Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Wednesday, December 2, 2009

Persoalan:Mengapa UMNO bimbang sangat dengan doa Nik Aziz?



Saya sebagai pembaca setia Harakah ingin mencetuskan perasaan peribadi saya terhadap isu doa laknat najib yang sedang hangat dikatakan didalam media BN.

Walaupun saya bukan cerdik agama dan akademik, saya masih mempunyai kewarasan fikiran atas dasar sentiasa membaca. Saya pada mulanya merasa hairan jika benar Tuan Guru Nik Aziz ingin memanjat doa kepada Allah untuk melaknati Najib atau media bn sengaja mengada2kan cerita seperti yang mereka selalu lakukan.

Sekiranya benar Tuan Guru mahu berdoa seperti itu, mengapa Najib begitu teruja sangat? Adakah beliau merasakan bahawa doa Tuan Guru akan dimakbulkan memandangkan Tuan Guru seorang ulama yang benar dan sudah banyak dianiayai oleh orang BN!

Selalunya doa orang dianiayai akan dimakbulkan oleh Allah, insyaAllah. Saya sendiri sudah mual dan meluat dengan permainan hipokrit Najib dan sekutunya dan orang yang terdahulu daripada mereka yang telah banyak menzalimi rakyat.

Najib fikir dia dan keluarganya yang telah pergi Mekah mengerjakan umrah dan haji tanpa mendapat musibah boleh selamat. Dia terlupa yang Allah maha berkuasa dan maha pengampun.

Mungkin Najib diberi peluang untuk bertaubat dan memperbetulkan kesalahan-kesalahannya. Namun, saya percaya bahawa sekiranya Najib serta keluarganya dan mereka yang berkuasa masih menzalimi rakyat dalam apa jua sekali pun akan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.

Jangan pula mereka ini tidak akan diterima tanah kelak apabila tiba masanya. Bukan Tuan Guru sahaja yang mendoakan laknat itu keatas mereka, kami rakyat yang dizalimi kecuali kuncu-kuncu dan kroni-kroni mereka, pun akan membuat begitu.


Kata kata di atas Jebat petik dari Harakahdaily untuk renungan kita semua. Penulis tersebut mengenalkan dirinya sebagai Ros Melaka (orang kampung Jebat dari Melaka).

Jebat cuma tertarik dengan tajuk yang Ros Melaka tulis berkenaan doa musibah Nik Aziz ke atas Perdana Menteri dan Ros Melaka seolah olah menggambarkan yang UMNO cukup resah dengan doa yang Nik Aziz panjatkan. Soalnya benarkah UMNO resah?

Benar UMNO resah dengan keadaan ini (bukan resah dengan doa Nik Aziz) cuma yang UMNO dan secara peribadi Jebat sendiri resah kerana ada di kalangan orang Islam yang mendoakan kebinasaan saudara seagamanya dan yang lebih meresahkan ramai orang seperti Ros Melaka yang menyokong doa tersebut. Keadaan ini yang sebenarnya meresahkan UMNO dan tidak ada kena mengena dengan doa Nik Aziz. Sudah tentunya UMNO resah kerana UMNO tidak pernah mendoakan kebinasaan saudara seagama sebaliknya mendoakan kesejahteraan ummah.

Untuk pengetahun Ros Melaka, UMNO tidak pernah resah dengan doa Nik Aziz tersebut kerana Nik Aziz bukanlah ulamak sebenar. Itu yang pasti. Mungkin Ros Melaka turut terkeliru di dalam mentafsir siapa Nik Aziz. Tidak ada yang 'masinnya' di dalam doa Nik Aziz bahkan Nik Aziz sendiri tidak mampu mendoakan kesejahteraan Kelantan. Kelantan antara negeri yang teruk di landa banjir dan bermacam jenis musibah. Jika benar Nik Aziz ulamak besar sudah tentunya setiap doa Nik Aziz akan dimakbulkan. Mungkin Ros Melaka terlepas pandang keadaan ini.

Ros Melaka juga mungkin terlepas pandang dengan apa yang rakyat Melaka kecapi sekarang ini. Melaka menjadi antara tempat yang sentiasa mendapat pujian pelancong baik pelancong dalam negara mahupun pelancong luar negara. Mungkin juga Ros Melaka seorang yang anti sosial mengakibatkan beliau terlepas pandang dengan apa yang ada di Melaka. Ros Melaka turut mengatakan yang rakyat sudah terlalu teruk dizalimi?Suka Jebat bertanya pada Ros Melaka sejak bila rakyat dizalimi oleh kerajaan?Jebat tidak pernah merasakan yang Jebat dizalimi oleh kerajaan kerana sejak dari zaman persekolahan hinggalah universiti Jebat dibantu dengan sebaik mungkin oleh kerajaan. Sebagai seorang anak petani di kampung Jebat rasa cukup bersyukur dengan apa yang kerajaan telah lakukan terhadap Jebat. Mungkin Ros Melaka merasai nikmat yang sama cuma disebabkan sikap tamak dan irihati pada kejayaan orang lain membuatkan Ros Melaka lupa pada semua budi yang telah kerajaan taburkan. Sikap irihati ini antara faktor yang membuatkan UMNO resah.

