Showing posts with label merlimau. Show all posts
Showing posts with label merlimau. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Surat terbuka buat Blogger Just Read

Ke hadapan sahabat Bujai yang wa dah lama tak sekeh..

Lu kerahkan budak-budak lu balun wa sampai wa berak pun jadi sembelit...Wa teraba-raba sendirian..Sampai ada yang kata wa tali barut orang tertentu. Kalau wa tali barut wa dah lama jadi kaya..Sampai sekarang wa masih pakai tayar second hand yang lu belikan..hari tu wa balik dari Tenang kereta buruk wa kena renjis dengan getah cair..sampai sekarang melekat..wa tak ada sen nak basuh bro..Lu janji nak tolak kat wa sikit..tapi lu lari gi Kerdau..lu tinggalkan wa kat Merlimau..Memang lu ni Bujai Ramuan Cina..keh keh keh..

Lampu brek wa dah terbakar satu..Lu datang le Melaka wa nak rembat lu 10 hengget...Tapi sejak lu ramai pengikut ni wa nak lu belanja wa kat Medan Ikan Bakau..Cencaru tak main bro..wa nak siakap stim..Meleleh siot...

Semalam wa lalu dekat Melaka Raya wa nampak Anita Dangdut..ramai orang..wa nak singgah tapi lu tak ada kat Melaka..kalau tak wa dah rembat duit lu.....lagipun bontot wa tak sebesar bontot lu yang kuat kentut tu..nak masuk dangdut bontot kena besar bro baru boleh gelek..keh keh keh..

Akhirnya..lu bila nak turun Melaka? Dah tak reti-reti nak tolong negeri sendiri..Hawau..wa report Tok Ali takpun ngan Daud..ada bran?

Kita jumpa lagi di lain lembaran..Salam peluk cium buat Bujai yang jauh di mata dekat di hati..Khaaaaaakkkkkk Ptuih...Gay siot lu....

Saturday, February 19, 2011

Merlimau: Program PM tidak ada sambutan?


Gambar ehsan sahabat blogger Jiwa Paradox

Kagum, bangga dan terharu..Itulah yang boleh diucapkan bila mana melihat gambar di atas. Sudah agak lama tidak melihat manusia seramai ini. Tahniah di atas aura dan karisma yang ada pada Perdana Menteri kita..

Inilah yang menggerunkan PAS untuk berhadapan BN di Merlimau. Aku sendiri sudah mendapat beberapa panggilan dari kawan-kawan waimah makcik dari Merlimau yang mereka sudah cukup bersedia untuk menghadapi PAS di Merlimau. Yang lebih menarik, makcik-makcik yang hubungi aku bukanlah dari DUN Merlimau tetapi adalah dari DUN Serkam yang terletak bersebelahan dengan DUN Merlimau.

Aku tidak pernah hairan dengan semangat anak-anak jati Merlimau. Biar sekuat mana angin melanda mereka tidak pernah akan berganjak dari menyokong Barisan Nasional.

Makcik-makcik itu memaklumkan pada aku, mereka tidak akan mengizinkan mana-mana orang luar membuat onar di kawasan mereka. Cukup berterima kasih mereka kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Tok Ali, hero rakyat Melaka sudah awal-awal lagi merencana segalanya untuk Merlimau. Orang Merlimau tabik spring pada Tok Ali. Satu fakta yang menarik untuk dikongsi bersama, sekuat mana dan sehebat mana pergeseran yang berlaku di antara sesama anak Merlimau tetapi apabila melibatkan parti dan kepentingan negeri, mereka tetap akan dalam satu saf bersama Barisan Nasional.

Ini janji anak Merlimau..biar tidak bersultan dan beraja, angkat kami angkat maruah negeri kami untuk terus bergantung harap kepada Barisan Nasional dan UMNO lebih-lebih lagi kepada Tok Ali. Datanglah satu datanglah dua..sesukar mana akan kami harung!!!

Tok Ali kami sayang, TYT Negeri kami junjung. Jangan sesiapa cuba ubah fakta ini!!!

Tuesday, February 15, 2011

Kenapa Orang Merlimau Kejam Begini?


Orang Merlimau ibarat lilin..membakar diri menerangi yang lain. Atas rasa kasih kepada Barisan Nasional dan UMNO, rakyat Merlimau rela menyewakan rumah mereka dengan harga yang agak rendah berbanding dengan Pilihanraya Kecil lain yang terdahulu.

Aku sendiri telah membuat tinjauan di beberapa buah rumah yang sedia disewakan kepada para petugas. Dan tidaklah keterlaluan jika dikatakan harga rumah di Merlimau sepanjang tempoh Pilihanraya ini tidaklah terlalu mahal. Berasas dan munasabah.

Harganya sekitar RM 2000 hingga RM 4500..Harga rumah yang ditawarkan kepada aku siap dengan perabut yang lengkap dan penghawa dingin adalah cuma RM 2500. Sebelum ini di Pilihanraya Kecil yang lain dengan situasi rumah yang serupa harganya mencecah RM 5000.

Tidak jauh dari tempat penamaan calon, harga rumah yang ditawarkan kepada aku adalah sekitar RM 4000 berserta perabut dan 4 bilik. Lazimnya di tempat lain harganya sekitar RM 6000.

