Showing posts with label Kementerian Pengajian Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pengajian Tinggi. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Boleh sesiapa suruh Saipuddin tutup mulut?

Kalau handal sangat kenapa tak halang mahasewel daripada menurunkan bendera Presiden UMNO?

SEBENARNYA Jebat kurang berminat untuk menulis mengenai Saipuddin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang Jebat sifatkan entah apa-apa. Sehingga ke hari ini Jebat berasa hairan bagaimana orang seperti Saipuddin boleh duduk di kerusi Timbalan Menteri. Kalau rezeki beliau tak mengapalah.

Suatu ketika Saipuddin bangga dengan istilah new politic yang padanya tidak ramai yang faham dengan istilah itu sehinggakan ada rakan-rakan blogger yang berasa kecil hati kerana dikatakan tidak faham dengan istilah yang digambarkan oleh Saipuddin sebagai terlalu abstrak.

Saipuddin terus melakukan kejutan dengan hadir di perarakan mahasewel yang cuba menerobos ke PWTC. Katanya untuk mendengar suara orang muda dan atas kapasiti Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Yang peliknya bila ASPIRASI berarak ke pejabatnya bayang Saipuddin  tidak pula kelihatan.

Apabila Saipuddin mengatakan bahawa Tun Hanif Omar tidak sesuai untuk menganggotai Panel Penasihat Bebas berhubung tindakan polis sewaktu KOTOR 3.0,  bertambah-tambahlah lagi tidak minatnya Jebat untuk berbicara soal Saipuddin.


Adakah Saipuddin lupa bahawa beliau adalah anggota pentadbiran kerajaan justeru adalah lebih elok sekiranya Saipuddin menyerahkan hal-hal seumpama itu kepada boss-bossnya untuk membuat kenyataan atau setidak-tidaknya bersetuju dengan apa jua keputusan yang kerajaan lakukan sesuai dengan kapasitinya sebagai anggota pentadbiran walaupun sekadar Timbalan Menteri.

Jebat berasa agak pelik pada Saipuddin ini kerana setiap kali beliau buka mulut tangan Jebat secara automatiknya akan menutup telinga dan jika ada sesiapa yang terbaca artikel ini dan boleh menyampaikan perihal ini kepada beliau, tolonglah sampaikan pesan ini  'BOLEH TAK ANDA TUTUP MULUT?'

Thursday, January 5, 2012

Selepas USM malam ini UPM pula esoknya


Handsome tak brader ni? Ada iras-iras hero filem Ombak Rindu tak? 
Kah kah kah!!!

Sahabat blogger Papa Gomo menulis bahawa demonstrasi budak hingusan yang gagal dalam pelajaran akan diteruskan malam ini di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Khabarnya mereka akan mulakan demonstrasi sekitar jam 10 malam ini.

Dan Jebat baru menerima panggilan daripada seorang sahabat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa gerombolan budak hingusan yang gagal dalam pelajaran ini akan meneruskan salakan mereka di UPM selepas solat Jumaat esok.

Ini bukti jelas bahawa gerombolan budak hingusan yang gagal pelajaran ini ditaja oleh Pakatan kerana bayangkan sahaja dengan 'road tour' ini pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Jika tidak ada dana mana mungkin pergerakan mereka ini akan terlaksana. Tidak pula kita tau kalau-kalau Saipuddin Dollah ada kasi biasiswa pada mereka.

Selepas ini kita akan lihat pula mereka berarak ke Sungai Buloh!!! Grand Finale...

Sunday, January 1, 2012

UPSI: Mana hilangnya Saipuddin Dollah?



Semakin hari semakin melampau tindakan segelintir mahasiswa yang menentang kerajaan. Kalau suatu ketika mereka berani menurunkan bendera Perdana Menteri beberapa hari yang lepas mereka terbalikkan pula gambar Perdana Menteri.

Bagaimana mereka boleh mendapat keberanian sebegitu rupa? Jika kita berkata bahawa keberanian itu timbul kerana adanya sokongan daripada politikus Pakatan ada benarnya tetapi bagaimana pula dengan 'new politic' yang diketengahkan Saipuddin seorang Timbalan Menteri?

Bukankah disebabkan 'kesudian' tidak berasas Saipuddin untuk 'melayan' permintaan golongan mahasiswa ini di PWTC tempoh hari telah menyebabkan mereka semakin kemaruk untuk merusuh.?

