Showing posts with label Hang Tuah. Show all posts
Showing posts with label Hang Tuah. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Tunggulah sampai kiamat




Gambar pemimpin Melayu ditunjukkan punggung? Tak apa kita diam sajalah..Jalur Gemilang ditukar kepada bendera lain dengan sesuka hati? Tak apa kita diam sajalah..Sultan kita dicerca dengan kata-kata yang tak sepatutnya? Tak apa kita diam sajalah..Dataran Merdeka dan keamanan negara cuba dikucar-kacirkan? Tak apalah kita diam sajalah

Pemimpin parti politik dicerca? Eh kita mesti bangkit pertahankan..Pertembungan dua parti politik sama-sama Melayu semasa proses pilihanraya dijalankan? Eh kita mesti bangkit pertahankan pemimpin parti politik kita..Baling-baling batu ke kepala musuh politik pun tak apa..Ingat di pilihanraya kecil Bagan Pinang? Ada baling asid..eh tak apa..demi pemimpin politik kita buatlah apa saja..

Apa tindakan kita bila junjungan besar kita diperlekehkan? Mungkin terlalu jauh untuk kita mencari sampai ke lubang cacing penerbit filem itu? Tetapi apa perasaan kita dan apa tindakan yang kita ambil bila mana ada rakyat Malaysia yang berbangsa Cina mempersoalkan tindakan umat Islam yang membantah perihal yang memperlekehkan junjungan besar kita?



Haruskah kita terus diam dan membisu? Atau adakah kerana kita dibenarkan untuk bersahabat dengan syaitan sebagaimana yang diizinkan oleh pimpinan PAS PIS PUS maka kita harus menyokong perilaku syaitan?

Benarlah kata Tun Mahathir bila mengatakan mungkin kata azimat Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' tidak lagi akan boleh digunapakai kelak..

Melayu cuma hebat menghentam Melayu tetapi diam angguk sahaja bila orang lain mencerca Melayu bahkan lebih daripada itu Melayu seolah hilang daya apabila agama cuba dirobekkan..

Melayu nak tunggu apa lagi? Tunggu kiamat sajalah nampaknya..

Tuesday, January 3, 2012

Sambungan kata Hang Tuah



Anda takut Melayu akan hilang di dunia? Anda takut bangsa Melayu akan lenyap di dunia?

Anda tidak perlu gusar akan kemungkinan Melayu akan hilang dan luput di dunia kerana pahlawan Melayu, Hang Tuah ada berkata 'TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA'.

Timbul pula pertanyaan daripada segelintir sahabat yang bertanya kepada Jebat, 'Hang Tuah cakap Melayu tak hilang di dunia tetapi Hang Tuah sendiri hilang entah ke mana' dan Jebat jawab kepada mereka 'Hang Tuah bukan hilang tetapi sedang sibuk mengelilingi dunia untuk pastikan benarkah Melayu masih ada di setiap pelusuk dunia'.

Bukti benarnya kata Hang Tuah, Melayu tidak akan hilang dan Melayu akan sentiasa kelihatan, tunggulah 9hb Januari ini Melayu akan bersepah di tengah jalan. Sebabnya, Melayu tidak mahu Melayu dipenjarakan. Melayu liwat Melayu, yang bertembung juga Melayu dengan Melayu. Hebatkan Melayu..di mana-mana ada Melayu.

Itulah yang bukan Melayu risaukan kerana pepatah Melayu ada mengatakan 'gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah'. Benarkah? Pelanduk bukan bodoh seperti gajah, pelanduk lebih suka gajah bergaduh kerana apabila keletihan bergaduh, gajah sudah hilang tenaga dan sudahnya gajah hilang kuasa.

Jadi sambungan kepada kata-kata Hang Tuah 'Melayu takkan hilang di dunia....KUASA BAGAIMANA?

Tuesday, February 8, 2011

Merlimau: Hang Tuah calon PAS??

Kalaulah Hang Tuah masih hidup agaknya parti mana yang akan diundinya dalam Pilihanraya Kecil Merlimau? Atau mungkinkah jika Hang Tuah masih hidup beliau akan dinamakan sebagai calon PAS?

Itu lagenda dan angan-angan kosong macam angan-angan Nuar Berahim nak jadi Perdana Menteri..

Kalau benarlah Hang Tuah masih hidup dan jadi calon PAS di dalam Pilihanraya Kecil Merlimau sekalipun, pengundi-pengundi Merlimau tetap dan pasti tidak akan mengundi PAS. Hang Tuah pasti kecundang kalau beliau jadi calon PAS di Merlimau. Itulah jiwa orang-orang Merlimau yang sayangkan Barisan Nasional yang banyak berjasa.

