Showing posts with label politikputramerdeka. Show all posts
Showing posts with label politikputramerdeka. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

Al-kisah di sebuah kampung

Rumah Tok Bijan

Al-kisah di sebuah kampung

Di sebuah kampung yang kaya dengan hasil bumi tinggallah seorang penghulu yang amat bijaksana dan mempunyai ramai anak. Tok Penghulu yang terkenal dengan nama Tok Bijan ni mempunyai ramai anak. Tok Bijan ini mempunyai ramai anak lelaki cuma beberapa kerat je perempuan. Tok Bijan ini seorang yang bijak dan amat disegani oleh penghulu-penghulu kampung lain. Sebut saja nama Tok Bijan semua orang kenal. Macam-macam kemajuan yang Tok Bijan telah buat dan akan buat. Mengikut sejarah, Tok Bijan ni mempunyai seorang Datuk yang jauh lebih bijak cuma bapak Tok Bijan je yang agak kurang bijak kerana suka tidur.

Berbalik kepada perangai anak anak Tok Bijan ini. Kesemua anak anak Tok Bijan ini berjaya menjawat jawatan yang besar dan berpengaruh di kalangan orang kampung. Yelah anak Tok Bijan siapa yang tak kenal. Ada seorang anak Tok Bijan ini seorang yang amat suka dan amat mencintai bahasa. Macam macam jenis bahasa yang dia kuasai. Kadang-kadang apa yang dia cakap ramai orang yang tak faham kerana sekejap dia cakap macam ni sekejap dia cakap macam tu. Mana orang kampung yang anak-anak Tok Bijan ni anggap bodoh nak faham. Pada suatu hari, seorang pemuda kampung Tok Bijan ditahan oleh orang kampung kerana merogol anak Mak Su, seorang peniaga kuih di kampung tersebut. Orang orang kampung tersangat marah dengan perogol tersebut dan datang membawa perogol itu ke rumah Tok Bijan. Kebetulan Tok Bijan tiada di rumah pada masa tu. Yang ada cuma anaknya yang pakar bahasa tu. Maka bertanyalah anak Tok Bijan tu pada orang kampung. ‘Kenapa kamu bawa pemuda ni berjumpa bapa saya?”. Orang kampung pun menerangkan apa yang berlaku. Anak Tok Bijan pun mengangguk-angguk kepala tanda faham lalu dia kata pada orang kampung ‘bagi pihak bapa saya, kita mesti ambil tindakan pada pemuda ni’. Tapi apa bentuk tindakan kita kena tunggu bapa saya dan kamu semua bersurailah dulu. Mendengar arahan itu orang-orang kampung pun beredar. Sebaik sahaja orang kampung hendak keluar dari pagar rumah Tok Bijan, anak Tok Bijan tadi berteriak ke arah orang kampung. ‘Kamu semua ke sini semula, ada benda aku hendak cakapkan’. Lantas orang kampung kembali semula ke arah rumah Tok Bijan. ‘Aku nak tanya pada pemuda ni tentang kesalahan dia’ kata anak Tok Bijan. Samad, yang terkenal kerana selalu tersasul di kampung bersuara, ‘Tadi masa dalam perjalanan ke sini, budak ni ada minta maaf dan kata dia menyesal’. Mendengar penjelasan Samad anak Tok Bijan menarik nafas lega lalu berkata ‘kalau dia dah mintak maaf apa lagi nak buat, lepaskan dia’. Orang kampung yang dianggap bodoh oleh anak-anak Tok Bijan saling berpandangan sesama sendiri. Ada yang berkata dalam hati ‘ Dia ni buat macam ni, Tok Bijan tahu ke?’. Orang kampung dah mula sedar bahawa anak Tok Bijan yang ni tak sepandai Tok Bijan. Selepas orang kampung beredar meninggalkan rumah Tok Bijan, anak Tok Bijan tadi masuk ke dalam rumah dan mendengar irama keroncong dan zapin di corong radio.

