Tuesday, May 15, 2012

Pakatan: Dalam hati ada taman


SUDAH terang lagi bersuluh. Jiwa, kewibawaan dan jati diri pimpinan Pakatan tidaklah seutuh mana dan tidaklah segigih mana untuk bergelar pemimpin.

Saban hari pimpinan BN khususnya UMNO mereka asak bagaikan tiada lagi esok dan seolah-olah kita orang-orang UMNO tidak ada perasaan dan jiwa. Tetapi lihatlah dunia, betapa jiwa perjuangan kita masih utuh dan tidak sesekali goyah walaupun di 'anjingkan' setiap hari. Kita menjadi kuat kerana keihklasan kita di dalam perjuangan dan kita sedar apa yang dianugerahkan kepada kita adalah anugerah Tuhan dan takdirNya jua.

Kita tidak pernah mengheret rakyat untuk membela nasib kita bahkan kitalah yang memperhambakan diri untuk rakyat. Biar seteruk mana kita dikecam kita tidak pernah membalas kata hina itu dengan bait-bait kata yang sehina diri mereka.

PDRM dihentam oleh gerombolan manusia gila seolah-olah merekalah yang menguatkuasakan undang-undang sehinggakan mereka terlupa anggota PDRM punya keluarga yang perlu disuap makannya setiap hari. Punya anak isteri yang saban hari menunggu kepulangan si ayah yang membawa rezeki.

Pun begitu kita masih dapat lihat riak senyum di raut wajah anggota PDRM biarpun jiwa mereka penuh seksa menanggung makian yang tidak berperikemanusiaan. Amanah yang anggota PDRM pikul bukanlah semudah yang kita sangka. Dalam senyum penuh menangkis segala penghinaan.

Terbaru, Perdana Menteri kita diejek dan dipermainkan oleh manusia yang tidak kenal erti budi bahasa. Alangkah malunya kita kerana terpaksa menerima kehadiran rakyat yang mulutnya secelupar jalang yang tanpa mereka sedari sedang memburukkan negara di mata dunia. Pun begitu, Perdana Menteri masih tenang-tenang sahaja kerana tentunya beliau sedar sebagai pemimpin itulah antara beban yang terpaksa dipikul untuk kesejahteraan negara. Tahniah kepada Perdana Menteri kerana tidak melenting dengan kata-kata nista itu.

Adakah kejituan dan ketahanan diri pimpinan Pakatan sekuat ini jika menerima kata-kata nista seteruk ini?

Tanyalah para golongan wartawan yang mesra BN adakah Nuar Berahim bersedia untuk menerima soalan yang tidak merupakan bola tanggung kepadanya? Bukanlah perkara asing kepada para wartawan untuk menerima herdikan daripada Nuar Berahim. Soalan yang diajukan dipulangkan pula dengan herdikan dan air muka yang bengis. Sebaliknya, tanyalah soalan yang berbentuk pujian, pastinya wajah Nuar Berahim berseri-seri ibarat anak gadis menerima pinangan.

Ambiga pun seakan tidak tahu tersenyum bila menerima kehadiran 'penari gelek punggung' di hadapan rumahnya. Dikatakan pula sebagai menerobos haknya untuk bersendirian di rumah. Adakah si perosak ini sedar bahawa membawa gerombolan ke jalanraya adalah merupakan penerobos kepada kesejahteraan negara?


Anak derhaka yang tidak diterima ibunya pula membuktikan bahawa lidah tidak bertulang. Mulutnya cukup lancang apabila menghukum pimpinan UMNO tetapi apabila dikaitkan dengan adegan jamban dan anak derhaka, zikir hina pula yang meniti dibibirnya. Jari segera menuding kepada pihak lain bahkan berani pula berkata ibunya digula-gulakan untuk bercakap sedemikian rupa? Adakah tanpa sedar kenyataan itu seolah-olah menggambarkan ibunya boleh digula-gula dan tidak punya rasa waras untuk memburukkan anaknya tanpa periksa?


Mantan Menteri Besar Perak yang tanpa segan silu naik ke pentas ceramah UMNO baru-baru ini sekadar menampakkan betapa lemahnya ketahanan jiwa. Sifat kebudak-budakkan dan tidak matang jelas menampakkan betapa beliau tidak selayaknya duduk di kerusi Menteri Besar Perak. Bayangkan sahaja jika beliau diludahkan dengan gelaran 'hitam metalik' seperti yang digambarkan kepada Dr. Zambry? Adakah Nizar boleh mententeramkan jiwanya? 

Tanyalah kepada Nizar, siapa pimpinan UMNO yang pernah berkelakuan sumbang sepertinya dengan menghadiri ceramah Pakatan? Adakah anda setuju jika dikatakan bahawa pimpinan UMNO pasti dinista dengan kata-kata cerca jika berkelakuan seperti Nizar? Entah siapa yang menobatkan dirinya sebagai hero, Nizar di dalam laman twitter dengan penuh bangga berkata bahawa diri beliau sebagai hero kerana berjaya menerobos masuk ke gelanggang UMNO. Mujur baik Nizar berada di gelanggang UMNO jika tidak pasti mukanya menerima lemparan telur busuk.


Akhirnya Jebat sedar, segarang dan selantang mana pun pimpinan Pakatan, jiwa mereka cuma lemah bila terkena batang hidung sendiri. Jiwa seperti ini tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana di rakyat di luar sana sudah terhidang dengan pelbagai masalah dan adakah anda fikir jiwa pemimpin Pakatan akan dapat mengimbangi permasalahan rakyat dengan tenang? Jangan pula kita terkejut jika rakyat akan menerima nasib yang sama dengan pimpinan UMNO...HERDIKAN DENGAN KATA NISTA.

Rupanya dalam lantang dan cengih..rupanya dalam HATI ADA TAMAN..macam Milosuam..AUWWWW....

No comments:

Post a Comment