Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Bila Guan Eng hendak berkhatan?


Pilihanraya umum ke 13 sudah 5 bulan berlalu.

Kalau ikut tradisi dan lumrah, kanak-kanak yang berkhatan a.k.a bersunat dalam tempoh 2-3 minggu sudah elok sepenuhnya. Sudah boleh berlari.

Guan Eng.. sudah 5 bulan berlalu tetapi masih belum menunaikan janjinya seperti yang didakwa makcik dalam gambar di bawah.


Takkanlah Khalifah Guan Eng goyang hendak potong lanc**...?

Tak tahulah..sama ada makcik ni yang tipu atau Guan Eng yang tipu..ATAU MEMANG DASAR PAKATAN  SEPANJANG MASA MENIPU!!!

p/s: Alo makcik cakap betul-betullah siapa yang tipu?? Syahdu tengok muka makcik ni..

Tuesday, September 4, 2012

Boboiboy atau Transformer?




Anda pernah mendengar pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang juga anggota pentadbiran kerajaan mencerca atau menjatuhkan penghinaan tahap terlampau kepada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat?

Siapa yang tidak pernah mendengar ahli-ahli Pakatan melaungkan ‘Najib Altantuya’, ‘Lembu Kondo’ dan pelbagai lagi kata-kata mengaibkan yang jelas menjurus kepada soal merendahkan moral dan nama baik pimpinan kerajaan di mata rakyat.

Tujuan mereka untuk merendahkan moral dan nama baik pimpinan kerajaan itu cukup jelas dan nyata kerana biarpun mahkamah sudah memutuskan bahawa mereka tidak pernah terlibat dengan apa yang didakwa tetapi asakan terus dilakukan supaya kebusukan nama itu menjadi darah daging yang sebati dan akhirnya terperosok di minda rakyat. Selamanya.

Pun  begitu biarpun sudah diludah dan diinjak-injak pimpinan kerajaan tampak begitu bersahaja seolah-olah tidak punya perasaan tetapi percayalah jauh di sudut hati mereka pasti terguris menerbitkan luka cuma terpaksa ditelan kerana tidak mahu melayan dakwaan yang penuh kegilaan itu.

Atau mungkin sahaja sudah terbiasa dengan momokan itu yang pada hemat pimpinan kerajaan mampu dineutralkan dengan peribahasa ‘anjing menyalak bukit, bukit tidak runtuh tetapi anjing yang penat’ dan ‘alah bisa tegal biasa’.

Sejauh mana tahap kesabaran pimpinan kerajaan dengan asakan sebegini bukanlah mahu kita persoalkan tetapi kita harus mengambil kira persepsi rakyat kepada ‘kejantanan’ kerajaan apabila berdepan dengan asakan moral yang terlampau.

Mustahil rasanya Perdana Menteri tidak mendengar bagaimana Menteri Dalam Negeri digelar sebagai ‘Menteri Amaran’ oleh rakyat biarpun rakyat tidak pernah sedar bahawa tangan dan kaki Menteri berkenaan seakan terikat untuk mengambil tindakan yang menjolok mata demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara seluruhnya. Pokoknya, rakyat tidak pernah memikirkan segalanya selain hanya menelan apa jua persepsi yang dilontarkan gerombolan Pakatan Rakyat.  

Belum terlalu lama untuk kita melupakan soal lembu dan kondo yang dikaitkan dengan Sharizat. Biarpun mahkamah sudah memutuskan bahawa beliau tidak terlibat dengan perkara itu tetapi ‘mahkamah’ gerombolan Pakatan Rakyat terus menjatuhkan hukuman berterusan kepada Sharizat. Semboyan ‘lembu dan kondo’ terus ditiupkan ke gegendang telinga rakyat seolah-olah Sharizat benar-benar terlibat. Pun pimpinan kerajaan terus membisu dan memekakkan telinga.

Altantuya, Scorpene dan pelbagai lagi nista cuba dikaitkan kepada pemimpin nombor satu negara, Najib Razak. Mungkin kerana lahir pada waktu Subuh yang cuacanya dingin dan sejuk menyucuk ke tulang sesejuk itulah Najib menelan kata nista itu tanpa serangan balas yang mengecutkan halkum gerombolan Pakatan Rakyat. Anda fikir adakah keadaan ini akan serupa di zaman pemerintahan Tun Mahathir? Jawapannya ada pada anda.

Terbaru, asakan itu mencapai klimaks apabila gambar pemimpin nombor satu negara dan isteri dipijak dan di’punggung’kan oleh mereka yang separuh masak. Pun masih tidak ada sebarang tindakan drastik yang diambil oleh tuan punya badan.  Kesabaran tahap apakah ini? Tentunya ramai di luar sana yang membuakkan amarah marah dengan kejadian ini merasa sama ada hairan atau bingung dengan tahap kesabaran tuan punya badan.

Inilah kelebihan yang ada pada pimpinan kerajaan yang tahap kesabaran mereka seolah ‘malaikat’ yang digambarkan oleh Tun Mahathir.

Dalam pada kagum pada kesabaran itu, rakyat masih menanti sampai bilakah kuku yang ada pada kerajaan hendak disimpan. Sarang tebuan jangan dijolok tetapi kerajaan telah terlalu banyak dijolok tetapi entah di mana silapnya sengat masih tidak kelihatan.

Rakyat di luar sana sudah agak bingung dengan pendekatan yang digunapakai kerajaan untuk menangani sebarang isu yang dijuarakan oleh gerombolan Pakatan Rakyat yang objektif jelasnya menimbulkan huru hara kepada negara. Kerajaan terus diam dan memekakkan telinga. Sehinggakan ada  yang berkata jika kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan untuk memerintah negara tidak digunakan pun boleh dikategorikan sebagai salah guna kuasa.

Dihina sudah, dipijak sudah, di’punggungkan’ pun sudah, kesabaran itu masih terus kukuh di dada pimpinan kerajaan. Kita sekadar tidak mahu sikap matang dan kesabaran pimpinan kerajaan itu disalah ertikan oleh rakyat sebagai TIDAK BERUPAYA DAN PENAKUT.

