Showing posts with label Kerdau. Show all posts
Showing posts with label Kerdau. Show all posts

Monday, March 14, 2011

'New Politics' yang tidak jelas


Apabila dikeluarkan sesuatu istilah yang kurang difahami dan apabila dipersoalkan orang, maka jalan mudah yang akan diguna pakai ialah dengan mengatakan bahawa itu adalah suatu pendekatan baru.

Kenyataan di atas adalah dirujuk kepada senario yang berlaku di Kerdau, apabila seorang Timbalan Menteri yang dikatakan oleh bloggers sebagai memperlekehkan mereka dengan mengatakan bahawa mereka tidak intelek kerana tidak memahami apa yang dikatakan sebagai 'new politics'.

Tambah memburukkan keadaan apabila Timbalan Menteri itu seperti yang didakwa oleh bloggers mengatakan bahawa Timbalan Menteri itu sudah siap siaga untuk membalun mereka. Kata bloggers itu lagi bahawa mereka mempunyai saksi kepada kenyataan Timbalan Menteri itu.

Tidak boleh kita samakan pemikiran seorang Timbalan Menteri dan pemikiran seorang bloggers. Seorang Timbalan Menteri mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau perkatakan dan seorang bloggers mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau tuliskan.

Justeru, jalan terbaik adalah mempertemukan kedua-dua pihak dan memperjelaskan apa yang menjadi punca kepada kekeliruan ini. Baik Timbalan Menteri mahupun bloggers, jika ada mana-mana yang silap eloklah mengakui kesilapan itu. Yang pentingnya adalah kemenangan parti yang disokong..itupun jika masih meletakkan kemenangan itu sebagai suatu matlamat yang tidak boleh dirubah.

Sayugia juga diingatkan bahawa 'sejak BN kehilangan 2/3 di dalam pilihanraya, keadaan tidak ubah seperti orang yang sedang sakit tenat. Dan di dalam prosedur perubatan, hanya ubat yang dikenal pasti boleh diberikan kepada pesakit kerana jika tersalah ubat hanya akan mengancam nyawa pesakit..Lumrahnya begitulah jua kepada BN, haruslah diberi ubat yang tepat kerana jika tidak hanya mengancam hayat BN..kita tidak mahu pendekatan 'trial and error' yang hanya difahami oleh golongan tertentu kerana BN bergerak sebagai suatu pasukan..Setiap langkah harus diterangkan kepada semua jentera'..

Harapnya tidak ada lagi tindakan yang memperlekeh mana-mana pihak di dalam satu pasukan..

Wallahualam..

Sunday, February 20, 2011

Surat terbuka buat Blogger Just Read

Ke hadapan sahabat Bujai yang wa dah lama tak sekeh..

Lu kerahkan budak-budak lu balun wa sampai wa berak pun jadi sembelit...Wa teraba-raba sendirian..Sampai ada yang kata wa tali barut orang tertentu. Kalau wa tali barut wa dah lama jadi kaya..Sampai sekarang wa masih pakai tayar second hand yang lu belikan..hari tu wa balik dari Tenang kereta buruk wa kena renjis dengan getah cair..sampai sekarang melekat..wa tak ada sen nak basuh bro..Lu janji nak tolak kat wa sikit..tapi lu lari gi Kerdau..lu tinggalkan wa kat Merlimau..Memang lu ni Bujai Ramuan Cina..keh keh keh..

Lampu brek wa dah terbakar satu..Lu datang le Melaka wa nak rembat lu 10 hengget...Tapi sejak lu ramai pengikut ni wa nak lu belanja wa kat Medan Ikan Bakau..Cencaru tak main bro..wa nak siakap stim..Meleleh siot...

Semalam wa lalu dekat Melaka Raya wa nampak Anita Dangdut..ramai orang..wa nak singgah tapi lu tak ada kat Melaka..kalau tak wa dah rembat duit lu.....lagipun bontot wa tak sebesar bontot lu yang kuat kentut tu..nak masuk dangdut bontot kena besar bro baru boleh gelek..keh keh keh..

Akhirnya..lu bila nak turun Melaka? Dah tak reti-reti nak tolong negeri sendiri..Hawau..wa report Tok Ali takpun ngan Daud..ada bran?

Kita jumpa lagi di lain lembaran..Salam peluk cium buat Bujai yang jauh di mata dekat di hati..Khaaaaaakkkkkk Ptuih...Gay siot lu....

