Showing posts with label jebat. Show all posts
Showing posts with label jebat. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Pukul anak, sindir menantu

Isu royalti minyak nampaknya tak habis-habis lagi. Lebih kecoh bila Ku Li hadir di Stadium Sultan Muhammad Kampung Baru untuk beri penjelasan tentang hak Kelantan sama ada perlu dapat atau tidak royalti minyak tu. Apa yang Ku Li cakap, Jebat tidak bercadang untuk komen lanjut kerana sebaiknya kita serahkan kepada Majlis Tertinggi untuk buat keputusan setelah teliti apa yang Ku Li cakap di Kota Bharu.

Kalau benar Kelantan berhak dapatkan royalti minyak tu, kenapa baru sekarang hendak disuarakan..kenapa tidak pada mula-mula Kelantan sedar tentang hak seperti yang didakwa? Isu kalimah Allah tampaknya juga menarik perhatian PAS untuk memancing undi orang orang bukan Islam. Apa pulak hubungkait antara royalti minyak dan isu Kalimah Allah?. Sebabnya mudah...Sarawak ada minyak dan Sarawak antara negeri yang paling ramai penduduk bukan Islam. Ini hubungkait dengan kedua dua isu. Kronologi yang Fuckatan susun ni sangat cantik.

Semua orang tahu, Sarawak akan adakan pilihanraya negeri lebih awal daripada pilihanraya umum di negeri-negeri lain. Jadi, isu minyak di Kelantan dan isu Kalimah Allah ni adalah senjata yang dirasakan cukup berkesan untuk menarik minat pengundi-pengundi Sarawak. Dalam tiap-tiap pilihanraya Fuckatan pasti akan spin sebarang isu untuk kepentingan politik mereka. Dan di Sarawak pada pilihanraya ini, pasti isu minyak dan Kalimah Allah ini akan dihubungkaitkan dan di spin secara optima oleh Fuckatan. Fucktan merasakan jika mereka berjaya menawan Sarawak dari tangan BN pasti kerja mereka untuk menakluk Putrajaya akan menjadi lebih mudah. Begitu juga halnya dengan Khalifah Guan Eng di Pulau Pinang. Zahrain menghentam Guan Eng sama ada benar-benar ikhlas atau ada agenda tersirat tidaklah kita ketahui. Adakah hentaman itu hanya untuk membangkitkan rasa tidak puas hati pengundi bukan Melayu kepada UMNO dan kerajaan?Kenapa mesti UMNO?Pun mudah sebabnya..kita lihat sahaja apa sahaja isu yang melanda Malaysia ketika ini, Fuckatan pasti berkata ianya angkara UMNO dan semuanya akan diterjemahkan di Sarawak dalam pilihanraya akan datang. Pasti Fuckatan akan cakap UMNO sering memporak-perandakan orang orang bukan Melayu. Cukup tersusun dan agak halus percaturan Fuckatan.

'Pukul anak, sindir menantu'...Peringatan untuk Fuckatan..kalau kasih sayang anak dan menantu tu kuat..silap-silap dengan anak dan menantu semuanya Fuckatan akan hilang..anak dan menantu tu bukanlah bodoh sangat dengan game Fuckatan ni.

Sunday, January 31, 2010

Nuar dah makin goyang

Kisah ahli parlimen PKR nak lompat parti nampaknya isu baru yang Nuar mainkan dan dendangkan kepada umum untuk menutup kegoyangan dia untuk menghampiri hari perbicaraan liwat yang semakin hampir dan tak boleh nak elak. Bayangkan satu negara tunggu perbicaraan liwat ni. Pasal semua sedar..perbicaraan liwat ni sebagai satu penanda aras kepada Nuar sama ada karier politik dia akan terus subur atau terus berkubur. Malah, keputusan kes liwat ni juga sebagai satu penanda aras hidup mati PKR dan Fuckatan. Secara dasarnya, Fuckatan tidak pernah memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya untuk memenuhkan keinginan peribadi pucuk pucuk pimpinan. Nuar dengan kegilaan untuk menjadi Perdana Menteri, N.Ajis perlukan Nuar untuk menghalang kemaraan Hadi Awang dan DAP dengan keinginan untuk bangsanya.