Bekas banduan itu terus menyerang dan adakah tempoh berkurung di Sungai Buloh dahulu berjaya menjadikan beliau seorang ‘malaikat’ yang baik sifatnya? Dengan video yang jelas dan saksi yang ramai pun tidak berupaya untuk ‘menjentik’ beliau dan mungkin sahaja kebalnya setebal dinding Sungai Buloh.

Ada yang kata jika sekali lagi dihantar Sungai Buloh beliau mungkin akan bertukar pula menjadi ‘transfomer’ yang apabila keluar kelak akan mampu menukar dirinya kepada bentuk yang lain bahkan menukar Malaysia menjadi sebuah negara baru seperti mana telah dizahirkan bendera baru.

Mampukah Bo Boi Boy menandingi kehebatan Transformer..Alahai pimpinan kerajaan janganlah anda dikelaskan sebagai Bo Boi Boy oleh rakyat. Transform!!!

Nuar Juburi?? Yang itu kena tanya Mat Sabu.

Tuesday, May 15, 2012

Pakatan: Dalam hati ada taman


SUDAH terang lagi bersuluh. Jiwa, kewibawaan dan jati diri pimpinan Pakatan tidaklah seutuh mana dan tidaklah segigih mana untuk bergelar pemimpin.

Saban hari pimpinan BN khususnya UMNO mereka asak bagaikan tiada lagi esok dan seolah-olah kita orang-orang UMNO tidak ada perasaan dan jiwa. Tetapi lihatlah dunia, betapa jiwa perjuangan kita masih utuh dan tidak sesekali goyah walaupun di 'anjingkan' setiap hari. Kita menjadi kuat kerana keihklasan kita di dalam perjuangan dan kita sedar apa yang dianugerahkan kepada kita adalah anugerah Tuhan dan takdirNya jua.

Kita tidak pernah mengheret rakyat untuk membela nasib kita bahkan kitalah yang memperhambakan diri untuk rakyat. Biar seteruk mana kita dikecam kita tidak pernah membalas kata hina itu dengan bait-bait kata yang sehina diri mereka.

PDRM dihentam oleh gerombolan manusia gila seolah-olah merekalah yang menguatkuasakan undang-undang sehinggakan mereka terlupa anggota PDRM punya keluarga yang perlu disuap makannya setiap hari. Punya anak isteri yang saban hari menunggu kepulangan si ayah yang membawa rezeki.

Pun begitu kita masih dapat lihat riak senyum di raut wajah anggota PDRM biarpun jiwa mereka penuh seksa menanggung makian yang tidak berperikemanusiaan. Amanah yang anggota PDRM pikul bukanlah semudah yang kita sangka. Dalam senyum penuh menangkis segala penghinaan.

Terbaru, Perdana Menteri kita diejek dan dipermainkan oleh manusia yang tidak kenal erti budi bahasa. Alangkah malunya kita kerana terpaksa menerima kehadiran rakyat yang mulutnya secelupar jalang yang tanpa mereka sedari sedang memburukkan negara di mata dunia. Pun begitu, Perdana Menteri masih tenang-tenang sahaja kerana tentunya beliau sedar sebagai pemimpin itulah antara beban yang terpaksa dipikul untuk kesejahteraan negara. Tahniah kepada Perdana Menteri kerana tidak melenting dengan kata-kata nista itu.

Adakah kejituan dan ketahanan diri pimpinan Pakatan sekuat ini jika menerima kata-kata nista seteruk ini?

Tanyalah para golongan wartawan yang mesra BN adakah Nuar Berahim bersedia untuk menerima soalan yang tidak merupakan bola tanggung kepadanya? Bukanlah perkara asing kepada para wartawan untuk menerima herdikan daripada Nuar Berahim. Soalan yang diajukan dipulangkan pula dengan herdikan dan air muka yang bengis. Sebaliknya, tanyalah soalan yang berbentuk pujian, pastinya wajah Nuar Berahim berseri-seri ibarat anak gadis menerima pinangan.

Ambiga pun seakan tidak tahu tersenyum bila menerima kehadiran 'penari gelek punggung' di hadapan rumahnya. Dikatakan pula sebagai menerobos haknya untuk bersendirian di rumah. Adakah si perosak ini sedar bahawa membawa gerombolan ke jalanraya adalah merupakan penerobos kepada kesejahteraan negara?


Anak derhaka yang tidak diterima ibunya pula membuktikan bahawa lidah tidak bertulang. Mulutnya cukup lancang apabila menghukum pimpinan UMNO tetapi apabila dikaitkan dengan adegan jamban dan anak derhaka, zikir hina pula yang meniti dibibirnya. Jari segera menuding kepada pihak lain bahkan berani pula berkata ibunya digula-gulakan untuk bercakap sedemikian rupa? Adakah tanpa sedar kenyataan itu seolah-olah menggambarkan ibunya boleh digula-gula dan tidak punya rasa waras untuk memburukkan anaknya tanpa periksa?


Mantan Menteri Besar Perak yang tanpa segan silu naik ke pentas ceramah UMNO baru-baru ini sekadar menampakkan betapa lemahnya ketahanan jiwa. Sifat kebudak-budakkan dan tidak matang jelas menampakkan betapa beliau tidak selayaknya duduk di kerusi Menteri Besar Perak. Bayangkan sahaja jika beliau diludahkan dengan gelaran 'hitam metalik' seperti yang digambarkan kepada Dr. Zambry? Adakah Nizar boleh mententeramkan jiwanya? 

Tanyalah kepada Nizar, siapa pimpinan UMNO yang pernah berkelakuan sumbang sepertinya dengan menghadiri ceramah Pakatan? Adakah anda setuju jika dikatakan bahawa pimpinan UMNO pasti dinista dengan kata-kata cerca jika berkelakuan seperti Nizar? Entah siapa yang menobatkan dirinya sebagai hero, Nizar di dalam laman twitter dengan penuh bangga berkata bahawa diri beliau sebagai hero kerana berjaya menerobos masuk ke gelanggang UMNO. Mujur baik Nizar berada di gelanggang UMNO jika tidak pasti mukanya menerima lemparan telur busuk.


Akhirnya Jebat sedar, segarang dan selantang mana pun pimpinan Pakatan, jiwa mereka cuma lemah bila terkena batang hidung sendiri. Jiwa seperti ini tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana di rakyat di luar sana sudah terhidang dengan pelbagai masalah dan adakah anda fikir jiwa pemimpin Pakatan akan dapat mengimbangi permasalahan rakyat dengan tenang? Jangan pula kita terkejut jika rakyat akan menerima nasib yang sama dengan pimpinan UMNO...HERDIKAN DENGAN KATA NISTA.

