Friday, April 29, 2011

Video seks: Jangan suruh Nuar Berahim bersumpah



Dalam keadaan terdesak manusia sanggup melakukan apa saja. Sama sahaja keadaannya bila mana seseorang hampir lemas di tengah lautan..dapat berpaut pada sebiji kelapa atau sekeping papan sudah dikira sebagai satu rahmat besar.

Hari ini, Trio Datuk T, Datuk Eskay sudah melafazkan sumpah laknat ke atas dirinya sekiranya beliau menfitnah Nuar Berahim sebagai pelaku di dalam video seks yang hangat diperkatakan.

Biarpun adanya cubaan untuk menggagalkan upacara angkat sumpah itu tetapi tidak ada siapa yang dapat menghalangnya jika Allah swt mengizinkannya berlaku.

Sudah dua orang mengangkat sumpah laknat apabila berdepan dengan Nuar Berahim. Saiful yang mendakwa diliwat oleh Nuar Berahim dan hari ini giliran Datuk Eskay pula. Perdana Menteri juga sudah bersumpah dengan mengatakan yang beliau tidak mengenali Altantuya. Soalnya bila pula Nuar Berahim akan mengangkat sumpah?

Sumpah adalah untuk menegakkan kebenaran. Di dalam isu ini yang didakwa teraniaya adalah Nuar Berahim tetapi adalah sesuatu yang amat pelik bila orang yang didakwa teraniaya itu tidak mahu mengangkat sumpah.

Nuar Berahim terkenal dengan pergerakan yang amat licik. Tidak mungkin kita lupa bagaimana liciknya beliau mencari perlindungan di kedutaan Turki, bagaimana beliau mempengaruhi minda dengan perlakuan sakit pinggang, disuntik Asenik dan bermacam lagi pergerakan licik yang hanya mahu menagih simpati dan mempengaruhi minda.

Bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan jika pada suatu hari nanti, Nuar Berahim akan tampil untuk mengangkat sumpah jika itulah jalan dan pilihan terakhir yang ada pada beliau untuk menyelamatkan hayat politiknya. Seperti kata rakan blogger Putramerdeka, Nuar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik.

Bayang sahaja apa akan berlaku, di saat kita menghadapi detik Pilihanraya Umum ke 13, Nuar Berahim tampil dan mengangkat sumpah? Pastinya minda orang ramai akan terpengaruh dan tidak kurang pula yang akan menjadi was-was dan seterusnya bersetuju bahawa Nuar Berahim telah dianiaya. Mungkinkah apa yang ada di dalam kepala Nuar Berahim sekarang bahawa SUMPAH akan menjadi senjata terakhir di dalam menyelamatkan hayat politiknya yang sudah menampakkan tanda noktah?

Kalau berguru dengan wali selipar yang boleh mengatakan orang yang berzina boleh diampunkan oleh Allah swt dalam sekelip mata, jangan pula kita hairan jika bersumpah akan dilakukan sebagai talian hayat yang pastinya memberikan impak yang besar biarpun menidakkan hukum agama.

Jangan kita terjerat di antara sumpah demi agama dan sumpah untuk hayat politik..bisikan syaitan ada di mana-mana..Inilah janji iblis..Inilah jerat yang bukan dicipta manusia tetapi sememangnya janji iblis untuk menyesatkan manusia sehingga matahari terbit dari Barat.

Wallahualam..

Wednesday, April 27, 2011

Video Seks: Ngankung Esok!!!


Pesanan: Selepas selesai bermain, sila basuh tangan anda kerana mungkin ada kotoran yang tertinggal di tangan anda..jangan ragu-ragu dengan DNA anda kerana DNA akan berada di mana-mana termasuk di berus gigi dan sebagainya..


Kepada kaki-kaki nombor pastinya esok akan membanjiri kedai agensi nombor ramalan itu. Malam ini sekali lagi kaki-kaki nombor diberi 'hint' atau 'cai' tentang kemungkinan nombor yang akan keluar esok.