Kisah ahli Parlimen PKR nak lompat parti ini seperti yang kita semua tahu adalah IDEA BODOH Nuar untuk pelan 16 September yang tak menjadi. Pelan 16 September yang Nuar agungkan kononnya ahli-ahli Parlimen BN nak melompat sampai kes kejar mengejar di Taiwan sekarang menjadi taik yang terpalit di muka Nuar. Nilah kata orang 'meludah ke langit dan percik air di dulang terkena muka sendiri'. Terbaru Nuar kata Ahli Parlimen Indera Mahkota disogok dengan habuan oleh ahli Parlimen BN untuk melompat parti. Nuar dengan bangga kata dia tengok sendiri sms yang dihantar kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota tu. Soalnya, kalau betul itu yang Nuar nampak dengan mata kepala sendiri kenapa dia tidak dedahkan sms tersebut pada umum setidak tidaknya buat satu sidang akhbar. Mengenali cara Nuar, dia seorang tukang karut yang amat terkenal dengan cerita cerita mitos dan khayalan. Agaknya memang macam ni tabie orang yang suka pintu belakang. Khayalan.

Kes Zahrain dan khalifah Guan Eng di Pulau Pinang, Nuar katakan ada agenda tersirat dan mainan politik UMNO jugak. Itu jalan mudah Nuar untuk tutup kelemahan Fuckatan di Pulau Pinang dan juga sebagai usaha Nuar untuk kurang hangatkan kes liwat dia. Serampang dua mata..Dua dua pun boleh depan belakang sama saja. Zahrain kata khalifah Guan Eng ni suka robohkan gerai gerai peniaga Melayu. Itulah Melayu Pulau Pinang ni kenapalah lembab sangat pilih mangkuk ni jadi Ketua Menteri. Mangkuk ni di Melaka dah macam sampah yang orang Melaka sendiri tak mahu. Kalau betul dia handal tak perlu dia bertanding sampai ke Pulau Pinang. Orang Melaka dah tahu sangat ragam Guan Eng ni cuma orang orang Melayu Pulau Pinang tersilap langkah membenarkan dia berkuasa di Pulau Pinang. Tak apa pilihanraya umum ke 13 nanti buat pembersihan semula.

Jalan mudah Nuar untuk tutup cerita kebusukan PKR dan Fuckatan yang dah macam telur tembelang. Jalan mudah salahkan UMNO. Inilah satu kebusukan Nuar yang melampau. Majikan dia dulu UMNO, menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu pun atas tiket UMNO. Pencen yang dia dapat pun atas tiket UMNO. Itupun dia masih nak salahkan UMNO. Nuar ni spesies yang tak tau kenang budi. Yang penting jangan termakan dengan dakyah murahan Nuar ni. Naik mahkamah 2hb ni jangan goyang Nuar. Semua orang tunggu kes kau ni. Kau buatlah cerita apa pun..2hb tetap akan sampai. Kes ambil Saiful sebagai PA agenda UMNO jugak ke? Tidur sambil mimpi 2hb ye Bang Nuar.

p/s: ramai yang tanya Jebat pasal artikel Jebat sebelum ni yang bertajuk 'syukur' tu. Untuk makluman artikel 'syukur' tu adalah nukilan sahabat baik Jebat bernama 'Gunung Jati' dari Melaka. Menghargai penulisan Gunung Jati, Jebat postkan artikel itu di laman blog ini. Bukit Mandi Angin? Cari-carilah di mana letaknya Bukit ni ye..

Wednesday, January 27, 2010

Al-kisah di sebuah kampung

Rumah Tok Bijan

Al-kisah di sebuah kampung

Di sebuah kampung yang kaya dengan hasil bumi tinggallah seorang penghulu yang amat bijaksana dan mempunyai ramai anak. Tok Penghulu yang terkenal dengan nama Tok Bijan ni mempunyai ramai anak. Tok Bijan ini mempunyai ramai anak lelaki cuma beberapa kerat je perempuan. Tok Bijan ini seorang yang bijak dan amat disegani oleh penghulu-penghulu kampung lain. Sebut saja nama Tok Bijan semua orang kenal. Macam-macam kemajuan yang Tok Bijan telah buat dan akan buat. Mengikut sejarah, Tok Bijan ni mempunyai seorang Datuk yang jauh lebih bijak cuma bapak Tok Bijan je yang agak kurang bijak kerana suka tidur.

