Sunday, September 8, 2013

Shafie Apdal mula berpencak!!

BALIK PULAU: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong sebagai buta sejarah kerana enggan menerima hakikat pembabitan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Katanya sejarah adalah fakta sebenar, bukan rekaan yang boleh ditolak sesuka hati hanya kerana sesetengah pihak tidak suka dengan kejadian yang berlaku.
"Pahit ataupun tidak kita harus terima, kerana itu sejarah. Kita tidak boleh tukar sejarah yang berlaku dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upih, di sini.
Mohd Shafie berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sim yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.
Khamis lepas, Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik Dapsy Kebangsaan dilapor oleh portal berita Roketkini.com sebagai berkata kecaman terhadap Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said adalah usaha BN menutup sejarah asli negara bagi mencapai kepentingan politik sempit.
Sama ada niat Menteri Shafie Apdal itu adalah bertujuan untuk memancing undi di dalam perebutan kerusi Naib Presiden di dalam Perhimpunan Agong UMNO nanti atau benar-benar mahu memberi kesedaran kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, itu bukanlah perkara pokok. 
Menteri Shafie Apdal yang terkenal dengan semangat nasionalis yang tinggi sepatutnya sudah lama mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti itu. Shafie Apdal bukan tidak petah berkata-kata bahkan umum tahu semangat patriotisme Menteri Shafie Apdal bukan kepalang. Boleh meremang bulu roma setiap kali mendengar Shafie berucap berkenaan ketuanan Melayu.
Mungkin portfolio Menteri Shafie Apdal yang diletakkan untuk mengepalai Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sedikit merencatkan kelantangan Menteri Shafie Apdal untuk menampakkan ketegasannya dan Jebat sering terbayang bahawa mungkin Menteri Shafie Apdal akan lebih menunjukkan sifat jantan jika diberikan platform yang kritikal seperti Menteri Zahid Hamidi untuk mengepalai KDN.
Ada yang berkata agaknya berapa lantang dan jantannya Menteri Shafie Apdal jika mengepalai Kementerian Pertahanan!!! 
Menteri Zahid Hamidi dan Menteri Shafie Apdal terlalu sukar untuk dinafikan hak untuk menjawat jawatan Naib Presiden. 
Kita masih menanti-nanti bilakah penyandang Naib Presiden yang seorang lagi hendak menunjukkan beliau juga jantan dan layak sebagai Naib Presiden!!!
p/s: Kita akan kaji punca kejadian kemalangan bas itu sehingga ke lubang cacing!! Hmmm..agak-agak jantan tak?

Thursday, September 5, 2013

Isa Samad dan Ali Rustam: Biar jantan sampai ke sudah!!



Isa dan Ali sudah melahirkan hasrat untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Keduanya hebat. Nama besar biarpun sudah menjadi bekas pimpinan tertinggi negeri.

Isa kata beliau tidak terlalu tua untuk merebut jawatan itu.

Ali kata beliau hendak bertanding jawatan itu kerana hendak memartabatkan bangsa Melayu. 

Kedua-dua sebab itu merupakan asas pegangan mereka hendak bertanding. Prinsip.

Sebaik Ali dan Isa mengumumkan untuk bertanding, ada pihak yang tentunya sudah tidak senang duduk kerana  satu Malaya tahu akan kehebatan Ali dan juga Isa.

Ada blogger yang sudah berapi mengatakan apa perlunya Ali di bawa ke persada politik sekali lagi sedangkan beliau sudah DITUNJUKKAN JALAN KELUAR oleh pengundi di dalam PRU ke 13 yang lalu. Benarkah dakwaan blogger itu atau sekadar kenyataan untuk membela mana mana nama yang akan bertanding di dalam Perhimpunan  Agong nanti? Adakah kelibat Ali dan Isa di dalam perebutan itu nanti akan menggoyahkan tuan-tuan tertentu?

Jika benarlah dakwaan blogger tersebut, mengapa beliau tidak menunjukkan jalan keluar kepada Shahrizat Jalil yang juga pernah tewas di dalam PRU?

Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa  mungkin akan ada tangan-tangan ghaib yang akan membantu calon-calon tertentu untuk mencapai kemenangan? Atau mungkinkah kita akan dikejutkan dengan penarikan diri di saat-saat akhir oleh Isa dan Ali?

Kita mahu Isa dan Ali terus berprinsip dan teguh pegangan. Tidak mudah terkesima dengan bau-bau harum dan tidak senak perut  dengan mana-mana tangan ghaib seperti yang didakwa.

Isa Samad dan Ali Rustam, biar jantan sampai ke sudah!!!!!

Monday, September 2, 2013

Apa hal Bung Mokhtar ni?


Siapa yang boleh jelaskan ayat suami Zizie Ezzete ni?

Perli kerajaan?

Atau benar-benar maksudkan?

Orang kampung tak ada berkereta? Aduhh Bung..ramai orang kampung ada kereta..cuma bukan kereta besar..Viva dan Myvi pun kereta dan perlu diisi petrol.

Waimah, motor hantar getah beku pun perlu di isi minyak Bung.

Jangan Bung jadi macam Menteri Transformasi Ayam dari Kuala Pilah sudahlah..'Kalau harga ayam naik, kita makan daging atau ikan'.

"Kalau harga minyak naik, kita naik beskal ramai-ramai ataupun gunakan air sebagai ganti minyak."..Parah.

Apapun, petrol naik 20 sen je der...jangan rasa dunia nak kiamat pulak ye..Yang mentedarah arak dan bermaksiat ribuan ringgit satu malam takkan nak bising jugak. 

Yang hairannya malam tadi, pemilik BMW dan Mercedes pun sibuk nak isi minyak..Aduhai brader..bayaran bulanan kereta tu ribuan ringgit  sebulan..apalah maknanya 20 sen..Tayar pun dah seribu lebih sebiji...!!

Lagi-lagi Menteri Zahid Hamidi..!!!


sang-saka-malayaxx

Fuyooo...cayalah Menteri Zahid Hamidi.

'Penjenayah' yang kibarkan Sang Saka Malaya sudah ditahan untuk disoalsiasat.

Dalam tempoh 24 jam 'penjenayah' sudah diberkas.

Tapi mengapa dua orang sahaja? Mengapa Tukar Tiub dan Adam Ugly sahaja? Janggut tua kenapa tidak ditahan?

Biarkan Janggut Tua bersyair dan bersajak di dalam lokap.

Gandingan Menteri Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara nampaknya cukup  NGAM!!!

Sunday, September 1, 2013

Indonesia hebat atau kita yang lemah?


Ingatkan Adam Adli ni gengster dan jantan sangat..Takkan tengok je bila brader tu rampas lu punya bendera. Telur adakah?

Seorang rakyat Malaysia didakwa di Indonesia kerana didakwa menghina bendera Indonesia.

Di Malaysia bukan setakat bendera di hina tetapi semuanya dihina dan dicerca.

Pasukan polis, kerajaan,institusi di Raja, lagu Negaraku, TNB, agama bahkan hampir semua yang menjulang kedaulatan Malaysia dihina. 

Tindakan kita?

Kita sekadar terpekik terlolong tetapi 'penjenayah' tetap dibiarkan bebas dan terus menghina.

Sampai bila? 

Lelaki di dalam video itu jelas menunjukkan kemarahan rakyat Malaysia apabila kedaulatan negara di injak tetapi malangnya kerajaan yang berkuasa tidak 'segarang' lelaki di dalam video di atas.

Teralu berlembutkah kita atau kita terpaksa berlembut atas alasan Malaysia sebuah negara berbilang kaum lantaran terpaksa menjaga sensitiviti banyak pihak. Atau kerana 1 Malaysia kita terpaksa sentiasa mengalah?

Habis sensitiviti orang-orang Melayu siapa pulak yang nak jaga?

p/s: Menteri Zahid Hamidi lah harapan. Yang kata di kota.!!!