Showing posts with label Sultan Selangor. Show all posts
Showing posts with label Sultan Selangor. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Cabaran Dari Rakyat Melaka


Susah jadinya kalau Melayu lupa asal usul dan tak kenang diuntung..Suatu ketika dahulu betapa gahnya Kesultanan Melayu Melaka sehingga menarik ramai pedagang ke bumi Melaka. Tetapi dek kerana adanya manusia-manusia bangsat di Melaka ketika itu, akhirnya Melaka terkulai layu..rebah Kesultanan Melayu Melaka dan akibatnya sehingga kini Melaka tidak bersultan.

Pelik dan agak sedih..Empayar yang begitu agung dan tersohor...akhirnya tersembam menyungkur ke bumi.

Melaka sudah tidak ada Sultan..yang ada cuma Tuan Yang Terutama atau Gabenor selain dari Ketua Menteri Melaka sendiri. Kalau ada pun cuma lakaran dan illustrasi wajah-wajah Sultan Melaka di muzium-muzium. Pun begitu rakyat Melaka masih berbangga dengan Kesultanan Melayu Melaka biarpun hanya tinggal sejarah. Sayangnya Melaka dengan sejarah Melayu Kesultanan Melayu Melaka..Bangga Melaka dengan sejarah kehebatan Hang Tuah dan rakan-rakan.

Tak mengapalah..rakyat Melaka kini bergantung harap kepada Gabenor dan Ketua Menteri Melaka. Dan rakyat Melaka kasihkan Gabenor dan Ketua Menteri Melaka sebagai pohon tempat berteduh.

Adalah perkara yang amat mendukacitakan dan menyedihkan di negeri-negeri yang bersultan. Bukankah Sultan tempat sekelian rakyat berteduh? Bukankah Sultan payung negeri dan bukankah Sultan lambang kuasa orang-orang Melayu? Tetapi hari ini, orang Melayu di Selangor mempersendakan Sultan..berani mengkritik Sultan dan yang amat malang Melayu sendiri mempertikaikan kuasa Sultan.

Di Perak, kereta baginda Sultan dihalang oleh orang-orang Melayu sendiri?Tidakkah merasakan perbuatan itu sebagai perbuatan yang biadap dan derhaka?

Melayu kini sudah pandai derhaka..Melayu kini sudah hilang kasihnya kepada Sultan..Rakyat Melaka melihat fenomena ini sebagai perkara yang amat mendukacitakan..Tidakkah orang-orang Melayu Selangor dan negeri lain mengambil pengajaran dari sejarah Melaka?

Sebagai anak Melaka, aku cabar seluruh rakyat negeri Selangor untuk mempertahankan Sultan..mempertahankan kedaulatan bumi Selangor.

Ingatlah anda hanya menumpang di negeri anda dengan ehsan baginda Sultan..

Derhaka anda pasti menghumban anda ke api neraka..Melayu jangan menjadi bangsat..

Rakyat Melaka mendoakan kesejahteraan Sultan negeri-negeri lain..

Menjunjung kasih Tuanku...

Monday, January 11, 2010

Daulat Tuanku: Kalimah Allah hanya untuk Islam di Selangor



Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
Patik doakan semoga Allah pelihara kesihatan Tuanku dan putera puteri tuanku.
Patik mohon mengucapkan setinggi tinggi Terima Kasih keatas titah Tuanku hari ini.
Titah tuanku mendatangkan kelapangan kepada dada patik yang gundah gulana sejak seminggu ini akibat serangan bertubi tubi terhadap Agama Islam yang kita cintai.
Titah tuanku yang jelas telah memberi satu harapan kepada umat Islam di seluruh negeri Selangor ini dan di harap wakil wakil kerajaan Tuanku dapat memahami titah tuanku ini dengan baik dan berhenti dari mengelirukan masyarakat dan mengeruhkan keadaan.
Patik juga mohon berharap apa kiranya tuanku berkenan untuk mengajak kekanda kekanda yang lain untuk bermesyuarat dan mengeluarkan satu ketetapan tentang penggunaan nama Allah di bumi bertuah dan berdaulat Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia.
Sekali lagi patik memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuanku dan mendoakan Allah memelihara Tuanku dan putera puteri Tuanku.
Titah Baginda itu adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008 yang berbunyi:

“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Moga dengan titah tuanku ini akan meredakan keadaan kucar kacir yang telah melanda negara kita. Jangan ada di antara kita yang engkar dengan titah tuanku ini, barang siapa yang engkar maka DERHAKA LAH dia pada tuanku..