Video seks Part 1..tempoh yang didedahkan adalah selama 1 minit 47 saat..dan hari ini video seks Part 2 juga tempohnya 1 minit 47 saat. Jadi, jika benarlah ini hint yang diberikan mungkinkah nombor yang akan naik esok 147? Soalnya apakah satu lagi digit? Tapi itu bukan persoalannya kerana kaki nombor pasti tahu apa yang perlu di cai kan untuk mendapat 1 lagi digit.

Kepada kaki nombor harus berterima kasih kepada pelakon yang dianugerahkan dengan kelebihan sedemikian rupa..

Kalau ikut perut pelakon dalam video itu, buncit boleh jadi menggambarkan angka 0. Tapi oleh kerana ada 2 pelakon, mungkin saja digit 2 akan menjadi pelengkap kepada 4 digit yang dicari? Keseluruhan daripada video itu dikatakan mengambil masa 20 minit? Jadi mungkin benarlah angka 2 dan angka 0 boleh diguna pakai.

Apa pun, kaki-kaki nombor bolehlah ngangkung untuk dapatkan satu lagi digit yang belum selesai.

Aku sekadar beri hint kepada kaki nombor..kalau betul-betul naik nombor itu, aku cuma minta kau orang belikan lah jam Omega pada aku..

Aduhai...Ini benar-benar reformasi ngankung!!!

Tuesday, April 26, 2011

Sajak 'Melayu' Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Monday, April 25, 2011

Tiada yang baru yang Zaini Hasan cuitkan


1 Melayu 1 Bumi yang disarankan secara peribadi oleh Datuk Zaini Hasan di dalam ruangan cuit Utusan Malaysia bukanlah sesuatu yang baru didendangkan.

Sebenarnya, orang-orang Melayu marhaen yang tidak kemaruk politik lebih dahagakan penyatuan kaumnya berbanding dengan kegilaan orang-orang politik Melayu yang tidak langsung memikirkan untung nasib kaumnya..Yang penting dan sentiasa memberontak dalam kepala dan benak mereka hanyalah mengejar kuasa yang pastinya boleh menjamin kekukuhan ekonomi.

Mungkin orang politik Melayu jarang berjalan di warung-warung kerana terlalu selesa melepak di hotel-hotel mewah biarpun sekadar menikmati secawan teh. Pergi saja ke Pandan Indah sebagai satu contoh, lihat sahaja bagaimana utuhnya perpaduan di kalangan peniaga Cina di sana. Berniaga di bawah satu bumbung yang sama dan tidak wujud soal dengki dan khianat sesama mereka. Kedai tayar dan workshop kereta di Pandan Indah juga didominasi oleh peniaga-peniaga Cina dan akibat dari penyatuan inilah maka banyak industri perniagaan dimonopoli oleh kaum Cina.

Orang Melayu dalam soal menjadi imam masjid pun kadang kala boleh membawa kepada soal bermasam muka. Apatah lagi dalam soal mengejar kegilaan kuasa politik. Baik di dalam UMNO mahupun PAS. Yang kalah di dalam pertandingan merebut kerusi setiap kali adanya pemilihan akan membawa rajuk yang panjang yang kemudiannya disalurkan dengan rasa dendam yang membara. Sebab itulah di dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil istilah cah keting selalu kedengaran.

PAS sudah terlalu jauh melupakan soal penyatuan orang-orang Melayu. Jika tidak sudah lama idea untuk mewujudkan kerajaan perpaduan diterima pakai oleh PAS. PAS lebih suka dan cenderung menawarkan syurga kepada pengikut-pengikutnya. Waimah jika ada pengundi Cina yang mengundi PAS pun akan dijanjikan syurga firdaus. Atas kelemahan dan kepercayaan cetek PAS itulah maka DAP sebijak kancil memperkudakan PAS untuk memancing undi orang-orang Melayu sekaligus memecahkan Melayu kepada puak-puak.

