Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Monday, September 22, 2014

MB Selangor: Jangan jadi derhaka!!!


Esok Menteri Besar baru Selangor akan diumumkan..

Khabarnya Azmin Ali ADUN Bukit Antarabangsa akan menggantikan Khalid sebagai MB.

Selagi belum sah dan angkat sumpah tak perlulah buat spekulasi atau tekaan dan ramalan nujum.

Serahkan saja pada Baginda Tuanku Sultan untuk buat pilihan.

Kalau suatu ketika DAP dan PKR dikatakan derhaka kerana engkar titah dengan hanya menghantar satu nama sebagai calon MB jangan pulak kita sama menjadi derhaka dengan mempersoalkan pilihan Sultan.

Tak perlulah nak menulis di laman sosial dengan istilah ais krim dan sebagainya.

Tentulah Baginda Sultan Selangor telah mempertimbangkan semasak masaknya siapa yang perlu dinobatkan sebagai Menteri Besar. 

Kalau benarpun ada pilihan lain pada pihak PKR dan DAP biarlah Baginda Sultan Selangor yang memutuskannya.

Sebagai rakyat terima sahajalah pilihan Baginda Sultan Selangor...

p/s: Jangan jadi derhaka!!! Di antara kita ramai sangat yang merasa terlalu bijak membuat keputusan

Wednesday, August 13, 2014

Aduhai Pak Sheikh..!!! Malang sungguh nasibmu...



Langit tidak selalu cerah Pak Sheikh...

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..

Setinggi tinggi ilmu adalah ilmu tak tahu..Pak Sheikh jangan fikir manusia terlalu bijak..Manusia merancang Tuhan menentukan..

Sabar manusia ada hadnya..Sarang tebuan jangan dijolok..Rakyat PAS mula bingkas bangun memberontak untuk melesukan langkah Pak Sheikh..

Yang dikendung keciciran yang dikejar tak dapat...

Doa orang orang teraniya pasti makbul...Pak Sheikh mesti tahu tu..Tanyalah Khalid MB Selangor macam mana dia berdoa..tanyalah rakyat PAS bagaimana mereka mengerjakan solat hajat untuk Khalid MB Selangor..

Apabila timbul kebenaran..kebatilan pasti hilang lenyap..

Perahu sudah di air..pendayung sudah di tangan..teruslah mendayung Pak Sheikh..Untung sabut timbul .. untung batu tenggelam..

Jangan lupa Pak Sheikh..kami menanti dayungan Pak Sheikh..kalau tersadung tenggelam pasti kami akan kata LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABUNYA..BIARKAN BIARKAN!!!

Kini ketam tidak lagi mahu jalan mengiring seperti ibunya...Tanggang sudah tahu peritnya badi menderhaka..Jebat sudah tahu erti bala bila derhaka kepada Baginda Sultan Melaka..

Orang tua selalu berpesan jangan terlalu gembira kerana nanti dihujungnya airmata jatuh berderai derai..

Sudah jatuh ditimpa tangga..Saiful Bukhari datang membawa surat saman RM50 juta..Berat mata memandang berat lagi bahu memikul ya Sheikh..!!

Baru tahu tingginya langit...baru tahu pahitnya hempedu??? 

p/s: Sikat rambut tu ya Sheikh!!!

Saturday, May 25, 2013

Punca BN kalah di Gombak..!!


Kalau bertanya pada Jebat kerja apakah kerja yang paling mudah maka Jebat akan jawab kerja yang paling mudah ialah kerja sebagai Yang Berhormat.

Buktinya? Tanyalah Azmin..Tanyalah pada Azmin berapa kali dia ada turun padang berjumpa dengan pengundi dan rakyat di kawasan Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. 

Tanyalah kepada pengundi di Parlimen Gombak, Hulu Kelang, Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa berapa kali Azmin turun padang berjumpa pengundi a.k.a rakyat  semasa tempoh berkempen dalam PRU yang baru lalu.

Tanyalah Azmin berapa kali jalan menuju ke Ukay Perdana yang sentiasa berlopak itu dilalui oleh kenderaan Azmin? 

