Showing posts with label Bekas Menteri Besar Perak. Show all posts
Showing posts with label Bekas Menteri Besar Perak. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Adakah kemalangan ini konspirasi jahat UMNO?




Syabas kepada Menteri Besar Perak. Sebenarnya Jebat amat kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Perak ini. Selayaknyalah beliau memegang jawatan tersebut. 

Mudah-mudahan sikap ini akan menjadi contoh kepada semua pimpinan negara bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Pimpinan yang satu lagi tu, kita tak harap pun mereka mempunyai sikap seperti ini. Selain dari isu peribadi dan masalah moral apa lagi yang boleh mereka ketengahkan.

Kalau masa zaman pemerintahan bekas Menteri besar yang dulu, lain pula pendekatannya. Rakyat di suruh baring di atas jalanraya demi mempertahankan jawatannya. Tetapi lihatlah sendiri bagaimana sikap Menteri Besar, Dr Zambry di atas keperihatinan yang cukup tinggi membantu mangsa kemalangan.

Jangan pula ada yang kata, kemalangan ini adalah 'konspirasi terancang UMNO untuk menamatkan karier politik saya'. Bukankah mereka suka menuding jari dengan menyalahkan UMNO di dalam semua perkara?

Kalau nak gila pun gilalah berpada-pada. 

Monday, February 8, 2010

Dunia masih belum kiamat

Dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah di dalam perjuangan seperti yang didakwa PAS, seharusnya keputusan mahkamah hari ini yang menetapkan bahawa Dato' Seri Zambry sebagai Menteri Besar yang sah haruslah diterima dengan redha oleh PAS khusunya Nizar. Tidak perlu dinafikan bahawa ada segelintir pimpinan pimpinan DAP yang mungkin kurang menerima keputusan ini lantaran istilah Qada dan Qadar tidak pernah wujud di dalam kamus harian mereka. Tidak ada yang perlu dihairankan sekiranya pimpinan DAP agak meronta dengan keputusan ini.

Dan adalah suatu perkara yang cukup aneh sekiranya Nizar, yang seperti didakwa oleh PAS sebagai seorang pejuang Islam tidak dapat menerima keputusan yang tidak memihak kepadanya hari ini dengan dada yang lapang. Doa dan sembahyang hajat khabarnya telah dilakukan oleh Nizar hingga ke perkarangan mahkamah tetapi doa dan hajatnya itu masih tidak dimakbulkan Allah. Di mana silapnya? Sewajarnya Nizar bermuhasabah dan mengimbas kembali apa yang telah dilakukan semasa memegang jawatan Menteri Besar suatu ketika dahulu. Menjadi Menteri Besar bukanlah kerana kehebatan Nizar tetapi adalah kerana kehendak dan izin Allah jua bahkan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Zambry juga adalah dengan keizinan Allah jua. Apakah Nizar terlupa setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak dan kudrat Allah? Mengakui keesaan Allah di dalam kalimah syahadah tetapi mengapa keesaan Allah itu tidak mahu diterima pakai oleh Nizar di dalam warna kehidupan di dunia?Adakah Allah pada pandangan ulamak PAS hanya berkuasa di akhirat dan tidak di dunia? Adakah payah untuk menerima ketentuan Allah yang terkadang pahit untuk diterima?

Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita dan jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah. Allah maha mengetahui..Setiap denyut nadi dan setiap kerlipan mata adalah semata-mata kena ilmu Allah. Dunia masih belum kiamat dan gunakanlah kehidupan di dunia untuk kita melihat keesaan Allah. Dalam terang Dia sembunyi....

Tuesday, January 26, 2010

Nizar tak usah bermimpi jadi MB

9hb ni akan terlerai segala teka teki siapa yang akan menerajui Perak sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan. Serakahdaily kata Nizar tak payah bermimpi untuk menjadi Menteri Besar Perak kerana Nizar sememangnya Menteri Besar yang sah mengikut prosedur biasa iaitu melalui pilihanraya.

Tambah Serakahdaily lagi, apapun keputusan yang akan mahkamah buat pada 9hb ni tidak akan menyelesaikan konflik di Perak. Jadi sukalah Jebat nak tanya pada Serakahdaily kalau keputusan mahkamah mengatakan yang Nizar berhak untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak tidakkah keputusan itu menggembirakan Pakatan Rakyat? Apa yang Pakatan Rakyat mahukan sebenarnya?Jebat juga ingin menasihatkan Nizar seandainya dia di putuskan sebagai Menteri Besar Perak pada 9hb ni buatlah kerja kerja yang patut untuk mentadbir dan memajukan Perak dan tidak perlulah terlalu asyik nak berpolitik. Jawatan yang di idam sudah dapat ibarat kata pepatah 'dayung sudah di air' apalagi yang hendak Nizar sibukkan?