Sebenarnya apa yang ditulis oleh Datuk Zaini itu adalah kerana jiwanya yang cintakan dan sayangkan Melayu tercampur pula dengan emosi marah yang terkecewa kerana melihat bangsanya semakin diinjak-injak. Ada benar dengan apa yang Datuk Zaini nukilkan malah sebenarnya ramai orang Melayu yang bebas dari kegilaan mengejar kuasa politik bersetuju dengan apa yang Datuk Zaini nukilkan. Sesuai benar Datuk Zaini berkhidmat di Utusan Malaysia dan atas sebab itulah tidak ada salah dengan apa yang beliau nukilkan. Rasanya, jika Datuk Zaini berkhidmat dengan suratkhabar bukan Melayu pun tulisannya pasti akan menjurus kepada soal penyatuan Melayu kerana orang Melayu kaya dengan jiwa, kaya dengan keresahan dan juga kaya kepada soal terlupa. Orang yang terlupa harus dicuit dan cuit Datuk Zaini itu mungkin sahaja akan membuatkan ada orang yang melatah.

Pandangan Tun Mahathir berhubung apa yang Datuk Zaini nukilkan adalah pandangan seorang bekas pemimpin yang pastinya melihat sesuatu secara menyeluruh. Dan sebagai pemimpin yang banyak dan besar jasanya mungkin beliau merasakan perkara itu tidak perlu dinukilkan secara terbuka.

Ibarat menarik rambut di dalam tepung, biarlah semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Cuma orang-orang Melayu sudah seharusnya boleh menghidu atau terbau ada benda yang sedang membakar di dalam sekam dan mujurlah ada Melayu seperti Datuk Zaini Hasan yang cuba menyedarkan orang Melayu biarpun sekadar cuit-cuit manja.

Monday, April 18, 2011

Jangan terlalu cepat menghukum


Segala persoalan tentang sama ada BN mampu untuk mengekalkan kuasa 2/3 di Sarawak sudahpun terjawab. Sekalung tahniah kepada jentera kerja BN dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk memenangkan BN.

Dan selepas daripada itu, seperti orang yang terlalu kemaruk berpolitik, peralihan kuasa Ketua Menteri Sarawak pula yang menjadi satu topik yang hangat dibincangkan dan ditunggu-tunggu.

Suka diingatkan kepada sesiapa yang terlupa bahawa Pakatan terlalu bijak bermain propaganda dan persepsi. Siapakah di antara kita yang secara peribadi mengenali Ketua Menteri Sarawak yang sedia ada? Mungkin di kalangan orang-orang politik mengenali Ketua Menteri Sarawak itu secara peribadi tetapi kepada rakyat di luar sana siapakah yang benar-benar mengenali hati budi Ketua Menteri itu?

Kita jangan lupa kepada pendedahan Syeikh Kickdafella bagaimana beliau diupah untuk memburukkan imej Pak Lah sehingga kita tanpa segan silu menghukum Pak Lah dengan termakan mainan persepsi tu dan sehingga kini masih ramai yang belum meminta maaf kepada Pak lah kerana rasa buruk sangka terhadap beliau. Dan apakah kita akan sekali lagi akan berhutang maaf kepada Taib Mahmud seperti kita berhutang maaf dengan Pak Lah hanya kerana kesilapan berburuk sangka kepada mereka.

Jika benarlah Taib Mahmud seperti yang digambarkan pembangkang, agak menghairankan bagaimana beliau masih berjaya mengekalkan kerusi yang ditandinginya? Apakah rakyat Sarawak buta kerana masih mengundi Taib Mahmud jika benarlah busuknya Taib Mahmud seperti yang digambarkan pembangkang? Justeru, orang-orang Semenanjung yang hanya mendengar khabar-khabar angin tidak termakan dengan mainan persepsi yang selalu dicanangkan pembangkang.

Sudah jelas bahawa Sarawak cukup maju di bawah pentadbiran Taib Mahmud, justeru itu mencari pengganti Taib Mahmud bukanlah perkara enteng yang boleh dibuat dengan hanya menurut rasa dan selera. Banyak perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu dan perkara itu seharusnya diserahkan kepada rundingan antara Najib dan Taib Mahmud seperti mana yang mereka persetujui semasa tempoh berkempen tempoh hari.

Jangan kerana hanya termakan mainan persepsi pembangkang, kita terlalu emosi untuk menghukum kerana 'tak kenal maka tak cinta' dan sekalipun 'cinta itu buta' kita serahkan saja pada 'jauhari' kerana hanya 'jauhari mengenal manikam'.

