Showing posts with label Zaid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Zaid Ibrahim. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

Hulu Selangor: Terima kasih Tun Mahathir



Sesuatu yang agak memeranjatkan apabila Tun Mahathir, idola kepada seluruh rakyat Malaysia turun berkempen untuk calon Barisan Nasional, P.Kalamanathan. Sesuatu yang tidak terduga, apabila Tun Mahathir yang pada awalnya mengatakan yang beliau tidak akan turun berkempen di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor tiba-tiba muncul di Serendah untuk membantu jentera pilihanraya BN dan calon BN. Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Tun Mahathir kerana sudi meluangkan masa membantu. Sebenarnya ucapan terima kasih ini tidak memadai sekiranya hendak dibandingkan dengan jasa yang telah Tun curahkan kepada Malaysia.

Sambil mendengar ucapan Tun Mahathir tadi, kepala aku ligat berpusing memikirkan sebab dan musabab Tun turun berkempen sedangkan Tun telah mengatakan yang Tun tidak akan turun berkempen di Hulu Selangor. Inilah kehebatan yang ada pada Tun kerana semasa ucapannya itu, Tun telah memberikan aku jawapan kepada persoalan yang berlegar di dalam kepala aku. Sebabnya Tun turun berkempen di Hulu Selangor : KERANA TUN PERCAYA AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DATO' SRI NAJIB. Ini diakui oleh Tun sendiri bilamana Tun mengatakan yang rakyat akan kembali kepada BN kerana Malaysia sekarang mempunyai Perdana Menteri yang bijak.

Di dalam ucapannya, Tun turut memuji calon BN yang katanya ikhlas, baik dan fasih berbahasa Melayu walaupun berbangsa India. Tun turut berkata, rakyat Hulu Selangor tidak seharusnya memilih Zaid Ibrahim dan Zaid Ibrahim diibaratkan seperti katak dan kacang yang lupakan kulit. Tambah Tun, Zaid Ibrahim menjadi kaya raya kerana syarikat guamannya banyak dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional dan apabila sudah kaya Zaid Ibrahim menjadi lupa diri dan lupakan orang yang membantunya. Dan keadaan ini memungkinkan Zaid melupakan orang-orang Hulu Selangor justeru Zaid Ibrahim tidak selayaknya menjadi wakil rakyat bagi orang-orang Hulu Selangor.

Kita terimalah nasihat dari Tun, orang yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Jika satu dunia mengagumi kebolehan dan menerima pakai apa yang Tun katakan, adalah amat malang jika orang-orang Hulu Selangor sendiri tidak mahu mengambil pakai apa yang Tun nasihatkan.

Monday, April 19, 2010

Hulu Selangor :Apa beza pernah minum dengan sudah berhenti minum?

Azmin Ali cabar BN untuk buktikan Zaid kaki botol? Pada asasnya, kita tidak perlu melayan cabaran si Azmin ni kerana hanya buang masa. Bila semalam Zaid kata yang dia memang pernah minum bahawasanya keadaan dan ketika minum itu diperakui oleh tuan punya badan. Seharusnya Azmin tanya pada si Zaid sendiri. Ke Azmin ada rasa segan silu nak berdepan empat mata dengan si Zaid yang diibaratkan seperti anak emas baru di dalam Pakatan?

Sebenarnya, cabaran Azmin ni ada udang yang tersembunyi. Azmin sudah ketinggalan bas di dalam Pakatan sejak kehadiran Zaid yang diwar-warkan akan menggantikan Nuar sekiranya apa-apa terjadi pada Nuar hasil perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful. Keduanya, Azmin akan dilihat hero kepada Pakatan sekiranya tidak dapat dibuktikan kepada umum oleh BN bahawa Zaid memang pembotol tegar kerana isu botol ini amat merungsingkan Pakatan menjelang detik pembuangan undi pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25hb ni. Jelas, Azmin mempunyai kehebatan bermain permainan serampang dua mata bilamana kedua-dua keadaan yang menangnya adalah AZMIN.

Ini politik dan bukan permainan silap mata. Dalam politik keadaan lebih handal berbanding permainan silap mata. Politik adalah suatu keadaan di mana memungkinkan yang mustahil. Jika isu botol ini mahu dibuktikan bermakna kita cuma memenangkan Azmin. Ini soal menanamkan persepsi rakyat terhadap isu. Sehingga ke hari ini, tidak ada gambar yang jelas yang membuktikan bahawa terlibatnya VVIP BN dengan perempuan Mongolia. Justeru, apa yang Zaid katakan bahawa dia sudah berhenti minum maka DETIK DAN KEADAAN DIA PERNAH MINUM ITU WUJUD.

