Showing posts with label agendadaily. Show all posts
Showing posts with label agendadaily. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Pakar Facebook tolong baca di sini



Pelik benar bunyinya bilamana Kementerian Pelancongan di dalam jawaban lisan di Parlimen memaklumkan bahawa kementerian tersebut memperuntukkan RM 1.8 juta untuk 3 tahun (2011-2013) untuk mempromosi Malaysia melalui laman sosial Facebook.

Sama ada aku kurang arif berhubung aplikasi Facebook atau ada sesuatu yang tidak kena dengan perbelanjaan sebanyak itu melalui aplikasi secara percuma yang boleh dinikmati oleh semua individu.

Kita andaikan sahaja Facebook milik Kementerian Pelancongan itu amat berbeza dengan laman-laman Facebook milik orang lain. Mungkin sebab itulah untuk mengendalikannya memerlukan perbelanjaan sebesar itu. Pun begitu kita menagih penjelasan lanjut daripada Kementerian tersebut untuk menerangkan justifikasi mengapa perbelanjaan sebesar itu diperlukan untuk mengendalikan laman Facebook yang semua pihak sedia maklum boleh dikendalikan secara percuma.

Dengan semua yang berciri 'template design' di Facebook aplikasi apakah yang ditokok tambah oleh Kementerian Pelancongan untuk merekabentuk laman Facebook kementerian tersebut?

Sesungguhnya, perkara-perkara beginilah yang dengan mudah merobek kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Kita mohon kepada Kementerian Pelancongan untuk menjelaskan justifikasi dan logik berhubung peruntukan yang dimaksudkan.

Sesiapa yang arif berhubung Facebook, mohon jelaskan pada aku tentang di mana logiknya peruntukan sebesar ini untuk mengendalikan Facebook.

Noktah..aku semakin bingung..yang arif berkenaan Facebook tolong beri pandangan.

Wednesday, June 2, 2010

Kau tahu dan aku pun tahu

Orang kata perubahan dalam diri adalah perubahan yang paling besar...UMNO macam mana?Ubahlah Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Ketua Wanita...eh segalanya jenis bapak ketua lah boleh UMNO ubah..kalau setakat ubah atas nama ketua macam tak ada...orang Malaysia termasuk aku nak melihat UMNO berubah dari segi sikap..Percayalah kami orang orang Malaysia kasihkan UMNO tetapi adakah pemimpin UMNO kasihkan UMNO seperti mana kami kasihkan UMNO?

Ibarat dah kena tempeleng dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, pimpinan UMNO nampak masih merasakan dunia ini terlalu selesa buat dia orang..Tak mau ambil iktibar dan tak mahu berubah untuk kesejahteraan..

Aku tak tahulah sama ada pimpinan UMNO lebih lebih lagi yang duduk dalam kem Pemuda tu sedar atau tidak...UMNO ni ibarat akar tunjang di dalam Barisan Nasional..UMNO telah melakar sejarah semasa mencapai kemerdekaan...Ramai yang irihati dan memandang dengan hasad bagaimana UMNO menjadi hero kepada ketuanan Melayu...Secara teori akal...kalau nak lemahkan sesuatu benda tumbangkan dulu akar tunjangnya maka seluruh bahagiannya akan roboh..Aku rasa ni satu falsafah sains masa aku dalam sekolah rendah dulu..Kalau Pemuda UMNO dah pakai Harrier dan macam macam kereta mewah takkan teori mudah macam ni tak boleh nak baca..Atau Pemuda sudah tidak pedulikan Melayu lagi?Suatu ketika dulu, anak anak muda di kampung, gah dan bangga sangat bila dekat belakang jersi mereka tertulis nama Pemuda UMNO tapi sekarang anak anak muda di kampung dah buat baju Pemuda untuk lap motor.

Aku kasihan tengok Pak Najib...Rombaklah berapa kali pun kabinet tapi masih belum nampak kelibat panglima perang Pak Najib..Semua macam guru besar sekolah je tarafnya...Seburuk buruk Pak Lah dulu ada juga 'baby' yang kabinetnya beri untuk membolehkan Pak Lah bercakap ke sana ke sini..Siapa yang lupa dengan blueprint biotechnology, siapa yang lupa macam mana kembang kempis hidung rakyat Malaysia bila tengok angkasawan Malaysia naik ke ISS...Itu zaman Pak Lah yang orang andaikan sebagai Perdana Menteri yang lemah..Pak Najib yang jauh lebih bijak ni...apa yang kabinet telah beri pada sebagai 'baby' kepada Pak Najib..?Kalau ada pun dasar dan 'baby' yang dikeluarkan zaman Pak Najib semuanya menjadi kontroversi...

Dalam siri Pilihanraya Kecil yang telah lalu...tak nampak semua kelibat Ahli Majlis Tertinggi turun padang...Masa ubah perlembagaan UMNO dalam Perhimpunan Agong yang lalu..nampak semua akan jadi elok..tapi sekadar impian dan harapan..

Yang ada sekarang, cuma kasihnya para bloggers pada UMNO...Bloggers haprak dan jalanan agaknya lebih kasihkan UMNO dari pimpinan UMNO..Ayuh sahabat bloggers kita pertahankan UMNO biarpun selemah mana dan sebusuk mana orang menganggap UMNO..Menyokong dan beralih pada Pakatan tidak sama sekali...Orang kata sebagai bahan jenaka orang orang PAS kalau di toreh tangannya akan mengeluarkan darah berwarna hijau tapi bagi kami...kalau tertorehnya tangan akan terkeluar bendera UMNO...Pemuda UMNO jangan pulak..kalau terpegang dompet akan tersembur keluar ringgit ringgit Malaysia...Kau tahu dan aku pun tahu...

Monday, April 12, 2010

Hulu Selangor:PKR akan letak Zaid sebagai calon jika BN letak Palanivel

Malam tadi terbaca crawler di siaran televisyen yang tulis PKR akan letak Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor sekiranya BN letak Dato G sebagai calon. Bila Tan Sri Muhyiddin cakap wakil BN di Hulu Selangor adalah di kalangan anak jati Hulu Selangor..siapa pulak yang PKR nak letak sebagai calon di Hulu Selangor kerana sah Dato G. bukan anak jati Hulu Selangor.

Kalau ikut spy leman yang dah banyak bersepah di Hulu Selangor dan ikut poster Zaid yang ada di Hulu Selangor rasanya PKR pasti akan letak Zaid sebagai. Jadi, kalau ikut sifirnya siapa pun calon BN di Hulu Selangor lawannya hampir pasti Zaid.