Thursday, April 14, 2011

Standard Nuar Berahim lebih rendah dari tuai rumah panjang



Bunyi cakap berdegar-degar nak tawan Putrajaya pada 16 September. Kalau nak tawan mestilah seorang panglima yang gagah berani tapi rupa-rupanya tak lebih dari seorang lelaki tua yang kudrat sudah sampai ke penghujung.

Dalam ceramah mesti Nuar Berahim cakap yang dia berjumpa pemimpin-pemimpin ternama dunia yang kononnya menyokong dia tapi kalau bila ditanya oleh tuai rumah panjang pun sudah merah telinga, pejuang apa namanya..Kah Kah Kah (ini gelak macam blogger Tukar Tiub)..

Handal juga politik tuai rumah panjang. Nak dihalaunya Nuar Berahim takut Nuar Berahim malu maka jam Omega yang paling ditakuti Nuar itulah yang digunakan sebagai modal untuk menghalau dengan cara baik..Kah Kah Kah..Bakal Perdana Menteri kena halau dengan tuai rumah..Tidak ada standard langsung..

Kita sarankan Nuar Berahim jadi tuai rumah panjang saja dan lupakan niat nak jadi Perdana Menteri. Itu pun kalau standard Nuar Berahim sama taraf dengan tuai rumah panjang..Kah Kah Kah..

Khabarnya, Nuar Berahim tak boleh tahan bila ditanya oleh tuai rumah panjang itu berhubung isu jam Omega sampai tak sempat nak bersalam dengan orang ramai yang hadir..Macam mana agaknya muka Nuar Berahim masa tu..ada tak macam muka orang minum tuak di rumah panjang? Kah Kah Kah..

Buat lawak pulak Nuar Berahim ni..Wan Ajijah tak mau buat sidang akhbar ke di rumah panjang tu? Kalau sudah tak ada sangat jam Omega tu bawak saja jam dinding sebagai ganti..Kah Kah Kah...

Papa..Papa..Papa memang hebat...Macam ayam berak kapur..Kah Kah Kah..

Wednesday, April 13, 2011

Siapa anugerah Tuhan?




Seperti di dalam Akademi Fantasia, dunia politik tanahair penuh dengan kejutan sejak akhir-akhir ini. Kalau benarlah niat pembangkang membuat solat hajat untuk mencari kebenaran jelaslah kebenaran yang dianugerahkan Tuhan. Cuma bolehkah pembangkang menerima kebenaran itu kerana kebenaran itu jelas tidak memihak kepada mereka?

Isu video seks masih tidak terungkai, hari ini Malaysia dikejutkan lagi dengan pendedahan RPK berhubung kes Altantuya. RPK mendakwa ada pihak yang memberi lampu hijau untuk membuat fitnah itu. Masihkah rakyat Malaysia ragu-ragu dengan kebenaran tersebut?

Pernah lihat Perdana Menteri melenting apabila difitnah terlibat dengan kes Altantuya? Cuba bezakan dengan perangai Nuar Berahim yang melenting apabila sekadar diajukan soalan berhubung jam Omega?

Nik Ajis mendoakan pecah perut kepada Perdana Menteri tetapi masih Perdana Menteri berdiam diri dan tidak melenting bahkan Perdana Menteri masih sudi bertemu dengan Nik Ajis.

Pemimpin pemimpin pembangkang memanggil pelbagai perkataan keji kepada UMNO tetapi adakah Perdana Menteri mencerca pembangkang dengan perkataan yang serupa?

Wan Ajijah menggelarkan suaminya Anugerah Tuhan tetapi jelaslah sekarang siapa yang sebenarnya merupakan Anugerah Tuhan.

Barang perlu diingat, syaitan juga adalah suatu anugerah yang tugasnya adalah untuk memecah belahkan umat manusia..Dajal juga adalah satu anugerah untuk menunjukkan bahawa dunia sudah sampai ke penghujungnya dan dajal itu adalah matanya satu..agak-agaknya bendera parti mana yang lambangnya mata satu?

Tuesday, April 12, 2011

Sarawak: Ayat-ayat bangang


Portal mana menjadi pilihan penulis itu?




Apa yang pelik apabila seorang Presiden parti seperti Dato' Sri Najib turun berkempen di Sarawak bagi menambah semangat jentera kerja BN?

