Showing posts with label pilihanraya kecil Merlimau. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya kecil Merlimau. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Tahniah untuk warga Merlimau


Sekalung tahniah dan penghargaan kepada anak-anak Merlimau kerana bijak membuat keputusan di dalam memilih Yang Berhormat yang mewakili mereka.

Tahniah jua kepada jentera Barisan Nasional khususnya kepada YAB ikon negeri Melaka, Tok Ali di atas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen malah sebelum itu lagi.

Kepada pimpinan-pimpinan negeri Melaka, lihat sahaja betapa Tok Ali sememangnya layak untuk mengepalai saudara-saudari.

Kepada sayap-sayap Barisan Nasional, Wanita, Pemuda dan Puteri, anggap saja apa yang kalian lakukan sebagai satu ibadah di dalam mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

Kepada pucuk pimpinan pusat, jutaan terima kasih di atas sokongan yang kuat di dalam menghadapi getir ketika tempoh berkempen. Anak Melaka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Kepada YB yang baru dinobatkan, YB ROSLAN AHMAD kemenangan ini adalah suatu anugerah buat saudara dan sesuatu anugerah itu pastinya memerlukan pengorbanan. Saudara kini adalah 'milik rakyat'. Kemenangan ini pastinya membuatkan banyak mata yang melihat tingkahlaku saudara dan sifat takbur bongkak hanya akan mengundang bala yang tidak tertanggung.

Perjalanan kita masih jauh dan langkah kecemerlangan yang kita mulakan hari ini hanyalah langkah permulaan untuk kita terus melangkah. Di dalam langkah kadangkala jatuh tersadung dan tersadung itulah yang mematangkan kita.

Salam tahniah dan mohon barakah yang berpanjangan kepada warga Merlimau khususnya dan anak-anak Melaka khasnya.

Saturday, March 5, 2011

Langsung dari Merlimau





Pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 telah dibuka untuk para pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

Calon BN, Roslan Ahmad dan isteri tiba di perkarangan sekolah itu untuk membuang undi seawal jam 8.30 pagi dan telah membuang undi pada kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Yuhaizad bagaimana? Harap-harap dia ponteng hari ini.. Jentera BN sudah tidak dapat dibendung semangatnya. Merlimau sudah pasti DUN KU SAYANG!!

Merlimau: Tahniah anak Merlimau


Dalam pada susah..dalam pada jerih..akhirnya anak Merlimau sudah pulang ke gagang..Sudah pulang ke Merlimau untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pengundi di Merlimau.

Kurang 24 jam daripada tempoh bilik membuang undi akan dibuka esok pagi..Merlimau sudah penuh sesak. Rasa seperti menyambut Hari Raya. Syukur kerana anak Merlimau sedar akan tanggungjawab yang perlu dilangsaikan esok.

Bilik-bilik gerakan BN sudah sesak. Semangat jentera sudah tidak boleh dibendung-bendung. Aku cuma mampu tersenyum bangga dengan semangat juang jentera. Nama calon sudah dijulang setinggi-tingginya. Sudah lupa semua sengketa.

Ayuh..inilah masa yang paling sesuai untuk kita zahirkan rasa cinta pada pimpinan negeri kita. Orang luar jangan kita agungkan..Ucapkan syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka di atas jasa dan bakti kepada bumi Melaka tercinta.

Undilah Barisan Nasional, undilah Roslan Ahmad..yakinlah setiap amal saudara-saudari di dalam memilih jalan kebaikan untuk negeri dan bangsa pasti akan mendapat pahala..Syurga? Hanya Nik Aziz boleh janjikan..

Friday, March 4, 2011

Kelantan jauh lebih maju dari Melaka

Memang patut PAS memerintah Melaka. Berikut adalah data yang menunjukkan PAS memang sebuah kerajaan yang bagus dan cekap. Hebat Nik Ajis. Berkat doa dia saksikan kehebatan PAS di Kelantan:

Data Perbandingan Melaka Kelantan

1) Penagih dadah (2009) 327 orang 1902 orang

2) Penceraian di kalangan muslim 923 kes 2478 kes

3) Jumlah Pengangguran(suku ke 3 2010) 2400 orang 17,700 orang

4) Hasil kutipan Jab Kastam (2010) 1.6 billion 37.3 juta

5) Kadar kemiskinan (2009) 0.5 peratus 4.80 peratus

6) KDNK per kapita (2010) RM 25, 185 RM 7.453


Macam-macam lagi kehebatan Kelantan berbanding Melaka. Patutlah PAS bersungguh-sungguh mencalonkan Yuhaizad di Merlimau. Setidak-tidaknya memberi peluang pekerjaan kepada Yuhaizad.