Jelas, percaturan Zaid tinggalkan UMNO dan Barisan Nasional berbaloi hari ni. Selepas kalah dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian UMNO Kota Bahru, nampaknya nyawa politik Zaid kembali berdenyut. Kalau diletakkan sebagai calon di Hulu Selangor, lagi terang hayat politik Zaid. Kalau menang Zaid di Hulu Selangor....Anwar dah tak perlu risau dengan hala tuju PKR kerana Zaid dikatakan akan menerajui PKR. Ada pulak kawan-kawan dari Kota Bahru kata yang Zaid akan bertanding di Parlimen Kota Bahru pada pilihanraya umum yang akan datang. Jadi, apa perlunya Zaid bertanding di Hulu Selangor, macam melepaskan batuk di tangga nampaknya.

Orang-orang Hulu Selangor perlu bijak mengundi calon yang merupakan anak jati Hulu Selangor kerana apa jua permasalahan senang disampaikan kepada wakil rakyat. Kalau ikut apa yang Tan Sri Muhyiddin katakan bahawa calon BN di Hulu Selangor adalah anak jati Hulu Selangor tidak ada sebab kenapa pengundi di Hulu Selangor tidak mengundi BN.

Mungkinkah Azmin Ali setuju dengan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor?Jika memang benar Zaid diletak sebagai calon dan menang pula di Hulu Selangor..mungkinkah Azmin perlu menunggu lagi untuk menerajui PKR. Macam aku cakap dulu, Azmin sebenarnya lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor. Kesian Azmin berjuang untuk PKR tapi selalu tertinggal bas.

Monday, March 8, 2010

Tutup lubang gali lubang

Tahniah kepada rakan-rakan bloggers kerana bermati-matian berjuang untuk negara tercinta. Biarpun kerajaan diasak bertubi-tubi oleh puak sebelah sana, pendirian dan pegangan serta perjuangan rakan-rakan bloggers tidak pernah luntur bahkan tetap utuh. Inilah bentuk semangat yang kita mahukan.

Cuma agak terkilan apabila ada di kalangan bloggers sendiri khabarnya berpuak-puak. Wah..hebat bloggers dah jadi macam parti politik..ada erdogan dan ada ulamak..Jebat ingin persoalkan pada rakan-rakan bloggers..apa perlunya berpuak-puak?Bukankah tujuan dan matlamat yang dijulang adalah sama?Bukankah wadah perjuangan juga adalah sama?Bukankah panji yang dijunjung adalah panji yang sama?

Agak menjengkelkan apabila perjuangan bermatian-matian mempertahankan kerajaan di hancurkan oleh rakan-rakan bloggers sendiri apabila bloggers berpecah belah sesama sendiri. Puak sebelah sana bukanlah selemah yang kita sangka. Mereka amat pintar menggunakan kesempatan yang ada. Mana mungkin perangkap melupakan pelandok.

Tidak ada gunanya benda-benda yang kecil di perbesarkan. Sebesar mana sekalipun perbedaan pendapat janganlah sampai kita luahkan di dunia blog yang sememangnya tidak ada sempadan. Pastinya ada ruang untuk berbincang sesama sendiri. Benar, pertelingkahan ini ibarat carik-carik bulu ayam tetapi kesannya pada perjuangan tetap akan ada. Ingatlah puak sebelah sana pasti menjadi seperti orang mengantuk di sorongkan bantal.

House PK dan bloggers Perak yang lain: buang yang keruh ambil yang jernih. Cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya, bagai aur dengan tebing, ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya,carik-carik bulu ayam, air dicincang takkan putus, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, meludah ke langit terkena muka sendiri...

AYUH KEMBALI RAPATKAN SAF..TIADA SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH. DAMAILAH DEMI SEBUAH PERJUANGAN..

Sunday, March 7, 2010

KJ Naib Juara?

Tahniah pada KJ kerana berjaya menjadi naib juara di dalam Maybank Malaysian Open 2010 semalam di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).

Walaupun KJ tewas tetapi tentunya KJ berbangga kerana tewas kepada anak didiknya yang berusia 18 tahun.

Korea pastinya amat berbangga dengan KJ Choi dan anak didiknya kerana berjaya mengharumkan nama negara mereka.

Ini kisah KJ Choi pemain golf dari Korea dan bukan kisah KJ Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Adakah Pemuda UMNO Malaysia akan turut berbangga dengan KJ?

Atau adakah KJ hanya layak sebagai Naib Ketua?

Tuesday, March 2, 2010

Katak oh katak kenapa engkau melompat


Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi tinggi..Antara bait dan lirik yang menjadi idola kanak-kanak di era 80an bergema lagi di bumi Malaysia. Bait dan lirik kata yang diolah menjadi teori politik oleh pencari katak di dalam usaha menawan Putrajaya pada tanggal 16 September seakan menjadi badi kepada pencari katak apabila katak yang dipancing tidak memakan umpan sebaliknya katak yang terkurung di dalam baldi melompat keluar.

Apabila berduyun-duyun katak melompat keluar tentunya dan sudah barang pasti ada yang tidak kena dengan tabiee si pencari katak. Barangkali katak yang dipelihara dan selama ini dipopok serta ditimang belai manja sudah agak lapar dan bukanlah suatu perkara yang menghairankan di dalam kelompok katak itu ada yang begitu oportunis. Atau mungkin juga katak sudah bosan apabila ditempatkan di dalam satu baldi yang hanya terdiri dari satu jantina justeru menafikan tuntutan nafsu si katak. Mungkin si pencari katak terlupa akan hakikat bahawa tidak mungkin akan wujud penambahan bilangan katak apabila di letakkan di dalam suatu kelompok jantina yang sama. Benar, ada katak yang di dalam keadaan terdesak menafikan perbezaan jantina sebagai suatu halangan untuk menambah kuantiti katak.

Acapkali kita terdengar katak bersahutan sesama sendiri dan diandaikan oleh orang Melayu bahawa sahutan katak itu adalah memanggil hujan. Begitulah hebatnya Melayu sehingga memahami apa yang disahutkan oleh si katak. Hakikatnya, cuma antara katak faham dan mengerti apa yang disahutkan oleh katak. Mungkin menterjemahkan rasa tidak puas hati, mungkin sekadar bersiul-siul manja mencari si penjaga katak yang baru dengan seribu pengharapan agar hidup si katak akan lebih berharga atau mungkin juga si katak benar-benar sudah insaf lantaran hidup penuh kebosanan di dalam kepompong katak yang hipokrit dan tidak ikhlas.