Rupanya dalam lantang dan cengih..rupanya dalam HATI ADA TAMAN..macam Milosuam..AUWWWW....

Tuesday, March 6, 2012

Gambar anak siapakah ini?Kesan radioaktif Lynas??


Tidak tahulah mahu dikategorikan apa pada gambar di atas? Adakah perlu dikategorikan sebagai 18SX, 18PL atau untuk tontonan umum? Terpulanglah pada anda untuk klasifikasikan.

Jika nak disabitkan sebagai gambar seksi tentulah akan ada yang muntah hijau kegelian atau mungkin sahaja akan ada yang demam seminggu, jadi kategori apakah yang sesuai? Lawak, seksa atau apa sahaja yang terlintas di fikiran anda boleh diperkatakan.

Cuma satu sahaja yang terlintas di kepala Jebat..Mungkin saudara kita ini adalah mangsa kepada kesan radioaktif Lynas sehinggakan perut dan segala apa yang ada ditubuhnya menjadi membengkak?Hahahaha..

Jebat tidak mampu menulis dan menghurai panjang berhubung gambar ini. Terlalu kelakar. Agaknya adakah sesiapa yang bergelar Raja Liwat akan meneguk air liur apabila melihat gambar ini?

Pimpinan Pakatan tentu bangga dengan gambar di atas kerana berjaya melahirkan seorang pengikut taksub dari kalangan 'body builder' yang badannya berketul-ketul.

Aduhai apa nak jadi dengan budak yang dah macam Incredible Hulk ni...

Sunday, March 4, 2012

Selesaikan hal dalaman baru fikir hal nak ke Putrajaya



Adalah amat menggeletek hati apabila kemelut yang melanda kerajaan HamPAS di Kedah mengambil masa yang lama hendak diselesaikan. Sudah berlarutan ke berminggu-minggu masih tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Keadaan ini jelas menggambarkan ketidakmampuan untuk mengurus dengan baik. Hal yang hanya melibatkan beberapa orang individu pun sukar hendak diselesaikan bagaimana mahu menjadi kerajaan di peringkat pusat yang melibatkan kira-kira 30 juta orang penduduk.

Itu belum lagi mengambil kira hal kepentingan hubungan diplomatik yang melibatkan kepentingan dua buah negara. Entah apalah bentuk dan kaedah yang hendak digunapakai.

Keinginan hendak menawan ke Putrajaya tampaknya haruslah ditangguhkan lagi atau seeloknya dihentikan sahaja. Perbetul dan perkemaskan diri terlebih dahulu sebelum bercita cita mahu menawan Putrajaya. Kita tidak mahu masyarakat dunia nanti akan mentertawakan Malaysia hanya kerana kita memberikan mandat kepada mereka yang tidak mampu mengurus dengan baik dan rasanya gelaran sebagai Ketua Kerajaan terlalu besar untuk diserahkan pada HamPAS.

Menjadi pemimpin untuk memimpin sebuah negara bukanlah perkara semudah membeli cokelat di kedai runcit. 

Sudah berpuluh tahun lamanya kita duduk di bawah pemerintahan kerajaan yang benar-benar telah membuktikan kepada kita akan kemampuan mereka untuk mentadbir dengan baik. Jika ada kesilapan kecil itu adalah lumrah kerana sebagai manusia sifatnya tentulah tidak lari daripada melakukan kesalahan. Tetapi kesalahan itu janganlah sampai mencacatkan Malaysia di mata dunia.

Bahasa mudah kepada pimpinan Pakatan. Intai dan cerminlah diri sendiri sebelum bercita-cita berkokok mahu ke Putrajaya. Muhasabah diri adalah jauh lebih baik sebelum anda ditertawakan oleh rakyat di luar sana.

Monday, February 20, 2012

Aspan: Budaya samseng dalil jelas untuk hilang kuasa?



Mungkin saudara Aspan terlupa bahawa di dalam Malaysia parti manakah yang selalu terlibat dengan demonstrasi jalanraya sehingga mencetuskan ketegangan dan merugikan para peniaga. Jika benarlah pendemo tidak melakukan sebarang ketegangan dan kekecohan tentulah para peniaga tidak akan mengambil keputusan untuk menutup perniagaan mereka pada hari kejadian.

Mungkin saudara Aspan juga terlupa bagaimana Puteri UMNO diganggu dengan gangguan seks terlampau (tunjuk kemaluan) semasa pilihanraya kecil tempoh hari. Mungkin juga saudara Aspan terlupa bagaimana orang-orang UMNO dibaling dengan batu dan botol air mineral semasa pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dahulu. Rasanya saudara Aspan tahu dan sedar hakikat itu tetapi sekadar buat-buat lupa untuk menguatkan hujahnya. Tidak ada apa yang perlu kita hairankan dengan kenyataan saudara Aspan itu kerana tentulah 'masuk kandang kambing, akan mengembek dan masuk kandang kerbau, akan menguak'.

Berhubung kejadian di Sembrong, tidaklah dapat kita meyakinkan bahawa kejadian itu dilakukan oleh Pemuda UMNO seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Dakwaan kadang-kadang boleh menjadi fitnah. Ada yang berkata pemuda yang melakukan keganasan itu membawa bendera UMNO. Alangkah lucu jika kejadian itu benar-benar dapat dibuktikan. Samalah keadaanya jika seorang pencuri yang ingin mencuri awal-awal lagi sudah memberitahu tuan rumah akan hajatnya yang ingin mencuri.

Saudara Aspan di dalam artikelnya meluahkan nasihat kepada pemuda UMNO. Sebagai seorang yang jauh lebih muda daripada saudara Aspan, kita harus mengambil nasihat itu sebagai satu panduan hidup. Tetapi suka jualah kita berpesan kepada saudara Aspan agar memberikan nasihat seperti itu terlebih dahulu kepada ahli yang sama ideologinya dengan saudara Aspan. 

Kita sudah muak dengan segala bentuk provokasi dan kekecohan yang dilakukan oleh orang-orang berdarah hijau, bermata satu dan orang tidak mahu Melayu kekal sebagai Perdana Menteri.Alangkah indahnya jika saudara Aspan mampu menasihati mereka sebagaimana saudara Aspan menasihati kita.