Pesan anak Merlimau kepada PAS, sila jangan kotorkan bumi Merlimau dan Melaka. Kedatangan saudara-saudari dari PAS ke bumi Melaka tidak kami undang. Sila hormat budaya orang Melaka dan budaya Kelantan tinggalkan saja di bumi Kelantan.

Kalau mahu berarak ajak saja anak-anak Kelantan menyertai kemahuan kamu..jangan dipengaruh anak-anak Melaka..

Cukuplah sejarah mengajar kami erti khianat. Dulu ada pembelot di kalangan kami hingga runtuh Kesultanan Melayu kami..hari ini kami sedar dan cukup sedar..kami akan taat kepada pimpinan kerajaan kami.

Majukan dahulu Kelantan kemudian barulah bercerita pasal negeri orang lain. Belajar-belajar cermin diri!!!

Thursday, March 3, 2011

Merlimau: Pengundi Merlimau suka Yuhaizad


Orang-orang di Merlimau nampaknya suka benar dengan Yuhaizad...Yuhaizad merupakan seorang anak muda yang cukup disegani di Merlimau. Segak dan cukup layak untuk menjadi calon.

Tetapi pada orang Merlimau, Yuhaizad cuma layak menjadi calon dan bukan Yang Berhormat bagi DUN Merlimau. Orang dan pengundi Merlimau rasakan yang lebih layak sebagai Yang Berhormat mereka adalah Roslan Ahmad.

Seperti yang umum tahu melalui pendedahan blogger, Yuhaizad pada suatu ketika suka menukar kerja dan selalu tuang kerja. Hebat. Tempoh bekerja selama 8 jam pun Yuhaizad tak mampu sempurnakan apa pula kerja sebagai Yang Berhormat yang memerlukan pengorbanan masa selama 24 jam. Kalau tugas selama 8 jam dianggap berat..bersediakah orang Merlimau untuk membayar elaun kerja lebih masa kepada Yang Berhormat yang suka ponteng kerja?

Sepatutnya di dalam ceramah beliau, Yuhaizad harus berkata ' Sekiranya saya di pilih. saya akan berkhidmat kepada rakyat Merlimau selama 8 jam itupun jika mampu'. 'Kalau saya kerja lebih masa siapa pula yang akan bayar overtime saya'?

Tahniahlah pada Yuhaizad kerana dipilih menjadi calon. Menjadi calon pun sudah satu kelebihan kepada Yuhaizad. Orang Merlimau kalau mahu berurusan sila pastikan berurusan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Selepas masa itu dikira over time.

Duduk di kuarters kerajaan dan akhirnya melawan kerajaan. Hebat sungguh anak muda yang bercita-cita tinggi.

Logiknya, kerja sebagai Yang Berhormat tidak siapa yang akan mengambil kedatangan jadi adalah lebih mudah untuk 'ponteng kerja'. Patutttttttttttttlah bersungguh benar berkempen ke sana ke mari.

Lepak bro lepak....!!!

Wednesday, March 2, 2011

Merlimau: Nuar Berahim balun Rais


Selain dari isu APCO dan barang naik, malam tadi Nuar Berahim sempat balun Rais. Semuanya gara-gara kes pembantu rumah.

Biarpun kerajaan Indonesia dah selesaikan kes tersebut tetapi Nuar tetap gunakan isu yang sudah selesai itu.

Nuar Berahim melenting bila Rais kata pemimpin kena beretika baik dan bertingkah laku baik. Melenting Nuar Berahim dengan kenyataan Rais. Sudahnya isu pembantu rumah dia hidupkan semula.

Ada blogger yang tersenyum ke dengan kenyataan Nuar Berahim ni? Siapa lah yang mula-mula hidupkan cerita pembantu rumah ni? Benar, mungkin cerita ini bukan asing pada dia orang tapi siapalah yang mensensasikan cerita ini?

Bagilah banyak-banyak 'peluru' kepada Nuar Berahim...Samdol betul....

Tuesday, March 1, 2011

Merlimau: Bob Lokman daftar ke syurga




Takbeer buat Bob Lokman kerana berjaya masukkan dirinya ke ambang syurga. Rupanya taklah susah mana nak masuk ke syurga..isi borang sekeping serah pada Nik Ajis dah boleh masuk syurga.