Sehingga ke hari ini kita masih menunggu Saipudin untuk menjelaskan kepada kita apa yang beliau maksudkan dengan 'new politic'. Adakah dengan memberi 'muka' kepada mahasiswa itu merupakan new politic?

Saipuddin sama ada sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar bahawa new politic yang cuba diketengahkan boleh digunapakai jika golongan mahasiswa ini benar-benar tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa mereka yang terlibat ini adalah mereka yang cenderung kepada perjuangan Pakatan. Adakah new politic yang dibawa Saipuddin tidak terguna pakai kepada mahasiswa pro-aspirasi yang hadir beramai-ramai ke Kementerian Pengajian Tinggi tempoh hari?

Mengapa Saipuddin bertindak double standard? Mengapa kesudian Saipuddin melayan mahasiswa hanya tertumpu kepada mahasiswa yang menyerang kerajaan tetapi tidak kepada mahasiswa yang menyokong kerajaan? Adakah ini new politic?

Peliknya mengapa Saipuddin yang beria-ia sedangkan beliau hanyalah Timbalan Menteri. Apakah Menteri Pengajian Tinggi sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Saipuddin? Apakah suara Saipuddin akan didengar oleh mesyuarat kabinet sedangkan Saipuddin sendiri tidak layak untuk memasuki mesyuarat tersebut?

Kalau Saipuddin berkata bahawa hanya beliau yang faham dengan pendekatan new politic itu maka seharusnya Saipuddin mengabdikan masanya bersama golongan mahasiswa itu..24 jam. Tetapi mana kelibat Saipuddin tatkala kerasukan gerombolan mahasiswa ini sudah semakin kritikal?

Kalau Saipuddin merasakan yang dirinya terlalu bagus dan cerdik sila selesaikan perkara ini dengan segera kerana anda sudah membuka pintu rumah kepada mereka. Jangan hanya kesilapan anda membuka pintu seluruh isi rumah akan menerima bencana.

Adakah new politic tidak menerapkan nilai-nilai kepertangunggungjawaban?

Monday, March 14, 2011

'New Politics' yang tidak jelas


Apabila dikeluarkan sesuatu istilah yang kurang difahami dan apabila dipersoalkan orang, maka jalan mudah yang akan diguna pakai ialah dengan mengatakan bahawa itu adalah suatu pendekatan baru.

Kenyataan di atas adalah dirujuk kepada senario yang berlaku di Kerdau, apabila seorang Timbalan Menteri yang dikatakan oleh bloggers sebagai memperlekehkan mereka dengan mengatakan bahawa mereka tidak intelek kerana tidak memahami apa yang dikatakan sebagai 'new politics'.

Tambah memburukkan keadaan apabila Timbalan Menteri itu seperti yang didakwa oleh bloggers mengatakan bahawa Timbalan Menteri itu sudah siap siaga untuk membalun mereka. Kata bloggers itu lagi bahawa mereka mempunyai saksi kepada kenyataan Timbalan Menteri itu.

Tidak boleh kita samakan pemikiran seorang Timbalan Menteri dan pemikiran seorang bloggers. Seorang Timbalan Menteri mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau perkatakan dan seorang bloggers mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau tuliskan.

Justeru, jalan terbaik adalah mempertemukan kedua-dua pihak dan memperjelaskan apa yang menjadi punca kepada kekeliruan ini. Baik Timbalan Menteri mahupun bloggers, jika ada mana-mana yang silap eloklah mengakui kesilapan itu. Yang pentingnya adalah kemenangan parti yang disokong..itupun jika masih meletakkan kemenangan itu sebagai suatu matlamat yang tidak boleh dirubah.

Sayugia juga diingatkan bahawa 'sejak BN kehilangan 2/3 di dalam pilihanraya, keadaan tidak ubah seperti orang yang sedang sakit tenat. Dan di dalam prosedur perubatan, hanya ubat yang dikenal pasti boleh diberikan kepada pesakit kerana jika tersalah ubat hanya akan mengancam nyawa pesakit..Lumrahnya begitulah jua kepada BN, haruslah diberi ubat yang tepat kerana jika tidak hanya mengancam hayat BN..kita tidak mahu pendekatan 'trial and error' yang hanya difahami oleh golongan tertentu kerana BN bergerak sebagai suatu pasukan..Setiap langkah harus diterangkan kepada semua jentera'..

Harapnya tidak ada lagi tindakan yang memperlekeh mana-mana pihak di dalam satu pasukan..

Wallahualam..