BUKANLAH sesuatu yang menghairankan jika anda yang melakukan kesilapan, jari anda segera diangkat untuk menuding jari kepada individu lain untuk membuktikan anda tidak bersalah. Dahulunya tindakan seperti ini adalah tindakan spontan yang tidak dirancang tetapi kini tindakan itu menjadi sebahagian daripada modus operandi bagi menyelamatkan diri. Suatu amalan.
Apabila ibu anda mendedahkan pelbagai keburukan tingkah laku anda nesaya itu adalah perkara yang lahir daripada hati sanubari seorang itu. Mungkin sahaja, amarah marah ibu tidak lagi terbendung lantaran bait bait ayat yang keluar dari mulutnya amat menjengkelkan.
Apalah perlunya anda menuding jari seolah-olah ada pihak yang mendesak supaya ibu anda buka mulut dan membuka segala pekung yang anda lakukan. Benar, ini adalah masalah keluarga yang tidak seharusnya di war-warkan kepada masyarakat tetapi anda perlu sedar bahawa keinginan anda untuk menjadi pemimpin merupakan teras mengapa anda harus mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada ibu anda. Bukankah kita sudah biasa mendengar istilah 'kepimpinan melalui teladan'? Adakah anda mampu menjadi pemimpin sedangkan diri dan tingkahlaku anda sendiri tidak terpimpin?
Anda sering mendesak pimpinan negara untuk memberi penjelasan kepada setiap isu yang gerombolan anda bangkitkan tetapi adakah anda cukup berani untuk tampil memberikan penjelasan kepada permasalahan yang bukan musuh politik anda bangkitkan tetapi oleh ibu anda sendiri? Isu perkongsian isteri, isu DNA anak, isu kejadian ais krim di dalam tandas dan terbaru isu anak derhaka adalah isu yang sehingga kini tidak anda jelaskan dengan baik dan meyakinkan. Kredibiliti dan asas perjuangan anda tampaknya amat longgar dan mudah diperdebatkan oleh banyak pihak.
Jika anda di pihak yang benar, bukanlah perkara yang sukar untuk anda perjelaskan. Seperti yang disarankan oleh ibu anda sendiri, bersihkan nama anda dengan SUMPAH yang tidak ada tolok bandingnya sebagai orang Islam.
Jika anda meragui kata-kata ibu anda itu lahir daripada hati sanubarinya sendiri, adakah keraguan yang sama anda zahirkan kepada tindakan melakukan sumpah?
Menidakkan kata ibu anda tanpa bukti bahawa ada pihak yang mendesak ibu anda berkata demikian adalah hanya tindakan yang menjelaskan bahawa sesungguhnya anda tidak mengakui keikhlasan hati budi ibu anda.
Anda berkata hubungan anda dengan ibu anda baik-baik sahaja. Jika benarlah baik apakah ibu anda akan menjengkelkan lidahnya dengan membuat kenyataan sedemikan rupa?
Kita ingin melihat kejantanan anda untuk duduk bersemuka dengan ibu anda dan panggilah media seramai mungkin untuk menjelaskan bahawa hubungan anda dengan ibu anda sesungguhnya tidak ada masalah seperti yang didakwa.
Jangan pula nanti anda berkata SAYA DISURUH UMNO UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA IBU SAYA. Kalau bercita-cita mahu menjadi pemimpin janganlah berkata sesuatu yang lucu dan sekadar menampakkan kedengkelan minda anda.
No comments:
Post a Comment