Bagaimana nasib tuan punya katak apabila katak yang diharapkan sebagai umpan telah menjadi tuba lantaran membuat ikan-ikan di dalam sungai lari bertempiaran. Musnahlah impian si pencari katak untuk menjadi saudagar katak dan membina empayar katak. Yang tinggal hanyalah tahi-tahi si katak yang perlu dibersihkan dengan berhati-hati sekiranya tidak pasti terpalit ke muka sendiri.

Percaturan dan andaian kolot oleh si penjaga katak bahawa katak-kataknya melompat keluar kerana jiran sebelah rumah menawarkan kebahagiaan yang lebih kepada katak-kataknya. Inilah suatu tindakan segera yang harus diambil oleh si penjaga katak sebelum katak-katak ini menceritakan segala keburukan si penjaga katak.

Tunggulah, mungkin ada lagi katak yang akan melompat keluar dan jika benarlah andaian Melayu bahawa sahutan si katak adalah untuk memanggil hujan, pastinya Melayu boleh menggariskan karier si pencari katak sudah menemui jalan penghujung dan buntu.

Inilah salahnya mempolitikkan teori katak.


Sunday, February 28, 2010

Gugurkan kes Nuar? Mana ada jalan

Ni apa kemaruk PAS tak habis-habis gesa kerajaan gugurkan kes Nuar?Dah berbuih mulut terangkan yang kes ni bukan kerajaan Malaysia lawan Nuar..tapi Saiful lawan Nuar..apa kena mengena dengan kerajaan Malaysia pulak ni?Wah bukan main bangga lagi seorang pegawai dari Kelantan mencoretkan di dalam Serakahdaily nama-nama puak yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes ni. Dengan penuh bangga dia kata 50 Ahli Parlimen Australia,Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat,Bekas Perdana Menteri Kanada dan ada lagi nama-nama yang didakwa menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat ni.

PAS ni dah lupa ke pasal sejarah?PAS lupa ke macam mana teruk orang Melayu bertungkus lumus menentang penjajah untuk mencapai kemerdekaan?PAS lupa ke sejarah Melayu Melaka..beri muka pada pedagang pedagang asing nak berniaga di Melaka. Rupanya pedagang-pedagang ni mengintai peluang. Kali ni pun sama..seolah olah kita beri dia orang peluang untuk intai kelemahan kita. Cerita dalam kain dan cerita rumahtangga kita (Malaysia) takkan kita nak suruh orang luar masuk campur. Dapat pahala beb kalau kita jaga rahsia rumahtangga.

Kalau PAS mencari keadilan..macam tu jugak saudara Saiful kita..Dia dan keluarga dia pun mencari keadilan. Takkan dalam Malaysia ni orang-orang politik je perlu diberi ruang untuk mencari keadilan. Rakyat marhaen macam mana?Berapa orang banduan yang dalam lokap tu disumbat ke dalam penjara atas tuduhan merogol dan seumpamanya?Kenapa tak kita minta semua digugurkan kesnya?Mana ada jalan kalau orang-orang VIP politik je diberi keistimewaan ini. Apa yang perlu digusarkan..kan sedang bicara..yakinlah pada kebenaran..kalau benar pasti dihujung sana ada sinar kebenaran. Sembahyang hajat pun dah dibuat...takkan tak yakin dengan doa sendiri.

Apa kata PAS mintak Nizar gugurkan gesaan untuk bubarkan DUN Perak. Kata mencari keadilan. Kalau sebelah pihak je senang, bukanlah keadilan namanya.

Wednesday, February 10, 2010

Tamatkan sengketa dengan syarat?

Aku senyum sendiri dengan statement kelakar yang PAS Perak buat...Nak tamatkan sengketa apa sebenarnya ni?Statement yang jelas tak ikhlas..Kalau ikhlas nak tamatkan sengketa tamatkan ajelah, apa pulak nak bersyarat-syarat ni..Apa sengketa di Perak sebenarnya?Sengketanya cuma pada pihak PAS yang semacam tak boleh terima kenyataan apabila BN kembali memerintah..Kita cuba ambil pendekatan macam ni..Apa kata kalau PAS kalau tak boleh terima kenyataan yang BN memerintah cuba PAS terima kenyataan yang Allah s.w.t yang takdirkan BN memerintah..Lagipun barang perlu diingat oleh PAS bahawa kerajaan BN sebenarnya memerintah atas ehsan Tuanku Sultan..Tuanku Sultan yang sebenarnya memerintah..Menteri Besar hanya Dato' Bendahara yang segala tindak tanduk masih di bawah perkenan Sultan..Jangan kita lupa akan sejarah..Menteri Besar tidak melantik dirinya sendiri tapi Tuanku Sultan yang melantik Menteri Besar..

Susah sangat ke PAS nak tunggu pilihanraya umum ke 13? Kalau ditakdirkan Allah yang PAS akan kembali memerintah..silakan memerintah..kami orang-orang UMNO tidak akan sesekali menghalang PAS memerintah sekiranya benar dengan izin Allah. Kenapa PAS tidak mahu menerima ketentuan Allah?Adakah PAS terlupa bahawa apa jua yang mereka usahakan tidak akan membuahkan hasil jika tidak ada izin Allah..Tak lama lagi..2 hingga 3 tahun lagi akan diadakan pilihanraya umum..masa tu PAS boleh kembali bertanding dan jika ada rezeki PAS akan kembali memerintah..Dan diharapakan PAS akan memerintah dengan adil dan saksama tanpa mengikut telunjuk mana mana pihak selain dari menuruti arahan Tuanku Sultan..Tuan punya negeri Perak. Takkan PAS terlupa yang sabar tu sebahagian dari iman.

Sembahyang hajat dan doa telah pun PAS buat tapi semua itu takkan mampu mengatasi kudrat dan takdir Allah. Cuba-cubalah PAS muhasabah diri..apa yang tidak kena dengan PAS sehinggakan doa tidak diterima Allah..Jangan suka mengintai-intai kesilapan orang lain nescaya Allah akan mengintai-intai kesalahan kamu..

