Showing posts with label Nasharuddin Mat Isa. Show all posts
Showing posts with label Nasharuddin Mat Isa. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Kasihan Nasharudin


Mat Sabu macam biskut di dalam politik..Sekejap ada sekejap tak ada. Wajah handsome Mat Sabu tidak dinafikan akan berjaya mencairkan hati mana-mana wanita yang memandangnya. Dan wajah handsome Mat Sabu sudah kembali mewarnai pentas-pentas ceramah Pakatan setiap kali diadakan Pilihanraya Kecil. Kenapa Mat Sabu kembali?

Kini, Mat Sabu sedang mendahului di dalam bilangan pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dan yang lebih menarik Mat Sabu sedang mendahului Nasharudin Mat Isa.

Suatu tamparan yang kuat kepada Nasharudin, apabila beliau gagal mendapat sokongan daripada 13 kawasan di Kelantan.

Biarpun Nasharudin merupakan Ahli Parlimen Bachok yang terletak di Kelantan tetapi itu bukanlah suatu jaminan bahawa beliau akan mendapat pencalonan mudah dari Kelantan. Dan mungkinkah itu adalah petanda bahawa kata-kata Nik Aziz bahawa PAS akan mempertimbangkan anak-anak jati Kelantan sahaja akan bertanding di Kelantan di dalam Pilihanraya Umum akan menjadi kenyataan?

Mungkinkah idea berhubung Kerajaan Perpaduan yang dilagukan Nasharudin suatu ketika dahulu akan mengheret Nasharudin ke laluan sukar untuk mengekalkan jawatan nombor 2 di dalam PAS itu?

Tampaknya, Mat Sabu cukup bijak membaca senario politik di dalam PAS dan bijak mengambil kesempatan di dalam laluan berliku Nasharudin.

Apapun ini merupakan suatu mesej yang jelas kepada para perwakilan PAS bahawa jangan sesekali cuba melawan cakap 'Sivaji the Boss' di dalam PAS. Siapakah Sivaji the Boss di dalam PAS?

Yang lebih menakutkan jika akan ada pula doa-doa pecah perut jika melawan cakap Sivaji the Boss..

Aduhai..nasib kamulah Nasharudin...

Thursday, May 5, 2011

Angkuhnya PAS



Dalam sebuah keluarga jika ayah mengajar anaknya supaya lebih berbudi bahasa maka itu adalah suatu kewajipan yang sekadar bertujuan untuk melihat masa depan anaknya lebih gemilang. Sebagai seorang anak terimalah teguran ayah itu sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya.

Demikian jualah halnya apabila Najib mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional dan keluar dari Pakatan. Halnya adalah kerana Najib mahu melihat Melayu menjadi lebih kuat dan bersatu. Apa lagi yang Najib harapkan sedangkan kuasa dan jawatan sudah ada di tangan beliau. Hasrat Najib itu hanyalah suatu pandangan ikhlas untuk menyatukan bangsanya yang kian retak dan menanti detik-detik untuk terbelah jika tidak dibendung dari sekarang.

Seharusnya PAS turut memandang hasrat Najib ini sebagai suatu hasrat murni demi kepentingan bangsa Melayu. Sepatutnya PAS menadah tangan sebesar nyiru menyambut hasrat Najib kerana UMNO jauh lebih besar dan kuat berbanding PAS. Seharusnya kepentingan politik dan kedudukan ditolak dan mengutamakan kepentingan bangsa.

Salahkah sekiranya PAS mengambil pendekatan untuk duduk semeja bersama UMNO dan membincangkan syarat-syarat yang mereka rasakan perlu untuk menyertai Barisan Nasional? Buatlah apa jua syarat jika benar pimpinan PAS terlalu takut untuk kehilangan jawatan dan kedudukan mereka di dalam parti jika menyertai Barisan Nasional. Apa yang jauh lebih penting adalah menyelamatkan perpaduan di kalangan umat Melayu.

Agak mendukacitakan apabila pimpinan PAS menolak mentah-mentah idea Najib ini dan tidak kurang juga yang mempersendakan hasrat murni ini. Najib bukanlah bodoh apabila mengutarakan pandangan dan hasrat ini. Najib bukan tidak boleh menjangka bahawa PAS pasti akan menolak hasrat ini tetapi jauh di sudut hati Najib bahawa biarlah rakyat tahu betapa tanggungjawab untuk menyatukan Melayu telah dilakukan tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS.

Adakah PAS merasakan bahawa idea untuk membawa PAS menyertai Barisan Nasional hanyalah sebagai suatu helah untuk memperkuatkan semula Barisan Nasional yang dilihat semakin lemah sejak Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu? Jika benar inilah tanggapan PAS maka haruslah disedarkan bahawa tanggapan itu tidak benar sekali dan bukti terhampir boleh disaksikan dengan kecundangnya PAS di semua kerusi yang ditandinginya di Sarawak.

PAS sudah berarak memperjuangkan partinya sekian lama dan sejak penyatuan PAS di dalam Pakatan, yang mendapat kelebihan kerana keangkuhan PAS ini adalah Keadilan. Lihat sahaja bagaimana PKR melebarkan sayapnya dengan meraih kerusi-kerusi yang ditandinginya termasuklah di Kelantan biarpun PKR hanya berusia setahun jagung.

Tak mengapalah..Jika Melayu berpecah jangan dituding jari kepada Najib dan UMNO dan renungkanlah kembali apa yang telah Najib lakukan untuk penyatuan bangsanya.