Sudahnya Jebat terfikir, tanyalah Azmin berapa kali dia ada melawat ibunya di Genting Klang. Kalau ibu sendiri pun dia tak hiraukan maka tak hairanlah kalau pengundi Gombak dan Bukit Antarabangsa kena tunggu lagi 5 tahun dalm PRU ke 14 untuk melihat kelibat Azmin. 

p/s: Tapi kenapa Azmin masih menang di Gombak dan Bukit Antarabangsa? Ada yang kata Azmin menang kerana calon BN di Gombak dan Bukit Antarabangsa tidak se handsome Azmin..Oh my English..Hahaha..PM kena tentukan calon BN dalam PRU ke 14 nanti kena handsome!!

Saturday, May 5, 2012

Syurga di bawah telapak kaki ibu..syurga dunia bukan di dalam jamban?


UMUM tahu bahawa syurga  anak terletak di bawah telapak kaki  ibu dan syurga  isteri terletak di bawah kaki  suami.

Biar seteruk mana atau seburuk mana pun  ibu, sebagai anak tentulah nama ibu harus dijulang setinggi langit. Tiada kompromi di dalam bab ini. Tanyalah kepada mana mana ibu di seluruh dunia, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Cuma acap kali kita dengar anak yang sering melupakan ibu.

Benarlah kata ibu, ibu boleh membesarkan dan menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat membela dan menjaga seorang ibu.

Tanpa ibu, tidak mungkin dan amatlah mustahil anda akan dapat melihat dunia. Tanpa didikan yang baik daripada ibu belum tentu anda dapat menjadi manusia yang berguna. Tiada ibu di dalam dunia yang ingin melihat anaknya binasa kecuali anak sendiri yang mahu membinasakan dirinya.

Adakah wajar seorang anak dengan segala kemampuan dan kereta mewah apatah lagi jarak di antara rumah mereka cuma sekangkang kera menghadapi masalah yang besar untuk menjengah ibu di rumah tatkala ibu menghitung detik detik senja?

Ibu tidak pernah mengharapkan wang ringgit cukuplah sekadar mendapat perhatian anak. Tentulah amat malang jika kita sebagai anak gagal memberikan kasih sayang kepada ibu. Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Apalah yang ada pada nama dan pangkat yang tinggi kerana apabila mati kelak semuanya akan ditinggalkan. Ingatlah bahawa kasih ibu membawa ke mati dan ibu jugalah yang akan mendoakan kehidupan anda di akhirat kelak. Sesungguhnya jawatan dan kedudukan yang anda kejar di dunia hanya akan menjadi beban kepada anda dan itu adalah ujian kepada anda untuk melihat sejauh mana keihklasan anda sebagai manusia.

Nama anda mungkin gah di mata rakyat tetapi semuanya itu tidak bernilai dan menjadi sia-sia jika anda tidak menjalankan kewajipan utama sebagai anak. Adakah anda akan dikira sebagai pemimpin terhebat jika anda gagal memimpin diri anda sendiri untuk menjadi anak yang berguna? Adakah anda sudah tidak punya belas kasihan kepada ibu yang setiap hari mengintai-intai kepulangan anda?

Alangkah besar dosa anda kepada ibu. Adakah anda fikir sahabat dan boss yang anda junjung itu akan membawa anda ke syurga? Percayalah semakin kuat anda melupakan ibu anda semakin kuatlah dugaan dan musibah yang akan Allah berikan pada anda. Anda boleh buang jauh jauh segala tanggapan itu tetapi ingatlah tatkala nyawa berada di hujung halkum dengan anda bergelumang dosa pada si ibu, pada ketika itulah anda akan sedar bahawa langit tidak akan dapat anda gapai. Baru anda kenal yang mana emas dan yang mana intan.

Jarang benar kita dengar orang menyesal dahulu. Sebagai sesama manusia Jebat ingat menasihatkan kepada si anak, sementara anda masih berpeluang anda perlu segera menebus dosa. Ingatlah yang di sebelah anda bukanlah sahabat tetapi sebenarnya syaitan yang bertopengkan manusa.

Sedangkan tidak bertegur sapa sesama jiran atau sedara anda selama tiga hari pun sudah dikirakan dosa bayangkan sahaja dosa anda pada ibu anda.

Syurga yang berada di bawah telapak kaki ibu anda adalah syurga yang nyata dan benar tetapi syurga yang rakan politik anda tawarkan itu adalah syurga buatan sendiri yang tarafnya samalah seperti si Dajjal yang menawarkan sebotol air kepada manusia.