Kalau Hang Tuah yang begitu hebat pun tidak akan dapat meraih undi dari pengundi-pengundi Merlimau, bayangkan saja kalau Sam Ketot atau Jasmi Tompang yang jadi calon di Merlimau..Kena mandilah jawabnya..

Apapun kalau Hang Tuah masih hidup pastinya beliau akan sertai UMNO dan Barisan Nasional..Sebabnya mudah pasal Hang Tuah adalah jenis yang setia pada pemimpin..Bukan seperti pencacai angkat taik perut hijau yang tak kenang diuntung.

Habis tu Jebat akan sokong mana pulak? Janganlah PAS perasan yang Jebat akan ikut PAS kerana kalau dah Tuah dengan Barisan Nasional, Jebat pasti mengikut Bang Tuah..Jebat tetap setia pada Bang Tuah...

Kita akan pastikan pencacai angkat taik perut hijau akan berkedut mukanya di Merlimau kerana PAS pasti akan kalah lagi di Merlimau..

Ini janji anak Merlimau...

-Tok Ali dah mula meronda Merlimau..beri limau banyak-banyak Tok..biar keluau sembelit..kalau tak keluau sembelit taik boleh jadi hamPAS...aje hawau...

Thursday, January 6, 2011

Cabaran Dari Rakyat Melaka


Susah jadinya kalau Melayu lupa asal usul dan tak kenang diuntung..Suatu ketika dahulu betapa gahnya Kesultanan Melayu Melaka sehingga menarik ramai pedagang ke bumi Melaka. Tetapi dek kerana adanya manusia-manusia bangsat di Melaka ketika itu, akhirnya Melaka terkulai layu..rebah Kesultanan Melayu Melaka dan akibatnya sehingga kini Melaka tidak bersultan.

Pelik dan agak sedih..Empayar yang begitu agung dan tersohor...akhirnya tersembam menyungkur ke bumi.

Melaka sudah tidak ada Sultan..yang ada cuma Tuan Yang Terutama atau Gabenor selain dari Ketua Menteri Melaka sendiri. Kalau ada pun cuma lakaran dan illustrasi wajah-wajah Sultan Melaka di muzium-muzium. Pun begitu rakyat Melaka masih berbangga dengan Kesultanan Melayu Melaka biarpun hanya tinggal sejarah. Sayangnya Melaka dengan sejarah Melayu Kesultanan Melayu Melaka..Bangga Melaka dengan sejarah kehebatan Hang Tuah dan rakan-rakan.

Tak mengapalah..rakyat Melaka kini bergantung harap kepada Gabenor dan Ketua Menteri Melaka. Dan rakyat Melaka kasihkan Gabenor dan Ketua Menteri Melaka sebagai pohon tempat berteduh.

Adalah perkara yang amat mendukacitakan dan menyedihkan di negeri-negeri yang bersultan. Bukankah Sultan tempat sekelian rakyat berteduh? Bukankah Sultan payung negeri dan bukankah Sultan lambang kuasa orang-orang Melayu? Tetapi hari ini, orang Melayu di Selangor mempersendakan Sultan..berani mengkritik Sultan dan yang amat malang Melayu sendiri mempertikaikan kuasa Sultan.

Di Perak, kereta baginda Sultan dihalang oleh orang-orang Melayu sendiri?Tidakkah merasakan perbuatan itu sebagai perbuatan yang biadap dan derhaka?

Melayu kini sudah pandai derhaka..Melayu kini sudah hilang kasihnya kepada Sultan..Rakyat Melaka melihat fenomena ini sebagai perkara yang amat mendukacitakan..Tidakkah orang-orang Melayu Selangor dan negeri lain mengambil pengajaran dari sejarah Melaka?

Sebagai anak Melaka, aku cabar seluruh rakyat negeri Selangor untuk mempertahankan Sultan..mempertahankan kedaulatan bumi Selangor.

Ingatlah anda hanya menumpang di negeri anda dengan ehsan baginda Sultan..

Derhaka anda pasti menghumban anda ke api neraka..Melayu jangan menjadi bangsat..

Rakyat Melaka mendoakan kesejahteraan Sultan negeri-negeri lain..

Menjunjung kasih Tuanku...

Friday, September 24, 2010

UMNO dengan UMNOnya, PERKASA dengan PERKASAnya..Segalanya untuk Melayu

Agak hairan bilamana terdengar ada pimpinan UMNO yang merasakan tidak perlu sebarang kerjasama dengan PERKASA berhubung isu Melayu. Kalau dulu beria-ia kita mahukan kerajaan perpaduan UMNO dan PAS atas nama Melayu, kenapa sekarang bila mahu dijalinkan UMNO dan PERKASA atas nama kepentingan umat Melayu, ada pimpinan UMNO yang berkata tidak perlu wujudnya ikatan ukhwah itu. Tidak lagi boleh kita harapkan PAS untuk penyatuan umat Melayu bila alim besar di dalam PAS sendiri sudah mengakui tidak berbangga menjadi umat Melayu. Kalau sudah tidak bangga, maka kepentingan dan halatuju Melayu bukanlah suatu agenda yang menjadi keutamaan dan tunjang.

