berjihad di Gaza?

Kalau betul nak berjihad inilah masa yang sesuai dan sesuai benarlah PAS dikatakan memperjuangkan agama.

Selama ni bukan main garang gerombolan PAS berdemo di jalanraya..acu try test demo di Gaza..ada bran?

Atau setidak tidakynya kita mintaklah Mahfuz berucap memberi kata-kata semangat kepada penduduk Gaza..berucap di bumi Gaza ketika Israel membedal Gaza..sebagaimana pimpinan Pakatan memberi semangat kepada pakar guling sewaktu berdemo di Dataran Merdeka..

p/s: Come on Mahfuz..u can do it!! Inilah masa untuk memberikan sedikit sumbangan..ajak Mat Sabu sekali..perghhhh..!!!

Come on Bung Mokhtar..apasal nak mintak maaf?


bung-tweetxxx

Apabila Bung Mokhtar suami Zizie Ezzete twitt yang berbunyi macam agungkan Hitler banyak pihak yang nak tunjuk bagus hentam Bung kerana macam tak tau sejarah kekejaman Hitler.

Semua orang tahu kejamnya Hitler dan tentunya Bung juga tahu..

Orang Malaysia suka jadi hero pada orang yang dia rasa boleh makan..nampak macam lemah..

Sekarang ramai yang mempunyai idelogi kepala otak yang mengatakan pimpinan BN sudah lemah lantas boleh di mamah mamah..

Tak cukup Bung minta maaf, Tok Najib PM pun keluarkan twitt yang kata twitt Bung tu salah..

Saje nak kasi ingat..Bila orang kata UMNO celaka..Bila orang cabar buat 13 Mei...bila orang kata azan Subuh menyakitkan telinga mereka..bila bangsa Melayu makin kena pijak-pijak..bila makin ramai Melayu Malaysia murtad..tak pulak lahir ramai hero membelasah gerombolan yang sewenangnya memijak bangsa Melayu..

Come on lah Bung ngan Tok Najib PM..takkan benda sekecik tu pun nak kena respon sampai nak minta maaf..Tak ada standard betul lah..

Cuba tengok Bang Non and the gang..cakap apa pun mesti nampak dia yang betul..penyokong dia tetap berdiri tegak belakang dia..(biar penyokong duduk belakang..kalau Bang Non duduk belakang..sendiri mahu ingat)..

Cukuplah Hisham cium keris pastu minta maaf..Takkan selamanya kita nak kena mohon maaf..Benar, mohon maaf adalah benda baik..tapi orang tua ada cakap..Tok Najib dengan Bung kena ingat..BUAT BAIK BERPADA PADA..!!

Tak herolah macam ni Bung...respect rambut pacak Bung!!!!

Monday, July 7, 2014

Kit Siang dan DAP kena ingat beberapa perkara

13mei-b


Jangan putar belit kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin berhubung perkara 13 Mei. Timbalan Perdana Menteri kata peristiwa itu boleh berulang jika hal perpaduan bangsa di Malaysia tidak dipelihara.

Kit Siang kena ingat bangsa apa yang mempersendakan Islam sehingga menyuruh orang Islam berbuka puasa dengan Bak Kut Teh?

Kit Siang kena ingat bangsa apa yang menyifatkan laungan azan Subuh mengganggu tidur mereka sedangkan Islam adalah agama rasmi negara?

Kit Siang kena ingat bangsa apa yang beria mahu kalimah Allah dibolehkan untuk diguna pakai untuk orang orang bukan Islam?

Kit Siang kena ingat bangsa apa yang mempersendakan lagu Negaraku sebagai Negara Kuku?

Apa yang salah dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin? Apa yang pernah bangsa Tan Sri Muhyiddin lakukan salah hingga menghina bangsa Kit Siang?

Bukan Kit Siang tidak tahu dan tidak ingat tetapi sekadar nak menunjuk keras kepala..!!!


p/s: Belum pernah dengar lagi Melayu marah apabila bangsa itu memekak dengan gendang sewaktu kematian!!!

Wednesday, July 2, 2014

Betul tapi tak berapa kena!!



Syabas Menteri Wilayah a.k.a Setiausaha Agung UMNO.

Bersihkan Kuala Lumpur daripada sarang kekotoran dan kebanjiran peminta sedekah.

Ku Nan kena fikirkan untuk sediakan tempat khusus untuk golongan fakir miskin makan.

Yang memberi sedekah hendak disaman? Hmm..no komen..

Mungkin ada betul tindakan dan keputusan Ku Nan..tapi seolah menolak ruang untuk memberi sedekah. Bukankah sedekah melembutkan hati dan dengan kelembutan hati akan membentuk sahsiah dan keperibadian mulia?

Berikan sedekah kepada tempat dan saluran yang betul kata Ku Nan..Mungkin betul kalau sedekahnya mencecah puluhan ribu atau ratusan ribu tapi kalau setakat derma RM 1, 5 atau 10 bagaimana?

Kadang kala berjalan di kaki lima melihat ibu memangku anak yang amat daif..tangan menyeluk saku tanpa dipinta untuk menghulurkan sekelumit bantuan. Sekadar yang terdaya.

Sebagai Menteri ada benar dengan apa yang Ku Nan katakan tetapi jauh lebih dari itu Menteri kena lebih proaktif untuk mengambil tindakan jangan sampai mencemar nilai murni dan menghakis nilai kemanusiaan..

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan..!!

p/s: Kembali bersua di alam maya setelah sekian lama membungkam..!!