Berbalik kepada perangai anak anak Tok Bijan ini. Kesemua anak anak Tok Bijan ini berjaya menjawat jawatan yang besar dan berpengaruh di kalangan orang kampung. Yelah anak Tok Bijan siapa yang tak kenal. Ada seorang anak Tok Bijan ini seorang yang amat suka dan amat mencintai bahasa. Macam macam jenis bahasa yang dia kuasai. Kadang-kadang apa yang dia cakap ramai orang yang tak faham kerana sekejap dia cakap macam ni sekejap dia cakap macam tu. Mana orang kampung yang anak-anak Tok Bijan ni anggap bodoh nak faham. Pada suatu hari, seorang pemuda kampung Tok Bijan ditahan oleh orang kampung kerana merogol anak Mak Su, seorang peniaga kuih di kampung tersebut. Orang orang kampung tersangat marah dengan perogol tersebut dan datang membawa perogol itu ke rumah Tok Bijan. Kebetulan Tok Bijan tiada di rumah pada masa tu. Yang ada cuma anaknya yang pakar bahasa tu. Maka bertanyalah anak Tok Bijan tu pada orang kampung. ‘Kenapa kamu bawa pemuda ni berjumpa bapa saya?”. Orang kampung pun menerangkan apa yang berlaku. Anak Tok Bijan pun mengangguk-angguk kepala tanda faham lalu dia kata pada orang kampung ‘bagi pihak bapa saya, kita mesti ambil tindakan pada pemuda ni’. Tapi apa bentuk tindakan kita kena tunggu bapa saya dan kamu semua bersurailah dulu. Mendengar arahan itu orang-orang kampung pun beredar. Sebaik sahaja orang kampung hendak keluar dari pagar rumah Tok Bijan, anak Tok Bijan tadi berteriak ke arah orang kampung. ‘Kamu semua ke sini semula, ada benda aku hendak cakapkan’. Lantas orang kampung kembali semula ke arah rumah Tok Bijan. ‘Aku nak tanya pada pemuda ni tentang kesalahan dia’ kata anak Tok Bijan. Samad, yang terkenal kerana selalu tersasul di kampung bersuara, ‘Tadi masa dalam perjalanan ke sini, budak ni ada minta maaf dan kata dia menyesal’. Mendengar penjelasan Samad anak Tok Bijan menarik nafas lega lalu berkata ‘kalau dia dah mintak maaf apa lagi nak buat, lepaskan dia’. Orang kampung yang dianggap bodoh oleh anak-anak Tok Bijan saling berpandangan sesama sendiri. Ada yang berkata dalam hati ‘ Dia ni buat macam ni, Tok Bijan tahu ke?’. Orang kampung dah mula sedar bahawa anak Tok Bijan yang ni tak sepandai Tok Bijan. Selepas orang kampung beredar meninggalkan rumah Tok Bijan, anak Tok Bijan tadi masuk ke dalam rumah dan mendengar irama keroncong dan zapin di corong radio.

Rupanya orang orang kampung tadi tidak bersurai tetapi mereka beredar ke rumah anak Tok Bijan yang terkenal kerana sifat panas barannya. Sebaik sahaja anak Tok Bijan yang panas baran ni nampak orang orang kampung di hadapan rumahnya dia pun keluar lalu membawa sepucuk pistol bersama. Orang orang kampung terpekik apabila melihat anak Tok Bijan ni mengeluarkan pistol. Mereka menjangka sesuatu yang buruk akan dilakukan oleh Anak Tok Bijan ni. Rupa-rupanya anak Tok Bijan ni sekadar mahu mencium pistol tersebut. Osman, anak penghulu dari kampung sebelah yang juga terkenal dengan panas baran memekik ke arah anak Tok Bijan. ‘Yang kamu keluarkan pistol ni kenapa?’ ‘Baik kamu simpan pistol kamu sebelum aku luku kepala kamu’. Mendengar pekikan Osman tadi, anak Tok Bijan segera menyimpan pistolnya lalu berkata ‘ Aku mintak maaf Osman, lain kali aku tak buat lagi’. Orang kampung berbisik sesama sendiri ‘ingatkan berani sangat anak Tok Bijan ni’. Setelah agak reda orang kampung pun bercerita pada anak Tok Bijan ini tentang apa yang si pemuda yang ditangkap ini lakukan. Mendengar cerita orang kampung itu, anak Tok Bijan pun berkata ‘Aku kasi amaran dekat kau jangan buat lagi’. Sekali lagi Samad yang suka tersasul mencelah ‘Bang dulu dia curi rambutan saya pun abang kasi amaran je’. Anak Tok Bijan diam dan kemudian berkata ‘aku kan adik, sedangkan abang aku pun kata kalau dia dah mintak maaf, lepaskan aje dia’. Orang kampung segera beredar meninggalkan rumah anak Tok Bijan itu dan mengambil keputusan untuk menunggu Tok Bijan di masjid kerana setiap kali waktu maghrib Tok Bijan pasti ke sana.
Entah apa yang berlaku pada pemuda itu pun Jebat tidak tahu kerana orang yang cerita pada Jebat tu tiba-tiba beredar. Agaknya dia nak cepat cepat mintak maaf pada Tok Bijan kerana membuka cerita tentang kelemahan anak-anak Tok Bijan. Jebat pun nak minta maaf kerana tak dapat nak habiskan cerita ni. Jebat minta maaf kerana tidak ada niat nak membuka pekung anak anak Tok Bijan lagipun kisah Tok Bijan ni bukan realiti cuma ilusi.
Aduhai, kita sambung nanti, anak Jebat dah panggil..termakan cili yang mak dia beli tu agaknya..Pedas kot..

