ALANGKAH malangnya UMNO kerana mempunyai pemimpin yang jati dirinya amat lemah seperti sahabat kita yang terkesima di dalam gambar ini.
Jika kita bertanya mengapa kemelesetan undi BN semasa PRU yang lalu maka inilah antara jawapan kepada permasalahan tersebut.
Jebat tidak berapa faham kepada permasalahan yang anak muda ini cuba utarakan kerana Jebat tidak mengenali anak muda ini secara peribadi jadi tidaklah adil jika Jebat melabelkan yang tidak sepatutnya kepada beliau.
Cuma Jebat ingin mempersoalkan perihal jatidiri anak muda ini di dalam berjuang. Jika mengikut kepada pemahaman Jebat, isu projek yang menjadi punca kepada salakan anak muda ini. (betulkan Jebat jika tersilap).
Sayugia, sukalah Jebat berpesan kepada anak muda ini. Di antara asas perjuangan dan kepentingan diri yang manakah anak muda ini utamakan? Adakah anak muda ini menyertai parti untuk mengejar kemewahan hidup atau meletakkan kepentingan bangsa sebagai panji perjuangan?
Anda tidak boleh menyertai parti untuk membuat mahligai tetapi anda boleh menyertai parti untuk membuat bekalan untuk mati kelak dengan mengharmonikan negara. Jebat sendiri sudah berbelas tahun menyertai UMNO tetapi tidak sesekali terlintas di kepala Jebat untuk meninggalkan parti kerana tidak mendapat sebarang habuan. Pada Jebat cukuplah dengan apa yang ada pada Jebat kerana barang harus kita ingat bahawa bukan UMNO atau mana-mana parti yang memberi rezeki selain daripada Allah. Biarlah parti menjadi instrumen pengharmonian kepada negara. Cukup.
Sudah menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Daerah Kampar sepatutnya menjadikan anak muda ini matang di dalam berpolitik. Jebat minta anak muda ini renungkan semula kepada sejarah beliau memasuki UMNO. Tidak pernah ada sesiapa di dalam dunia ini yang menyuruh atau memaksa beliau menyertai politik justeru menyertai parti politik ini adalah pilihan peribadi beliau. Untuk menjadi seorang pemimpin, tidaklah perlu mendidik orang di bawah anda dengan wang ringgit kerana Jebat sendiri telah meletakkan jawatan sebagai pimpinan di peringkat cawangan kerana merasakan ketidakmampuan Jebat untuk menyumbang kepada masyarakat di tempat itu. Justeru Jebat melepaskan jawatan itu dengan sukarela tanpa ada sekelumit rasa benci kepada parti. Jiwa dan roh Jebat tetap bersama UMNO. Tiada masalah.
Justeru, ingin Jebat berpesan kepada anak muda ini, tidak perlulah menggadai perjuangan hanya kerana keinginan dan hasrat tidak dipenuhi. Jalan keluarnya cukup mudah, lepaskan jawatan atau jika anda merasakan ada parti lain yang lebih baik silalah isu borang untuk menyertainya. Asas perjuangan anda sendirilah yang tentukan tidak ada sebarang paksaan di dalam politik.
Jika mengikut kepada petikan dari filem P.Ramlee setelah reda angin kus kus anak muda ini tampil dengan satu sidang media yang bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan beliau yang terlebih salak. Bagus benar tindakan mengakui kesilapan ini tetapi anak muda ini harus sedar bahawa beliau telah menconteng arang di muka seluruh ahli UMNO. Sudah terpalit buih buih ludahan di muka pimpinan UMNO. Andaiannya cukup mudah. Pakatan boleh mentafsir kepada 2 kemungkinan. Pertama, benar-benar sudah wujud kekesalan di hati anak muda ini atau keduanya sudah mendapat apa yang diinginkan. Aduhai Melayu..lemah benar jiwa kamu..!!!!
Sebagai saudara sesama Islam kita terima permohonan maaf anak muda ini tetapi adakah permohonan maaf ini akan berjaya mencuci dosa yang dipalitkan kepada parti? Anak muda ini telah membogelkan UMNO dan robek di hati ahli-ahli UMNO yang benar-benar berjuang bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk dipujuk? Kepada mana-mana ahli yang meletakkan kepentingan peribadi sebagai asas, video ini tidak membawa sebarang makna tetapi bagaimana pula dengan kami yang berjuang tanpa meletakkan wang ringgit sebagai asas?
Sahabat blogger AAKJ menyandang jawatan di peringkat bahagian UMNO tetapi sebagai sahabat yang benar-benar kenal AAKJ, Jebat sedar akan kepayahan dan kesulitan wang ringgit yang dihadapi AAKJ tetapi alhamdulillah asas perjuangan sahabat blogger AAKJ tak pernah goyah dan Jebat tahu selamanya tidak akan goyah. Jebat dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang berjuang di dalam parti yang tidak meletakkan asas perjuangan dengan wang ringgit. Benar, wang ringgit diperlukan untuk mengisi perut dan membasahkan tekak untuk meneruskan perjuangan tetapi adakah sebagai seorang pejuang anda takut dan gentar untuk menahan lapar dahaga? Jika takut dan gentar sekalipun janganlah menyalahkan parti. Sebaiknya, anda lepaskan jawatan dan bekerjalah dengan cara anda sendiri. Perjuangan membutuhkan bukan sahaja wang ringgit malah masa anda. Tidak ada yang pernah memaksa anda berjuang dan tidak pernah pula ada yang menyekat anda untuk berhenti berjuang. Anda buatlah pilihan sendiri.
Amarah anda di dalam video ini adalah amarah marah dan yang marah itu adalah datangnya daripada bisikan syaitan yang menyesatkan. Beberapa pilihan yang ada pada anda...LEPASKAN JAWATAN ANDA atau SERTAI MANA-MANA PARTI POLITIK YANG ANDA RASA BOLEH MEMBERI KEMEWAHAN KEPADA ANDA atau BERHENTI DARI DUNIA POLITIK. Anda tentukan.
Mulakan perjuangan dengan Bismillah dan akhirkanlah dengan AMIN..Itulah UMNO...Intai-intailah logo UMNO yang dikatakan keramat itu..
No comments:
Post a Comment