Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

Aduhai Pak Sheikh..!!! Malang sungguh nasibmu...



Langit tidak selalu cerah Pak Sheikh...

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..

Setinggi tinggi ilmu adalah ilmu tak tahu..Pak Sheikh jangan fikir manusia terlalu bijak..Manusia merancang Tuhan menentukan..

Sabar manusia ada hadnya..Sarang tebuan jangan dijolok..Rakyat PAS mula bingkas bangun memberontak untuk melesukan langkah Pak Sheikh..

Yang dikendung keciciran yang dikejar tak dapat...

Doa orang orang teraniya pasti makbul...Pak Sheikh mesti tahu tu..Tanyalah Khalid MB Selangor macam mana dia berdoa..tanyalah rakyat PAS bagaimana mereka mengerjakan solat hajat untuk Khalid MB Selangor..

Apabila timbul kebenaran..kebatilan pasti hilang lenyap..

Perahu sudah di air..pendayung sudah di tangan..teruslah mendayung Pak Sheikh..Untung sabut timbul .. untung batu tenggelam..

Jangan lupa Pak Sheikh..kami menanti dayungan Pak Sheikh..kalau tersadung tenggelam pasti kami akan kata LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABUNYA..BIARKAN BIARKAN!!!

Kini ketam tidak lagi mahu jalan mengiring seperti ibunya...Tanggang sudah tahu peritnya badi menderhaka..Jebat sudah tahu erti bala bila derhaka kepada Baginda Sultan Melaka..

Orang tua selalu berpesan jangan terlalu gembira kerana nanti dihujungnya airmata jatuh berderai derai..

Sudah jatuh ditimpa tangga..Saiful Bukhari datang membawa surat saman RM50 juta..Berat mata memandang berat lagi bahu memikul ya Sheikh..!!

Baru tahu tingginya langit...baru tahu pahitnya hempedu??? 

p/s: Sikat rambut tu ya Sheikh!!!

Sunday, August 10, 2014

Pecat lah Exco kau tu!!



Khalid Ibrahim sudah dipecat.

Sebabnya, sekadar nak memberi laluan kepada nenek kipas, Wan Ajijah bini Nuar Berahim menjadi Menteri Besar. Memang keluarga kroni. 

Peduli apa kita kalau Khalid  di pecat. Bukan masalah kita. Bukan masalah BN. Dia tetap seteru politik kita. Usah tunduk dan simpati. Sikit pun tidak. 

Geng PKR kata UMNO kemaruk nak tarik Khalid sertai UMNO. Kirim salam pada Tok Anjang bebudak PKR. Setakat macam Khalid  tak pernah kita orang hairan. Kalau Khalid nak sertai PAS itu dia punya pasal. Ada aku kisah?

Kalau Jebat jadi Khalid sudah lama Jebat bertindak kejam macam mana kejamnya PKR memecat Khalid. Apa kata Khalid pecat semua Exco dalam kerajaannya? (ini cadangan Roslan Bian Agendadaily). Baru ganas dan jantan..Untung untung boleh kurang Gap Gap..!! Apa Nuar Berahim nak buat kalau Khalid pecat semua exco kerajaan negeri? Silap silap Nuar Berahim pulak Gap Gap..!!!

Atau lagi ganas..Khalid minta perkenan Sultan..Bubar DUN!! Khalid boleh sertai PAS dan bertanding atas tiket PAS.

Bebudak PKR jangan ingat kita nak tewaskan kerajaan Selangor dengan cara merayu lebihan PKR masuk UMNO. Kirim salam sekali lagi pada Tok Anjang kau orang...!!

Kita jantan dan andaikata kita bertembung sekali lagi dalam Pilihanraya Negeri akibat pembubaran DUN..kita sudah sedia..!!! Kalah menang biar bermaruah!!

Saturday, June 1, 2013

Apa salah Nuar meliwat? Kepala hotak!!!


Orang yang buta mata hatinya, hitam hatinya dan tebal hijabnya pasti akan mengeluarkan ayat seperti yang tertera di atas.

Kita cuma harap kedua dua samdol di atas bukanlah orang Islam. Kalau orang Islam berkata macam ni berat sungguh pegangannya.