Friday, December 11, 2009

Melayu yang akan hancurkan Melayu?



Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM-sebuah pertubuhan pelajar yang tidak mendapat kelulusan penubuhannya yang ditunjangi Cina dan Melayu menjadi Pak Turut) seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily mendakwa mempunyai rakaman suara yang boleh mengiakan bahawa kursus Biro Tatanegara mempunyai unsur unsur perkauman dan politik.

Jebat tidak mahu menyentuh tentang modul yang dijalankan oleh pihak yang mengendalikan BTN tetapi ingin mempersoalkan adakah pelajar Melayu sudah bodoh dan tidak berpandangan jauh? Apa tindakan yang perlu Melayu ambil terhadap keceluparan pelajar Melayu yang seperti membuka pekung di dada sendiri dan ibarat 'menyapu tahi di muka sendiri'?

Tidak perlu dipersoalkan bahawa Melayu adalah tuan punya tanah bumi Malaysia. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka semua kita telah tahu bahawa Melayulah tuan punya tanah. Tapi benar macam dalam cerita P. Ramlee dalam ramai ramai tuan punya tanah ada juga tuan punya tanah yang digelar 'tuan tanah kedaung'.

Hancurnya Kesultanan Melayu Melaka angkara kehebatan Melayu yang membuka pintu pertahanan Melaka dan wujudnya si kitol yang belot pada tanahair sendiri. Zaman telah berlalu dan apakah wujudnya si pembelot dan si kitol di dalam masyarakat Melayu sekarang ini dan tidak mustahil sekiranya hancurnya Melayu adalah disebabkan Melayu sendiri..Aduhai!!!

Wednesday, December 2, 2009

Persoalan:Mengapa UMNO bimbang sangat dengan doa Nik Aziz?



Saya sebagai pembaca setia Harakah ingin mencetuskan perasaan peribadi saya terhadap isu doa laknat najib yang sedang hangat dikatakan didalam media BN.

Walaupun saya bukan cerdik agama dan akademik, saya masih mempunyai kewarasan fikiran atas dasar sentiasa membaca. Saya pada mulanya merasa hairan jika benar Tuan Guru Nik Aziz ingin memanjat doa kepada Allah untuk melaknati Najib atau media bn sengaja mengada2kan cerita seperti yang mereka selalu lakukan.

Sekiranya benar Tuan Guru mahu berdoa seperti itu, mengapa Najib begitu teruja sangat? Adakah beliau merasakan bahawa doa Tuan Guru akan dimakbulkan memandangkan Tuan Guru seorang ulama yang benar dan sudah banyak dianiayai oleh orang BN!

Selalunya doa orang dianiayai akan dimakbulkan oleh Allah, insyaAllah. Saya sendiri sudah mual dan meluat dengan permainan hipokrit Najib dan sekutunya dan orang yang terdahulu daripada mereka yang telah banyak menzalimi rakyat.

Najib fikir dia dan keluarganya yang telah pergi Mekah mengerjakan umrah dan haji tanpa mendapat musibah boleh selamat. Dia terlupa yang Allah maha berkuasa dan maha pengampun.

Mungkin Najib diberi peluang untuk bertaubat dan memperbetulkan kesalahan-kesalahannya. Namun, saya percaya bahawa sekiranya Najib serta keluarganya dan mereka yang berkuasa masih menzalimi rakyat dalam apa jua sekali pun akan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.

Jangan pula mereka ini tidak akan diterima tanah kelak apabila tiba masanya. Bukan Tuan Guru sahaja yang mendoakan laknat itu keatas mereka, kami rakyat yang dizalimi kecuali kuncu-kuncu dan kroni-kroni mereka, pun akan membuat begitu.


Kata kata di atas Jebat petik dari Harakahdaily untuk renungan kita semua. Penulis tersebut mengenalkan dirinya sebagai Ros Melaka (orang kampung Jebat dari Melaka).

