Tuesday, March 16, 2010

Apa hal dengan KJ?

-Langsung dari Parlimen-

Semasa artikel ini ditulis KJ yang juga ahli Parlimen Rembau sedang cuba mencelah ucapan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Ehsan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ianya berkisar kepada isu arak dan sebagainya.

Anwar mendakwa kilang arak itu dimiliki oleh pemimpin UMNO dan dakwaan Anwar ini membangkitkan rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Rembau dan mendesak Anwar untuk menyebut nama pemimpin UMNO itu. Dan Anwar yang rasa diberi ruang terus menyebut nama Tun Mahathir. Ahli Parlimen Rembau itu sebaliknya mengatakan bukan Tun Mahathir yang memiliki kilang arak tersebut sebaliknya di miliki oleh anak Tun Mahathir.

Aku tidak faham sama ada Ahli Parlimen Rembau itu masih tidak matang dengan politik, tidak dapat mengawal emosi atau sengaja memberikan ruang kepada Anwar untuk menyebut nama itu. Ini yang agak pelik dan apakah Ahli Parlimen Rembau itu terlupa tentang istilah tepuk air didulang terpercik ke muka sendiri, membuka pekung didada sendiri?

Apakah yang tersirat dengan ucapan Ahli Parlimen Rembau itu tidaklah aku tahu untuk menjangka..

11 comments:

  1. he just wants to embarrass Mukhriz, dia tahu kenapa pergi suruh sebut

    nak kena carut aje si kitol ni

    dia punya objektif memang untuk memalukan Umno
    tup pasal dia tak paham kau punya kiasan menepuk air di dulang ni

    dia happy Umno kena malu lagi

    ReplyDelete
  2. sama rata, sama rasa depan belakang sama sahaja. siapa suruh anak tun dr mahathir beli syarikat arak. tu pun salah kj ke?

    ReplyDelete
  3. betul bukan salah kj kalau anak mahathir beli syarikat arak tu..apasal kau orang susah sangat nak faham..yang kita persoalkan bukan siapa beli syarikat arak tu tapi kenapa KJ beri ruang pada Anwar untuk hentam UMNO..ada ke patut dia cakap bukan Mahathir yang beli tapi anak Mahathir..bukan ke jelas nak bukak pekung UMNO? ke kau orang tak faham2 jugak?

    ReplyDelete
  4. Salam bro, inilah yg berlaku dikalangan kepimpinan UMNO.....sering membuka keburukan sesama sendiri.... lihat sahaja puak-puak PAS-PKR-DAP, mereka malah mengagungkan AnuWar yg peliwat tanpa menokok tambah segala keburukan AnuWar..... inilah contoj kekuatan mereka...

    ReplyDelete
  5. jap, in the first place...
    betul ke kilang arak tu anak Tun Mahathir punya?
    si Kitol ni ambik fakta dari mana?

    ReplyDelete
  6. Aku pun tak tahu dari mana dia dapat fakta tu..yang lebih penting kenapa kita nak beri ruang untuk orang bau pekung kita tak kiralah sama ada benda tu benar atau tidak..Ada ahli Parlimen PKR tadi siap ucap terima kasih pada KJ kerana mengakui kilang tu milik anak Tun..

    ReplyDelete
  7. suka KJ lah..... kata nak telus so kalau berani nape tak buka pekong KJ ahli parlimen takut ke???? berani kerana benar.

    ReplyDelete
  8. apa2 masalah sesama umno boleh dibawa bincang dlm mesyuarat umno. pasal apa kj nak bawa cerita tu dlm parlimen? nampak sangat niat busuk si kj tuu

    ReplyDelete
  9. Aku rasa pelik kenapa si kitol ini dibiarkan bermaharajalela memusnahkan UMNO dari dalam?? Mustahil PM, TPM dan pemimpin2 lain tidak tahu perangai sebenar pengkhianat terkutuk ni!! Satu perkara lagi, jgn sesekali kita menuduh Mukhriz membeli kilang arak tersebut selagi kita tidak ada bukti. Mari kita nyahkan si Kitol segera dari UMNO!

    ReplyDelete
  10. KJ tu memang sengaja nak busukan nama TDM dia jadi MP pun kerana pak lah kalau ikut senarai UMNO dia ni memang tak layak kau tunggu pru 13 tau lah nasib kau

    ReplyDelete
  11. nampak benoo nipunye si kaki UMporMO nie..Ingat ade ke orang pecaye hang..?bodoh macam lembu!!!

    ReplyDelete