Tuesday, August 31, 2010

Melayu: Semakin tak waras

Tadi dengan sedikit rezeki yang lebih yang dianugerahkan pada aku dapat juga akhirnya membawa keluarga aku berbuka puasa di luar. Bukan di hotel mewah tapi di pasaraya yang agak besar di Selangor. Rezeki keluarga bulan Ramadhan dan rezeki anak anak. Terima kasih Tuhan atas rezeki yang kau berikan pada aku.

Selepas berbuka puasa, aku memandang keluar dari pusat membeli belah tu. Dan seperti lazim malam malam yang semakin hampir dengan hari raya dan tambahan pula malam merdeka, aku dapat lihat kilauan bunga api menerangi awan malam. Bukan sedikit jumlahnya. Rasanya, pertunjukan bunga api percuma tu berlangsung sekitar 10 minit. Banyak wang yang dibakar. Kaya pulak Melayu dengan pesta bunga api.

Aku sengeh sendirian bila kenangkan sikap Melayu. Gula naik 20 sen sekilo, Melayu menjerit macam nak kiamat esok. Agaknya dengan pembakaran bunga api sebanyak tu, berapa ratus ringgitlah yang dibelanjakan. Melayu bersorak kegembiraan dengan bunga api tu. Tidak ada langsung rungutan walaupun membakar wang ratusan ringgit.

Kalau dikirakan nisbah kenaikan harga gula dengan pesta bunga api tu, rasanya akan melibatkan ratusan kilogram gula. Petrol naik 5 sen, Melayu menjerit lagi..Alangkah sempitnya fikiran kita dengan merungut pada benda yang tak sepatutnya sedangkan bergembira pada benda yang membazir. Ada pula puak yang 'menyiram minyak' pada kemarahan Melayu berhubung kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dan petrol sebanyak 5 sen. Nak serah memorandum, nak suruh rakyat tukar kerajaan lah..macam macam benda yang tak waras.

Kenapa puak puak pemertintah di Selangor tidak menasihatkan supaya orang orang Selangor tidak membazir wang dengan pembakaran bunga api yang melibatkan ratusan ringgit? Kenapa kerajaan Selangor tidak terus memberi subsidi kepada rakyat Selangor sekiranya mengatakan tindakan kerajaan pusat menstruktur semula subsidi sebagai satu langkah yang silap? Harga barang di Selangor tetap sama macam di negeri lain. Kita mahu lihat pimpinan Selangor jangan hanya mencari salah orang lain tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk membantu rakyat Selangor. Kepimpinan melalui teladan. Jangan cakap saja berdegar degar tetapi macam tin kosong.

Rakyat Selangor pasti akan membawa perubahan di dalam pilihanraya ke 13 kelak. Tunggu dan lihat sajalah. Mata yang memandang kadangkala membawa kekhilafan, justeru dacing akan pasti menjadi penimbang yang sebaiknya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday, August 29, 2010

Petua untuk tidak kena saman ekor



Ramai orang yang susah hati bila polis kata akan kekalkan saman ekor sampai ada yang nak jadi hero nak kumpulkan pesalah trafik untuk buat bantahan pasal saman ekor. Aku tak berapa nak susah hati pasal saman ekor ni pasal setahu aku lah, aku bawak kereta selalu patuh pada undang undang. Yang susah hati ni pasal orang yang tak berapa nak faham pasal undang undang jalan raya dan orang yang tak berapa nak ada tamaddun. Pesalah ni sama macam orang yang sembahyang tak ikut rukun. Bawak kereta membuta tuli macam jalanraya bapak dia punya bila dah kena saman nak salahkan orang lain pulak.

Jadi secara mudahnya, kalau tak nak kena saman ekor ikut je petua ni : JANGAN BERPERANGAI MACAM BINATANG YANG BEREKOR DI ATAS JALANRAYA...NAK BERPERANGAI MACAM TU SILA IKUT GAMBAR DI ATAS...DUDUK ATAS POKOK...Lu pilihlah nak macam manusia atau binatang..

Saturday, August 28, 2010

Angguk angguk, geleng geleng

Hebat..Melayu makin hebat..Mula-mula doakan orang bukan Islam dalam khutbah Jumaat..sekarang ni, izinkan pulak orang bukan Islam berceramah dalam masjid. Yang menarik ada pulak tuan tuan haji yang mengizinkan benda ni terjadi. Hebat..Melayu makin hebat. Esok lusa manakan tahu kalau orang bukan Islam pulak yang baca khutbah dan berdoa dan orang Melayu pulak yang mengaminkan doa..Memang Melayu bangsa yang cukup hebat.