Andalah yang menjadi penentunya..Anda pilih si ibu atau anda pilih si DAJJAL?..

Sunday, December 12, 2010

Apa jawapan Azmin?


Lama tak mendengar khabar Umi Hafilda Ali..tiba-tiba muncul dengan permintaan yang merobek hati seorang abang. Begitulah kisah sayangnya seorang adik kepada abang kandung. Mungkin kerana tidak lagi tertahan perilaku abang yang menjolok mata.

Andaikata orang lain yang mahukan supaya Azmin bertaubat mungkin benar kalau dikatakan ada unsur-unsur percaturan politik tetapi jika seorang adik kandung mahukan abangnya bertaubat, mungkin sahaja ada perkara kurang elok yang sedang dilakukan oleh si abang.

Perkataan seperti khianat pada bangsa dan negara adalah ayat yang cukup berat maknanya. Kalau di kampung semasa aku kecil kalau perkataan sebegitulah yang aku lemparkan pada abang kandung aku, mahu saja pelempang jepun hinggap di muka aku.

Mungkin Azmin tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang pada Umi Hafilda kerana carik-carik bulu ayam pasti bertaut semula dan air dicincang takkan putus.

Setidak-tidaknya Azmin kenalah menafikan apa yang Umi Hafilda dedahkan. Tetapi sudah banyak hal yang Azmin mengambil sikap mendiamkan diri. Suatu ketika dulu bloggers mencabar Azmin untuk buat ujian DNA berhubung soal anak. Apakah dalam soal ini Azmin akan bersuara mempertahankan dirinya?

Rasanya Azmin hanya akan bersuara kepada perkara-perkara yang boleh menggugat kepentingan politiknya di dalam PKR dan hanya akan bersuara mempertahankan Nuar Berahim.

Kita cabar saja Azmin bersumpah menafikan apa yang Umi Hafilda telah dedahkan. Soalnya, beranikah Azmin atau mungkinkah Azmin akan mendiamkan diri dan membuat pelbagai helah seperti mana isu sumpah yang dicabar kepada bossnya, Nuar Berahim?

Atau mungkinkah ayat lazim dengan mengatakan ini adalah konspirasi jahat UMNO akan terus dilagukan oleh Azmin untuk mencari jalan keluar mudah?

Rakyat tidak sebodoh dahulu dan tentunya ayat yang keluar dari mulut Umu Hafilda akan membuatkan rakyat berfikir 2 kali untuk terus menolak apa yang Umi Hafilda telah dedahkan.

Rasanya, Azmin tidak akan dibuai mimpi indah malam ini!!!

Sunday, May 9, 2010

Sibu: Antara Azmin Ali dan masyarakat Iban

Pertemuan secara berdepan mata dengan pemimpin Iban membuatkan hati tersentuh mengenangkan semangat kecintaan dan sayangnya masyarakat Iban pada kedamaian negara sejak merdeka. Siapa yang tidak sedar bahawa masyarakat Iban adalah suatu golongan yang terkenal dengan keberanian sehingga banyak melahirkan komando-komando terlatih di kalangan tentera-tentera Malaysia.

Semasa berdepan dengan Tuai Rumah Panjang, secara terus terang mereka mengakui mereka akan terus menyokong Barisan Nasional biarpun beberapa kemudahan asas masih belum mereka perolehi. Semuanya kerana kecintaan terhadap keharmonian negara. Terima kasih kita ucapkan kepada masyarakat Iban yang tahu menghargai keharmonian negara tidak seperti puak Fuckatan yang tidak sudah-sudah cuba merobek nilai keharmonian negara yang telah sekian lama kita pupuk.

Bayangkan sudah jadi Ahli Parlimen dan wakil rakyat tetapi masih tamakkan kemewahan hidup. Apa lagi yang puak Fuckatan mahukan di dalam hidup mereka?Kalau dibandingkan hidup pemimpin Fuckatan ni jelas dan amat nyata bahawa kehidupan mereka jauh lebih baik daripada masyarakat Iban ini. Dek kerana ketamakkan, pimpinan Fuckatan terus membuang rasa kecintaan kepada negara justeru semata-mata untuk memenuhkan tembolok mereka.

