Monday, May 28, 2012

Mesej buat Nizar biadap



"KERABAT DiRaja Negeri Johor TIDAK PERNAH mengambil wang daripada kerajaan semenjak zaman kesultanan Almarhum Sultan Ibrahim. Anda bolehlah bertanya kepada Menteri Besar atau mana-mana pegawai kerajaan yang berkenaan. Wang yang diperuntukkan kepada Ayahanda saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tengku Mahkota disalurkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim yang bertujuan untuk membantu rakyat negeri Johor  and kerajaan negeri Johor. Saya semenjak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota tidak pernah mengambil walaupun 1 sen daripada kerajaan sehinggalah ke hari ini. Ini adalah duit rakyat saya. Jadi, sebelum anda membuka mulut buatlah kajian terlebih dahulu"

Ayat di atas adalah broadcast message yang Jebat terima di Blacberry usang Jebat berkenaan keceluparan mantan Menteri Besar Perak, Nizar yang sangat biadap mempersoalkan kemampuan Baginda Sultan Johor mendapatkan plat kenderaan WWW 1.

Dahulunya Nizar dan gerombolan HamPAS dengan biadab telah berbaring di tengah jalan menghalang pergerakan kenderaan Sultan Perak dan gerombolan biadab Pakatan jugalah yang telah menyebabkan Raja Muda Perak menunggu berjam jam lamanya untuk merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak semasa peralihan kuasa kerajaan negeri Perak kepada Barisan Nasional.


Jebat fikir itu adalah kemuncak kepada kebiadapan Nizar kepada institusi DiRaja rupanya keceluparan dan kebiadapan itu dipanjangkan pula kepada kerabat DiRaja negeri Johor.


Tetapi apabila direnung-renung semula apalah yang hendak dihairankan kepada keceluparan dan kebiadapan Nizar kepada kerabat DiRaja Johor. Sedangkan kepada keluarga DiRaja Perak pun beliau boleh celupar dan biadap inikan pula kepada kerabat Johor yang langsung tidak ada kena mengena dengan beliau.

Sebagai hamba rakyat, tidaklah berhak untuk Jebat mempertikaikan atau mencampuri urusan ini tetapi atas sifat kemelayuan yang menjulang institusi DiRaja, Jebat rasa terpanggil untuk melahirkan rasa kecewa di atas sifat biadap Nizar.

Kami rakyat Melaka yang tidak punya institusi Sultan pun tahu menjunjung kasih kepada Sultan negeri lain adalah amat menyedihkan jika ada Melayu di negeri lain yang tidak tahu menjunjung kasih kepada Sultan negerinya sendiri yang dijadikan payung untuk menumpang teduh.

Entahlah, Melayu sudah semakin lupa akan asal usul dan adab Melayu. Cuma satu sahaja yang bermain di benak Jebat 'jika Nizar hidup di zaman Kesultanan Melayu Melaka apalah bentuk hukuman yang bakal diterima Nizar'.

Alahai Melayu biadapnya kamu..Ampunkan patik Tuanku!!!

4 comments:

  1. nasib baik kekebalan raja raja melayu di tarik balik, kalau tidak dah lama nizar ni jadi arwah..

    ReplyDelete
  2. Nizar mempersoalkan kekayaan melayu zaman kini. Kenapa? Orang melayu tidak boleh kaya ke? Bila melayu kaya ada yang mempertikaikan, kenapa tidak diungkit pasal bangsa lain yang hidupnya kaya raya di bumi bertuah ini?
    Nizar adalah contoh melayu pendengki dan penghasut bangsa.
    Disarankan agar nizar berhijrah ke tempat lain, baru tahu tinggi rendahnya langit itu.

    ReplyDelete
  3. This Nizar is a stupid dickh&$d.

    He still cant let go of his humiliating episode getting kicked out from the Perak throne.. Padan muka.

    Cina kaya no issue, if Malay kaya cannot... If Sultan kaya also salah... What the hell blame BN for it.

    we don need idiot Malays like this... pakatan Rakyat can go to hell. niza seems to bodek their political masters...

    Daps lap dog.... Woof woof! ... Oink, oink.. good dog Niza

    ReplyDelete
  4. He's not malay. He's SIAL!

    ReplyDelete