Aku bukan alim besar nak cakap pasal agama ni..tapi sikit sikit bab ni tahulah jugak..Yang perempuan bukan Islam tu dibenarkan masuk ke dalam rumah ibadat tu apasal? Kalau ye pun nak buat sumbangan sebagai wakil rakyat kawasan tu dah tak ada tempat lain ke?Apa dah tak ada balai raya?Dewan serbaguna?Rumah tok imam pun tak apa..asalkan jangan dekat dalam rumah ibadat tu.

Rasanya hampir semua masjid dan surau ada letakkan tanda suruh orang perempuan yang nak masuk rumah ibadat supaya tutup aurat. Benda basic tu bhai..takkan nak kena pergi Mesir pulak baru nak faham benda basic macam tu. Macam nilah rupanya kalau orang yang berasa besar kepala dan merasakan syurga dah dalam genggaman.

Takpelah..Melayu pun dah banyak makan taik..Taik minyaklah..kuih taik ayamlah...Jangan kena jilat taik kat tanahair sendiri dah lah ye bhai...Angguk angguk, geleng geleng..

Thursday, August 19, 2010

Melayu jangan jadi kerbau

Melayu kalau tak dipelihara dan disedarkan secara segera lambat laun akan jadi kerbau balau. Sejak pilihanraya umum 2008 yang lepas sampailah ke hari ini, Melayu terus berbalah. Pasal semua nak jadi hero, semua nak jadi pejuang kononnya, semua macam bagus, walhal sebenarnya Melayu sedang menjadikan diri mereka sebagai kerbau balau. Kerbau balau yang tak berapa nak pandai nak bergerak kalau tidak dirotan dan disuruh. Kerbau balau yang sentiasa mengunyah rumput di padang dan di bendang, mengembung dan mengenyangkan perutnya.

Nasib kerbau balau akan lebih teruk, bila hidung ditindik dan ditarik ke sana ke mari oleh orang lain. Ada juga pertandingan laga kerbau, kerbau yang bertarung, orang lain yang dapat laba hasil judi. Orang Melayu boleh berjudi ke?Kalau orang Melayu tak boleh berjudi..siapa yang tagih laba dari hasil perjudian tu?Kesian nasib kerbau, calar balar berlaga tapi orang lain yang menagih laba. Kerbau tetap makan rumput di padang dan bendang.

Kalau kerbau dan lembu orang selalu gandingkan dengan tindik di hidung, Melayu juga sering dikaitkan orang dengan bangsa yang mudah lupa. Kalau dah sama sering dikaitkan, sudahnya Melayu dan kerbau balau akan sentiasa objek yang ditarik hidungnya.

Bila Melayu nak sedar?

Wednesday, August 18, 2010

Kalau dah memang tak suka memandang

Jangan marah kalau Presiden MCA terlepas cakap pasal ekuiti bumiputera. Mungkin dia lupa yang MCA tu komponen di dalam Barisan Nasioanal sebab itu dia cakap sedap anak tekak dia. Lagipun dia dah agak tua mungkin daya ingatan dah sedikit lemah. Lagipun sebagai Presiden yang tak ada jawatan dalam kabinet memang dia banyak masa terluang jadi kadang kadang melalut macam orang beranak tak cukup bulan.

Dah memang tabie dia tak suka memandang. Kalau dia suka memandang sebelum berbuat sesuatu taklah dia terlupa nak pandang kiri kanan dalam bilik hotel di Batu Pahat tempoh hari. Tapi kalau aku jadi dia pun nak pandang kiri kanan apa lagi kalau dah pandang karipap yang sedap je. Pasal banyak makan karipap inti belacan tulah agaknya dia melalut sampai lupa di mana dia berdiri.

Hishamuddin cium keris masa Pehimpunan Agong UMNO, orang mata sepet tu suruh minta maaf..terbatuk batuk Hishamuddin minta maaf..Teresa Kok kata azan tu memekakkan orang Melayu diam seribu bahasa macam ayam berak kapur termasuklah alim alim besar PAS, nak buat sistem satu sekolah, orang mata sepet tu sibuk kata nak adakan jugak sekolah bahasa dia..jadi soalnya siapa tuan rumah kat sini?Tanah atuk dia ke tanah atuk kita?

Tuesday, August 17, 2010

Ini sudah lebih


Ini sudah lebih sampai ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus didesak dikurangkan secara berperingkat. Ini sudah macam Belanda dapat tanah, sudah diberi betis nakkan peha pulak. Mana semangat setiakawan MCA dalam Barisan Nasional sampai berani menyentuh sensitiviti kaum bumiputera. Sampai terkeluar ayat yang MCA tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam memperjuangkan hak kaum mereka.

