Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Apabila manusia beriman kepada manusia



Sebagai seorang Islam, niat yang mencapai kemuncak adalah melakukan sesuatu hanya kerana Allah. Setiap perlakuan baik adalah diklasifikasikan sebagai satu ibadah biarpun ianya hanya merupakan aktiviti rutin seharian.

Untuk mencapai kemuncak niat itu, biasanya rumah ibadat akan diletakkan sebagai satu tempat untuk menzahirkan niat kemuncak itu, mengabdikan diri kepada Allah dan hanya melakukan sesuatu kerana Allah.

Terdengar di luar sana ada orang berkata, apabila menjejakkan kaki di perkarangan rumah ibadah, jiwanya hanya difokuskan kepada soal agama yang meletakkan iman kepada Allah sebagai objektif tunggal. Tiada niat lain dan menceraikan dirinya daripada urusan dunia setidak-tidaknya untuk suatu jangkamasa dan menyatukan dirinya dengan Pencipta.

Apa yang berlaku di masjid di Sentul baru-baru ini, jelas merosakkan niat hadir ke rumah ibadat yang sepatutnya terkhusus kepada soal beriman kepada Allah.

Memperjuangkan individu lain yang juga bernama manusia di dalam rumah ibadat samalah tarafnya dengan beriman kepada manusia itu sendiri. Tidakkah pelik apabila manusia yang sepatutnya beriman kepada Allah lebih cenderung untuk beriman kepada manusia?

Maka benarlah apabila ada di kalangan orang alim yang berkata, iman manusia pada zaman ini hanyalah setebal kulit bawang. Mudah benar syaitan memesongkan iman manusia sehingga lupa kepada maksud iman yang sebenar.

Iman adalah percaya dan sekiranya iman itu lebih percaya kepada perlakuan manusia berbanding kepada keEsaan Allah maka iman itu hanyalah lahir dari hati hitam yang dipanggil ISTANA SYAITAN..

Kembalilah mengimarahkan masjid.

Saturday, December 18, 2010

Mana lebih hawau?





Kecoh PAS Bukit Katil Melaka apabila dikatakan UMNO meletakkan bendera di pagar masjid di Bukit Katil ketika Perdana Menteri hadir merasmikan masjid tersebut.

Pandai pula PAS berkata UMNO menggunakan masjid untuk mencari pengaruh politik. Selama ini, bila kafir lahanat sekutu PAS memberikan ucapan di dalam masjid sambil orang Islam menjadi pendengar setia kepada ucapan itu, PAS diam seribu bahasa bahkan dikatakan tidak ada salahnya dengan tindakan tersebut.

Di dalam demo anti Syabas di ibukota baru-baru ini, kafir-kafir lahanat sekutu PAS bergerak di dalam masjid pun PAS diam seribu bahasa. Dengan membawa sepanduk, menggunakan alat pembesar suara terpekik terlolong bagai orang dirasuk hantu...PAS diam seribu bahasa.

Apabila Teresa Kok berkata, laungan azan adalah membingitkan dan mengganggu tidurnya, PAS diam seribu bahasa.

Soalnya..mana yang lebih mencemarkan masjid?Mengikat bendera di pagar luar masjid atau berceramah di depan jemaah Islam di hadapan mimbar masjid oleh kafir lahanat?

Kalau mahu menegur UMNO berhubung perkara ini, PAS sila-silalah renungkan diri. Jangan jadi ketam mengajar anak berjalan lurus dan belajar-belajarlah untuk mencermin diri sendiri!!!!

Saturday, August 28, 2010

Angguk angguk, geleng geleng

Hebat..Melayu makin hebat..Mula-mula doakan orang bukan Islam dalam khutbah Jumaat..sekarang ni, izinkan pulak orang bukan Islam berceramah dalam masjid. Yang menarik ada pulak tuan tuan haji yang mengizinkan benda ni terjadi. Hebat..Melayu makin hebat. Esok lusa manakan tahu kalau orang bukan Islam pulak yang baca khutbah dan berdoa dan orang Melayu pulak yang mengaminkan doa..Memang Melayu bangsa yang cukup hebat.

Aku bukan alim besar nak cakap pasal agama ni..tapi sikit sikit bab ni tahulah jugak..Yang perempuan bukan Islam tu dibenarkan masuk ke dalam rumah ibadat tu apasal? Kalau ye pun nak buat sumbangan sebagai wakil rakyat kawasan tu dah tak ada tempat lain ke?Apa dah tak ada balai raya?Dewan serbaguna?Rumah tok imam pun tak apa..asalkan jangan dekat dalam rumah ibadat tu.

Rasanya hampir semua masjid dan surau ada letakkan tanda suruh orang perempuan yang nak masuk rumah ibadat supaya tutup aurat. Benda basic tu bhai..takkan nak kena pergi Mesir pulak baru nak faham benda basic macam tu. Macam nilah rupanya kalau orang yang berasa besar kepala dan merasakan syurga dah dalam genggaman.

Takpelah..Melayu pun dah banyak makan taik..Taik minyaklah..kuih taik ayamlah...Jangan kena jilat taik kat tanahair sendiri dah lah ye bhai...Angguk angguk, geleng geleng..