Tidaklah menghairankan jika blogger Pakatan menggambarkan bahawa kehadiran Dato' Sri Najib di Sarawak adalah tanda bahawa BN berada di dalam keadaan cukup terdesak untuk mengekalkan majoriti 2/3. Tetapi adalah sesuatu perkara yang pelik bila portal yang kononnya pro kepada BN menggunakan perkataan yang mengatakan bahawa Najib turun ke Sarawak untuk menyelamatkan BN di Sarawak.


Sebagai sebuah portal yang allignment nya cenderung kepada BN mengapa harus terikut ikut dengan propaganda yang digunakan oleh media pembangkang? Sesungguhnya, propaganda yang digunapakai oleh pembangkang di Sarawak hanyalah untuk menunjukkan bahawa tidak ada kerja sama erat di antara Najib dan Muhyiddin. Dan tidak hairanlah sekiranya media pembangkang menggunakan pendekatan ' Sarawak kalah, Muhyiddin Perdana Menteri'. Propaganda ini hanyalah untuk melaga-lagakan kerjasama erat di antara Najib-Muhyiddin yang selama ini terbukti digeruni oleh pembangkang setelah tumbangnya Pakatan pembangkang di dalam beberapa siri pilihanraya kecil.


Lebih pelik mengapa portal tersebut tidak mengatakan bahawa kehadiran Anwar Berahim di Sarawak selama berminggu-minggu adalah tanda bahawa Pakatan berada di dalam cukup terdesak sebagai menunjukkan bahawa ideologi politik mereka masih lagi relevan dan diyakini rakyat Sarawak? Adakah penulis portal itu tidak perasan dengan keadaan ini atau buat-buat tidak perasan dengan keadaan ini? Mengapa tidak pula dipersoalkan tempoh panjang Anwar berada di Sarawak sebagai satu tanda gerunnya beliau untuk pulang ke Semenanjung di dalam keadaan rakyat inginkan penjelasan berhubung isu video seks? Terlepas pandang atau sengaja tidak ingin dipandang?


Ayat yang mengatakan bahawa Najib turun ke Sarawak adalah untuk menyelamatkan BN di Sarawak adalah secara tidak langsung menggugat kredibiliti Muhyiddin yang akan disifatkan oleh pembangkang bahawa sebagai tidak mampu untuk menerajui jentera kempen BN di Sarawak dan tidakkah ini sebahagian daripada propaganda pembangkang untuk melagakan kedua-dua pemimpin tersohor BN ini?


Sayugia diingatkan bahawa di dalam detik yang semakin menghampiri hari pembuangan undi yang bolehlah disifatkan sebagai hari 'peperangan', pilihan yang ada cuma dua iaitu HIDUP atau MATI. MENANG ATAU KALAH?


Apa yang di tulis di Free Malaysia Today janganlah terus dibawa pendekatannya di portal ini kerana biar pun tuan tulisnya adalah nama yang sama tetapi barang perlu diingat bahawa pegangan dan ideologi politik jelas berbeza..Jangan keliru dengan identiti diri sendiri!!

Sunday, April 10, 2011

Betul punya marah orang itu



Apa kena mengena jam Omega dengan isu ini? Kenapa tak jawab saya tak pernah ada jam Omega..maksudnya kau adalah jam Omega ye?

Kenapa saya perlu jawab? Pasal kau adalah orang yang semua orang gambarkan di dalam video itu..takkan nak tanya pada Barrack Obama pulak..

Berani kamu tanya penglibatan tentang pembunuhan Altantuya? Dia dah pernah bersumpah kata tak kenal Altantuya pun..kau tu bila nak bersumpah?

Azizah dah jawab? Jawab tanpa menunjukkan jam itu masih ada dalam simpanan semua orang boleh..samalah macam anak yang dapat keputusan teruk di dalam peperiksaan tanpa menunjukkan slip keputusan kepada bapaknya..

Bayangkan sahaja kalau calon SPM yang menduduki ujian lisan Bahasa Malaysia memberikan jawapan seperti ini?