PAS nak sokong puak sebelah mana?Kalau PAS rasa mereka ni Melayu dan Islam kita mintak PAS beri pandangan pasal isu ini. Ini bukan lagi politik kepartian tetapi sudah jadi politik bangsa. Mudah-mudahan PAS tak lupa mereka dari bangsa apa. Kita nak tengok sama ada pimpinan PAS akan berkorban karier politik mereka dalam mempertahankan hak bumiputera atau terus berangan angan untuk ke Putrajaya tanpa mengambil kira kepentingan bangsa.

Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS..takkanlah tak mahu bersuara tentang perkara ini. Kalau bertegang urat leher sesama Melayu, sesama sendiri boleh takkan bila hak bangsa mahu dirobek Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS jadi tunggul mati tak mau bersuara. KJ dah jadi anak jantan dengan masuk askar wataniah, Nasaruddin Tantawi takkan harap serban besar je atas kepala..bersuaralah dalam membela kepentingan bangsa.

Pun begitu segala tindakan harus ibarat menarik rambut dalam tepung. Biarlah dengan cara diplomasi terkawal kerana nilai keharmonian dan keamanan Malaysia harus menjadi agenda yang perlu dititikberatkan. Melayu tetap menjunjung adat.

Thursday, August 12, 2010

Mana kebajikan rakyat?

Kalau aku bertanya pada kawan-kawan yang tak ambil tahu pasal politik, dia orang akan cakap malas nak ambil tahu pasal politik. Dia orang kata dulu politik untuk menjaga keharmonian negara tetapi politik sekarang dah jadi lain..politik untuk isi perut..politik yang dah menghuru harakan minda rakyat.

Mana tidaknya, ahli politik bercakar sama sendiri. Masing-masing nak tunjuk bagus walhal tak ada apa pun yang di buat. Semua yang dibuat hanya untuk karier politik masing-masing. Karier politik bermakna periuk nasi dia orang.

Keadaan jauh berbeza dengan zaman Tun Mahathir. Macam-macam yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk negara. Siapa yang lupa dengan kemegahan KLCC, KLIA, Sepang F1 Circuit dan macam-macam lagi. Semuanya untuk Malaysia. Sekarang apa yang kita boleh banggakan?

Bangsa Melayu makin berpecah..Nak disatukan pun ada Melayu yang kata tak payah. Pasal kalau bersatunya Melayu, maka akan ada pemimpin Melayu yang miss periuk nasi. Soalnya, mana yang lebih penting?Nasib bangsa Melayu atau nasib seorang pemimpin Melayu?

Kesian tengok Perdana Menteri. Bersusah payah nak bangunkan negara yang majoritinya Melayu tetapi Melayu jugak yang jadi penghalang. Harga barang makin naik..rakyat dah mula mengeluh. Biarpun kita faham ada sebab tertentu kenapa harga dinaikkan.

PAS kata nak buat negara kebajikan. Itu manifesto masa pilihanraya. Di Selangor, Pakatan memerintah. Takkan PAS nak buat negara kebajikan, Selangor sebagai rakan politik tak mahu memberi kebajikan pada rakyat Selangor. Ini menjadi kayu pengukur. Tapi bila fikirkan balik, dah nama pun orang politik, cakap memang murah. Harga ayam dah naik RM 7 sekilo. Kerajaan Selangor tak nak beri subsidi ke pada rakyat Selangor kalau kata tindakan kerajaan Barisan Nasional pasal subsidi ni salah? Air macam mana di Selangor?Air di Selangor dah macam belacan rasanya. Ada yang kata jumlah klorin tak cukup masa penyulingan air pasal syarikat bekalan air tak mampu nak tampung jumlah pemberian air percuma?Mana yang betul aku pun tak tahu. Kepala otak aku makin lama makin buntu.

Sudah-sudahlah dengan politik. Rakyat jangan terus dibiarkan tertekan. Orang politik mungkin tak tahu dengan kesusahan yang dihadapi rakyat sekarang. Orang politik gaji dan kantungnya besar tak macam rakyat marhaen yang terpaksa fikirkan semua benda. Raya pun dah hampir..orang politik rasa ke debar seperti mana yang kami rakyat rasakan? Anak-anak dah mula menadah tangan minta dibelikan baju raya. Kalau orang politik tak mahu fikirkan ini semua, elok berhenti je jadi pemimpin.

Kita harap Barisan Nasional akan lebih tegas dalam hal politik. Jangan biarkan puak sebelah sana buat sesuka hati. Kalau dah diberi kuasa tapi tak gunakan kuasa, itu salah guna kuasa juga namanya.