Jebat cuma tertarik dengan tajuk yang Ros Melaka tulis berkenaan doa musibah Nik Aziz ke atas Perdana Menteri dan Ros Melaka seolah olah menggambarkan yang UMNO cukup resah dengan doa yang Nik Aziz panjatkan. Soalnya benarkah UMNO resah?

Benar UMNO resah dengan keadaan ini (bukan resah dengan doa Nik Aziz) cuma yang UMNO dan secara peribadi Jebat sendiri resah kerana ada di kalangan orang Islam yang mendoakan kebinasaan saudara seagamanya dan yang lebih meresahkan ramai orang seperti Ros Melaka yang menyokong doa tersebut. Keadaan ini yang sebenarnya meresahkan UMNO dan tidak ada kena mengena dengan doa Nik Aziz. Sudah tentunya UMNO resah kerana UMNO tidak pernah mendoakan kebinasaan saudara seagama sebaliknya mendoakan kesejahteraan ummah.

Untuk pengetahun Ros Melaka, UMNO tidak pernah resah dengan doa Nik Aziz tersebut kerana Nik Aziz bukanlah ulamak sebenar. Itu yang pasti. Mungkin Ros Melaka turut terkeliru di dalam mentafsir siapa Nik Aziz. Tidak ada yang 'masinnya' di dalam doa Nik Aziz bahkan Nik Aziz sendiri tidak mampu mendoakan kesejahteraan Kelantan. Kelantan antara negeri yang teruk di landa banjir dan bermacam jenis musibah. Jika benar Nik Aziz ulamak besar sudah tentunya setiap doa Nik Aziz akan dimakbulkan. Mungkin Ros Melaka terlepas pandang keadaan ini.

Ros Melaka juga mungkin terlepas pandang dengan apa yang rakyat Melaka kecapi sekarang ini. Melaka menjadi antara tempat yang sentiasa mendapat pujian pelancong baik pelancong dalam negara mahupun pelancong luar negara. Mungkin juga Ros Melaka seorang yang anti sosial mengakibatkan beliau terlepas pandang dengan apa yang ada di Melaka. Ros Melaka turut mengatakan yang rakyat sudah terlalu teruk dizalimi?Suka Jebat bertanya pada Ros Melaka sejak bila rakyat dizalimi oleh kerajaan?Jebat tidak pernah merasakan yang Jebat dizalimi oleh kerajaan kerana sejak dari zaman persekolahan hinggalah universiti Jebat dibantu dengan sebaik mungkin oleh kerajaan. Sebagai seorang anak petani di kampung Jebat rasa cukup bersyukur dengan apa yang kerajaan telah lakukan terhadap Jebat. Mungkin Ros Melaka merasai nikmat yang sama cuma disebabkan sikap tamak dan irihati pada kejayaan orang lain membuatkan Ros Melaka lupa pada semua budi yang telah kerajaan taburkan. Sikap irihati ini antara faktor yang membuatkan UMNO resah.

Di perenggan terakhir Ros Melaka mengatakan 'jangan sampai tidak diterima tanah' adalah suatu yang amat berat. Bolehkah Jebat mengatakan mungkin Ros Melaka tidak akan diterima tanah kerana mendoakan kehancuran negara dan pemimpinnya? Jebat tidak sekejam itu untuk mendoakan Ros Melaka sedemikian rupa kerana pada Jebat setiap inci terhadap perkara ini adalah urusan Allah semata mata. Sebagai manusia tiadalah daya kita untuk mencampuri urusan Allah.

Jebat harap Ros Melaka sedar dan jangan kerana Ros Melaka semua rakyat Melaka akan ditimpa musibah dan balasan dari Allah. Jika Ros Melaka rasa yang beliau masih lagi di pihak yang benar silalah terus berdoa dan ingatlah UMNO tidak pernah gusar dengan doa itu kerana pada Jebat Allah maha adil dan maha mengetahui. Jebat cuma mendoakan kesejahteraan pemimpin agar diberi hidayah untuk memimpin negara ke arah kesejahteraan. Amin...

Saturday, August 1, 2009

kitaanakmelayu.blogspot.com

Selain dari jebatberkokok.blogspot.com penulis juga telah membangunkan satu lagi blog untuk renungan dan pandangan semua. Sila layari kitaanakmelayu.blogspot.com

Jika tiada update di jebatberkokok.blogspot.com sila layari blog kitaanakmelayu dan begitulah jika sebaliknya.

Sekadar makluman.