Rupanya orang orang kampung tadi tidak bersurai tetapi mereka beredar ke rumah anak Tok Bijan yang terkenal kerana sifat panas barannya. Sebaik sahaja anak Tok Bijan yang panas baran ni nampak orang orang kampung di hadapan rumahnya dia pun keluar lalu membawa sepucuk pistol bersama. Orang orang kampung terpekik apabila melihat anak Tok Bijan ni mengeluarkan pistol. Mereka menjangka sesuatu yang buruk akan dilakukan oleh Anak Tok Bijan ni. Rupa-rupanya anak Tok Bijan ni sekadar mahu mencium pistol tersebut. Osman, anak penghulu dari kampung sebelah yang juga terkenal dengan panas baran memekik ke arah anak Tok Bijan. ‘Yang kamu keluarkan pistol ni kenapa?’ ‘Baik kamu simpan pistol kamu sebelum aku luku kepala kamu’. Mendengar pekikan Osman tadi, anak Tok Bijan segera menyimpan pistolnya lalu berkata ‘ Aku mintak maaf Osman, lain kali aku tak buat lagi’. Orang kampung berbisik sesama sendiri ‘ingatkan berani sangat anak Tok Bijan ni’. Setelah agak reda orang kampung pun bercerita pada anak Tok Bijan ini tentang apa yang si pemuda yang ditangkap ini lakukan. Mendengar cerita orang kampung itu, anak Tok Bijan pun berkata ‘Aku kasi amaran dekat kau jangan buat lagi’. Sekali lagi Samad yang suka tersasul mencelah ‘Bang dulu dia curi rambutan saya pun abang kasi amaran je’. Anak Tok Bijan diam dan kemudian berkata ‘aku kan adik, sedangkan abang aku pun kata kalau dia dah mintak maaf, lepaskan aje dia’. Orang kampung segera beredar meninggalkan rumah anak Tok Bijan itu dan mengambil keputusan untuk menunggu Tok Bijan di masjid kerana setiap kali waktu maghrib Tok Bijan pasti ke sana.
Entah apa yang berlaku pada pemuda itu pun Jebat tidak tahu kerana orang yang cerita pada Jebat tu tiba-tiba beredar. Agaknya dia nak cepat cepat mintak maaf pada Tok Bijan kerana membuka cerita tentang kelemahan anak-anak Tok Bijan. Jebat pun nak minta maaf kerana tak dapat nak habiskan cerita ni. Jebat minta maaf kerana tidak ada niat nak membuka pekung anak anak Tok Bijan lagipun kisah Tok Bijan ni bukan realiti cuma ilusi.
Aduhai, kita sambung nanti, anak Jebat dah panggil..termakan cili yang mak dia beli tu agaknya..Pedas kot..

Monday, December 28, 2009

Susahnya menjadi timun



Kes duta Malaysia yang dipanggil balik tu mendapat reaksi yang berbeza dari kacamata masyarakat. Pada Jebat tak payahlah nak dipolitikkan isu tersebut pasal ianya melibatkan hubungan dua negara dan yang lebih membimbangkan jika dilihat dari sudut keselamatan.

Tidak timbul isu kita tunduk pada mana mana pihak. Jebat percaya apa yang kerajaan buat adalah yang terbaik untuk negara. Ibarat timun kita tidak mampu berbuat apa apa. Biarlah pada kacamata orang kita nampak seperti pengecut dan seakan tunduk pada kuasa besar. Tetapi itulah yang termampu kita buat dan benarlah seperti kata Perdana Menteri 'rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan'. Yang paling penting kita utamakan di dalam hal ini ialah kesejahteraan rakyat. Mengalah bukan kalah.

Jebat tidak mahu menyalahkan mana mana pihak kerana pada Jebat keselamatan negara dan rakyat yang paling penting. Jangan kerana keegoaan kita dan bertindak seperti bodoh sombong akan mengundang celaka dan sekali sekala puak sebelah sana fikirlah tentang keharmonian negara dan bersetuju dengan apa yang betul yang dilakukan oleh kerajaan. Di dalam hal ini perlulah kita bersatu sebagai rakyat Malaysia dan bersepakat semoga politik tidak sampai menggadai negara.