Saudara Aspan mahukan supaya rakyat menolak budaya samseng ini? Dalam hal ini kelakar pula hujahnya. Mengapa setiap kali demo diadakan oleh Pakatan, rakyat harus diseret sama ke jalanraya? Mengapa pelajar-pelajar universiti sanggup ponteng kelas sekadar untuk berarak dijalanraya. Mengapa rakyat diseru untuk menyertai demo yang dianjurkan mereka? 

Tak mengapalah ketam tetap akan kekal sifatnya sebagai ketam dan peribahasa 'seperti ketam mengajar anak berjalan lurus' tidak pernah akan berubah dan dinafikan.

Perlulah dibetulkan sedikit ayat saudara Aspan itu sebagai 'BUDAYA SAMSENG ADALAH DALIL JELAS UNTUK MEREKA YANG KEMARUK KUASA'

Kita tetap hormat saudara Aspan sebagai orang yang lebih tua dan berpengalaman.

Tuesday, November 15, 2011

Pakatan Rakyat atau Rakyat Pakatan?



Pakatan Rakyat atau Rakyat Pakatan? Hanya istilah yang membezakan maksud yang terkandung.

Pakatan Rakyat amat berbangga kononnya nama gabungan parti-parti itu mendapat mandat yang menyeluruh daripada rakyat lantas wujudnya nama Pakatan Rakyat bagi menggantikan Barisan Nasional. Momokan mereka hanyalah dakwaan yang mengatakan seluruh rakyat Malaysia sudah muak dengan Barisan Nasional.

Sukalah bertanya kepada mereka, sejak bilakah mereka telah menjalankan bancian terhadap seluruh rakyat Malaysia untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah jemu dan muak kepada Barisan Nasional dan sejak bilakah mereka mendapat restu daripada rakyat Malaysia untuk menggunakan istilah RAKYAT di dalam nama platform politik mereka?

Beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lalu, jelas tidak seluruh rakyat memberikan mandat kepada Pakatan untuk menjadi pemimpin mereka. Satu demi satu calon Pakatan rebah tumpas kepada Barisan Nasional. Melihat kepada senario itu adakah wajar istilah Pakatan Rakyat direstu gunakan oleh Pakatan?

Benar..ada sebilangan rakyat di luar sana yang menyokong Pakatan tetapi jumlah dan nisbahnya amat kecil jika dibandingkan dengan bilangan sebenar rakyat Malaysia.

Sebenarnya istilah Pakatan Rakyat hanyalah untuk menarik minat rakyat seolah-olah nasib mereka akan terbela dengan hanya dengan restu untuk membenarkan istilah RAKYAT digunakan.

Sebagai rakyat janganlah kita membenarkan istilah kita sebagai rakyat keseluruhan digunakan hanya untuk memenuhi kehendak dan keinginan golongan tertentu. Rakyat mesti sedar bahawa, yang menggunakan istilah RAKYAT itu adalah golongan politik yang mempunyai agenda dan keinginan peribadi yang melangit.

Pilihanraya adalah pentas sebenar untuk rakyat menzahirkan siapa yang mereka inginkan sebagai pemimpin mereka. Jika benarlah rakyat berpakat untuk menubuhkan Pakatan Rakyat tidak ada sesiapa yang dapat menghalangnya tetapi jika hanya sebilangan kecil yang mahukannya maka tidaklah sesuai nama Pakatan Rakyat digunapakai sebaliknya ianya hanyalah bersifat Rakyat Pakatan yang menjurus kepada maksud sokongan ahli-ahli kepada pimpinan mereka.

Secara pecahannya, yang ada hanyalah RAKYAT PAS, RAKYAT PKR dan RAKYAT DAP. Rakyat Malaysia sebenarnya tahu bahawa perkongsian kuasa di dalam Malaysia telah lama diwujudkan dan sebenarnya rakyat Malaysia seluruhnya hidup beramalkan apa yang dinamakan sebagai 1 MALAYSIA!!

Tuesday, August 23, 2011

Kalau dah bodoh apa pun tak boleh


Ni malaun mana pulak yang bangang cakap kalau kibar Jalur Gemilang bermakna mengibarkan bendera UMNO/BN.

Kalau ye pun bodoh jangan lah tunjukkan kat orang lu punya bodoh. Lu sekolah sampai darjah berapa beb?

Lu cuba tengok gambar bendera ni, cuba lu cam betul2 mana satu bendera UMNO dan mana satu Jalur Gemilang. Kot lu bangang tak boleh nak bezakan gua tak tau lah pulak.



Gua tak lah bangang macam malaun blogger Pakatan tu...Gua faham sebenarnya dia nak bayangkan bahawa selagi UMNO menjadi kerajaan selagi itulah dia mengandaikan bahawa Malaysia ni milik UMNO.

Gila bangang cetek kepala hotak dia..Jalur Gemilang tu milik semua rakyat Malaysia biarpun ber IC 71 di tengah-tengah..Kah Kah Kah..Milik Mak Lampir Ampang, milik Nik Ajis Wali Selipar, milik Nuar Al Jub, milik Mat Sapu yang tak kenal land rover dan Waja..Kah Kah Kah..

Kot ye pun lu nak tunjuk konon lu marah pada kerajaan janganlah sampai tunjuk lu punya bangang.

Sapa nak baca artikel bangang tu : http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/08/kibar-jalur-gemilang-bererti-kibar.html

Jangan lu orang terpengaruh jadi bangang macam malaun tu sudahlah..

Tuesday, April 5, 2011

Video seks: Peluang terhidang tidak digunakan?



Makin pelik nampaknya dengan apa yang berlaku berhubung isu video seks ini. Suatu ketika,Nuar Berahim tampil berani dan jantan ketika membuat laporan polis berhubung isu video ini.

Apabila video yang didakwa bahawa Nuar Berahim sebagai pelakunya ditayangkan di You Tube tidak ada sebarang tindakan oleh Nuar Berahim untuk membersihkan namanya..

Di dalam norma tabiee manusia, jika difitnah, manusia akan melakukan apa sahaja untuk membersihkan namanya. Tetapi sudah banyak peluang yang terhidang untuk Nuar Berahim membersihkan namanya namun tidak pula Nuar Berahim menggunakan peluang itu.