Agaknyalah berapa ramai pengambilan bagi setiap sessi yang Nik Ajis ambil untuk masukkan orang ke dalam syurga? Wah ada intake lah pulak..Agaknya kena pakai lencana tak kalau masuk syurga Nik Ajis? Kena pakai kopiah ada lambang PAS ke kalau masuk syurga Nik Ajis?

Kena mencarut tak kalau nak masuk syurga Nik Ajis? Dalam syurga Nik Ajis agaknya Kapal Singh duduk syurga nombor berapa? Sama level ke dengan Kit Siang?

Adun Perupok dengan Selising agaknya duduk level berapa ye? Dekat ke dengan bidadari..Mesti sibuk dengan bidadari..Boleh main mms ke dalam syurga Nik Ajis?

Kita mintaklah pada Nik Ajis beritahu ciri-ciri yang ada dalam syurga dia..Bila pengambilan dia? Berapa kena bayar untuk pendaftaran? Kalau menarik, aku nak buka kaunter pendaftaran di Merlimau..Selain daripada masyuk boleh jugak buat amal..Setidak-tidaknya menyelamatkan orang mengundi BN di Merlimau daripada zaman jahiliyyah macam kata Nik Ajis.

Ada sesapa nak duduk sama level dengan Nuar Berahim..?Boleh main kejar-kejar..takpun ada disediakan permainan kereta remote control yang boleh langgar-langgar belakang?

Ilusi seperti ni yang buat Bob Lokman masuk PAS..dia kan orang seni..penuh dengan illusi dan metafora..kau orang apa tau?

Monday, February 28, 2011

Merlimau: Nasharudin masuk longkang


Nasharudin Md Isa, hero pejuang Melayu yang konon-konon mahu bekerjasama dengan UMNO untuk pembentukan kerajaan perpaduan suatu ketika dahulu rupanya seorang pengecut yang takut untuk ketinggalan bot.

Di pentas PAS, Nasharudin malam tadi begitu lantang mengkritik UMNO. Katanya peruntukan sebanyak RM 1.2 juta untuk mendirikan sekolah agama di Merlimau yang diumumkan oleh Tan Sri Muhiyddin Yasin sebagai satu rasuah politik menjelang Pilihanraya Kecil DUN Merlimau.

Nak dikatakan bodoh rasanya Nasharudin sudah cukup tua untuk berfikir. Salahkah sebagai sebuah kerajaan memberikan peruntukan sedemikian rupa kepada rakyat Merlimau? Bayangkan saja kalau kerajaan tidak memberikan sebarang bantuan maka sudah barang pasti Nasharudin akan katakan pula bahawa kerajaan terlalu zalim kepada rakyat Merlimau..jadi apa sebenarnya kemahuan Nasharudin? Putar alam...

Kemahuan Nasharudin sebenarnya tidak lebih daripada hanya untuk menyelamatkan kerusi Parlimen yang disandangnya. Nik Ajis sudah beri ayat-ayat maut yang mengatakan bahawa hanya anak jati Kelantan yang akan bertanding di Kelantan pada pilihanraya umum yang akan datang. Suka tak suka..kerajaan perpaduan ke mana..Nasharudin tidak punya banyak pilihan selain daripada tunduk kepada Nik Ajis.

Untuk hayat politik yang lebih lama, Nasharudin terpaksa masuk longkang seperti rakan-rakannya yang lain di dalam PAS. Isu kebangkitan rakyat Mesir terus dilolongkan oleh Nasharudin. Dan beliau mengatakan angin kebangkitan rakyat Mesir itu lambat laun akan turut diikuti oleh rakyat Malaysia. Tidakkah ini berbau hasutan dan sebarang hasutan boleh dikenakan tindakan..Beranikah Dato Hisham amaran?

Nasharudin yang sebelum ini kelihatan agak lembut terpaksa mengikuti jejak rakan-rakannya di dalam PAS. Nasharudin jelas tidak mahu kelihatan bacul di mata pimpinan tertinggi PAS..Mat Sabu dan lain-lain ayam tua di dalam PAS, sudah pasti mau mengintai ruang untuk menghidupkan semula detik-detik kegemilangan di dalam PAS. Tampak benar Nasharudin begitu hipokrit di dalam menjaga kepentingan politiknya.

