Showing posts with label adukataruna. Show all posts
Showing posts with label adukataruna. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Anak siapalah yang bangang ni?


Bhai AT,

Diorang nie pon satu... dah tahu Harussani tue bangang... persal nak pi jumpa dier mintak pandangan...

macam nie la... dah tau bomoh judi tue romah dier pun macam nak runtuh... dok pi jumpa mintak nombor baik punya....

Apa punya budus la...

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Ni anak gampang mana yang suka hati mak bapak campur atuk nenek dia yang bangang kata Mufti Perak tu bangang. Skrip kat atas tu adalah komen yang aku ambik dalam blog adukataruna yang 'maha bijaksana' walaupun tak berapa nak bijak berhubung isu wujudnya pertemuan wakil dari PAS yang berjumpa Mufti Perak untuk membincangkan kerjasama PAS UMNO.

Si penulis komen yang menggelarkan namanya sebagai cipantapir tenuk sebenarnya adalah klon khinzir yang suka main sondol. Apa kelebihan yang ada pada dia sampai nak menggelarkan Mufti Perak tu sebagai bangang? Kalau dia nak panggil aku dengan panggilan tu pun aku tak ambil port sangat pasal aku tau aku bukanlah orang sebijak mana yang mampu memegang apa apa jawatan macam Mufti Perak tu. Tentunyalah Mufti ada kelayakan yang tertentu yang membolehkan dia menjawat jawatan tu.

Kalau si anak bangang tuan punya komen tu tak percaya adanya pertemuan itu sekalipun janganlah memanggil orang yang arif agama sebagai bangang.Kalau dia tak percaya dia punya pasal..kalau mak dia tak percaya pun itu mak dia punya pasal..Kalau atuk dia menafikan ada rompak pasir pun itu dia punya pasal...Pasalnya di sini ialah..Jangan sedap tekak panggil mufti sebagai bangang.

Berpusing kepala aku fikir..ANAK SIAPALAH YANG BANGANG TULIS KOMEN MACAM NI?

Tuesday, January 26, 2010

Kerajaan tidak berhasrat ambil tindakan terhadap bloggers yang memohon maaf


Inilah kenyataan terbaru dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim yang pastinya merujuk kepada kes blogger Aduka Taruna khususnya dan seluruh bloggers amnya.

Jebat mohon kita semua bertenang dengan kenyataan Rais ni. Kita semua tahu yang kes Aduka Taruna ini masih dalam siasatan polis dan atas sebab itu kita tunggu sahajalah hasil siasatan ini. Tidak ada seorang pun yang mampu mempengaruhi siasatan pihak polis waimah kerajaan sendiri. Barang perlu diingat, semua perkara yang masih dalam siasatan dan masih dalam perbicaraan tidak dibenarkan disentuh walaupun di dalam Dewan Parlimen.

Ada kemungkinan apa yang Rais utarakan ini adalah dari perspektif sebuah kerajaan yang bertolak ansur dan ini secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang mempratikkan nilai nilai Islam. Benar, di dalam Islam kita digalakkan memaafkan mana mana pihak yang telah sedar akan kesilapannya. Atau dengan kata lainnya memberi peluang kedua kepada pihak yang mengakui kesilapannya itu. Kenyataan Rais ini, Jebat rasakan tidak akan mengubah pendirian 'yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar'.

Inilah kelebihan yang ada pada kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mendahulukan rakyat dengan memberikan keadilan tanpa mengambil kira perbedaan ideologi politik.

Apapun kita tunggu sahaja hasil siasatan polis kerana semua pihak berhak mendapat keadilan baik pada rakyat Johor mahupun Aduka sendiri. Jika Aduka didapati bersalah hukuman pasti menanti beliau dan jika tidak kerajaan Barisan Nasional telah menghadiahkan suatu keadilan yang amat nyata pada rakyat. Ini cukup jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mencampuri siasatan polis dan mahkamah seperti yang di dakwa oleh pembangkang.

Jebat sekadar memberi pandangan dan tidak berhasrat untuk mempengaruhi pendirian mana mana rakan bloggers. Mungkin tidak selari dengan sesetengah bloggers tetapi perjuangan kita adalah sama untuk kesejahteraan Malaysia di bawah pimpinan kerajaan terbaik:BARISAN NASIONAL.

Monday, January 25, 2010

Aduka Menyerah Diri

Blogger Aduka Taruna difahamkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira kira jam 4.40 petang tadi rentetan dari keterlanjuran Aduka Taruna menyusun bait bait kata di dalam blognya.Rasanya tidak perlu Jebat mengulas panjang akan perkara ini kerana telahpun menjadi kes polis. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan inilah harga yang terpaksa dibayar oleh Aduka Taruna.
Kita tunggu sajalah hasil siasatan polis.

Sunday, January 24, 2010

Maaf dari Aduka

"Sahaja gua bertemu dengan saudaraku yang lain, untuk menjatuhkan Hadi di Rusila, kerana Lu Ya Allah. Jika kami tepat pada Lu, kurniakanlah kekuatan kepada kami. Jika Hadi tepat di sisi Lu, kurniakanlah kekuatan kepadanya Ya Allah."----ni antara doa Adukataruna yang Jebat jumpa selepas Jebat 'post' artikel di bawah ni..Tak hairan lah kalau Adukataruna berperangai macam ni..Rasanya takde orang akan maafkan lu Adukataruna kalau lu dah sampai tahap ni..Apa nak jadi budak adukataruna ni??

Setelah Jebat dicerca dengan bahasa bahasa yang agak 'baik' dari Aduka malam tadi akibat dari mulut longkang Adukataruna, hari ini Aduka memohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia. Jebat secara peribadi tak kisah pun Aduka mencerca Jebat dengan bahasa bahasa 'indah' tu pasal pada Jebat APA ADA HAL.Lu rock gua pun rock Aduka..Tapi gua rock Melayu...Lu sendiri mau ingat Melayu ni macam mana budi bahasanya bro...

Cuma Jebat rasakan yang Aduka memohon maaf pada orang yang salah. Benar, Jebat agak melenting malam tadi apabila terbaca artikel yang Aduka nukilkan di dalam blognya tetapi Jebat berpendapat mungkin Aduka seorang yang amat cetek daya fikirnya lantaran terhasilnya artikel berstatus longkang itu. Secara peribadi, Jebat menerima maaf dari Aduka kerana pada Jebat sebagai seorang yang beragama Islam harus saling bermaafan. Cuma Jebat ingin menasihatkan Aduka supaya memohon maaf pada orang orang yang lebih layak memaafkannya.

Seharusnya dan semestinya Aduka memohon maaf pada seluruh rakyat Johor dan yang lebih selayak memaafkan Aduka adalah kerabat di raja Johor kerana jelas artikel yang Aduka nukilkan itu mengkhusus ke arah sana. Sama ada diterima atau tidak mohon maaf Aduka itu terserah pada yang berhak.

Pesanan Jebat pada Aduka..jangan terlalu mengikut rasa hati kerana kadang kadang kita tidak pernah tahu hati kita mungkin sebusuk najis akibat dari bisikan syaitan yang tidak pernah putus putus cuba merosakkannya.

Mungkin kerana rock pasal tu Aduka sering menggunakan 'lu gua lu gua' tapi rock pun tak lari dari tindakan undang undang. Khabarnya ada laporan polis telah dibuat. Entahlah Aduka..LU SENDIRI TULIS..LU SENDIRI JAWAB...