Sekalipun Nizar ingin membubarkan DUN tapi kalau tanpa perkenan Sultan pasti tidak akan terbubar juga DUN kerana kuasa mutlak membubarDUN adalah kuasa mutlak Sultan..Nizar pun dah pernah memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN semasa menjadi Menteri Besar tetapi tak diperkenan Sultan jadi apa lagi yang Nizar mahu.. Zambry sendiri tidak berdaya membubarkan DUN apatah lagi jawatan yang Zambry sandang sekarang waimah yang Nizar sandang dulu pun atas ehsan perkenan Sultan. Ni yang payah kalau orang lupa siapa sebenarnya yang berkuasa. Jangan PAS berharap yang nak perintah dunia dah lah ye..

PAS bercakap soal mahkamah rakyat..Bila mahkamah rakyat sebenarnya?Mahkamah rakyat cuma diadakan pada pilihanraya umum kan..apa lagi yang PAS nak bercakap pasal mahkamah rakyat?Mahkamah rakyat ke mahkamah PAS yang PAS suarakan ni?Tidak nampak pun rakyat negeri Perak melenting-lenting dengan keputusan mahkamah persekutuan tempoh hari..nampak tenang-tenang sahaja negeri Perak..alhamdullillah..

Jangan cuba libatkan rakyat dalam hal ni..Biarlah rakyat menjalani kehidupan mereka seperti biasa dalam aman dan sentosa. Rakyat berhak mendapat kehidupan yang baik dan mereka pun cuma mahukan kerajaan yang terbaik untuk memerintah..Kembalikan mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 nanti dan bukan sekarang. Kalau rakyat sebagai hakim kenapa pula hakim harus diseret dalam kemahuan PAS yang terlalu rakus??Tidakkan itu hanya menampakkan rakyat berat sebelah?

Monday, February 8, 2010

Dunia masih belum kiamat

Dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah di dalam perjuangan seperti yang didakwa PAS, seharusnya keputusan mahkamah hari ini yang menetapkan bahawa Dato' Seri Zambry sebagai Menteri Besar yang sah haruslah diterima dengan redha oleh PAS khusunya Nizar. Tidak perlu dinafikan bahawa ada segelintir pimpinan pimpinan DAP yang mungkin kurang menerima keputusan ini lantaran istilah Qada dan Qadar tidak pernah wujud di dalam kamus harian mereka. Tidak ada yang perlu dihairankan sekiranya pimpinan DAP agak meronta dengan keputusan ini.

Dan adalah suatu perkara yang cukup aneh sekiranya Nizar, yang seperti didakwa oleh PAS sebagai seorang pejuang Islam tidak dapat menerima keputusan yang tidak memihak kepadanya hari ini dengan dada yang lapang. Doa dan sembahyang hajat khabarnya telah dilakukan oleh Nizar hingga ke perkarangan mahkamah tetapi doa dan hajatnya itu masih tidak dimakbulkan Allah. Di mana silapnya? Sewajarnya Nizar bermuhasabah dan mengimbas kembali apa yang telah dilakukan semasa memegang jawatan Menteri Besar suatu ketika dahulu. Menjadi Menteri Besar bukanlah kerana kehebatan Nizar tetapi adalah kerana kehendak dan izin Allah jua bahkan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Zambry juga adalah dengan keizinan Allah jua. Apakah Nizar terlupa setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak dan kudrat Allah? Mengakui keesaan Allah di dalam kalimah syahadah tetapi mengapa keesaan Allah itu tidak mahu diterima pakai oleh Nizar di dalam warna kehidupan di dunia?Adakah Allah pada pandangan ulamak PAS hanya berkuasa di akhirat dan tidak di dunia? Adakah payah untuk menerima ketentuan Allah yang terkadang pahit untuk diterima?

Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita dan jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah. Allah maha mengetahui..Setiap denyut nadi dan setiap kerlipan mata adalah semata-mata kena ilmu Allah. Dunia masih belum kiamat dan gunakanlah kehidupan di dunia untuk kita melihat keesaan Allah. Dalam terang Dia sembunyi....

Apa komen juak juak Fuckatan tentang pendedahan YB Zulkifli Nordin?

Hari ini YB Zulkifli Nordin menjadi hero lagi..Hero kerana mendedahkan pekung yang semakin menyesakkan kepala dan dadanya..Biarpun diberi amaran oleh pucuk pimpinan untuk menutup mulut tetapi akibat desakan bau busuk yang terus memenuhi ruang rongga hidung, Zulkifli Nordin kembali bersuara. Syabas dari Jebat kerana Zulkifli menunjukkan sifat anak jantan yang tau menjaga kepentingan bangsanya dan tau mengimbau jerih perih tok nenek di dalam memperjuangkan kemerdekaan TANAH MELAYU.

Zulkifli menjelaskan apa yang berlaku di Perak adalah akibat dari rasa kemarahan pemimpin pemimpin Melayu di dalam Fuckatan yang merasakan bahawa kepentingan Melayu seakan ditolak mentah-mentah oleh DAP biarpun ada di kalangan pemimpin Melayu Fuckatan telah bersua-muka dengan pimpinan DAP dan berbincang secara tertutup. Soalnya mengapa harus pemimpin-pemimpin Melayu Fuckatan ini berjumpa dan berbincang dengan DAP dan tidak dengan Nizar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Besar? Adakah keadaan ini mengiakan bahawa Nizar hanyalah Menteri Besar boneka yang sedia ditunggangi oleh DAP? Pada ketika ini di mana Nga dan Ngeh?Kalau dulu ibarat belangkas dengan Nizar tapi sekarang ni sering kelihatan Nizar bersendirian..Nizar dan juak-juak Melayu Fuckatan mungkin biasa dengar 'HABIS MADU SEPAH DIBUANG'..Inilah nasib yang menimpa pemimpin pemimpin Melayu Fuckatan. Mengapa masih belum sedar?Nizar tidak harus berasa aib kerana kehilangan jawatan Menteri Besar tetapi harus lebih aib sekiranya tidak dapat menjaga kepentingan Melayu..

Pendedahan Zulkifli ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa TIADA RAMPASAN KUASA DI PERAK seperti yang dilaungkan oleh juak-juak Fuckatan. Adakah kerana ANAK LARI MENINGGALKAN RUMAH maka JIRAN SEBELAH DITUDUH SEBAGAI PUNCANYA?