Itulah yang ada di dalam PAS. Cakap berdegar-degar untuk memperjuangkan bangsa dan agama..Tetapi apabila diuji..jelas kepentingan peribadi melebihi segala-galanya..Dasar hipokrit!!

Thursday, February 24, 2011

Merlimau: Restoran KFC akan dibuka di Merlimau?


patutlah ada orang perempuan tak suka KFC

Apa yang tidak ada di Merlimau..Hampir semuanya ada..cuma satu saja kekurangan di Merlimau..iaitu RESTORAN KFC...

Mungkin sejak berhari-hari Tok Ali dah berada di Merlimau ini telah menyebabkan Tok Ali merasakan perlunya dibuka restoran KFC di Merlimau.

Apa yang berlaku semalam jelas membuktikan kesungguhan Tok Ali untuk membuka restoran KFC di Merlimau.

Khabarnya, ada pengusaha KFC yang telah datang ke Merlimau. Tetapi dek kerana sibuk dengan proses pilihanraya di Merlimau, pengusaha KFC itu dikatakan telah mengalihkan perhatiannya untuk menghadirkan diri ke majlis pengumuman calon PAS malam tadi.

Risik punya risik..rupanya pengusaha itu dulu pernah bertanding di dalam satu pilihanraya kecil. Tetapi kalah kerana dia tak suka makan KFC. Mungkin kerana kekesalan kalah dalam pilihanraya kecil itu telah menyebabkan dia hadir ke Merlimau..nak tebus salah mungkin..mungkin dengan hanya membuka restoran KFC akan menenangkan jiwanya yang celaru sejak kalah dan hilang jawatan sebagai....sebagai apa lupalah pulak..bukan YB lah katakan..kalau YB semua orang akan ingat.

Orang kata dulu suaminya sampai mengambil cuti yang lama kerana nak temankan isterinya ke sana ke mari berkempen. Semalam, tak nampak pulak kelibat suaminya..berminggu-minggu boleh MC sebelum ini takkanlah 1 hari dah tak tahu punca nak ambil MC.

Nasib badanlan..abang pun dah tak mau teman..jatuh bangunlah sendiri..Dulu banjir sama diredah sekarang dalam cuaca elok pun abang dah tak mahu teman..mungkin abang fikir tidur di rumah lebih sedap..Dunia dunia!!!

Wednesday, February 23, 2011

Roslan Ahmad calon di Merlimau






Segala teka teki siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai calon BN di dalam Pilihanraya Kecil DUN Merlimau terlerai petang tadi di Command Centre BN di Merlimau.

Roslan Ahmad yang berusia 44 tahun telah dinamakan sebagai calon untuk menentang calon PAS yang akan diumumkan esok.

Pengumuman calon tadi telah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin sambil mendapat tepukan gemuruh oleh kira-kiar 3000 orang penyokong setia BN.

Idola orang Melaka khasnya orang Merlimau, Tok Ali jelas telah menaikkan semangat orang orang Merlimau yang tak henti henti melaungkan nama Tok Ali.

Suasana di Merlimau sudah jelas menunjukkan betapa pengundi-pengundi sudah tidak sabar sabar mahukan Roslan Ahmad dinobatkan sebagai ADUN mereka. Banyak rumah kelihatan menggantung bendera BN di dalam kawasan rumah mereka. Tidak hairanlah jika PAS amat keberatan untuk bertanding di Merlimau.

Tok Ali sempat berseloroh kepada Tan Sri Muhyiddin 'Tan Sri..kalau nak diadakan pilihanraya esok pun kami dah bersedia' sambil mendapat tepukan gemuruh.

Nama sudah diumum dan semangat sudah berkobar-kobar...ayuh mulakan langkah sederap dan seirama...Merlimau Boleh..Hidup Tok Ali!!

Monday, February 21, 2011

Merlimau: Mat Sabu dicabar

Orang Merlimau nampaknya tidak boleh menerima kehadiran ayam sabung PAS, Mat Sabu. Bersebelahan Sekolah Dang Anum, terdapat sebuah kain rentang yang tertulis 'Mat Sabu jangan cakap saja pandai, kalau berani turun bertanding di Merlimau'.

Beranikah Mat Sabu bertanding di Merlimau? Persoalannya, semua mengetahui bahawa Mat Sabu sudah menjadi Quran buruk di dalam PAS. Nasibnya tak ubah seperti Sam Ketot di dalam PKR yang tidak diyakini lagi untuk menjadi pejuang mereka.