Seperti yang berlaku malam tadi di Rejang Park, begitu berapi-api Azmin Ali membusukkan pimpinan Melayu UMNO. Adakah Azmin sengaja membakar api kebencian orang-orang bukan Melayu terhadap pemimpin Melayu?

Sebagai orang Melayu, Azmin seharusnya membela Melayu. Andaikan apa yang boleh dibuat oleh Azmin terhadap negara jika beliau tergamak membusukkan bangsanya sendiri.
Pesanan buat Azmin...jangan sibuk sibuk di Sibu..selesaikan dulu masalah jalan di Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa di mana Azmin adalah wakil rakyat kawasan tersebut. Jalan di Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa lebih teruk dari muka orang yang dipenuhi jerawat. Cermin-cerminkan diri Azmin...

Monday, April 19, 2010

Hulu Selangor :Apa beza pernah minum dengan sudah berhenti minum?

Azmin Ali cabar BN untuk buktikan Zaid kaki botol? Pada asasnya, kita tidak perlu melayan cabaran si Azmin ni kerana hanya buang masa. Bila semalam Zaid kata yang dia memang pernah minum bahawasanya keadaan dan ketika minum itu diperakui oleh tuan punya badan. Seharusnya Azmin tanya pada si Zaid sendiri. Ke Azmin ada rasa segan silu nak berdepan empat mata dengan si Zaid yang diibaratkan seperti anak emas baru di dalam Pakatan?

Sebenarnya, cabaran Azmin ni ada udang yang tersembunyi. Azmin sudah ketinggalan bas di dalam Pakatan sejak kehadiran Zaid yang diwar-warkan akan menggantikan Nuar sekiranya apa-apa terjadi pada Nuar hasil perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful. Keduanya, Azmin akan dilihat hero kepada Pakatan sekiranya tidak dapat dibuktikan kepada umum oleh BN bahawa Zaid memang pembotol tegar kerana isu botol ini amat merungsingkan Pakatan menjelang detik pembuangan undi pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25hb ni. Jelas, Azmin mempunyai kehebatan bermain permainan serampang dua mata bilamana kedua-dua keadaan yang menangnya adalah AZMIN.

Ini politik dan bukan permainan silap mata. Dalam politik keadaan lebih handal berbanding permainan silap mata. Politik adalah suatu keadaan di mana memungkinkan yang mustahil. Jika isu botol ini mahu dibuktikan bermakna kita cuma memenangkan Azmin. Ini soal menanamkan persepsi rakyat terhadap isu. Sehingga ke hari ini, tidak ada gambar yang jelas yang membuktikan bahawa terlibatnya VVIP BN dengan perempuan Mongolia. Justeru, apa yang Zaid katakan bahawa dia sudah berhenti minum maka DETIK DAN KEADAAN DIA PERNAH MINUM ITU WUJUD.

Soal minum adalah soal minum. Mungkinkah bila berdepan dengan Allah kelak akan keluar perkataan 'ah itu dulu tapi aku dah berhenti minum'? Jadi soal politik tidak akan dapat mengatasi kekuasaan Allah. Apa perlunya dilayan cabaran Azmin yang hanya akan memenangkan Azmin. Kalau itu menjadi persoalannya...kita minta Azmin untuk mencabar Zaid untuk bersumpah untuk menafikan yang dia tidak pernah minum tetapi rasanya keadaan itu barang mana mungkin kerana BOSS AZMIN YANG SEMAKIN MELUPAKAN AZMIN PUN SAMPAI KE HARI NI TIDAK ANGKAT SUMPAH MENGATAKAN YANG DIANIAYA BILAMANA DITUDUH MELIWAT SAIFUL. Sampai bila kita mahu menafikan kehebatan mukjizat yang MERUPAKAN SEBAIK-BAIK HAKIM...Ini soal akidah.

Saturday, April 17, 2010

Hulu Selangor: Mana perginya Unit Amal PAS?

Tarikh pilihanraya kecil Hulu Selangor dah semakin hampir..Seminggu je lagi..Puak pencacai Pakatan dah mula buat riuh rendah..dah mula usung bendera ke hulu ke hilir..Yang best..Tok Haji dan Mak Haji yang berkopiah dan bertudung litup pun sibuk usung bendera..kalau bendera PAS satu katalah jugak..aku boleh faham pasal dia orang ni dah macam takde pilihan lain nak ke syurga tapi kalau dah usung bendera DAP berlambang roket tu aku tak faham..nak ke mana haluannya..nak jadi calon angkasawan ke?