Sambil meninjau-ninjau rumah sewa di Merlimau, sempat aku bersembang dengan orang-orang di situ. Aku tanya kenapa harganya tidak semahal tempat lain dan inilah jawapan yang aku terima:

Orang Merlimau bukanlah kejam sangat nak aniaya dan cekik darah orang. Lagipun kerajaan dah banyak bantu kita selama ni jadi apalah salahnya kalau kita membayar balik apa yang kerajaan telah bantu kita dengan harga yang tidak terlalu mahal. Lagipun kita bayar bank pun bukanlah semahal mana. Kita cuma mahukan orang yang datang ke Merlimau tidak serik untuk datang lagi. Negeri Melaka kan negeri pelancongan dan jika kita niaya orang, usaha yang kerajaan Negeri buat pasti terbantut. Inilah cara kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Negeri.

Terlopong aku dengar jawapan dari orang itu dan penuh sesak dalam kepala aku berkata "Patutlah orang kata Merlimau kubu kuat Barisan Nasional'.

Tidak hairanlah kalau PAS awal-awal lagi sudah celaru mahu bertanding di Merlimau.

Kita tunggu saja hari pembuangan undi pada 6hb Mac ini...Terima kasih warga Merlimau!!

Tuesday, February 8, 2011

Merlimau: Kesian Sam Ketot




Dalam takut-takut, PAS akhirnya buat keputusan untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil Merlimau..

Sebentar tadi aku menghubungi rakan-rakan di Merlimau...tak sabar-sabar mereka menunggu kedatangan tarikh 26hb Februari hingga 6hb Mac..Aku tanya mereka kenapa? Jawapan mereka: Tak sabar nak togelkan PAS di Merlimau.

Orang Merlimau adalah orang yang tahu mengenang budi bukan macam Cikgu Mala KFC yang tak reti nak mengenang budi. Orang Merlimau kasi tau aku tadi, 'Berpuluh tahun, kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaysia, sudah macam-macam yang aku dapat takkanlah aku nak undi PAS yang entah apa-apa'.

Aku tanya sahabat aku tu..antara PAS dengan PKR mana yang dia orang lebih suka untuk bertanding di Merlimau..Dia kata PAS ke PKR ke semua akan kita mandikan kat Merlimau.

Saja aku tanya khabar angin kata Ketua Angkatan Muda Keadilan, Sam Ketot yang dikhabarkan akan menjadi calon di Merlimau...Ini jawapan yang aku dapat dari sahabat aku yang jati anak Merlimau:

'Sam Ketot tu nak jadi calon dekat Merlimau? Kau biar betul bro...dia tu kat mana-mana pun tak layak jadi calon'..

Aku tanya kenapa...

'Kau bayangkan bro kalau dia jadi YB..esok orang kampung mintak ambilkan barang atas almari pun dia tak sampai..macam mana nak jadi wakil rakyat..

Memang orang Merlimau, Melaka ni mulut macam hawau..Patutlah orang luar kata orang Melaka ni kasar-kasar bahasanya..

Kasar tapi hati baik beeeeeeeeeee....elok dari mengaku Islam tapi hati penuh taik..

Saturday, February 5, 2011

Merlimau: PAS atau PKR silalah datang


Belum lagi proses penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil DUN Merlimau Melaka, PAS dan PKR sudah mula menunjukkan ketidakkerjasamaan sesama mereka.

Bagi rakyat Melaka, polemik keributan untuk parti mana yang akan meletakkan calon bukanlah suatu isu yang akan melekakan jentera pilihanraya Barisan Nasional Melaka.

Datanglah PAS, datanglah PKR waimah datanglah DAP sekalipun, warga Merlimau sudah membulatkan tekad untuk terus mengundi Barisan Nasional.

Yang menarik di Merlimau, generasi muda biarpun tidak menjadi ahli UMNO tetapi jiwa mereka lebih cenderung kepada Barisan Nasional. Suka tak suka PAS atau PKR kena terima kenyataan ini.

Semasa Pilihanraya Kecil Tenang tempoh hari, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan dari Merlimau. Jiwanya? Kalau sebelum ini PAS punya pencacai taik yang berwarna hijau, di Merlimau majoriti pengundinya totok Barisan Nasional.

Akan menyedari keadaan itu, Pakatan sudah mula menduga bagaimana cara untuk menarik minat pengundi Merlimau. Langkah awal, mereka telah mula menarik perhatian pengundi Merlimau untuk terus mengikuti perkembangan mereka. Caranya? Mereka telah mula meributkan sama ada PAS atau PKR yang akan diletak di Merlimau. Murahan.

Ada sahabat-sahabat dari Merlimau yang berkata, kalaulah Sam Ketot AMK bertanding di Merlimau, rasanya tidak sabar-sabar mereka mahu mandikan Sam Ketot.

Datanglah siapa sahaja, PAS atau PKR, rakyat Merlimau mengalu-alukan kedatangan kalian.

p/s: Sahabat aku dari Merlimau, Amai namanya...dia cakap..PAS ke PKR ke...KITA RATAKAN AJE.....