Mat Sabu samalah seperti Sam Ketot yang sekadar menjadi penghias platform ceramah tetapi tidak diyakini untuk diketengahkan di dalam mana-mana Pilihanraya. Jadi calon? Jauh panggang dari api.

Eloklah Mat Sabu berundur dari politik. Orang sudah terlalu masak dengan kelentong dan temberang Mat Sabu.

Bahkan orang Merlimau sudah arif dengan putar belit yang pemimpin Pakatan laungkan setiap kali ceramah di Merlimau.

Tiada ruang buat Pakatan di Merlimau.

Sunday, February 13, 2011

Kerdau: Elok PAS kekalkan calon


Sebelum menentukan siapa di antara sekutu Pakatan yang akan meletakkan calon, semua di kalangan sekutu Pakatan seakan menolak untuk meletakkan calon mereka di Merlimau. Semua di antara mereka tahu siapa jua calon yang akan mereka ketengahkan pasti akan kena togel telanjang bulat di Merlimau.

Nampak caranya, Nuar Berahim bijak dengan membuat pengumuman bahawa PAS akan meletakkan calon di Merlimau untuk menentang calon BN. Kononnya sebagai menghormati kerusi itu yang secara tradisinya ditandingi PAS.

Tetapi asasnya, Nuar Berahim sengaja memberi laluan kerus Merlimau kepada calon PAS kerana setidak-tidaknya bila Pakatan kalah di Merlimau, Nuar Berahim dan PKR akan selamat dari menjadi bahan belasahan. Nuar Berahim cukup sedar bahawa peluang Pakatan untuk menang di Merlimau hanyalah setebal kulit bawang.

Demi kawan dan sekutu, tampaknya PAS rela menjadi kambing hitam yang sedia dipalitkan tahi ke muka.

Di Kerdau, adakah kesetiaan PAS akan sekali lagi diuji oleh PKR? Kerusi yang sebelum ini ditandingi PAS mungkinkah akan diintai oleh PKR untuk meletakkan calon?

Ada besar logiknya, jika PAS kalah di Merlimau, PKR akan menggunakan peluang ini untuk meminta sekutu di dalam Pakatan memberikan ruang kepada PKR untuk meletakkan calon.

Nampak caranya..mungkinkah Sam Ketot sekali lagi akan meronta seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula dengan sekali lagi menggambarkan dirinya adalah calon terbaik untuk diletakkan di Kerdau?

Selepas gagal di Hulu Selangor dan Merlimau, Kerdau seharusnya menjadi ruang perhitungan kepada Sam Ketot..sama ada cita-cita tinggi melangit aka tercapai atau akan terus TERBANTUT?

Bantut dan ketot kalau dari pemahaman orang Merlimau sama sahaja maksudnya...

Saturday, February 12, 2011

Sihir? Ilmu Hitam dan takdir!!


Belum pun tiba hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Merlimau, kita akan menyaksikan satu lagi Pilihanraya Kecil. Kali ini perhatian akan terjurus ke Dewan Undangan Negeri Kerdau di Pahang.

Semasa Pilihanraya Kecil Tenang tempoh hari..kita dikejutkan dengan permergian ADUN Merlimau..

Entah di mana dan apakah puncanya Malaysia mencipta sejarah dengan bilangan Pilihanraya Kecil yang cukup banyak bilangannya selepas Pilihanraya Umum ke 12..

Sebagai orang Islam, takdir dan ketentuan Allah swt tidak boleh kita sangkal sama sekali dan setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Setiap kematian biasanya akan adanya punca. Dalam dunia perubatan moden, punca kematian banyak istilahnya..Ada yang meninggal kerana strok, darah tinggi , kanser dan macam-macam istilah.

Disebalik istilah dan kemodenan, kita tidak boleh menolak sebarang istilah yang penuh mistik dan misteri.

Siapa yang pernah lupa dengan istilah pocong, langsuir, toyol, pelesit dan macam-macam lagi. Sebelum wujudnya ilmu perubatan moden, antara punca kematian seringkali dikaitkan dengan istilah-istilah ini.

Jika satu atau dua pilihanraya kecil mungkin tidak keterlaluan jika kita katakan ini adalah secara kebetulan. Tapi kalau sudah bertali arus..bolehkan istilah kebetulan digunapakai?

