Showing posts with label sumpah. Show all posts
Showing posts with label sumpah. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Apabila manusia beriman kepada manusia



Sebagai seorang Islam, niat yang mencapai kemuncak adalah melakukan sesuatu hanya kerana Allah. Setiap perlakuan baik adalah diklasifikasikan sebagai satu ibadah biarpun ianya hanya merupakan aktiviti rutin seharian.

Untuk mencapai kemuncak niat itu, biasanya rumah ibadat akan diletakkan sebagai satu tempat untuk menzahirkan niat kemuncak itu, mengabdikan diri kepada Allah dan hanya melakukan sesuatu kerana Allah.

Terdengar di luar sana ada orang berkata, apabila menjejakkan kaki di perkarangan rumah ibadah, jiwanya hanya difokuskan kepada soal agama yang meletakkan iman kepada Allah sebagai objektif tunggal. Tiada niat lain dan menceraikan dirinya daripada urusan dunia setidak-tidaknya untuk suatu jangkamasa dan menyatukan dirinya dengan Pencipta.

Apa yang berlaku di masjid di Sentul baru-baru ini, jelas merosakkan niat hadir ke rumah ibadat yang sepatutnya terkhusus kepada soal beriman kepada Allah.

Memperjuangkan individu lain yang juga bernama manusia di dalam rumah ibadat samalah tarafnya dengan beriman kepada manusia itu sendiri. Tidakkah pelik apabila manusia yang sepatutnya beriman kepada Allah lebih cenderung untuk beriman kepada manusia?

Maka benarlah apabila ada di kalangan orang alim yang berkata, iman manusia pada zaman ini hanyalah setebal kulit bawang. Mudah benar syaitan memesongkan iman manusia sehingga lupa kepada maksud iman yang sebenar.

Iman adalah percaya dan sekiranya iman itu lebih percaya kepada perlakuan manusia berbanding kepada keEsaan Allah maka iman itu hanyalah lahir dari hati hitam yang dipanggil ISTANA SYAITAN..

Kembalilah mengimarahkan masjid.

Friday, April 29, 2011

Video seks: Jangan suruh Nuar Berahim bersumpah



Dalam keadaan terdesak manusia sanggup melakukan apa saja. Sama sahaja keadaannya bila mana seseorang hampir lemas di tengah lautan..dapat berpaut pada sebiji kelapa atau sekeping papan sudah dikira sebagai satu rahmat besar.

Hari ini, Trio Datuk T, Datuk Eskay sudah melafazkan sumpah laknat ke atas dirinya sekiranya beliau menfitnah Nuar Berahim sebagai pelaku di dalam video seks yang hangat diperkatakan.

Biarpun adanya cubaan untuk menggagalkan upacara angkat sumpah itu tetapi tidak ada siapa yang dapat menghalangnya jika Allah swt mengizinkannya berlaku.

Sudah dua orang mengangkat sumpah laknat apabila berdepan dengan Nuar Berahim. Saiful yang mendakwa diliwat oleh Nuar Berahim dan hari ini giliran Datuk Eskay pula. Perdana Menteri juga sudah bersumpah dengan mengatakan yang beliau tidak mengenali Altantuya. Soalnya bila pula Nuar Berahim akan mengangkat sumpah?

Sumpah adalah untuk menegakkan kebenaran. Di dalam isu ini yang didakwa teraniaya adalah Nuar Berahim tetapi adalah sesuatu yang amat pelik bila orang yang didakwa teraniaya itu tidak mahu mengangkat sumpah.

Nuar Berahim terkenal dengan pergerakan yang amat licik. Tidak mungkin kita lupa bagaimana liciknya beliau mencari perlindungan di kedutaan Turki, bagaimana beliau mempengaruhi minda dengan perlakuan sakit pinggang, disuntik Asenik dan bermacam lagi pergerakan licik yang hanya mahu menagih simpati dan mempengaruhi minda.

Bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan jika pada suatu hari nanti, Nuar Berahim akan tampil untuk mengangkat sumpah jika itulah jalan dan pilihan terakhir yang ada pada beliau untuk menyelamatkan hayat politiknya. Seperti kata rakan blogger Putramerdeka, Nuar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik.

Bayang sahaja apa akan berlaku, di saat kita menghadapi detik Pilihanraya Umum ke 13, Nuar Berahim tampil dan mengangkat sumpah? Pastinya minda orang ramai akan terpengaruh dan tidak kurang pula yang akan menjadi was-was dan seterusnya bersetuju bahawa Nuar Berahim telah dianiaya. Mungkinkah apa yang ada di dalam kepala Nuar Berahim sekarang bahawa SUMPAH akan menjadi senjata terakhir di dalam menyelamatkan hayat politiknya yang sudah menampakkan tanda noktah?

Kalau berguru dengan wali selipar yang boleh mengatakan orang yang berzina boleh diampunkan oleh Allah swt dalam sekelip mata, jangan pula kita hairan jika bersumpah akan dilakukan sebagai talian hayat yang pastinya memberikan impak yang besar biarpun menidakkan hukum agama.

Jangan kita terjerat di antara sumpah demi agama dan sumpah untuk hayat politik..bisikan syaitan ada di mana-mana..Inilah janji iblis..Inilah jerat yang bukan dicipta manusia tetapi sememangnya janji iblis untuk menyesatkan manusia sehingga matahari terbit dari Barat.

Wallahualam..

Monday, April 4, 2011

Video seks: Penakut juga satu Anugerah?


Benarkah ini Anuar Berahim?

Peribahasa: Pelanduk dua serupa?

Keliru?

Tanyalah:

Orang UMNO: Sah memang Nuar Berahim!!

Orang Pakatan: Ini bukan Nuar Berahim!!