Sunday, February 13, 2011

Kerdau: Elok PAS kekalkan calon


Sebelum menentukan siapa di antara sekutu Pakatan yang akan meletakkan calon, semua di kalangan sekutu Pakatan seakan menolak untuk meletakkan calon mereka di Merlimau. Semua di antara mereka tahu siapa jua calon yang akan mereka ketengahkan pasti akan kena togel telanjang bulat di Merlimau.

Nampak caranya, Nuar Berahim bijak dengan membuat pengumuman bahawa PAS akan meletakkan calon di Merlimau untuk menentang calon BN. Kononnya sebagai menghormati kerusi itu yang secara tradisinya ditandingi PAS.

Tetapi asasnya, Nuar Berahim sengaja memberi laluan kerus Merlimau kepada calon PAS kerana setidak-tidaknya bila Pakatan kalah di Merlimau, Nuar Berahim dan PKR akan selamat dari menjadi bahan belasahan. Nuar Berahim cukup sedar bahawa peluang Pakatan untuk menang di Merlimau hanyalah setebal kulit bawang.

Demi kawan dan sekutu, tampaknya PAS rela menjadi kambing hitam yang sedia dipalitkan tahi ke muka.

Di Kerdau, adakah kesetiaan PAS akan sekali lagi diuji oleh PKR? Kerusi yang sebelum ini ditandingi PAS mungkinkah akan diintai oleh PKR untuk meletakkan calon?

Ada besar logiknya, jika PAS kalah di Merlimau, PKR akan menggunakan peluang ini untuk meminta sekutu di dalam Pakatan memberikan ruang kepada PKR untuk meletakkan calon.

Nampak caranya..mungkinkah Sam Ketot sekali lagi akan meronta seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula dengan sekali lagi menggambarkan dirinya adalah calon terbaik untuk diletakkan di Kerdau?

Selepas gagal di Hulu Selangor dan Merlimau, Kerdau seharusnya menjadi ruang perhitungan kepada Sam Ketot..sama ada cita-cita tinggi melangit aka tercapai atau akan terus TERBANTUT?

Bantut dan ketot kalau dari pemahaman orang Merlimau sama sahaja maksudnya...

Saturday, February 12, 2011

Sihir? Ilmu Hitam dan takdir!!


Belum pun tiba hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Merlimau, kita akan menyaksikan satu lagi Pilihanraya Kecil. Kali ini perhatian akan terjurus ke Dewan Undangan Negeri Kerdau di Pahang.

Semasa Pilihanraya Kecil Tenang tempoh hari..kita dikejutkan dengan permergian ADUN Merlimau..

Entah di mana dan apakah puncanya Malaysia mencipta sejarah dengan bilangan Pilihanraya Kecil yang cukup banyak bilangannya selepas Pilihanraya Umum ke 12..

Sebagai orang Islam, takdir dan ketentuan Allah swt tidak boleh kita sangkal sama sekali dan setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Setiap kematian biasanya akan adanya punca. Dalam dunia perubatan moden, punca kematian banyak istilahnya..Ada yang meninggal kerana strok, darah tinggi , kanser dan macam-macam istilah.

Disebalik istilah dan kemodenan, kita tidak boleh menolak sebarang istilah yang penuh mistik dan misteri.

Siapa yang pernah lupa dengan istilah pocong, langsuir, toyol, pelesit dan macam-macam lagi. Sebelum wujudnya ilmu perubatan moden, antara punca kematian seringkali dikaitkan dengan istilah-istilah ini.

Jika satu atau dua pilihanraya kecil mungkin tidak keterlaluan jika kita katakan ini adalah secara kebetulan. Tapi kalau sudah bertali arus..bolehkan istilah kebetulan digunapakai?

Semasa di kampung, aku menyaksikan dengan mata kepala bagaimana orang dirasuk syaitan sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Bukan aku ingin menerjah membuat kesimpulan, tapi sayugia ingin aku minta semua di antara kita untuk berfikir...adakah bilangan kematian Ahli-ahli Politik kita dewasa ini semata-mata takdir atau ada usaha mistik yang menjurus kepada keperluan politik?

Atau mungkinkah Allah ingin menguji kita dan mengingatkan kita akan keesaan Allah..Ada kawan yang mengingatkan aku..ALLAH AKAN BERIKAN APA YANG KITA SUKA..DAN JIKA KITA TERLALU SUKAKAN POLITIK MAKA KITA AKAN DIUJI DARI SEGI POLITIK..

Sesungguhnya, semuanya menjadi peringatan kepada kita bahawa Allah saja yang maha Berkuasa..

Wallahualam....

p/s: Takziah kepada keluarga Allahyarham ADUN Kerdau..Sabar adalah jalan terbaik menghadapi ujian..Al Fatihah...