Semasa di kampung, aku menyaksikan dengan mata kepala bagaimana orang dirasuk syaitan sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Bukan aku ingin menerjah membuat kesimpulan, tapi sayugia ingin aku minta semua di antara kita untuk berfikir...adakah bilangan kematian Ahli-ahli Politik kita dewasa ini semata-mata takdir atau ada usaha mistik yang menjurus kepada keperluan politik?

Atau mungkinkah Allah ingin menguji kita dan mengingatkan kita akan keesaan Allah..Ada kawan yang mengingatkan aku..ALLAH AKAN BERIKAN APA YANG KITA SUKA..DAN JIKA KITA TERLALU SUKAKAN POLITIK MAKA KITA AKAN DIUJI DARI SEGI POLITIK..

Sesungguhnya, semuanya menjadi peringatan kepada kita bahawa Allah saja yang maha Berkuasa..

Wallahualam....

p/s: Takziah kepada keluarga Allahyarham ADUN Kerdau..Sabar adalah jalan terbaik menghadapi ujian..Al Fatihah...

Merlimau:Sampai bila bulan nak jadi bongok?


Dalam pada sibuk nak dekat Pilihanraya Kecil Merlimau, aku sebenarnya kesian dengan PAS...Kalau Keadilan taik letak calon, satu gerombolan besar pencacai taik hijau PAS turun ke lapangan bagi sokongan kepada calon PKR tapi kalau calon PAS yang bertanding adalah selai dua anggota Keadilan taik datang beri sokongan.

Dalam sejarah sudah berpuluh tahun PAS berjuang..jalan sendiri...menyifatkan DAP sebagai syaitan dan macam-macam lagi..PAS berjaya menawan Kelantan tanpa sokongan daripada sekutu PAS sekarang DAP dan PKR. Semuanya kerana kekuatan PAS..bukan kerana pengaruh Nuar Berahim...bukan kerana Kit Siang.

Kit Siang dan Nuar Berahim sekadar penumpang tuah kepada perjuangan PAS. Kalau nak harapkan DAP dan PKR sampai ke sudah Khalifah Guan Eng dan Khalid Gagap takkan jadi Ketua Menteri dan Menteri Besar..

Yang lebih bongok adalah PAS dengan rela hati untuk menyerahkan mahkota Perdana Menteri kepada Nuar Berahim (macam serah mahkota malam pertama lah pulak)..Puak taik hijau PAS bertepuk sakan bila Nuar Berahim kata yang dia akan jadi Perdana Menteri.

Bongok..pencacai taik hijau ni semudah itu lupakan Hadi Awang dan lain-lain pemimpin bulan yang sudah sekian lama berjuang. Dalam benak kepala pencacai taik hijau PAS, tidakkah merasakan Hadi Awang yang sepatutnya jadi Perdana Menteri dan bukan Nuar Berahim..PAS sudah terlalu banyak berkhayal seperti pungguk rindukan bulan..Bulan tak tiba, pungguk jadi bongok.

Di Merlimau, Sam Ketot pulak tiba tiba nak mencalonkan diri sebagai calon..Nasib baik PAS tak terus bongok menyerahkan kerusi Merlimau pada PKR..PAS jadi lembu, PKR jadi sapi..Siapa yang berjuang dan siapa dapat nama...??

Ada beberapa DUN di Kelantan sudah dimiliki PKR..Kalau Nuar Berahim jadi Perdana Menteri, jawabnya wali selipar sendiri belum tentu akan ada kerusi..

PAS jangan terus jadi bongok..Kalau ikut hayat perjuangan PAS ibarat ayah dan PKR ibarat anak..Nampak gayanya si anak sedang membongokkan ayah!!!!

Friday, February 11, 2011

Hosni Mubarak letak jawatan..Nik Ajis bila pulak?


Parpukari kat atas ni pun letak jawatan..keh keh keh


Sammy Vellu letak jawatan..Ong Ka Ting letak jawatan..Tun Mahathir letak jawatan...Ramai yang dah letak jawatan..waimah..Misbun pun letak jawatan dari BAM...

Terbaru Hosni Mubarak dah letak jawatan selepas tak boleh tahan dengan asakan..Datuk Sidang kampung aku pun dah lama letak jawatan..Imam dah letak jawatan jugak..Ketua Polis Negara pun dah letak jawatan dan pencen..

Ini ada sorang wali selipar...bila nak letak jawatan? Macam-macam doa dia dah buat..Doa pecah perutlah tapi tak satu pun makbul...