Thursday, September 3, 2009

Politik jangan sampai lupa mati

Hari demi hari kita sibuk berpolitik..Dalam bulan puasa pun kita sibuk berpolitik..Hari baik bulan baik yang seharusnya digunakan untuk membuat amal ibadat kita sibukkan dengan berpolitik..Aku sebenarnya cukup khuatir apakah semua orang politik dan penggemar penggemar politik lupa akan mati dan lupa pada kekuasaan Allah s.w.t.

Sampai bila kita harus merasakan yang diri kita hebat hingga kita lupa kekuasaan Allah? Ingatlah Allah jua yang menentukan segalanya dan ajal akan datang menjemput tak kira masa dan di mana dan kita dari parti politik mana..

Dunia hanya sementara akhirat jua kekal selamanya.

Saturday, June 27, 2009

Siapa yang menyesatkan PAS??



Shhh: Mudah mudahan dia akan sedar dan menyesal!!!

Dalam sibuk nak adakan pilihanraya kecil Manek Urai, macam macam fatwa yang Nik Aziz keluarkan. Semuanya pasal nak tutup kelemahan dan percakaran yang sedang melanda PAS ketika ini. Terbaru, Nik Aziz samakan UMNO dengan komunis dan samakan UMNO dengan ajaran sesat ayah Pin. Pelik..dulu orang tua yang orang orang PAS panggil tok guru ni tak meroyan seteruk ni. Apa yang dah tak kena dengan orang tua ni? Dah kena sampuk dengan bapak setan dari PKR agaknya atau saja nak cari publisiti murah pasal takut ditenggelamkan oleh Hadi Awang dan Nasharudin yang tampak lebih jelas memperjuangkan kepentingan Melayu bersama UMNO.

Nik Aziz apa yang tak kena sekarang ni? Sampai sanggup kata rela menumpahkah darah untuk mempertahankan kerusi Manek Urai. Berapa punya gila. Demi kerusi politik sanggup tumpahkan darah sesama Melayu. Sah dah kurang siuman. Ulamak rasanya tidak berperangai sedemikian rupa. Tapi bila fikirkan balik Nik Aziz ni dalam PAS hanya sebagai tuan penasihat. Jadi apabila nasihatnya orang dah tak dengar dan cakap cakapnya dah tak semasin dulu, eloklah berundur secara terhormat. Zaman dah berubah. Perjuangan Islam Nik Aziz juga sudah berubah hingga sanggup bersekongkol dengan segala bapak setan dalam PKR dan DAP. Hadi Awang dan Nasharudin dan sedar akan perkara ini cuma Nik Aziz yang terus terusan buta. Mungkin hijab Nik Aziz jauh lebih tebal dari Hadi Awang dan Nasharudin. Atau yang lebih menakutkan sekiranya Nik Aziz tidak dapat ilham dari Allah dan lebih cenderung mendengar bisikan bisikan syaitan. Sesungguhnya syaitan adalah musuh mu yang nyata. Kalau yang nyata pun Nik Aziz tak nampak apatah lagi syaitan yang bertopengkan manusia yang banyak di dalam Pakatan Rakyat sekarang.

Kepada ahli ahli PAS yang masih waras dan tidak sebuta Nik Aziz, marilah kita sama sama mendoakan kesejahteraan Malaysia. Jangan biarkan syaitan syaitan yang bebas berkeliaran sekarang ini mengganggu kehidupan kita rakyat Malaysia yang selama ini di perintah oleh orang orang yang masih mendapat restu dan keizinan dari Allah.

Inilah kelebihan yang ada pada kita dan tidak ada pada Nik Aziz. Kita masih lagi mendapat petunjuk Allah. Anwar Ibrahim, lupakan saja pengkhianat Melayu ni. Sejak dia bebas merosakkan PAS nampaknya Nik Aziz turut sama rosak. Jadi siapakah yang menjadi perosak Melayu. Antara Anwar dan Nik Aziz siapa yang bapak setan dan siapa bapak perosak Melayu??

Tenang dan waraslah Melayu!!!