Maka jangan hairan kalau suatu nanti, bila seorang anak memberikan jawapan kepada soalan ayahnya..1 campur 1 jawabnya 11...maka si ayah akan memberikan soalan, dari mana kamu belajar maka si anak akan tenang beri jawaban...saya belajar dari orang itulah...

Kenapa kau tak jadi Perdana Menteri? Ada kau tanya Tuhan kenapa Tuhan tak mahu berikan kau jawatan itu?

Thursday, April 7, 2011

Santai: Di manakah jam itu?



Pak Mat King Leather adalah merupakan seorang yang amat kemaruk untuk menonton DVD pornografi. Boleh dikatakan setiap malam Pak Mat akan membeli DVD baru yang ceritanya hanya berkisar kepada soal seks. Berbagai-bagai koleksi video seks terdapat di dalam satu bilik rahsia yang terdapat di hujung rumahnya.

Suatu hari, Pak Mat berjumpa penjual video seks yang amat rapat dengannya..As Sky Too High nama gelaran penjual video tersebut.

'Sky, kamu ada cerita baru yang pelakonnya adalah di kalangan orang Asia..kalau boleh yang datang dari China Doll..aku sudah muak tengok cerita yang pelakonnya Mat Salleh'..tanya Pak Mat kepada As Sky..'Ada Pak Mat..cerita baru..semua orang belum tengok lagi..tapi ini China Doll masa di Thailand, mahukah? Pak Mat mengangguk kepala tanda setuju.

Sebelah malamnya, semasa semua orang di rumahnya sudah melelapkan mata, Pak Mat secara senyap-senyap telah membuka DVD yang dibeli tadi. Sambil menghirup air kopi..Pak Mat tiba-tiba tersedak apabila mendapati pelakon wanita yang berlakon di dalam video itu amat menyerupai anak rakannya. Pak Mat terus menutup video yang hanya sempat ditontonnya sekitar 1 minit itu. Pak Mat termenung mengenangkan apa yang dilihatnya tadi.

'Tak mungkin anak kawan aku yang berlakon di dalam video itu' Dia seorang yang alim dan tidak tinggal sembahyang..tak mungkin' bisik hati Pak Mat. Kalau ikutkan Pat Mat mahu saja diajak seluruh warga kampung menonton filem itu tetapi pastinya akan mendapat bantahan dari seorang peguam di kampungnya yang amat terkenal dengan lidah bercabang, Ais Kepal nama gelarannya.

Semalaman Pak Mat tidak dapat melelapkan matanya..Keesokannya, Pak Mat mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ajijan, ayah kepada perempuan yang didakwa berlakon di dalam video yang ditontonnya malam tadi. "Jan, anak kamu berlakon video lucah ke? tanya Pak Mat secara serius kepada Ajijan. 'Kalau kamu tidak percaya, malam ini datang ke rumah aku..kita sama-sama tengok'. 'Iskh..kamu ni Mat, aku tak tonton cerita tu semua..berdosa kamu tahu' balas Ajijan.

Seperti orang yang meraba di dalam kegelapan, Ajijan amat buntu lantas mengambil keputusan untuk ke rumah Pak Mat untuk mendapat kepastian. Setibanya di rumah Pak Mat, Ajijan menyuruh Pak Mat memasang video seks itu dan apabila video itu dipasang, alangkah terkejutnya Ajijan apabila mendapat pelakon wanita itu benar-benar menyerupai anaknya.

"Aku dah cakap, anak kamu tu" jelas Pak Mat. Ajijan kemudian menggelengkan kepala kepada Pak Mat. "Bukanlah Mat, bukan anak aku tu..anak aku rambutnya panjang, yang ini rambutnya pendek sikit' tegas Ajijan. Pak Mat kebingungan kerana Pak Mat tidak pernah melihat rambut anak rakannya itu kerana sentiasa bertudung. "Dah lah Mat kamu jangan fikir bukan-bukan..bukan anak aku tu'.

Pak Mat masih tidak berpuas hati..lantas esoknya Pak Mat memberanikan diri berjumpa anak rakannya itu semasa membeli ikan di pasar. ' Kamu berlakon di dalam video seks ke?" tanya Pak Mat. "Eh..bila masa pulak saya berlakon filem-filem macam itu Pak Mat".."Habis yang aku tonton itu apa?"."Kamu jangan nak tipu aku...aku dah tonton semuanya..bukankah kamu ada ke Thailand baru-baru ini?" tegas Pak Mat lagi.