Kalau melihat kepada gambar Namrong Useng itu anda sendiri boleh klasifikasikan beliau orang yang bagaimana. Mungkin asal ada lubang merupakan pegangan Namrong. 

Jelas, mereka bukan memperjuangkan keharmonian negara sebaliknya memperjuangkan hubungan lelaki sesama lelaki, memperjuangkan seks bebas, memperjuangkan lekaki cium mulut lelaki, memperjuangkan lubang depan dan belakang semua boleh tusuk. 

Aduhai..kalau bossnya gilakan lubang, lubang itu jugalah yang diimpikan anak didiknya. Ketam takkan mampu mengajar anaknya berjalan lurus.

p/s: Kredit kepada shabat blogger panggungopera.blogspot.com

Saturday, May 25, 2013

Punca BN kalah di Gombak..!!


Kalau bertanya pada Jebat kerja apakah kerja yang paling mudah maka Jebat akan jawab kerja yang paling mudah ialah kerja sebagai Yang Berhormat.

Buktinya? Tanyalah Azmin..Tanyalah pada Azmin berapa kali dia ada turun padang berjumpa dengan pengundi dan rakyat di kawasan Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. 

Tanyalah kepada pengundi di Parlimen Gombak, Hulu Kelang, Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa berapa kali Azmin turun padang berjumpa pengundi a.k.a rakyat  semasa tempoh berkempen dalam PRU yang baru lalu.

Tanyalah Azmin berapa kali jalan menuju ke Ukay Perdana yang sentiasa berlopak itu dilalui oleh kenderaan Azmin? 

Sudahnya Jebat terfikir, tanyalah Azmin berapa kali dia ada melawat ibunya di Genting Klang. Kalau ibu sendiri pun dia tak hiraukan maka tak hairanlah kalau pengundi Gombak dan Bukit Antarabangsa kena tunggu lagi 5 tahun dalm PRU ke 14 untuk melihat kelibat Azmin. 

p/s: Tapi kenapa Azmin masih menang di Gombak dan Bukit Antarabangsa? Ada yang kata Azmin menang kerana calon BN di Gombak dan Bukit Antarabangsa tidak se handsome Azmin..Oh my English..Hahaha..PM kena tentukan calon BN dalam PRU ke 14 nanti kena handsome!!

Friday, May 17, 2013

Anuar cabar Anwar


Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mencabar bekas bossnya Anwar Ibrahim untuk membuat pengiraan semula kertas undi di Parlimen Permatang Pauh jika bekas bossnya itu masih pusing Malaya membuat dakwaan kononnya ada penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi.

'Jika Anwar benar-benar yakin bahawa terdapat penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi mengapa beliau tidak mulakan dahulu pengiraan semula di kawasan yang ditandinginya sebelum mencampuri kawasan yang ditandingi orang lain'

'Saya akan meminta bantuan Suruhanjaya Piliharanya untuk perkara ini. Sudah masanya Anwar menerima hakikat bahawa rakyat menolak beliau daripada menjawat jawatan Perdana Menteri' kata Anuar Shaari lagi.

Itu keinginan Anuar Shaari yang pada pandangan Jebat sekadar pandangan kosong kerana Anwar Ibrahim tidak akan sesekali memandang berat kepada perkara yang boleh merugikan pergerakan kerjaya politiknya.

Sudah berapa lama rakyat menantikan paras rupa jam Omega? Sudah berapa lama rakyat menantikan kehadiran lelaki yang didakwa mempunyai rupa paras seiras Anwar yang dikatakan melakukan adegan seks di dalam video? Berapa lama lagi kita menantikan keberanian Anwar untuk bersumpah?

Anda semua tahu betapa yang kita semua nantikan itu takkan kunjung tiba kerana Anwar tidak akan sesekali berupaya untuk membuktikan kesahihahan dakwaan beliau itu. 

Yang tidak perlu anda tunggu tetapi pasti akan kunjung tiba ialah kebolehan Anwar Ibrahim menyeret rakyat untuk terus berdemonstrasi di jalanraya.

Blogger Stop The Lies ada menulis perihal cabaran Anuar Shaari terhadap bekas bossnya itu DI SINI.

p/s: Tak sabar nak tengok Zahid Hamidi dan IGP baru bertindak menangani kegilaan gerombolan Pakatan ini!!!!