Bilakah agaknya juak-juak Fuckatan ni mahu sedar dan membuka mata luas-luas untuk melihat dengan lebih jelas senario yang berlaku ketika ini? Jebat sentiasa berharap moga-moga juak-juak Fuckatan ni akan berubah dan sedar..Kalau tak mahu sedar jugak..pergi jahanam sama kau orang..Hehehe...Kau orang pun bukan penting sangat yang penting adalah kebajikan rakyat dan keharmonian Malaysia..Mudah-mudahan RAKYAT AKAN SEDAR DENGAN TEMBELANG BUSUK YANG KIAN MEMBUSUNG DI DALAM FUCKATAN...

Saturday, February 6, 2010

Apa hal nak bincang-bincang


Eh si tua N.Ajis nak bincang-bincang pulak pasal Islam dan Melayu dengan UMNO. Dia ni apa hal?Dulu bukan main bingit lagi dia memekak pasal menentang Kerajaan Perpaduan dengan UMNO..sekarang ni kecoh nak ajak bincang pulak..

Abang Long kau penasihat 20 sen sibuk kat mahkamah kau nak berpaut dengan UMNO pulak untuk teruskan sisa sisa hayat politik kau? Tak payahlah..Kau rentikan saja niat kau tu..Lagipun UMNO tak perlu nak layan kerenah kau yang cukup memualkan tekak tu..Kalau kau nak bincang kau pergi bincang dengan ustaz-ustaz besar kau dalam Fuckatan tu..kan semua alim-alim sampai tahap khalifah..apa hal pulak kau nak bincang dengan orang yang kau panggil kafir, setan dan yang kau suruh pergi jahanam tu..Kau ni spesies jenis apa?Dah ludah dan dah kau kahak sekarang kau nak jilat balik..No way brader tua..

Sekalipun kau nak berbincang bukan kau yang layak..Aku rasa paling-paling layak pun Nasharudin tu..Hadi Awang pun tak layak..Kang kau tengking dia..dia boleh U-Turn pulak..Niat kau baik nak bincang pasal agama dan Melayu tapi aku rasa kau tak layak pun untuk cakap pasal bab ni..Selama ni pun kau bukan perjuangkan agama dan Melayu sangat..Yang kau perjuangkan hanyalah karier politik kau dan kuncu-kuncu kau..

Fuckatan dah nak melingkup kau nak join UMNO pulak...kalau kau join dengan UMNO sekali melingkup..Tulah bala kan orang lagi sekarang kau tengok sapa yang kena bala..Alim sangat ke kau ni? Dari kau bincang dengan UMNO eloklah kau bincang dengan anak beranak kau nak buat apa lepas karier politik kau tamat tak lama lagi..Bincanglah nak tanam sayur ke, nak berniaga ikan kat pasar ke atau apa apa je lah tapi bukan bincang dengan UMNO..UMNO pun tak hingin nak layan orang hipokrit macam kau..Lagipun kalau kau join UMNO pun kau bukan layak nak jadi Menteri...Timbalan Menteri pun kau belum tentu layak..Itu pasal dalam kabinet bayangan Nuar Berahim nama kau selalu tercicir..Tak sedar-sedar ke kau ni?

Dahlah...elok kau pencen duduk rumah je diam-diam..Petang petang kau boleh bawak cucu kau jalan-jalan kat KB Mall takpun Pantai Cahaya Bulan tu..kan lebih elok..Dari kau memekak buat tambah dosa je...Dah senja pun....

Thursday, February 4, 2010

Liwat dan Ali Baba Bujang Lapok

Nyang isong matek ajik semarang inseng (Jebat tak tahulah betul ke tidak tapi lebih kurang cam tulah bunyinya)...lepas sebut ayat tu pintu gua mesti terbukak..Itu dalam cerita P.Ramlee..alahai cerita Ali Baba Bujang Lapok tu..
Itu cerita dulu-dulu bai..cerita yang semua orang ingat sampai bila bila..Dalam tahun baru 2010 ni sebuah cerita baru pulak telah timbul..cerita dah lama siap cuma asyik tangguh pasal copyright owner kata tangguhlah dulu takut tak laku..Sudahnya dah dekat setahun, barulah filem ni di mainkan..

Jalan cerita dia hampir sama..dah kaya tapi masih tamak nak jadi Perdana Menteri ala macam Kassim Baba lah harta dah banyak masih nak mencuri lagi...cuma yang agak berbeza ialah cara sebutan untuk bukak pintu tu..Kalau dulu cakap Jawa..sekarang ni cakap dah kena guna Bahasa Malaysia moden sejajar dengan Gagasan Satu Malaysia...'Mokhtar' dan pintu pun terbukak..Sesuai dengan zaman alaf baru ni..kalau dulu Ali Baba kini Ali BABI (Brader Nuar bin Berahim)...
'MOKHTAR'..Jebat akan cuba sebut password ni tiap kali nak bukak pintu..tak kiralah pintu jamban ke pintu kereta ke..apa yang boleh bukak Jebat akan cuba guna password ni..Manalah tau kot-kot boleh jadi..Cuma Jebat takut satu benda je...sebut sebut kalau terbukak lubang jubo amacam? Ada Bran?


Tuesday, February 2, 2010

Tanya sama pokok

TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG
NANTI JAWAB NUAR SAIFUL YANG GONCANG
TANYA SAMA SAIFUL APA SEBAB GONCANG
NANTI JAWAB SAIFUL ADA ORANG KAT BELAKANG
Siapalah yang kat belakang tu ye...?Nampaknya dah tak boleh tangguh dah...lawan tetap lawan..no tangguh tangguh..Jangan goyang goyang bai..N.Ajis kan ada boleh doakan lu bai..Doa orang alim ni kan makbul apa lu nak goyang. Gila lu semua ahli syurga N.Ajis doakan lu..lagi lu mau goyang..Ustaz Ngeh, Ustaz Ngah, Ustaz Gobala semua doakan lu..apa lu mau goyang..tak cukup yakin? Gua kasi yang lebih alim...khalifah Guan Eng pun doakan lu..lagi mau goyang?Khalid gereja pun doakan lu..Fuhh..ramai gila orang doakan lu..alim alim besar pulak tu..Tak mau goyang-goyang bai...
Khalid gagap pun kalau boleh nak doakan lu tapi dah dia gagap kang salah doa jadi bala lak..Bala bala ni N.Ajis je boleh doakan..
Inikan bukan cubaan..ni betul betul bai..Hadoiyai...

Friday, January 29, 2010

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Anwar

SENYUMLAH SIKIT BANG NUAR...JANGANLAH MASAM MASAM..GOYANG KE?