Baik..kita terima pakai dakwaan Pakatan bahawa ini adalah suatu konspirasi jahat untuk menjatuhkan Nuar Berahim..Tetapi kenapa Nuar Berahim tidak mahu menggunakan segala peluang yang ada untuk membersihkan namanya. Jika di dalam adat meminang..diam wanita adalah tanda setuju.

Hari ini, sekali lagi peluang terhidang di hadapan mata. Apabila wartawan bertanyakan sama ada isteri Nuar Berahim masih menyimpan jam itu, isterinya mengiakan tetapi jawapan yang diberikan itu di dalam nada yang cukup tidak meyakinkan. Kenapa tidak ditunjukkan sahaja jam itu kepada wartawan? Atau setidak-tidaknya belilah di mana-mana jam Omega jika itulah peluang yang ada untuk membersihkan nama suaminya? Kenapa tidak digunakan?

Rasanya, jika Nuar Berahim bersumpah, mungkin lebih dari 50 peratus rakyat Malaysia akan mempercayai bahawa Nuar Berahim dianiaya..soalnya..kenapa tidak digunakan peluang itu?

Isteri Nuar Berahim berkata bahawa bersumpah seperti yang ditanyakan oleh wartawan adalah sumpah cara UMNO..jadi kenapa tidak digunakan sumpah cara Pakatan? Kenapa tidak digunakan peluang itu? Bersumpahlah dengan cara apa sekalipun yang pokoknya haruslah menjunjung Al Quran kerana Al Quran akan kekal sebagai sebaik baik hakim selamanya..

Di dalam permainan bolasepak..tendangan penalti adalah suatu peluang untuk menjaringkan gol..Jika tidak gol..kesalahan itu boleh ditimbang dari pelbagai sudut..sama ada pemain itu lemah, lembab atau mungkin juga kehandalan penjaga gol itu sendiri...Soalnya peluang itu telah terhidang..untuk menang..peluang yang ada haruslah digunakan sebaik-baiknya..

Tuesday, January 25, 2011

Tenang: Cikgu Mala akan kena mandi?




Fuhh ramai betul orang yang menyambut kehadiran Cikgu Mala tak kenang budi....Sampai sesak teruk jalan di Tenang setiap kali Cikgu Mala hadir. Kalau tengok gambar di atas puak-puak PAS akan kata tak kurang dari 1000 orang yang hadir sambut Cikgu Mala tak kenang budi..Puak PAS memang lembab sikit bab kira mengira ni pasal tu bila Nuar Berahim cakap nak tawan Putrajaya pada 16 Sept dia orang lupa nak tanya tahun bila? Lembab kau kan....

Soalan kedua...yang mana satu calon PAS sebenarnya?Cikgu Mala tak kenang budi atau lelaki berbaju ungu tu?Ke mana sahaja Cikgu Mala tak kenang budi pergi si baju ungu ni siap siaga membontoti langkah Cikgu Mala tak kenang budi. Suami Cikgu Mala ni tak bekerja ke?Anak di rumah siapa yang jaga?

Ingatkan PAS zuhud dalam perjuangan seperti kata sahabat blogger Media Permatang Pauh..tapi lihat saja kereta yang Cikgu Mala tak kenang budi naik semasa berkempen..Hebat dan mewah..Kalau pemimpin UMNO naik kereta macam ni puak-puak pencacai perut hijau akan kata korupsi dan macam-macam lagi..

Hujan lebat di Tenang berterusan sehingga ke hari ini. Tanda Cikgu Mala tak kenang budi akan kena mandi di Tenang.

Kalau ikut gambar di atas dengan kehadiran ramai kanak-kanak, Cikgu Mala tak kenang budi boleh buka tadika asuhan kanak-kanak dan lelaki yang berbaju ungu tu Cikgu Mala tak kenang budi boleh lantik sebagai pengetua.

Murung saja muka mereka dalam gambar ni..Jawatan guru dah dilepaskan..lepas ni nak buat apa? Buat bodoh je lah Mala....Boleh mohon jawatan di KFC kot....Apa ada kena mengena Mala dengan KFC..Itu kena tanya sahabat blogger Gelombang Rakyat dan sahabat blogger GAP..Mereka tahu membezakan mana ayam kampung dan mana ayam bandar..Mala akan jadi Malang pada 31 Januari ni..

Sunday, December 12, 2010

Apa jawapan Azmin?


Lama tak mendengar khabar Umi Hafilda Ali..tiba-tiba muncul dengan permintaan yang merobek hati seorang abang. Begitulah kisah sayangnya seorang adik kepada abang kandung. Mungkin kerana tidak lagi tertahan perilaku abang yang menjolok mata.

Andaikata orang lain yang mahukan supaya Azmin bertaubat mungkin benar kalau dikatakan ada unsur-unsur percaturan politik tetapi jika seorang adik kandung mahukan abangnya bertaubat, mungkin sahaja ada perkara kurang elok yang sedang dilakukan oleh si abang.

Perkataan seperti khianat pada bangsa dan negara adalah ayat yang cukup berat maknanya. Kalau di kampung semasa aku kecil kalau perkataan sebegitulah yang aku lemparkan pada abang kandung aku, mahu saja pelempang jepun hinggap di muka aku.

Mungkin Azmin tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang pada Umi Hafilda kerana carik-carik bulu ayam pasti bertaut semula dan air dicincang takkan putus.

Setidak-tidaknya Azmin kenalah menafikan apa yang Umi Hafilda dedahkan. Tetapi sudah banyak hal yang Azmin mengambil sikap mendiamkan diri. Suatu ketika dulu bloggers mencabar Azmin untuk buat ujian DNA berhubung soal anak. Apakah dalam soal ini Azmin akan bersuara mempertahankan dirinya?

Rasanya Azmin hanya akan bersuara kepada perkara-perkara yang boleh menggugat kepentingan politiknya di dalam PKR dan hanya akan bersuara mempertahankan Nuar Berahim.

Kita cabar saja Azmin bersumpah menafikan apa yang Umi Hafilda telah dedahkan. Soalnya, beranikah Azmin atau mungkinkah Azmin akan mendiamkan diri dan membuat pelbagai helah seperti mana isu sumpah yang dicabar kepada bossnya, Nuar Berahim?