Semua trend pencacai Pakatan ni kita semua dah faham..Seluar singsing ke buku lali, muka serabai macam apam balik...cuma satu je yang tak nampak di Hulu Selangor ni..MANA PERGINYA UNIT AMAL PAS?Kau orang takkan tak tahu Unit Amal ni apa tugas dia?Yang macam penjaga parking kereta haram tulah...yang kalau ada ceramah Pakatan dia orang nilah yang dah jadi macam polis pencen jaga lalu lintas. Tapi kelibat pencacai penjaga parking ni tak nampak di Hulu Selangor.Ada logiknya kalau ada suara yang didengari kata Unit Amal kurang bersetuju bila Zaid diletakkan sebagai calon di Hulu Selangor.

Yelah dah nama pun Unit Amal..takkan nak beramal dengan segala jenis botolkan..Pasal tu agaknya Unit Amal terpaksa melepaskan portfolio penjaga parking kereta. Tak masyuk nampaknya Unit Amal di Hulu Selangor.

Nampak gaya macam Unit Amal tahu yang Zaid ni ada hobi hantam 'air anggur peram'. Takut terpercik air anggur agaknya Unit Amal ni..Leceh bhai kalau nak kena samak dengan air lumpur..Kalau boleh samak..kalau dah jadi darah daging macam mana nak samak?Syurga PAS mungkin tak ambil ni semua sebagai ukuran.Jangan orang Hulu Selangor terpercik air anggur peram sudah...Mintak jauhkan...

p/s : Khabarnya Azmin Ali cabar blogger buktikan yang Zaid ni kaki botol tegar dan ada blogger yang dah sahut cabaran Azmin tu..Azmin tahu dan semua orang tahu kisah Zaid Ibrahim..apa perlu Azmin cabar blogger?Macam nak kenakan Zaid je..Pukul anak sindir menantu ke Azmin?Kesian Azmin namanya tenggelam di Hulu Selangor kerana Pakatan sedang sibuk menggilap batu akik dari Kelantan..Aku dah cakap dulu, Azmin Ali lebih layak jadi Dato' Menteri Besar Selangor..Makin tertinggal nampaknya Azmin..

Monday, February 1, 2010

Cerita apa ni?

PKR ni ibarat tin kosong..Tambah teruk tin kosong yang berkarat yang dalamnya penuh dengan ulat-ulat. Tuduh sana, tuduh sini tapi bila mintak bukti satu pun tak boleh nak kemukakan.

Dalam kes gereja yang terbakar di Desa Melawati, Azmin Ali dengan penuh bangga dan muka control macho kata yang dia ada bukti bahawa Pemuda UMNO terlibat dalam hal ni. Siap dengan muka separuh masak kata ada nombor kad pengenalan dan tengah sibuk nak cari nombor keahlian UMNO mereka. Seperti kata rakan blogger PISAU, dah seminggu Azmin cakap pasal benda ni tapi sampai saat ni habuk pun tak ada. Bukan setakat nombor keahlian UMNO tapi nama yang dia dakwa terlibat tu pun tak didedahkan. Perkataan AKAN dah jadi macam makanan ruji PKR. Akan boleh jadi esok, lusa, bulan depan atau sampai kiamat. Jawabnya memang tak adalah tu. Kalau dah memang tin kosong sampai bila-bila tin kosong..tunggu masa nak berkarat je. Bang Nuar AKAN KE MAHKAMAH KE ESOK?AKAN JUGAK..TAPI AKAN YANG NI PASTI BRO...

