UMUM tahu bahawa syurga anak terletak di bawah telapak kaki ibu dan syurga isteri terletak di bawah kaki suami.
Biar seteruk mana atau seburuk mana pun ibu, sebagai anak tentulah nama ibu harus dijulang setinggi langit. Tiada kompromi di dalam bab ini. Tanyalah kepada mana mana ibu di seluruh dunia, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Cuma acap kali kita dengar anak yang sering melupakan ibu.
Benarlah kata ibu, ibu boleh membesarkan dan menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat membela dan menjaga seorang ibu.
Tanpa ibu, tidak mungkin dan amatlah mustahil anda akan dapat melihat dunia. Tanpa didikan yang baik daripada ibu belum tentu anda dapat menjadi manusia yang berguna. Tiada ibu di dalam dunia yang ingin melihat anaknya binasa kecuali anak sendiri yang mahu membinasakan dirinya.
Adakah wajar seorang anak dengan segala kemampuan dan kereta mewah apatah lagi jarak di antara rumah mereka cuma sekangkang kera menghadapi masalah yang besar untuk menjengah ibu di rumah tatkala ibu menghitung detik detik senja?
Ibu tidak pernah mengharapkan wang ringgit cukuplah sekadar mendapat perhatian anak. Tentulah amat malang jika kita sebagai anak gagal memberikan kasih sayang kepada ibu. Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Apalah yang ada pada nama dan pangkat yang tinggi kerana apabila mati kelak semuanya akan ditinggalkan. Ingatlah bahawa kasih ibu membawa ke mati dan ibu jugalah yang akan mendoakan kehidupan anda di akhirat kelak. Sesungguhnya jawatan dan kedudukan yang anda kejar di dunia hanya akan menjadi beban kepada anda dan itu adalah ujian kepada anda untuk melihat sejauh mana keihklasan anda sebagai manusia.
Nama anda mungkin gah di mata rakyat tetapi semuanya itu tidak bernilai dan menjadi sia-sia jika anda tidak menjalankan kewajipan utama sebagai anak. Adakah anda akan dikira sebagai pemimpin terhebat jika anda gagal memimpin diri anda sendiri untuk menjadi anak yang berguna? Adakah anda sudah tidak punya belas kasihan kepada ibu yang setiap hari mengintai-intai kepulangan anda?
Alangkah besar dosa anda kepada ibu. Adakah anda fikir sahabat dan boss yang anda junjung itu akan membawa anda ke syurga? Percayalah semakin kuat anda melupakan ibu anda semakin kuatlah dugaan dan musibah yang akan Allah berikan pada anda. Anda boleh buang jauh jauh segala tanggapan itu tetapi ingatlah tatkala nyawa berada di hujung halkum dengan anda bergelumang dosa pada si ibu, pada ketika itulah anda akan sedar bahawa langit tidak akan dapat anda gapai. Baru anda kenal yang mana emas dan yang mana intan.
Jarang benar kita dengar orang menyesal dahulu. Sebagai sesama manusia Jebat ingat menasihatkan kepada si anak, sementara anda masih berpeluang anda perlu segera menebus dosa. Ingatlah yang di sebelah anda bukanlah sahabat tetapi sebenarnya syaitan yang bertopengkan manusa.
Sedangkan tidak bertegur sapa sesama jiran atau sedara anda selama tiga hari pun sudah dikirakan dosa bayangkan sahaja dosa anda pada ibu anda.
Syurga yang berada di bawah telapak kaki ibu anda adalah syurga yang nyata dan benar tetapi syurga yang rakan politik anda tawarkan itu adalah syurga buatan sendiri yang tarafnya samalah seperti si Dajjal yang menawarkan sebotol air kepada manusia.
Andalah yang menjadi penentunya..Anda pilih si ibu atau anda pilih si DAJJAL?..
orang macam ni, bila dia mati nanti, buat jamban je atas kubur dia!
ReplyDeleteanak jenis apa ni?
anak jenis derhaka kepada ibu,kan syurga di bawah telapak kaki ibu dan dia akan masuk neraka jahanam
Delete