Dan yang paling menarik ialah apabila Serakahdaily katakan yang "sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN."-Jadi sebenarnya apa mahu Nizar dan Pakatan Rakyat?Bukankah kegilaan untuk menjadi Menteri Besar yang sentiasa memenuhkan ruang ruang mimpi tidur Nizar?Kalau dah dapat jawatan tu kenapa masih mahu bubarkan DUN yang sememangnya tidak menjanjikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat kalau diadakan pilihanraya di Perak?

Agak-agaknya pintu dan mesyuarat Dewan Undangan Negeri terlalu merisaukan Nizar..Inilah akibatnya kalau Menteri Besar tidak mendapat sepenuh kepercayaan daripada ahli mesyuarat. Kalau hari ini Nizar menjadi Menteri Besar dan esok ada usul tidak percaya padanya mungkin Nizar kena melepaskan jawatannya sekali lagi dan ini yang pastinya bersarang di kepala Nizar. Patutlah Serakahdaily kata apa pun keputusan mahkamah tidak akan selesaikan konflik di Perak.

Takkan nak mengadap Tuanku lagi dan mohon bubarkan DUN..kalau Tuanku tak perkenankan nampaknya Nizar kena turun lagi dan mana punya mahkamah lagi yang Nizar nak gunakan..mahkamah rakyat?Takkan hakim nak kena baring tengah jalan lagi..

Wednesday, January 20, 2010

Nizar akui sokongan Melayu kepada Fuckatan di Perak merosot

Orang orang UMNO jangan sengih sengih kambing pulak bila baca tajuk di atas tu. Jangan ingat dah boleh nak bersilang panggung sambil minum teh tarik kat kedai kopi dengan pengakuan Mantan Menteri Besar Perak tu. Biasa dengar peribahasa 'ada udang di balik batu'?Yang buat pengakuan ni pun kepala batu tentu ada udang...kahhhhh....

Nizar jangan ingat orang orang UMNO ni bodoh sangat sampai nak gunakan perang saraf semurah itu. Atau Nizar dah tak ada idea sejak ditinggalkan oleh ustaz Ngeh dan Nga sejak Nizar dah tak ada kuasa?Kan dah jadi macam sampah..!Mungkin itu sebabnya Nizar terpaksa gunakan perang saraf yang sambil kentut pun boleh agak apa motifnya..

Sabarlah Nizar..apa pun yang kau cakap sampai kiamat pun Jebat tak akan percaya. Apa pun perang saraf yang kau guna kerajaan Perak di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry tetap tak akan bubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri Perak. Lagipun Menteri Besar Perak pun bukan ada kuasa nak bubarkan DUN tanpa perkenan Sultan. Jangan ingat provokasi semurah itu akan menggelapkan mata orang orang UMNO. Pilihanraya hanya akan diadakan pada Pilihanraya Umum ke 13. DUN Perak tidak akan dibubarkan sebelum pilihanraya umum ke 13. Ini kenyataan yang terpaksa Nizar terima. Sudah sudahlah jangan berkhayal lagi..empat empat tayar pun dah terangkat ke atas kesan banyak sangat berkhayal.

Lain kali gunakan perang saraf yang lebih bijaksana. Jangan gunakan perang saraf yang semurah ini hinggakan Jebat yang tidak arif ini pun dapat menghidunya inikan pulak orang orang yang sebijak Datuk Seri Zamby..MENTERI BESAR PERAK..Bila PAS nak cerdik??

Wednesday, January 6, 2010

Nizar kemalangan

Bekas Menteri Besar Perak, Nizar, terlibat dalam kemalangan jalanraya di Ipoh.

Berita yang diterima kata, kereta yang dipandunya terbalik dan Nizar telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mudah-mudahan Nizar akan pulih segera. Kita tetap mendoakan yang terbaik untuknya di dalam hal hal sebegini. Inilah sifat Melayu tetap mendoakan yang terbaik untuk Melayu walaupun Nizar banyak melukakan hati kita sebelum ini.