Di perenggan terakhir Ros Melaka mengatakan 'jangan sampai tidak diterima tanah' adalah suatu yang amat berat. Bolehkah Jebat mengatakan mungkin Ros Melaka tidak akan diterima tanah kerana mendoakan kehancuran negara dan pemimpinnya? Jebat tidak sekejam itu untuk mendoakan Ros Melaka sedemikian rupa kerana pada Jebat setiap inci terhadap perkara ini adalah urusan Allah semata mata. Sebagai manusia tiadalah daya kita untuk mencampuri urusan Allah.

Jebat harap Ros Melaka sedar dan jangan kerana Ros Melaka semua rakyat Melaka akan ditimpa musibah dan balasan dari Allah. Jika Ros Melaka rasa yang beliau masih lagi di pihak yang benar silalah terus berdoa dan ingatlah UMNO tidak pernah gusar dengan doa itu kerana pada Jebat Allah maha adil dan maha mengetahui. Jebat cuma mendoakan kesejahteraan pemimpin agar diberi hidayah untuk memimpin negara ke arah kesejahteraan. Amin...

Monday, November 30, 2009

Adakah ulamak mendoakan musibah??



Dari dulu sudah Jebat katakan bahawa Nik Aziz bukanlah ulamak sebenar..dan Jebat tidak pernah menganggap Nik Aziz sebagai ulamak..Banyak peristiwa dan tingkahlaku Nik Aziz yang menggambarkan bahawa dia bukanlah ulamak..Jebat selalu pusing satu Malaya berjumpa dengan orang orang yang diakui alimnya..cuma untuk penulisan di sini tidak perlulah didedahkan nama nama orang yang diakui alimnya kerana Jebat rasa orang orang yang diakui alimnya itu tidak mahukan publisiti kerana sepanjang Jebat berjumpa dengan orang orang tersebut tidak sekali pun kedengaran di telinga Jebat yang mereka mengakui kealimannya sebaliknya banyak merendah diri dan memuji muji kealiman orang lain.

Berbeza benar tingkahlakunya dengan Nik Aziz yang semacam sudah terlalu riak dan angkuh dengan ilmu agama yang di pelajarinya..Dan sekarang Nik Aziz mendoakan kebinasaan Perdana Menteri Malaysia..Kita tolak tepi soal politik cuma kita sama sama renungkan yang Nik Aziz doakan kebinasaannya adalah seorang pemimpin negara dan lebih dari itu yang Nik Aziz doakan kebinasaannya adalah seorang ISLAM.

Jika benar Nik Aziz itu ulamak sudah barang pasti dia tidak akan berdoa sedemikian rupa sebaliknya haruslah mendoakan kesejahteraan pemimpin. Dan apakah Nik Aziz lupa yang dia bukanlah Tuhan yang boleh menjatuhkan hukum dan membinasakan orang lain?

Jika benar Nik Aziz ulamak sudah berapa kali dia mendoakan kehancuran UMNO dan BN tetapi sehingga artikel ini ditulis UMNO dan BN masih lagi menjadi parti pemerintah. Doa orang yang tidak dimakbulkan Tuhan sudah barang pasti ada yang tidak kena dengan orang berdoa itu. Semua orang tahu keadaan ini. Tidak adakah karamah pada Nik Aziz yang dianggap ulamak oleh orang orang PAS kerana sudah beberapa kali berdoa tetapi doanya tidak dimakbulkan Allah.

Jika benar Nik Aziz ulamak dan alim adalah lebih baik dia mendoakan Kelantan agar jauh dari bencana banjir yang boleh mengancam kesejahteraan rakyat Kelantan..Atau adakah doa Nik Aziz hanya tertumpu kepada doa mencari kedudukan di dalam politik?

Marilah kita mendoakan kesejahteraan Malaysia dan para pemimpinnya diberi hidayah oleh Allah untuk terus memimpin dengan sebaik mungkin..Percayalah Allah jua yang maha mengetahui dan Nik Aziz tidak punya upaya untuk membinasakan makhluk Allah..Ajal maut adalah ketentuan Allah dan tidak perlu kita gusar dengan doa Nik Aziz tersebut..