Persoalannya: Mungkinkah pimpinan UMNO yang menolak untuk kerjasama erat antara UMNO dan PERKASA berhubung isu Melayu merasakan yang kehadiran PERKASA hanya akan menyempitkan ruang kerjaya politik mereka lantaran detik pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir?

Persoalannya: Mungkinkah kerjasama UMNO dan PERKASA akan menjadi satu platform atau batu loncatan kerjaya politik kepada ahli-ahli PERKASA yang pernah terkecewa di dalam UMNO menjelang pilihanraya ke 13?

Masalahnya: Agenda Melayu yang penting atau agenda peribadi yang lebih penting?

Yang tidak perlu menyibuk dalam hal ini: PAS dan lain lain parti politik kerana isu ini hanyalah untuk kepentingan umat Melayu. PAS tidak perlu masuk campur di dalam hal penyatuan Melayu kerana pimpinan PAS sendiri tidak bangga menjadi Melayu. Tambahan pula, PAS seperti lebih cenderung untuk bekerjasama dengan parti parti politik bukan Melayu.

Aku tetap bangga menjadi Melayu dan kata azimat Tun Tuah 'Takkan Melayu hilang di dunia' akan sentiasa terpahat di hati..Juga terima kasih kepada Melayu terdahulu yang telah membina empayar Melayu untuk menjadi segagah ini.

Biarlah UMNO dengan UMNOnya dan PERKASA dengan PERKASAnya...Segalanya untuk Melayu..Kalau ada yang tak berapa nak Melayu mungkinlah kurang bersetuju dengan kerjasama ini. Jangan sampai kena tulis sebuah buku lagi yang mengatakan 'Aku pun Melayu'. Teruk sangat ke Melayu sampai perlu diterangkan bahawa dirinya Melayu..Dulu-dulu tengok saja adab dan adat semua orang tahu kita ni Melayu atau tak berapa nak Melayu. Kalau macam ni..Melayu boleh jadi kayu!!!

Thursday, July 29, 2010

Segala yang hebat ada di Melaka


Tahniah pada kerajaan negeri Melaka. Agak kagum bila negeri yang serba serbi kurang dari segi faktor alam yang boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi, Melaka masih gah di mata rakyat Malaysia. Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia dan antara negeri penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dari zaman purba sejarah, Melaka begitu tersohor di mata dunia hingga menyebabkan menjadi 'ayam buruan' para penjajah. Pun begitu, rakyat Melaka bermati-matian mempertahankan Melaka. Kalau tidak kerana pembelot yang datang ke Melaka, nescaya Melaka masih gagah hingga ke hari ini. Kalau ditanya rakyat Melaka betapa cintanya pada Melaka, pastinya akan keluar perkataan SEGALANYA UNTUK MELAKA.

Siapa yang lupa kehebatan Tun Tuah memperdaya Tun Teja, kehebatan Tun Tuah merampas Taming Sari, darah kehebatan itu diteruskan oleh pimpinan-pimpinan Melaka pada hari ini. Siapa yang tidak kagum dengan kehebatan Dato' Seri Ali Rustam. Tidak dibenarkan bertanding, tapi masih menunjukkan taat setia pada parti. Siapa yang tidak berasa sedih dengan setianya YB Datuk Idris Haron terhadap parti biarpun cuma menduduki jawatan Timbalan Menteri untuk seketika? Tidakkah Melayu di negeri lain ingin mencontohi Melayu Melaka?

Di sebalik kekurangan faktor alam semulajadi untuk menjana ekonomi, Melaka sudah ada Lapangan Terbang Antarabangsa, kadar pengangguran sekitar 1.3% sahaja, sudah ada limpahan hotel hotel bertaraf 6 bintang, akan ada monorel yang menjadi pengangkutan awam..ini semua bukti kehebatan Melayu Melaka. Tidakkah Melayu di negeri negeri yang lebih besar dan kaya dengan alam semulajadi mencontohi Melaka?

Taatnya Tun Tuah pada rajanya..begitulah taatnya rakyat Melaka pada Ketua Menterinya. Ahli UMNO Melaka memberontak bila Tok Ali tidak dibenarkan bertanding, tapi Tok Ali jua yang mententeramkan rakyatnya.

Mudah-mudahan Melaka akan terus harmoni dan terus gemilang...SEGALANYA UNTUK MELAKA!