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Anwar...Fuhh...mahu berpeluh Bang Nuar dengar keputusan mahkamah tu..Apalah yang ada dalam kepala Bang Nuar sekarang ni ye..Cuma tuan punya badan yang boleh jawab soalan tu.Mungkin depan orang ramai masih boleh tersengih kambing, masih boleh nak tunjuk hebat bercakap tetapi dalam hati siapa yang tahu..orang kata nak kentut pun tak lepas..2hb pulak makin lama makin dekat..lagi tak boleh tidur..makan KFC dah rasa makan belacan je agaknya. Susah hati bro..siapa cakap tak susah hati sah tipu. Kita yang nak tunggu perbicaraan ni pun goyang inikan pulak orang yang nak kena bicara..Mesti goyangkan!!!! Sabarlah Bang Nuar...hehehe..

Dengar khabar brader Kapal nak buat rayuan lagi..Ni berapa kali nak merayu berapa kali nak tangguh? Kalau Bang Nuar betul apa nak takutkan...hadap je lah..yang goyang tak tentu pasal ni kenapa? Kalau Jebat lah dari dulu dah hadap..gentle lah Bang Nuar..Apa perasaan Bang Nuar bila bertentang mata dengan Shaiful nanti agaknya ye..Tersenyum simpul tersipu sipu malu..auw auw auw..Tak kuasa i taw...hehehe...

Kita tunggu apa lagi wayang Bang Nuar nak buat..masa dah makin suntuk..macam dah tak sempat nak cover lagi..nak tak nak mesti kena hadap..untung sabut timbul untung batu habislah Bang Nuar kali ni..sampai ke sudah tak jadi Perdana Menteri...

Sabar bebanyak ye Bang Nuar..kami semua rakyat Malaysia tetap akan doakan Shaiful...hehehe..

Wednesday, January 27, 2010

Al-kisah di sebuah kampung

Rumah Tok Bijan

Al-kisah di sebuah kampung

Di sebuah kampung yang kaya dengan hasil bumi tinggallah seorang penghulu yang amat bijaksana dan mempunyai ramai anak. Tok Penghulu yang terkenal dengan nama Tok Bijan ni mempunyai ramai anak. Tok Bijan ini mempunyai ramai anak lelaki cuma beberapa kerat je perempuan. Tok Bijan ini seorang yang bijak dan amat disegani oleh penghulu-penghulu kampung lain. Sebut saja nama Tok Bijan semua orang kenal. Macam-macam kemajuan yang Tok Bijan telah buat dan akan buat. Mengikut sejarah, Tok Bijan ni mempunyai seorang Datuk yang jauh lebih bijak cuma bapak Tok Bijan je yang agak kurang bijak kerana suka tidur.

Berbalik kepada perangai anak anak Tok Bijan ini. Kesemua anak anak Tok Bijan ini berjaya menjawat jawatan yang besar dan berpengaruh di kalangan orang kampung. Yelah anak Tok Bijan siapa yang tak kenal. Ada seorang anak Tok Bijan ini seorang yang amat suka dan amat mencintai bahasa. Macam macam jenis bahasa yang dia kuasai. Kadang-kadang apa yang dia cakap ramai orang yang tak faham kerana sekejap dia cakap macam ni sekejap dia cakap macam tu. Mana orang kampung yang anak-anak Tok Bijan ni anggap bodoh nak faham. Pada suatu hari, seorang pemuda kampung Tok Bijan ditahan oleh orang kampung kerana merogol anak Mak Su, seorang peniaga kuih di kampung tersebut. Orang orang kampung tersangat marah dengan perogol tersebut dan datang membawa perogol itu ke rumah Tok Bijan. Kebetulan Tok Bijan tiada di rumah pada masa tu. Yang ada cuma anaknya yang pakar bahasa tu. Maka bertanyalah anak Tok Bijan tu pada orang kampung. ‘Kenapa kamu bawa pemuda ni berjumpa bapa saya?”. Orang kampung pun menerangkan apa yang berlaku. Anak Tok Bijan pun mengangguk-angguk kepala tanda faham lalu dia kata pada orang kampung ‘bagi pihak bapa saya, kita mesti ambil tindakan pada pemuda ni’. Tapi apa bentuk tindakan kita kena tunggu bapa saya dan kamu semua bersurailah dulu. Mendengar arahan itu orang-orang kampung pun beredar. Sebaik sahaja orang kampung hendak keluar dari pagar rumah Tok Bijan, anak Tok Bijan tadi berteriak ke arah orang kampung. ‘Kamu semua ke sini semula, ada benda aku hendak cakapkan’. Lantas orang kampung kembali semula ke arah rumah Tok Bijan. ‘Aku nak tanya pada pemuda ni tentang kesalahan dia’ kata anak Tok Bijan. Samad, yang terkenal kerana selalu tersasul di kampung bersuara, ‘Tadi masa dalam perjalanan ke sini, budak ni ada minta maaf dan kata dia menyesal’. Mendengar penjelasan Samad anak Tok Bijan menarik nafas lega lalu berkata ‘kalau dia dah mintak maaf apa lagi nak buat, lepaskan dia’. Orang kampung yang dianggap bodoh oleh anak-anak Tok Bijan saling berpandangan sesama sendiri. Ada yang berkata dalam hati ‘ Dia ni buat macam ni, Tok Bijan tahu ke?’. Orang kampung dah mula sedar bahawa anak Tok Bijan yang ni tak sepandai Tok Bijan. Selepas orang kampung beredar meninggalkan rumah Tok Bijan, anak Tok Bijan tadi masuk ke dalam rumah dan mendengar irama keroncong dan zapin di corong radio.