Setelah diasak bertubi-tubi oleh Pak Mat akhirnya anak rakannya itu sudah tidak mampu mengelak. "Begini Pak Mat..benar Pak Mat saya ada ke Thailand baru-baru ini dan di sana saya berkenalan dengan seorang pemuda dalam masa yang cukup singkat dan kemudiannya saya seperti dipukau telah dibawa ke bilik hotel" jelas anak rakannya itu. 'Kamu cam muka lelaki itu" tanya Pak Mat.."Saya tidak camlah Pak Mat kerana lelaki itu mendatangi saya dari belakang di dalam bilik hotel itu..mana saya nak cam Pak Mat kalau dia selalu dari belakang'..jelas anak rakannya. "Kalau begitu, mungkin di dalam bilik hotel itu telah dipasang kamera dan kamu sebenarnya bukan berlakon video seks tetapi tanpa kamu sedari yang kamu sebenarnya telah diliwat'.

"Apa tanda yang kamu boleh ingat lelaki itu" tanya Pak Mat.."Entahlah Pak Mat..yang cuma saya ingat adalah lelaki itu memakai jam Doremon kerana saya memang minat dengan jam itu" jelas anak rakannya itu.

Pak Mat lantas beredar meninggalkan anak rakannya itu dan kedengaran jeritan anak rakannya itu " Pak Mat nak ke mana' jerit anak rakannya itu.." Nak cari jam Doremon' balas Pak Mat ringkas.

Sehingga ke hari ini, jam Doremon itu masih belum ditemui dan puaslah Pak Mat ke kedai-kedai jam untuk mencari jam itu..Ramai taukeh kedai jam yang memberi jaminan kepada Pak Mat bahawa mereka mempunyai jam seperti itu tetapi apabila diminta menunjukkan jam itu, mereka kerap kali memberi alasan kepada Pak Mat..Pak Mat khabarnya mahu ke Arab Saudi kerana difahamkan jam Doremon itu banyak terdapat di Arab Saudi..

Moral: Jangan ikut orang yang kamu tidak kenali dan sentiasa berwaspada di dalam bilik hotel, kot kot ada kamera tersembunyi..dan jangan sesekali memakai jam Doremon kerana jam itu amat dikehendaki oleh Pak Mat. Cerita ini hanyalah sekadar hiburan dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati.

Tuesday, April 5, 2011

Video seks: Peluang terhidang tidak digunakan?



Makin pelik nampaknya dengan apa yang berlaku berhubung isu video seks ini. Suatu ketika,Nuar Berahim tampil berani dan jantan ketika membuat laporan polis berhubung isu video ini.

Apabila video yang didakwa bahawa Nuar Berahim sebagai pelakunya ditayangkan di You Tube tidak ada sebarang tindakan oleh Nuar Berahim untuk membersihkan namanya..

Di dalam norma tabiee manusia, jika difitnah, manusia akan melakukan apa sahaja untuk membersihkan namanya. Tetapi sudah banyak peluang yang terhidang untuk Nuar Berahim membersihkan namanya namun tidak pula Nuar Berahim menggunakan peluang itu.

Baik..kita terima pakai dakwaan Pakatan bahawa ini adalah suatu konspirasi jahat untuk menjatuhkan Nuar Berahim..Tetapi kenapa Nuar Berahim tidak mahu menggunakan segala peluang yang ada untuk membersihkan namanya. Jika di dalam adat meminang..diam wanita adalah tanda setuju.

Hari ini, sekali lagi peluang terhidang di hadapan mata. Apabila wartawan bertanyakan sama ada isteri Nuar Berahim masih menyimpan jam itu, isterinya mengiakan tetapi jawapan yang diberikan itu di dalam nada yang cukup tidak meyakinkan. Kenapa tidak ditunjukkan sahaja jam itu kepada wartawan? Atau setidak-tidaknya belilah di mana-mana jam Omega jika itulah peluang yang ada untuk membersihkan nama suaminya? Kenapa tidak digunakan?

