Showing posts with label Roslan Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Roslan Ahmad. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Tahniah untuk warga Merlimau


Sekalung tahniah dan penghargaan kepada anak-anak Merlimau kerana bijak membuat keputusan di dalam memilih Yang Berhormat yang mewakili mereka.

Tahniah jua kepada jentera Barisan Nasional khususnya kepada YAB ikon negeri Melaka, Tok Ali di atas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen malah sebelum itu lagi.

Kepada pimpinan-pimpinan negeri Melaka, lihat sahaja betapa Tok Ali sememangnya layak untuk mengepalai saudara-saudari.

Kepada sayap-sayap Barisan Nasional, Wanita, Pemuda dan Puteri, anggap saja apa yang kalian lakukan sebagai satu ibadah di dalam mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

Kepada pucuk pimpinan pusat, jutaan terima kasih di atas sokongan yang kuat di dalam menghadapi getir ketika tempoh berkempen. Anak Melaka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Kepada YB yang baru dinobatkan, YB ROSLAN AHMAD kemenangan ini adalah suatu anugerah buat saudara dan sesuatu anugerah itu pastinya memerlukan pengorbanan. Saudara kini adalah 'milik rakyat'. Kemenangan ini pastinya membuatkan banyak mata yang melihat tingkahlaku saudara dan sifat takbur bongkak hanya akan mengundang bala yang tidak tertanggung.

Perjalanan kita masih jauh dan langkah kecemerlangan yang kita mulakan hari ini hanyalah langkah permulaan untuk kita terus melangkah. Di dalam langkah kadangkala jatuh tersadung dan tersadung itulah yang mematangkan kita.

Salam tahniah dan mohon barakah yang berpanjangan kepada warga Merlimau khususnya dan anak-anak Melaka khasnya.

Saturday, March 5, 2011

Langsung dari Merlimau





Pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 telah dibuka untuk para pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

Calon BN, Roslan Ahmad dan isteri tiba di perkarangan sekolah itu untuk membuang undi seawal jam 8.30 pagi dan telah membuang undi pada kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Yuhaizad bagaimana? Harap-harap dia ponteng hari ini.. Jentera BN sudah tidak dapat dibendung semangatnya. Merlimau sudah pasti DUN KU SAYANG!!

Merlimau: Tahniah anak Merlimau


Dalam pada susah..dalam pada jerih..akhirnya anak Merlimau sudah pulang ke gagang..Sudah pulang ke Merlimau untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pengundi di Merlimau.

Kurang 24 jam daripada tempoh bilik membuang undi akan dibuka esok pagi..Merlimau sudah penuh sesak. Rasa seperti menyambut Hari Raya. Syukur kerana anak Merlimau sedar akan tanggungjawab yang perlu dilangsaikan esok.

Bilik-bilik gerakan BN sudah sesak. Semangat jentera sudah tidak boleh dibendung-bendung. Aku cuma mampu tersenyum bangga dengan semangat juang jentera. Nama calon sudah dijulang setinggi-tingginya. Sudah lupa semua sengketa.

Ayuh..inilah masa yang paling sesuai untuk kita zahirkan rasa cinta pada pimpinan negeri kita. Orang luar jangan kita agungkan..Ucapkan syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka di atas jasa dan bakti kepada bumi Melaka tercinta.

Undilah Barisan Nasional, undilah Roslan Ahmad..yakinlah setiap amal saudara-saudari di dalam memilih jalan kebaikan untuk negeri dan bangsa pasti akan mendapat pahala..Syurga? Hanya Nik Aziz boleh janjikan..

Thursday, March 3, 2011

Merlimau: Pengundi Merlimau suka Yuhaizad


Orang-orang di Merlimau nampaknya suka benar dengan Yuhaizad...Yuhaizad merupakan seorang anak muda yang cukup disegani di Merlimau. Segak dan cukup layak untuk menjadi calon.

Tetapi pada orang Merlimau, Yuhaizad cuma layak menjadi calon dan bukan Yang Berhormat bagi DUN Merlimau. Orang dan pengundi Merlimau rasakan yang lebih layak sebagai Yang Berhormat mereka adalah Roslan Ahmad.

Seperti yang umum tahu melalui pendedahan blogger, Yuhaizad pada suatu ketika suka menukar kerja dan selalu tuang kerja. Hebat. Tempoh bekerja selama 8 jam pun Yuhaizad tak mampu sempurnakan apa pula kerja sebagai Yang Berhormat yang memerlukan pengorbanan masa selama 24 jam. Kalau tugas selama 8 jam dianggap berat..bersediakah orang Merlimau untuk membayar elaun kerja lebih masa kepada Yang Berhormat yang suka ponteng kerja?

Sepatutnya di dalam ceramah beliau, Yuhaizad harus berkata ' Sekiranya saya di pilih. saya akan berkhidmat kepada rakyat Merlimau selama 8 jam itupun jika mampu'. 'Kalau saya kerja lebih masa siapa pula yang akan bayar overtime saya'?

Tahniahlah pada Yuhaizad kerana dipilih menjadi calon. Menjadi calon pun sudah satu kelebihan kepada Yuhaizad. Orang Merlimau kalau mahu berurusan sila pastikan berurusan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Selepas masa itu dikira over time.

Duduk di kuarters kerajaan dan akhirnya melawan kerajaan. Hebat sungguh anak muda yang bercita-cita tinggi.

Logiknya, kerja sebagai Yang Berhormat tidak siapa yang akan mengambil kedatangan jadi adalah lebih mudah untuk 'ponteng kerja'. Patutttttttttttttlah bersungguh benar berkempen ke sana ke mari.

Lepak bro lepak....!!!