Rupanya orang orang kampung tadi tidak bersurai tetapi mereka beredar ke rumah anak Tok Bijan yang terkenal kerana sifat panas barannya. Sebaik sahaja anak Tok Bijan yang panas baran ni nampak orang orang kampung di hadapan rumahnya dia pun keluar lalu membawa sepucuk pistol bersama. Orang orang kampung terpekik apabila melihat anak Tok Bijan ni mengeluarkan pistol. Mereka menjangka sesuatu yang buruk akan dilakukan oleh Anak Tok Bijan ni. Rupa-rupanya anak Tok Bijan ni sekadar mahu mencium pistol tersebut. Osman, anak penghulu dari kampung sebelah yang juga terkenal dengan panas baran memekik ke arah anak Tok Bijan. ‘Yang kamu keluarkan pistol ni kenapa?’ ‘Baik kamu simpan pistol kamu sebelum aku luku kepala kamu’. Mendengar pekikan Osman tadi, anak Tok Bijan segera menyimpan pistolnya lalu berkata ‘ Aku mintak maaf Osman, lain kali aku tak buat lagi’. Orang kampung berbisik sesama sendiri ‘ingatkan berani sangat anak Tok Bijan ni’. Setelah agak reda orang kampung pun bercerita pada anak Tok Bijan ini tentang apa yang si pemuda yang ditangkap ini lakukan. Mendengar cerita orang kampung itu, anak Tok Bijan pun berkata ‘Aku kasi amaran dekat kau jangan buat lagi’. Sekali lagi Samad yang suka tersasul mencelah ‘Bang dulu dia curi rambutan saya pun abang kasi amaran je’. Anak Tok Bijan diam dan kemudian berkata ‘aku kan adik, sedangkan abang aku pun kata kalau dia dah mintak maaf, lepaskan aje dia’. Orang kampung segera beredar meninggalkan rumah anak Tok Bijan itu dan mengambil keputusan untuk menunggu Tok Bijan di masjid kerana setiap kali waktu maghrib Tok Bijan pasti ke sana.
Entah apa yang berlaku pada pemuda itu pun Jebat tidak tahu kerana orang yang cerita pada Jebat tu tiba-tiba beredar. Agaknya dia nak cepat cepat mintak maaf pada Tok Bijan kerana membuka cerita tentang kelemahan anak-anak Tok Bijan. Jebat pun nak minta maaf kerana tak dapat nak habiskan cerita ni. Jebat minta maaf kerana tidak ada niat nak membuka pekung anak anak Tok Bijan lagipun kisah Tok Bijan ni bukan realiti cuma ilusi.
Aduhai, kita sambung nanti, anak Jebat dah panggil..termakan cili yang mak dia beli tu agaknya..Pedas kot..

Tuesday, January 26, 2010

Nizar tak usah bermimpi jadi MB

9hb ni akan terlerai segala teka teki siapa yang akan menerajui Perak sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan. Serakahdaily kata Nizar tak payah bermimpi untuk menjadi Menteri Besar Perak kerana Nizar sememangnya Menteri Besar yang sah mengikut prosedur biasa iaitu melalui pilihanraya.

Tambah Serakahdaily lagi, apapun keputusan yang akan mahkamah buat pada 9hb ni tidak akan menyelesaikan konflik di Perak. Jadi sukalah Jebat nak tanya pada Serakahdaily kalau keputusan mahkamah mengatakan yang Nizar berhak untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak tidakkah keputusan itu menggembirakan Pakatan Rakyat? Apa yang Pakatan Rakyat mahukan sebenarnya?Jebat juga ingin menasihatkan Nizar seandainya dia di putuskan sebagai Menteri Besar Perak pada 9hb ni buatlah kerja kerja yang patut untuk mentadbir dan memajukan Perak dan tidak perlulah terlalu asyik nak berpolitik. Jawatan yang di idam sudah dapat ibarat kata pepatah 'dayung sudah di air' apalagi yang hendak Nizar sibukkan?

Dan yang paling menarik ialah apabila Serakahdaily katakan yang "sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN."-Jadi sebenarnya apa mahu Nizar dan Pakatan Rakyat?Bukankah kegilaan untuk menjadi Menteri Besar yang sentiasa memenuhkan ruang ruang mimpi tidur Nizar?Kalau dah dapat jawatan tu kenapa masih mahu bubarkan DUN yang sememangnya tidak menjanjikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat kalau diadakan pilihanraya di Perak?

Agak-agaknya pintu dan mesyuarat Dewan Undangan Negeri terlalu merisaukan Nizar..Inilah akibatnya kalau Menteri Besar tidak mendapat sepenuh kepercayaan daripada ahli mesyuarat. Kalau hari ini Nizar menjadi Menteri Besar dan esok ada usul tidak percaya padanya mungkin Nizar kena melepaskan jawatannya sekali lagi dan ini yang pastinya bersarang di kepala Nizar. Patutlah Serakahdaily kata apa pun keputusan mahkamah tidak akan selesaikan konflik di Perak.

Takkan nak mengadap Tuanku lagi dan mohon bubarkan DUN..kalau Tuanku tak perkenankan nampaknya Nizar kena turun lagi dan mana punya mahkamah lagi yang Nizar nak gunakan..mahkamah rakyat?Takkan hakim nak kena baring tengah jalan lagi..

Kerajaan tidak berhasrat ambil tindakan terhadap bloggers yang memohon maaf


Inilah kenyataan terbaru dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim yang pastinya merujuk kepada kes blogger Aduka Taruna khususnya dan seluruh bloggers amnya.

Jebat mohon kita semua bertenang dengan kenyataan Rais ni. Kita semua tahu yang kes Aduka Taruna ini masih dalam siasatan polis dan atas sebab itu kita tunggu sahajalah hasil siasatan ini. Tidak ada seorang pun yang mampu mempengaruhi siasatan pihak polis waimah kerajaan sendiri. Barang perlu diingat, semua perkara yang masih dalam siasatan dan masih dalam perbicaraan tidak dibenarkan disentuh walaupun di dalam Dewan Parlimen.

Ada kemungkinan apa yang Rais utarakan ini adalah dari perspektif sebuah kerajaan yang bertolak ansur dan ini secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang mempratikkan nilai nilai Islam. Benar, di dalam Islam kita digalakkan memaafkan mana mana pihak yang telah sedar akan kesilapannya. Atau dengan kata lainnya memberi peluang kedua kepada pihak yang mengakui kesilapannya itu. Kenyataan Rais ini, Jebat rasakan tidak akan mengubah pendirian 'yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar'.

Inilah kelebihan yang ada pada kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mendahulukan rakyat dengan memberikan keadilan tanpa mengambil kira perbedaan ideologi politik.

Apapun kita tunggu sahaja hasil siasatan polis kerana semua pihak berhak mendapat keadilan baik pada rakyat Johor mahupun Aduka sendiri. Jika Aduka didapati bersalah hukuman pasti menanti beliau dan jika tidak kerajaan Barisan Nasional telah menghadiahkan suatu keadilan yang amat nyata pada rakyat. Ini cukup jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mencampuri siasatan polis dan mahkamah seperti yang di dakwa oleh pembangkang.

Jebat sekadar memberi pandangan dan tidak berhasrat untuk mempengaruhi pendirian mana mana rakan bloggers. Mungkin tidak selari dengan sesetengah bloggers tetapi perjuangan kita adalah sama untuk kesejahteraan Malaysia di bawah pimpinan kerajaan terbaik:BARISAN NASIONAL.