Rasanya, jika Nuar Berahim bersumpah, mungkin lebih dari 50 peratus rakyat Malaysia akan mempercayai bahawa Nuar Berahim dianiaya..soalnya..kenapa tidak digunakan peluang itu?

Isteri Nuar Berahim berkata bahawa bersumpah seperti yang ditanyakan oleh wartawan adalah sumpah cara UMNO..jadi kenapa tidak digunakan sumpah cara Pakatan? Kenapa tidak digunakan peluang itu? Bersumpahlah dengan cara apa sekalipun yang pokoknya haruslah menjunjung Al Quran kerana Al Quran akan kekal sebagai sebaik baik hakim selamanya..

Di dalam permainan bolasepak..tendangan penalti adalah suatu peluang untuk menjaringkan gol..Jika tidak gol..kesalahan itu boleh ditimbang dari pelbagai sudut..sama ada pemain itu lemah, lembab atau mungkin juga kehandalan penjaga gol itu sendiri...Soalnya peluang itu telah terhidang..untuk menang..peluang yang ada haruslah digunakan sebaik-baiknya..

Monday, April 4, 2011

Video seks: Thailand atau Kuala Lumpur?



“Sekarang orang cakap bab agenda di Kuala Lumpur saja...belum lagi cakap bab agenda di Thailand,” katanya secara bersahaja.

Lima soalan berkenaan ialah berapa kali dalam tempoh dua tahun lampau Anwar pernah ke Thailand,siapa yang menyambutnya setiap kali ke sana,siapa yang menempah bilik hotelnya,siapa yang membayar bil hotelnya dan siapa yang bersamanya sepanjang di sana.

“You pi tanya dia...tengok apa dia jawab,”kata Eskay sambil mengakui beliaulah orangnya.

Namun katanya jika Anwar cakap banyak beliau akan ‘ membuka a can of worms’ (mendedahkan pekung) di Thailand pula.

Ketika didesak Eskay tetap enggan memberitahu apa maksud pekung ‘a can of worms’ itu.

Dari cara beliau bermain dengan kata-kata – satu kesimpulan dapat dibuat ialah ada ‘ bom’ yang mungkin meletup pasal Anwar di Thailand pula selepas ini. (dipetik dari agendadaily.com semasa perjumpaan dengan Datuk Trio).

Ini adalah jawapan kepada persoalan yang berlegar di kepala Nik Nazmi bekas Setiausaha Sulit Nuar Berahim yang mempersoalkan lokasi video itu dirakam.

Kita tunggu dan lihat mungkin akan ada pula angin tsunami dari Thailand yang akan membawa pekung yang amat busuk ke Malaysia.

Datuk Eskay seakan sudah memberi isyarat bahawa beliau bukan sekadar cakap-cakap kosong..Mungkinkah video yang di upload di You Tube semalam adalah petanda awal bahawa akan ada ledakan seterusnya yang puncanya adalah dari Thailand..Yang berlaku di Malaysia masih lagi rahsia..Macam permainan sepaktakraw pula di mana Malaysia dan Thailand adalah musuh tradisi..Mana lebih kuat dan bermutu..Tunggu sahaja..

Video seks: Penakut juga satu Anugerah?


Benarkah ini Anuar Berahim?

Peribahasa: Pelanduk dua serupa?

Keliru?

Tanyalah:

Orang UMNO: Sah memang Nuar Berahim!!

Orang Pakatan: Ini bukan Nuar Berahim!!

Datuk Eskay: Saya ada di dalam video itu

Sebaik-baiknya: Biarlah Al Quran sebagai sebaik-baik hakim

Bagaimana?

KITA CABAR ORANG YANG DIMAKSUDKAN UNTUK MENJUNJUNG AL QURAN DAN BERSUMPAH BAHAWA SESUNGGUHNYA DIA TELAH DIFITNAH.

Konspirasi: Kepala otak kau orang kalau Al Quran sebagai hakim masih mahu dikatakan wujudnya konspirasi.

Adakah ini satu Anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia?

Caranya: Anugerah disampaikan melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai Anugerah Tuhan?

Fikirlah dengan tenang dan waras!!!