Cuma di manakah suara Nasharuddin Mat Isa dan Hadi Awang yang dahulunya dengan berani menceritakan tentang penyatuan Melayu UMNO-PAS melalu Kerajaan Perpaduan? Adakah mereka lebih berani untuk melihat Melayu berpecah berbanding keberanian untuk berdepan dengan pimpinan PAS yang lain yang lebih mengutamakan kedudukan politik?

Angkuhnya PAS....

Monday, February 28, 2011

Merlimau: Nasharudin masuk longkang


Nasharudin Md Isa, hero pejuang Melayu yang konon-konon mahu bekerjasama dengan UMNO untuk pembentukan kerajaan perpaduan suatu ketika dahulu rupanya seorang pengecut yang takut untuk ketinggalan bot.

Di pentas PAS, Nasharudin malam tadi begitu lantang mengkritik UMNO. Katanya peruntukan sebanyak RM 1.2 juta untuk mendirikan sekolah agama di Merlimau yang diumumkan oleh Tan Sri Muhiyddin Yasin sebagai satu rasuah politik menjelang Pilihanraya Kecil DUN Merlimau.

Nak dikatakan bodoh rasanya Nasharudin sudah cukup tua untuk berfikir. Salahkah sebagai sebuah kerajaan memberikan peruntukan sedemikian rupa kepada rakyat Merlimau? Bayangkan saja kalau kerajaan tidak memberikan sebarang bantuan maka sudah barang pasti Nasharudin akan katakan pula bahawa kerajaan terlalu zalim kepada rakyat Merlimau..jadi apa sebenarnya kemahuan Nasharudin? Putar alam...

Kemahuan Nasharudin sebenarnya tidak lebih daripada hanya untuk menyelamatkan kerusi Parlimen yang disandangnya. Nik Ajis sudah beri ayat-ayat maut yang mengatakan bahawa hanya anak jati Kelantan yang akan bertanding di Kelantan pada pilihanraya umum yang akan datang. Suka tak suka..kerajaan perpaduan ke mana..Nasharudin tidak punya banyak pilihan selain daripada tunduk kepada Nik Ajis.

Untuk hayat politik yang lebih lama, Nasharudin terpaksa masuk longkang seperti rakan-rakannya yang lain di dalam PAS. Isu kebangkitan rakyat Mesir terus dilolongkan oleh Nasharudin. Dan beliau mengatakan angin kebangkitan rakyat Mesir itu lambat laun akan turut diikuti oleh rakyat Malaysia. Tidakkah ini berbau hasutan dan sebarang hasutan boleh dikenakan tindakan..Beranikah Dato Hisham amaran?

Nasharudin yang sebelum ini kelihatan agak lembut terpaksa mengikuti jejak rakan-rakannya di dalam PAS. Nasharudin jelas tidak mahu kelihatan bacul di mata pimpinan tertinggi PAS..Mat Sabu dan lain-lain ayam tua di dalam PAS, sudah pasti mau mengintai ruang untuk menghidupkan semula detik-detik kegemilangan di dalam PAS. Tampak benar Nasharudin begitu hipokrit di dalam menjaga kepentingan politiknya.

Itulah yang ada di dalam PAS. Cakap berdegar-degar untuk memperjuangkan bangsa dan agama..Tetapi apabila diuji..jelas kepentingan peribadi melebihi segala-galanya..Dasar hipokrit!!

Wednesday, January 26, 2011

Tenang: Nasharuddin Mat Isa pusing 360 darjah


Tunduk je Nasharuddin..Mesti fikir agaknya sayang ke Nik Ajis pada dia? Bernilaikah lagi dia di mata pimpinan PAS?


Gaya mahu steady Nasha..Nik Ajis sedang tengok KPI kau tu..salah gaya tak dapat jadi calon lagi..Makan pisang kau nanti..


Suatu ketika dahulu dialah playmaker di dalam cubaan mewujudkan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS.

Tetapi sejak Nik Ajis bersin dan pimpinan tertinggi PAS menghalang beliau daripada berucap di dalam kempen Pilihanraya Kecil Manek Urai dan sejak Nik Ajis kata yang PAS Kelantan hanya akan membenarkan anak-anak jati Kelantan menjadi calon di Kelantan di dalam Pilihanraya Umum nanti, Nasharuddin Mat Isa masuk gear reverse.

Malam tadi di Dataran Air Panas, Nasharuddin hentam UMNO bagai esok tak ada matahari lagi. Biasalah berucap depan Nik Ajis suka tak suka Nasharuddin harus menampakkan dirinya sebagai ayam sabung PAS. Kalau tidak melepas kerusi di dalam Pilihanraya Umum nanti. Berapa besar punya hipokrit Nasharuddin. Paling tidak mahu mengimbangi kasihnya Nik Ajis pada Husam.

Nasharuddin cakap pimpinan tertinggi UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir buta sejarah kerana mengatakan fatwa PAS berubah-ubah dari segi pemilihan calon kerana PAS memilih meletakkan calon perempuan di Tenang. Yang kau ni bongok sangat kenapa Nasharuddin? Kita bukan mempersoalkan tentang jantina calon..Yang kita persoalkan adalah fatwa PAS berhubung suara wanita sebagai aurat.

Dulu PAS tidak mahu menghantar qariah ke Tilawah Membaca Al Quran kerana PAS berkata suara wanita adalah aurat dan tidak seharusnya didendangkan di depan bukan muhrim. Itu persoalannya. Bukankah sekarang Cikgu Mala tak kenang budi sedang menjual suaranya di dalam kempen Pilihanraya Kecil Tenang???

Takpelah Nasharuddin..Kau tu orang politik..jaga kerusi itu perlu untuk periuk nasi...Tapi janganlah jadi hipokrit di dalam perjuangan...Macam Cikgu Mala yang tak kenang budi lah nampak gayanya...