Agaknya dia nak tunggu satu doa dia makbul baru dia nak letak jawatan..Sampai kiamat pun belum tentu doa dia makbul...

Ataupun dia nak tunggu Nuar Berahim angkat sumpah pasal kes liwat baru dia nak letak jawatan kot..Sampai kiamatlah Nuar Berahim nak angkat sumpah...

Susah kalau orang dah gila kuasa..Nak berjalan pun dah tak larat masih sibuk-sibuk nak memimpin..Kalau dah jalan pun orang pimpin..pemimpin ke jadahnya...!!!!

Wednesday, February 9, 2011

Merlimau: Khalifah Guan Eng..Apa lu tau!!


Ewah sedap mulut khalifah Guan Eng ni nak komen pasal piliharaya kecil Merlimau.

Lu dekat Melaka pun sudah tak ada tempat lagi lu mau bising sana sini komen pasal calon BN.

Lu kena menang dulu dekat Melaka baru lu boleh komen pasal Melaka..Kalau lu handal kenapa lu lari sampai Penang?..Kenapa lu tak mau duduk Melaka diam-diam..kasi lawan sama MCA Melaka dan kita tengok lu boleh jadi itu Ketua Menteli Melaka atau tidak.

Gua tau..kalau lu duduk Melaka..kasi bertanding itu kelusi di Melaka sampai bila-bila pun lu takkan dapat pencen sebagai Ketua Menteli. Lu punya bapak banyak sayang sama lu itu pasal dia suruh lu pelegi Penang jadi Ketua Menteli..Nanti lu sudah tua lu ada pencen maa...

Kalau lu mau lu boleh bertanding ini kelusi ADUN Merlimau..Tunjuk sama olang lu terer atau tatak terer..

Itu olang Penang lu boleh pusing maa..tapi ini olang Melaka semua kenal sama lu..Apa lu cakap pun olang takkan percaya..

Wa ingat aa..sebelum olang lebih menyampah sama lu elok lu duduk diam-diam..Lu kasi buat Penang maju seperti Melaka maa kalau lu terer..Kalau tidak nanti dekat Melaka lu kena mandi itu dekat Penang pun lu kena mandi...

Sikalang wa mau titun dulu..lu jangan cakap banyak banyak pasal Melaka nanti olang semua ketawa sama lu..Ini negeli Melaka..lu apa tau...!!!

Tuesday, February 8, 2011

Merlimau: Hang Tuah calon PAS??

Kalaulah Hang Tuah masih hidup agaknya parti mana yang akan diundinya dalam Pilihanraya Kecil Merlimau? Atau mungkinkah jika Hang Tuah masih hidup beliau akan dinamakan sebagai calon PAS?

Itu lagenda dan angan-angan kosong macam angan-angan Nuar Berahim nak jadi Perdana Menteri..

Kalau benarlah Hang Tuah masih hidup dan jadi calon PAS di dalam Pilihanraya Kecil Merlimau sekalipun, pengundi-pengundi Merlimau tetap dan pasti tidak akan mengundi PAS. Hang Tuah pasti kecundang kalau beliau jadi calon PAS di Merlimau. Itulah jiwa orang-orang Merlimau yang sayangkan Barisan Nasional yang banyak berjasa.

Kalau Hang Tuah yang begitu hebat pun tidak akan dapat meraih undi dari pengundi-pengundi Merlimau, bayangkan saja kalau Sam Ketot atau Jasmi Tompang yang jadi calon di Merlimau..Kena mandilah jawabnya..

Apapun kalau Hang Tuah masih hidup pastinya beliau akan sertai UMNO dan Barisan Nasional..Sebabnya mudah pasal Hang Tuah adalah jenis yang setia pada pemimpin..Bukan seperti pencacai angkat taik perut hijau yang tak kenang diuntung.

Habis tu Jebat akan sokong mana pulak? Janganlah PAS perasan yang Jebat akan ikut PAS kerana kalau dah Tuah dengan Barisan Nasional, Jebat pasti mengikut Bang Tuah..Jebat tetap setia pada Bang Tuah...

Kita akan pastikan pencacai angkat taik perut hijau akan berkedut mukanya di Merlimau kerana PAS pasti akan kalah lagi di Merlimau..

Ini janji anak Merlimau...

-Tok Ali dah mula meronda Merlimau..beri limau banyak-banyak Tok..biar keluau sembelit..kalau tak keluau sembelit taik boleh jadi hamPAS...aje hawau...

