Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Apabila manusia beriman kepada manusia



Sebagai seorang Islam, niat yang mencapai kemuncak adalah melakukan sesuatu hanya kerana Allah. Setiap perlakuan baik adalah diklasifikasikan sebagai satu ibadah biarpun ianya hanya merupakan aktiviti rutin seharian.

Untuk mencapai kemuncak niat itu, biasanya rumah ibadat akan diletakkan sebagai satu tempat untuk menzahirkan niat kemuncak itu, mengabdikan diri kepada Allah dan hanya melakukan sesuatu kerana Allah.

Terdengar di luar sana ada orang berkata, apabila menjejakkan kaki di perkarangan rumah ibadah, jiwanya hanya difokuskan kepada soal agama yang meletakkan iman kepada Allah sebagai objektif tunggal. Tiada niat lain dan menceraikan dirinya daripada urusan dunia setidak-tidaknya untuk suatu jangkamasa dan menyatukan dirinya dengan Pencipta.

Apa yang berlaku di masjid di Sentul baru-baru ini, jelas merosakkan niat hadir ke rumah ibadat yang sepatutnya terkhusus kepada soal beriman kepada Allah.

Memperjuangkan individu lain yang juga bernama manusia di dalam rumah ibadat samalah tarafnya dengan beriman kepada manusia itu sendiri. Tidakkah pelik apabila manusia yang sepatutnya beriman kepada Allah lebih cenderung untuk beriman kepada manusia?

Maka benarlah apabila ada di kalangan orang alim yang berkata, iman manusia pada zaman ini hanyalah setebal kulit bawang. Mudah benar syaitan memesongkan iman manusia sehingga lupa kepada maksud iman yang sebenar.

Iman adalah percaya dan sekiranya iman itu lebih percaya kepada perlakuan manusia berbanding kepada keEsaan Allah maka iman itu hanyalah lahir dari hati hitam yang dipanggil ISTANA SYAITAN..

Kembalilah mengimarahkan masjid.

Thursday, September 3, 2009

Politik jangan sampai lupa mati

Hari demi hari kita sibuk berpolitik..Dalam bulan puasa pun kita sibuk berpolitik..Hari baik bulan baik yang seharusnya digunakan untuk membuat amal ibadat kita sibukkan dengan berpolitik..Aku sebenarnya cukup khuatir apakah semua orang politik dan penggemar penggemar politik lupa akan mati dan lupa pada kekuasaan Allah s.w.t.

Sampai bila kita harus merasakan yang diri kita hebat hingga kita lupa kekuasaan Allah? Ingatlah Allah jua yang menentukan segalanya dan ajal akan datang menjemput tak kira masa dan di mana dan kita dari parti politik mana..

Dunia hanya sementara akhirat jua kekal selamanya.