Atau mungkinkah ayat lazim dengan mengatakan ini adalah konspirasi jahat UMNO akan terus dilagukan oleh Azmin untuk mencari jalan keluar mudah?

Rakyat tidak sebodoh dahulu dan tentunya ayat yang keluar dari mulut Umu Hafilda akan membuatkan rakyat berfikir 2 kali untuk terus menolak apa yang Umi Hafilda telah dedahkan.

Rasanya, Azmin tidak akan dibuai mimpi indah malam ini!!!

Sunday, October 24, 2010

Galas: Beranikah bersumpah?

Kecoh betul calon PAS di Galas sampai nak saman UMNO Online kerana dikatakan menfitnah dia berkhalwat.

Kalau benarlah calon PAS tu difitnah berkhalwat, orang-orang alim dalam PAS termasuk wali selipar takkan tak boleh nasihatkan calon PAS tu supaya bersumpah menafikan dakwaan tersebut. Takkanlah sebagai sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam tak percaya dengan sumpah menjunjung Al-Quran. Takkanlah kalau dah berani menjanjikan syurga masih takut nak bersumpah kalau perkara itu dikatakan fitnah.

Yang dituduh meliwat tu sampai sekarang tak berani bersumpah..Tapi aku tak hairan sangat pasal parti dia tu bukan parti yang dikatakan memperjuangkan Islam..Tapi calon PAS ni, kenapa tak nak bersumpah? Al-Quran tu adalah mukjizat dan sebaik-baik hakim..Takkanlah benda asas macam ni pun PAS tak nak praktikkan?

Kita tunggu dan lihat sama ada calon PAS ini berani bersumpah menafikan dakwaan tersebut.

p/s: Perdana Menteri difitnah lagi dahsyat sampai dikaitkan dengan kes seorang perempuan Mongolia..tapi Perdana Menteri tenang dan tidak melatah malah berani bersumpah di dalam masjid. Orang-orang PAS kena belajar erti ketenangan macam Perdana Menteri kita..Janganlah melatah dengan perkara-perkara seperti ini kalau benar beriman..Bukankah setiap musibah itu adalah ujian dari Allah dan setiap ujian itu adalah tanda Allah masih kasihkan kita..Apa lu gelabah sangat ni bai? Teringat pulak dengan peribahasa 'kalau takde angin masakan pokok bergoyang'.

Thursday, September 16, 2010

Ini baru betul


Ini bukan cubaan, ini betul betul. Nuar Berahim kencing satu Malaya kata nak tubuhkan kerajaan pada 16 September. Sampai sekarang bayang pun tak ada. Kain rentang yang puak Pakatan buat yang tertera perkataan 'menuju ke Putrajaya' pun dah naik reput agaknya. Takpelah, kepada puak Pakatan yang masih nak termakan dengan omongan kosong tu, simpanlah kain tu. Setidak-tidaknya boleh buat selimut tidur malam, buat lap air liur basi.

Berbeza benar dengan Perdana Menteri kita yang ketika ini berada di Sabah untuk merealisasikan Hari Malaysia. Tak perlu cakap banyak, terus buat dan inilah pemimpin yang kita mahukan. Cakap sikit tapi kerjanya tetap terlaksana.

Kepada puak Pakatan, bolehlah tulis dalam diari, sama ada nak tulis 16 September adalah Hari Malaysia ataupun Hari Dikencing Hidup Hidup.

Thursday, August 12, 2010

Mana kebajikan rakyat?

Kalau aku bertanya pada kawan-kawan yang tak ambil tahu pasal politik, dia orang akan cakap malas nak ambil tahu pasal politik. Dia orang kata dulu politik untuk menjaga keharmonian negara tetapi politik sekarang dah jadi lain..politik untuk isi perut..politik yang dah menghuru harakan minda rakyat.

Mana tidaknya, ahli politik bercakar sama sendiri. Masing-masing nak tunjuk bagus walhal tak ada apa pun yang di buat. Semua yang dibuat hanya untuk karier politik masing-masing. Karier politik bermakna periuk nasi dia orang.

Keadaan jauh berbeza dengan zaman Tun Mahathir. Macam-macam yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk negara. Siapa yang lupa dengan kemegahan KLCC, KLIA, Sepang F1 Circuit dan macam-macam lagi. Semuanya untuk Malaysia. Sekarang apa yang kita boleh banggakan?

Bangsa Melayu makin berpecah..Nak disatukan pun ada Melayu yang kata tak payah. Pasal kalau bersatunya Melayu, maka akan ada pemimpin Melayu yang miss periuk nasi. Soalnya, mana yang lebih penting?Nasib bangsa Melayu atau nasib seorang pemimpin Melayu?

Kesian tengok Perdana Menteri. Bersusah payah nak bangunkan negara yang majoritinya Melayu tetapi Melayu jugak yang jadi penghalang. Harga barang makin naik..rakyat dah mula mengeluh. Biarpun kita faham ada sebab tertentu kenapa harga dinaikkan.

PAS kata nak buat negara kebajikan. Itu manifesto masa pilihanraya. Di Selangor, Pakatan memerintah. Takkan PAS nak buat negara kebajikan, Selangor sebagai rakan politik tak mahu memberi kebajikan pada rakyat Selangor. Ini menjadi kayu pengukur. Tapi bila fikirkan balik, dah nama pun orang politik, cakap memang murah. Harga ayam dah naik RM 7 sekilo. Kerajaan Selangor tak nak beri subsidi ke pada rakyat Selangor kalau kata tindakan kerajaan Barisan Nasional pasal subsidi ni salah? Air macam mana di Selangor?Air di Selangor dah macam belacan rasanya. Ada yang kata jumlah klorin tak cukup masa penyulingan air pasal syarikat bekalan air tak mampu nak tampung jumlah pemberian air percuma?Mana yang betul aku pun tak tahu. Kepala otak aku makin lama makin buntu.

Sudah-sudahlah dengan politik. Rakyat jangan terus dibiarkan tertekan. Orang politik mungkin tak tahu dengan kesusahan yang dihadapi rakyat sekarang. Orang politik gaji dan kantungnya besar tak macam rakyat marhaen yang terpaksa fikirkan semua benda. Raya pun dah hampir..orang politik rasa ke debar seperti mana yang kami rakyat rasakan? Anak-anak dah mula menadah tangan minta dibelikan baju raya. Kalau orang politik tak mahu fikirkan ini semua, elok berhenti je jadi pemimpin.