Ahli Parlimen Indera Mahkota pulak kata yang dia cuba dibeli oleh Dato' Sri Jamaluddin Jarjis untuk lompat parti sertai UMNO. Siap kata ada sms yang Dato' Sri JJ hantar. Lepas tu mengadu pulak pada Nuar Berahim pasal sms ni. Kalau betul ada sms tu bila nak dedahkan pada umum? Buat sidang akhbar ke..tapi haram satu pun tak ada. Kalau betul ada sms tu, Nuar Berahim mesti dah berlari telanjang bulat seluruh Malaya. Gila, baik punya bom boleh hentam UMNO kalau sms tu betul wujud. Soalnya, mana sms tu?Setakat cakap semua orang boleh cakap Bhai..N.Ajis boleh le lu kencing..Sorry bro...lompat-lompat parti tak main bro..Katak je yang suka lompat-lompat..Sekarang itu katak dah lompat kat muka lu orang balik siap berakkan lagi..Apa mahu cerita bhai? Lagipun UMNO tak perlu orang orang macam lu untuk join UMNO..Kalau lu nak berenti lu punya pasal..bolehlah apply jadi penghulu ke apa ke..

PKR dah jadi Parti Kencing Rakyat...patutlah tin-tin kosong habis berkarat kena air kencing seorang jaguh tusukan arjuna..depan belakang sama sahaja..KY Jelly...sila hubungi stokis..HOUSE PK...

Friday, January 29, 2010

Azmin kata Pemuda UMNO bakar gereja

Azmin Ali kata dia ada bukti yang menunjukkan pemuda UMNO terlibat dalam kes membakar gereja di Desa Melawati tempoh hari. Wah..angkuh benar nampaknya Azmin bila dapat menyalahkan UMNO yang entah betul entah tidak terlibat dalam kes tu. Kalau betul kau tunggu bapak apa lagi Azmin..dedahkan tak payah nak tunggu. Kau tak payah nak jadi Bang Nuar kau tu semua nak tangguh-tangguh. Kalau dah betul kau ada bukti kau keluarkan..Ke kau acah je bai??
Kami orang orang UMNO bukan macam puak Fucktan yang tak boleh nak terima kalau ada kesilapan yang kami buat. Kami akan terima..Tapi kalau betul pun mangkuk yang bakar tu adalah pemuda UMNO kami nak kau tau bukan keje pucuk pimpinan UMNO nak jaga semua aktiviti ahli ahli UMNO 24 jam..Lain ke kalau macam Fucktan yang kejenya 24 jam politik 24 jam nak cari salah orang. Lagipun apa nak hairan..ada orang BINI DEPAN MATA PUN TAK BOLEH NAK JAGA, SAMPAI KENA SAPU DENGAN ORANG LAIN PUN TAK APA..INIKAN PULAK PUCUK PIMPINAN UMNO NAK MENJAGA JUTAAN AHLI AHLI UMNO.

Kalau betul kau ada bukti tu kau keluarkan tak payah nak tangguh tangguh dan pusing pusing cerita lagi..Semua orang dah tahu helah murah puak puak Fuckatan yang suka pusing pusing cerita ni..Aku tak kan sibuk nak tahankan kalau yang bakar gereja tu betul betul pemuda UMNO..UMNO berprinsip SALAH TETAP SALAH, BENAR TETAP BENAR..tak macam abang Nuar kau tu nak ke mahkamah nak buktikan yang dia kononnya tak buat tusukan arjuna tu pun takut..KALAU TAKUT TU APA? ORANG KATA TAKUT KERANA SALAH, BERANI KERANA BENAR..lu pilih lu nak yang mana!!!!

Monday, November 16, 2009

Bukti Azmin kaya raya




1. Rundingan malam tadi sukses! Informer telah menyerahkan dua salinan dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar serta keluarga yang bernilai hampir setengah juta RM. Semuanya jelas atas nama Azmin dan isterinya.

2. Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.

3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini).

4. Menurut sumber BPR, salahlaku Azmin berkaitan rasuah dan salahguna kuasa pernah diadukan kepada mereka. Namun aduan ini tidak kemana. Apakah AnWAR campurtangan menghalang siasatan ke atas Azmin? Apakah kes ini yang dimaksudkan? Kita tidak tahu, AnWAR dan Azmin perlu tampil menjelaskan keadaan!

5. Menurut informer, ada lagi pemilikan saham-saham atas nama Shamsidar jyang bernilai jutaan RM. TAktik apakah ini? Apakah ia sebagai proksi atau imbuhan? Dan menurut sumber itu lagi, beliau sudi untuk memberikan salinan dokumen yang dimaksudkan kepada blogmaster selepas ini. Pasti 'lakonan' AnWAR dan Azmin menafikan semakin menarik. Sama-sama kita nantikan salinan dokumen seterusnya.....


sumber dari x-pkr