Sunday, January 24, 2010

Maaf dari Aduka

"Sahaja gua bertemu dengan saudaraku yang lain, untuk menjatuhkan Hadi di Rusila, kerana Lu Ya Allah. Jika kami tepat pada Lu, kurniakanlah kekuatan kepada kami. Jika Hadi tepat di sisi Lu, kurniakanlah kekuatan kepadanya Ya Allah."----ni antara doa Adukataruna yang Jebat jumpa selepas Jebat 'post' artikel di bawah ni..Tak hairan lah kalau Adukataruna berperangai macam ni..Rasanya takde orang akan maafkan lu Adukataruna kalau lu dah sampai tahap ni..Apa nak jadi budak adukataruna ni??

Setelah Jebat dicerca dengan bahasa bahasa yang agak 'baik' dari Aduka malam tadi akibat dari mulut longkang Adukataruna, hari ini Aduka memohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia. Jebat secara peribadi tak kisah pun Aduka mencerca Jebat dengan bahasa bahasa 'indah' tu pasal pada Jebat APA ADA HAL.Lu rock gua pun rock Aduka..Tapi gua rock Melayu...Lu sendiri mau ingat Melayu ni macam mana budi bahasanya bro...

Cuma Jebat rasakan yang Aduka memohon maaf pada orang yang salah. Benar, Jebat agak melenting malam tadi apabila terbaca artikel yang Aduka nukilkan di dalam blognya tetapi Jebat berpendapat mungkin Aduka seorang yang amat cetek daya fikirnya lantaran terhasilnya artikel berstatus longkang itu. Secara peribadi, Jebat menerima maaf dari Aduka kerana pada Jebat sebagai seorang yang beragama Islam harus saling bermaafan. Cuma Jebat ingin menasihatkan Aduka supaya memohon maaf pada orang orang yang lebih layak memaafkannya.

Seharusnya dan semestinya Aduka memohon maaf pada seluruh rakyat Johor dan yang lebih selayak memaafkan Aduka adalah kerabat di raja Johor kerana jelas artikel yang Aduka nukilkan itu mengkhusus ke arah sana. Sama ada diterima atau tidak mohon maaf Aduka itu terserah pada yang berhak.

Pesanan Jebat pada Aduka..jangan terlalu mengikut rasa hati kerana kadang kadang kita tidak pernah tahu hati kita mungkin sebusuk najis akibat dari bisikan syaitan yang tidak pernah putus putus cuba merosakkannya.

Mungkin kerana rock pasal tu Aduka sering menggunakan 'lu gua lu gua' tapi rock pun tak lari dari tindakan undang undang. Khabarnya ada laporan polis telah dibuat. Entahlah Aduka..LU SENDIRI TULIS..LU SENDIRI JAWAB...

Friday, January 22, 2010

Takziah dan mohon ampun rakyat Johor daripada Jebat


Oleh : AdukaTaruna

Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid. ---petikan dari blog anak bangsat bernama adukataruna. Inilah budaya musibat PAS yang diajar oleh tuan guru N.Ajis.

Ampun seluruh kerabat di Raja Johor dan mohon maaf seluruh rakyat Johor yang pastinya sedang berdukacita di atas kemangkatan Al-Marhum Baginda Sultan. Jebat berhasrat untuk tidak mencoretkan apa apa malam ini atas dasar menghormati istiadat berkabung seluruh negeri Johor. Tetapi apabila terpandang apa yang Jebat jumpa di http://adukataruna.blogspot.com/ hati Jebat tiba tiba jadi membara. Bangsat dan gampang itulah perkataan yang sesuai Jebat bagi kepada anak bangsat seperti Adukataruna. Bagaimana mungkin seorang anak Melayu seperti Adukataruna (kalau betullah dia Melayu atau mungkin Melayu yang dah makan babi) melontarkan bait bait perkataan seperti di atas di ketika seluruh rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya sedang berdukacita di atas kemangkatan baginda Sultan. Jebat serahkan adukataruna kepada rakyat Johor. Mohon ampun kiranya Jebat tersalah adab memanggil gelaran kepada kerabat di Raja Johor kerana Jebat berasal dari negeri tidak berSultan. Mohon maaf dan merafak sembah kepada seluruh kerabat di raja Johor dan rakyat Johor. Alfatihah...

Wednesday, January 20, 2010

Nizar akui sokongan Melayu kepada Fuckatan di Perak merosot

Orang orang UMNO jangan sengih sengih kambing pulak bila baca tajuk di atas tu. Jangan ingat dah boleh nak bersilang panggung sambil minum teh tarik kat kedai kopi dengan pengakuan Mantan Menteri Besar Perak tu. Biasa dengar peribahasa 'ada udang di balik batu'?Yang buat pengakuan ni pun kepala batu tentu ada udang...kahhhhh....

Nizar jangan ingat orang orang UMNO ni bodoh sangat sampai nak gunakan perang saraf semurah itu. Atau Nizar dah tak ada idea sejak ditinggalkan oleh ustaz Ngeh dan Nga sejak Nizar dah tak ada kuasa?Kan dah jadi macam sampah..!Mungkin itu sebabnya Nizar terpaksa gunakan perang saraf yang sambil kentut pun boleh agak apa motifnya..

Sabarlah Nizar..apa pun yang kau cakap sampai kiamat pun Jebat tak akan percaya. Apa pun perang saraf yang kau guna kerajaan Perak di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry tetap tak akan bubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri Perak. Lagipun Menteri Besar Perak pun bukan ada kuasa nak bubarkan DUN tanpa perkenan Sultan. Jangan ingat provokasi semurah itu akan menggelapkan mata orang orang UMNO. Pilihanraya hanya akan diadakan pada Pilihanraya Umum ke 13. DUN Perak tidak akan dibubarkan sebelum pilihanraya umum ke 13. Ini kenyataan yang terpaksa Nizar terima. Sudah sudahlah jangan berkhayal lagi..empat empat tayar pun dah terangkat ke atas kesan banyak sangat berkhayal.

Lain kali gunakan perang saraf yang lebih bijaksana. Jangan gunakan perang saraf yang semurah ini hinggakan Jebat yang tidak arif ini pun dapat menghidunya inikan pulak orang orang yang sebijak Datuk Seri Zamby..MENTERI BESAR PERAK..Bila PAS nak cerdik??