Datuk Eskay: Saya ada di dalam video itu

Sebaik-baiknya: Biarlah Al Quran sebagai sebaik-baik hakim

Bagaimana?

KITA CABAR ORANG YANG DIMAKSUDKAN UNTUK MENJUNJUNG AL QURAN DAN BERSUMPAH BAHAWA SESUNGGUHNYA DIA TELAH DIFITNAH.

Konspirasi: Kepala otak kau orang kalau Al Quran sebagai hakim masih mahu dikatakan wujudnya konspirasi.

Adakah ini satu Anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia?

Caranya: Anugerah disampaikan melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai Anugerah Tuhan?

Fikirlah dengan tenang dan waras!!!

Monday, February 7, 2011

Sumpah dan debat


Sampai ketika ini, Nuar Berahim tidak berani bersumpah membersihkan namanya daripada dakwaan meliwat..Perbicaraan di mahkamah mungkin mengambil masa yang agak lama untuk mencapai keputusan kerana proses mahkamah perlu mengikut pelbagai prosedur tetapi mengangkat sumpah dengan menjunjung Al Quran boleh dilakukan dalam masa kurang dari satu jam..

Perbicaraan mahkamah adalah keputusan duniawi tetapi menjunjung mukjizat terbesar Nabi Muhammad adalah keputusan yang akan membawa kepada penyiksaan selama-lamanya jika bersalah. Mungkinkah itu yang menjadi kegusaran kepada mana-mana individu yang ingin menjunjung Al Quran?

Shaiful Bahari sudah pun menjunjung Al Quran membersihkan namanya..dan sumpah itu bukan sumpah sebarangan yang membawa kepada laknat Allah s.w.t jika bersalah..tetapi yang nyata tiada apa yang berlaku kepada Shaiful bahkan beliau telah selamat menunaikan umrah. Yang seorang lagi kenapa tidak mahu bersumpah? Semua orang tolong fikirkan.

Dan kini, wali terompah Nik Ajis mengelak untuk berdebat berhubung dakwaannya yang mengatakan mengundi UMNO adalah jahiliyyah. Kononnya, beliau tidak mahu berdebat kerana orang yang ingin berdebat dengannya adalah orang yang tidak boleh mengubah dasar.

Jahil benar tampaknya Nik Ajis..Dengan siapa pun beliau berdebat berhubung isu ini bukanlah persoalan. Ini adalah kerana apa yang didebatkan adalah berhubung soal akidah dan soal akidah tidaklah dibolehkan seseorang untuk mengubah hukum atau dasarnya. Hukum Islam bukanlah disesuaikan mengikut masa bahkan hukum Islam adalah hukum Allah yang akan kekal selama-lamanya.

Jika berdebat bersama Yusuf Al Qardhawi sekalipun tidak akan mampu mengubah dasar kerana dasar dan hukum Islam tidak boleh diubah. Alimkah Nik Ajis?

Nik Ajis kata debat hanya akan memecah belahkan umat..Soalnya kenapa baru sekarang? Masa Nuar Berahim berdebat dengan Shabery Cheek, Nik Ajis diam...dan yang terbaru Nuar Berahim mencabar Perdana Menteri berdebat..pun Nik Ajis diam...

Dasar opportunis....

Wednesday, December 8, 2010

Shaiful sumpah tipu?


Suatu ketika dahulu aku senak perut bila anak muda yang bernama Shaiful begitu berani bersumpah menjunjung Quran di dalam masjid. Bukan kepalang berani anak muda ini, menjunjung mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.

Ragu-ragu terus berlegar dalam kepala aku dan dengan penuh debar aku menanti adakah kesan ke atas anak muda ini akibat dari peristiwa yang cukup berani ini.

Puak Pakatan mula mempersoalkan cara anak muda ini menjunjung Quran kerana kata mereka anak muda ini tidak mengikut cara bersumpah yang betul. Pada aku biar cara mana sekalipun anak muda ini bersumpah dan menjunjung Quran yang pentingnya Quran tetap Quran dan akan kekal sebagai hakim terbaik sepanjang zaman.

Kita lupakan bagaimana cara anak muda ini menjunjung Al Quran dan kalau benarlah kata Yusuf Qardhawi berhubung Nuar Berahim kita sudah lama menunggu untuk Nuar Berahim membawa Yusuf Qardhawi ke Malaysia untuk membuat acara angkat sumpah dengan cara yang didakwa betul caranya. Sudahnya sampai ke hari ini, Nuar Berahim tidak berani untuk bersumpah..Kalau beranilah Nuar Berahim bersumpah aku cadangkan TV1, TV2 dan TV3 untuk buat siaran langsung..Soalnya beranikah Nuar Berahim???

Rupanya dalam diam anak muda ini telah pergi menunaikan fardhu haji..Hebat dan cukup berani..Kata orang kalau di Mekah jangan dikatakan perangai malah jika ada tutur kata yang tidak elok sekalipun akan menerima musibah. Tapi nampaknya, anak muda ini telah selamat menunaikan fardhu haji dan apakah puak Pakatan masih ragu-ragu dengan sumpah anak muda ini?

Kalau seangkuh itu PAS menjanjikan syurga kepada ahlinya kenapakah PAS tidak mencadangkan kepada Nuar Berahim untuk menjunjung Quran untuk membersihkan namanya? Cara dan kaedahnya kita serahkan pada PAS mahupun Nuar Berahim..ikut acuan yang dirasakan sesuai pada mereka.

Khabarnya PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam..mudah-mudahan PAS tidak pernah lupa bahawa Al Quran adalah sebaik-baik hakim dan tetap kekal sebagai mukjizat terulung hingga ke akhir zaman..

Beranikah Nuar Berahim? Kelu seribu bahasa?