Kita harap Barisan Nasional akan lebih tegas dalam hal politik. Jangan biarkan puak sebelah sana buat sesuka hati. Kalau dah diberi kuasa tapi tak gunakan kuasa, itu salah guna kuasa juga namanya.

Thursday, July 29, 2010

Tun Dr Ling Liong Sik : Pakatan kena ambil teladan

Amacam geng Pakatan?Bila bekas orang besar BN kena dakwa tak mau pulak kau orang kata telusnya kerajaan dan tidak campur tangan dalam urusan perundangan negara. Sunyi sepi juak juak Pakatan. Bila pimpinan Pakatan kena dakwa, macam macam perkataan yang keluar. Mahkamah tak teluslah, wujud campurtangan kerajaan lah...Tapi sekarang kenapa senyap sunyi?

Apapun kita jangan ganggu urusan pendakwaan Tun Ling Liong Sik ni..Kita serahkan pada sistem perundangan yang ada. Aku angkat topi pada Tun Ling Liong Sik kerana hadir ke mahkamah tanpa banyak songeh macam orang dalam Pakatan yang selalu sangat nak tangguh perbicaraan dia..

Inilah sikap pimpinan Pakatan yang sering berdolak dalik bila taik ayam terpalit kat batang hidung sendiri...Apa nak hairankan pasal dalam Pakatan kan ada wali terompah yang maksum yang boleh bila bila masa mengeluarkan fatwa untuk kepentingan ahli ahlinya..Kalau salah fatwa..neraka jahanam lah tempatnya..

Tuesday, July 13, 2010

Tak susah jadi Yang Berhormat



Mereka yang ke kawasan peranginan Bukit Belacan di hujung kawasan Ampang pasti akan melalui kawasan penempatan ini.Ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti.

Sejarah bagaimana kawasan kampong ini dibuka untuk memberi lot rumah kepada penduduk sekitar adalah sesuatu yang diketahui oleh semua mereka yang menikmati faedah itu.

Ia adalah hasil usaha bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang,Allahyarham Dato Mufti Shuib.

Namun kawasan yang teretak di kawasan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya di Ampang itu kini diwakili oleh ADUN Khasim Abdul Aziz yang menewaskan Ketua UMNO Bahagian Ampamng Dato Ismail Kijo semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Kawasan parlimennya pula diwakili oleh Zuraida Kamaruddin.

Pada ketika usaha pembangunan pakatan pembangkang sejak lebih dua tahun memerintah Selangor belum nampak sangat – salah satu yang menimbulkan persoalan kalangan penduduk tempatan ialah perbuatan ‘ mencilok’ usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh pimpinan BN.

Makanya kalau dulu ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti kini nama tempat berkenaan sudah bertukar kepada Kampong Bukit Seputeh.

Pertukaran namanya dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada Jun 2009 tidak lama selepas pilihanraya umum bulan Mac tahun itu.

Ada kalangan penduduk di situ melihatnya tidak lebih sebagai usaha untuk memadam jasa pemimpin BN yang bersusah payah membuka kawasan berkenaan.

“Kerja mudah…datang rasmi tukar nama saja.Usaha yang orang lain buat boleh main padam begitu saja.Kalau hebat sangat buatlah pembangunan sendiri untuk cari nama,”kata seorang penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut mengenai hal berkenaan.

Baginya pakatan rakyat memang ‘ masuk bawa beg saja’ ke Selangor kerana banyak pembangunan sudah dilaksanakan di negeri itu sejak merdeka.

“Kalau setakat macam tukar nama kampong dan masuk buat sikit sebanyak tak payahlah…tunggu kita tukar balik masa pilihanraya umum akan datang,”katanya.

-agendadaily.com

Sunday, May 23, 2010

Pancut tanda akil baligh?

'Akil baligh ini bukan saja semestinya dari segi umur seseorang tapi dalam politik pun ada akil baligh juga. Orang yang lompat parti dan masuk parti politik lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik' - Tuan Guru Nik Aziz.

Yang terjadi:

  • Kenapa PAS menyerahkan kerusi Parlimen Pasir Mas kepada YB Ibrahim Ali yang terkenal dengan sikap suka melompat parti?
  • Kenapa Pakatan menerima Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng yang melompat keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pakatan?Tidak cukup dengan itu Zaid Ibrahim diletakkan sebagai calon di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor yang baru lalu. Adakah Pakatan menerima wakil wakil rakyatnya di kalangan mereka yang tidak akil baligh di dalam politik?
  • Tidak ada istilah akil baligh pada masa perencanaan pelan 16 September bila mana Anwar Berahim dengan angkuh mendakwa ada ahli ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti dan menyertai Pakatan.
Soalan: Siapa yang tidak akil baligh di dalam politik??

Monday, May 10, 2010

Sibu: 1 Malaysia di hati calon DAP


Sama ada sedar atau tidak, calon DAP mengangkat jari menunjukkan simbol 1 Malaysia pada masa hari penamaan calon. Dan kalau ikut gambar di atas, calon Bebas itu pulak menggambarkan bahawa 1 Malaysia itu adalah satu gagasan yang amat baik dan seharusnya diterima pakai oleh rakyat Malaysia.
Biasanya dalam keadaan tidak sedar, tindakan dan perbuatan seseorang itu adalah ikhlas dan jujur. Mungkin di dalam hati calon DAP, beliau amat setuju dengan gagasan 1 Malaysia. Cuma mungkin malu alah untuk mengakui kehebatan gagasan 1 Malaysia.
Keadaan seperti yang digambarkan oleh calon DAP ini pastinya membuatkan Lim Kit Siang Malam, siang malam tidak tidur keresahan.
Pesanan kepada calon DAP dan lain lain dalam Fuckatan yang setuju dengan Gagasan 1 Malaysia 'Kalau bapak salah, sebagai anak tegurlah bapak anda dalam nada yang berhemah'..Jangan hipokrit terhadap diri sendiri..