Merlimau: Kesian Sam Ketot




Dalam takut-takut, PAS akhirnya buat keputusan untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil Merlimau..

Sebentar tadi aku menghubungi rakan-rakan di Merlimau...tak sabar-sabar mereka menunggu kedatangan tarikh 26hb Februari hingga 6hb Mac..Aku tanya mereka kenapa? Jawapan mereka: Tak sabar nak togelkan PAS di Merlimau.

Orang Merlimau adalah orang yang tahu mengenang budi bukan macam Cikgu Mala KFC yang tak reti nak mengenang budi. Orang Merlimau kasi tau aku tadi, 'Berpuluh tahun, kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaysia, sudah macam-macam yang aku dapat takkanlah aku nak undi PAS yang entah apa-apa'.

Aku tanya sahabat aku tu..antara PAS dengan PKR mana yang dia orang lebih suka untuk bertanding di Merlimau..Dia kata PAS ke PKR ke semua akan kita mandikan kat Merlimau.

Saja aku tanya khabar angin kata Ketua Angkatan Muda Keadilan, Sam Ketot yang dikhabarkan akan menjadi calon di Merlimau...Ini jawapan yang aku dapat dari sahabat aku yang jati anak Merlimau:

'Sam Ketot tu nak jadi calon dekat Merlimau? Kau biar betul bro...dia tu kat mana-mana pun tak layak jadi calon'..

Aku tanya kenapa...

'Kau bayangkan bro kalau dia jadi YB..esok orang kampung mintak ambilkan barang atas almari pun dia tak sampai..macam mana nak jadi wakil rakyat..

Memang orang Merlimau, Melaka ni mulut macam hawau..Patutlah orang luar kata orang Melaka ni kasar-kasar bahasanya..

Kasar tapi hati baik beeeeeeeeeee....elok dari mengaku Islam tapi hati penuh taik..

Monday, February 7, 2011

Sumpah dan debat


Sampai ketika ini, Nuar Berahim tidak berani bersumpah membersihkan namanya daripada dakwaan meliwat..Perbicaraan di mahkamah mungkin mengambil masa yang agak lama untuk mencapai keputusan kerana proses mahkamah perlu mengikut pelbagai prosedur tetapi mengangkat sumpah dengan menjunjung Al Quran boleh dilakukan dalam masa kurang dari satu jam..

Perbicaraan mahkamah adalah keputusan duniawi tetapi menjunjung mukjizat terbesar Nabi Muhammad adalah keputusan yang akan membawa kepada penyiksaan selama-lamanya jika bersalah. Mungkinkah itu yang menjadi kegusaran kepada mana-mana individu yang ingin menjunjung Al Quran?

Shaiful Bahari sudah pun menjunjung Al Quran membersihkan namanya..dan sumpah itu bukan sumpah sebarangan yang membawa kepada laknat Allah s.w.t jika bersalah..tetapi yang nyata tiada apa yang berlaku kepada Shaiful bahkan beliau telah selamat menunaikan umrah. Yang seorang lagi kenapa tidak mahu bersumpah? Semua orang tolong fikirkan.

Dan kini, wali terompah Nik Ajis mengelak untuk berdebat berhubung dakwaannya yang mengatakan mengundi UMNO adalah jahiliyyah. Kononnya, beliau tidak mahu berdebat kerana orang yang ingin berdebat dengannya adalah orang yang tidak boleh mengubah dasar.

Jahil benar tampaknya Nik Ajis..Dengan siapa pun beliau berdebat berhubung isu ini bukanlah persoalan. Ini adalah kerana apa yang didebatkan adalah berhubung soal akidah dan soal akidah tidaklah dibolehkan seseorang untuk mengubah hukum atau dasarnya. Hukum Islam bukanlah disesuaikan mengikut masa bahkan hukum Islam adalah hukum Allah yang akan kekal selama-lamanya.

Jika berdebat bersama Yusuf Al Qardhawi sekalipun tidak akan mampu mengubah dasar kerana dasar dan hukum Islam tidak boleh diubah. Alimkah Nik Ajis?

Nik Ajis kata debat hanya akan memecah belahkan umat..Soalnya kenapa baru sekarang? Masa Nuar Berahim berdebat dengan Shabery Cheek, Nik Ajis diam...dan yang terbaru Nuar Berahim mencabar Perdana Menteri berdebat..pun Nik Ajis diam...

Dasar opportunis....