Sunday, April 18, 2010

Hulu Selangor : Sandiwara Pakatan Rakyat yang menipu Rakyat

1) Bila ADUN BN lompat parti masuk ke Pakatan, Pakatan kata itu hak ADUN dan itulah demokrasi yang halal tetapi bila ADUN Pakatan lompat parti masuk ke BN, Pakatan kata itu haram dan mempersendakan rakyat

2) Bila Mufti Perak sokong PAS, Pakatan kata Mufti Perak lah ulama terbilang tetapi bila Mufti Perak tegur PAS, Mufti Perak di maki hamun

3) Bila Pakatan menang dalam pilihanraya, bagai nak gila Pakatan puji Suruhanjaya Pilihanraya tetapi bila Pakatan kalah, Suruhanjaya Pilihanraya menjadi bahan yang dipersalahkan.

4) Semasa Pakatan memerintah Perak, Sultan Perak dikata paling adil tetapi bila Pakatan hilang kuasa di Perak, bekas Menteri Besar sanggup sembah derhaka

5) Sebelum berkuasa, beria-ia mahu melaksanakan hukum hudud tetapi apabila ditegur oleh Karpal Singh, hukum hudud disimpan rapi di dalam almari

6) Bila Pakatan buat demonstrasi, Pakatan kata itulah demokrasi tetapi bila BN buat demonstrasi, isu perkauman pula yang Pakatan mainkan

7) Bila Pakatan menang pilihanraya, Pakatan kata itulah demokrasi tetapi apabila kalah, Pakatan kata ada pengundi hantu

8) BILA ORANG UMNO MEMBACA AL-QURAN, PAKATAN KATA ITU HIPOKRIT TETAPI APABILA ORANG DAP BACA AL-QURAN (DI DUN PERAK) PAKATAN PUJI MELANGIT SAMPAI ADA YANG DIIBARATKAN SEPERTI SEORANG KHALIFAH

9) Bila UMNO ajak PAS berdamai, PAS kata pergi jahanam tetapi bila orang kafir DAP ajak bersatu PAS terus setuju biarpun dahulu PAS kata DAP seperti syaitan

10) BILA MULAKAN CERAMAH, BACA BISMILLAH DAN MEMUJI NABI TETAPI MASA TENGAH CERAMAH, HABIS SEMUA DI MAKI

Orang Hulu Selangor bahkan rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya menipu rakyat dan Pakatan Rakyat tiada pendirian yang jelas. Pakatan Rakyat kempenkan 'Selamatkan Malaysia' dan aku nak tanya Pakatan apa yang perlu diselamatkan? Sebenarnya kita kena selamatkan Malaysia dari pembohong besar yang membuat Pakatan jahat terhadap rakyat. Orang Hulu Selangor renung-renungkanlah...

Monday, April 12, 2010

Hulu Selangor: Nujum PKR sekadar Nujum Pak Belalang

Pakatan Rakyat akan umumkan calonnya malam ni 13hb April sedangkan Barisan Nasional hanya akan umumkan calonnya pada 15hb April ni..apa yang ada pada tarikh-tarikh tu?Tidak ada apa sebenarnya cuma yang ada jelas menunjukkan pembohongan PKR. Hari tu PKR kata akan letak Zaid sebagai calon sekiranya Barisan Nasional letak Dato' G sebagai calon untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Barisan Nasional masih tak umumkan calonnya tapi Pakatan dan ambil pendekatan untuk umumkan calonnya yang dikatakan Zaid. Kalau ikut rakan blogger ohpolitik.blogspot.com MK Presiden Pakatan dah sebutkan nama Zaid sebagai calon. Macam nujum pulak Pakatan kerana awal-awal lagi dah pilih Zaid sebagai calon kerana Barisan Nasional hanya akan umumkan calonnya pada 15hb.

Sebenarnya, pemilihan Zaid adalah agenda Pakatan semata-mata. Tidak ada suara dari pengundi Hulu Selangor yang mahukan Zaid. Pencalonan Zaid hanyalah untuk memberi hayat politik kepada Zaid. Zaid bukan anak jati Hulu Selangor jadi apa yang relevannya letak Zaid di Hulu Selangor?Kalau ikut Nik Aziz dia dulu pernah kata nak beri ruang kepada anak-anak Kelantan untuk bertanding di Kelantan..Katanya senang berkhidmat kepada rakyat..jadi kenapa Pakatan cakap tak senada dengan Nik Aziz. Adakah tidak ada calon yang layak dari Pakatan untuk diletakkan sebagai calon di Hulu Selangor atau adakah pemilihan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor dengan mengharapkan kemenangan yang mana akan melahirkan pengganti Nuar Berahim sekiranya kes liwat tidak menyebelahi Nuar Berahim?

Benar, Zaid keluar dari kepompong UMNO..begitu juga Nuar Berahim..tapi bila kecewa kerana gagal mendapatkan apa yang diinginkan sama-sama menyertai Pakatan...Adakah Pakatan hanya sebagai platform kepada mereka yang kecewa di dalam mengejar agenda politik? Secara ringkasnya.."ZAID DIUTAMAKAN, AGENDA POLITIK DIDAHULUKAN...RAKYAT HULU SELANGOR DIANAKTIRIKAN'.

Begitu jerihnya anak-anak Hulu Selangor yang inginkan pemimpin yang boleh membela nasib mereka. Adilkah pengundi Hulu Selangor kepada tanah Hulu Selangor sekiranya memilih Zaid anak Kelantan sebagai wakil rakyat mereka?Adakah Zaid akan sentiasa berada di Hulu Selangor tanpa pulang ke Kelantan?Bagaimana nasib anak-anak Hulu Selangor sekiranya Zaid bertanding untuk kerusi parlimen Kota Bahru pada pilihanraya umum ke 13 nanti justeru menampakkan apa yang akan dijanjikan oleh Pakatan pada kempen di Hulu Selangor nanti adalah satu retorik kerana Zaid tidak akan selamanya mahu menjadi wakil rakyat di Hulu Selangor yang bukan tanah kelahirannya.

Yang terbaik....calon Barisan Nasional seperti kata Tan Sri Muhyiddin adalah dari kalangan anak jati Hulu Selangor yang sentiasa akan ada bila diperlukan oleh anak-anak Hulu Selangor..Perlu diingat oleh anak-anak Hulu Selangor biarpun CALONNYA DARI MIC TAPI INDUKNYA ADALAH UMNO..PENDUKUNG MELAYU...