Soal minum adalah soal minum. Mungkinkah bila berdepan dengan Allah kelak akan keluar perkataan 'ah itu dulu tapi aku dah berhenti minum'? Jadi soal politik tidak akan dapat mengatasi kekuasaan Allah. Apa perlunya dilayan cabaran Azmin yang hanya akan memenangkan Azmin. Kalau itu menjadi persoalannya...kita minta Azmin untuk mencabar Zaid untuk bersumpah untuk menafikan yang dia tidak pernah minum tetapi rasanya keadaan itu barang mana mungkin kerana BOSS AZMIN YANG SEMAKIN MELUPAKAN AZMIN PUN SAMPAI KE HARI NI TIDAK ANGKAT SUMPAH MENGATAKAN YANG DIANIAYA BILAMANA DITUDUH MELIWAT SAIFUL. Sampai bila kita mahu menafikan kehebatan mukjizat yang MERUPAKAN SEBAIK-BAIK HAKIM...Ini soal akidah.

Monday, April 12, 2010

Hulu Selangor: Nujum PKR sekadar Nujum Pak Belalang

Pakatan Rakyat akan umumkan calonnya malam ni 13hb April sedangkan Barisan Nasional hanya akan umumkan calonnya pada 15hb April ni..apa yang ada pada tarikh-tarikh tu?Tidak ada apa sebenarnya cuma yang ada jelas menunjukkan pembohongan PKR. Hari tu PKR kata akan letak Zaid sebagai calon sekiranya Barisan Nasional letak Dato' G sebagai calon untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Barisan Nasional masih tak umumkan calonnya tapi Pakatan dan ambil pendekatan untuk umumkan calonnya yang dikatakan Zaid. Kalau ikut rakan blogger ohpolitik.blogspot.com MK Presiden Pakatan dah sebutkan nama Zaid sebagai calon. Macam nujum pulak Pakatan kerana awal-awal lagi dah pilih Zaid sebagai calon kerana Barisan Nasional hanya akan umumkan calonnya pada 15hb.

Sebenarnya, pemilihan Zaid adalah agenda Pakatan semata-mata. Tidak ada suara dari pengundi Hulu Selangor yang mahukan Zaid. Pencalonan Zaid hanyalah untuk memberi hayat politik kepada Zaid. Zaid bukan anak jati Hulu Selangor jadi apa yang relevannya letak Zaid di Hulu Selangor?Kalau ikut Nik Aziz dia dulu pernah kata nak beri ruang kepada anak-anak Kelantan untuk bertanding di Kelantan..Katanya senang berkhidmat kepada rakyat..jadi kenapa Pakatan cakap tak senada dengan Nik Aziz. Adakah tidak ada calon yang layak dari Pakatan untuk diletakkan sebagai calon di Hulu Selangor atau adakah pemilihan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor dengan mengharapkan kemenangan yang mana akan melahirkan pengganti Nuar Berahim sekiranya kes liwat tidak menyebelahi Nuar Berahim?

Benar, Zaid keluar dari kepompong UMNO..begitu juga Nuar Berahim..tapi bila kecewa kerana gagal mendapatkan apa yang diinginkan sama-sama menyertai Pakatan...Adakah Pakatan hanya sebagai platform kepada mereka yang kecewa di dalam mengejar agenda politik? Secara ringkasnya.."ZAID DIUTAMAKAN, AGENDA POLITIK DIDAHULUKAN...RAKYAT HULU SELANGOR DIANAKTIRIKAN'.

Begitu jerihnya anak-anak Hulu Selangor yang inginkan pemimpin yang boleh membela nasib mereka. Adilkah pengundi Hulu Selangor kepada tanah Hulu Selangor sekiranya memilih Zaid anak Kelantan sebagai wakil rakyat mereka?Adakah Zaid akan sentiasa berada di Hulu Selangor tanpa pulang ke Kelantan?Bagaimana nasib anak-anak Hulu Selangor sekiranya Zaid bertanding untuk kerusi parlimen Kota Bahru pada pilihanraya umum ke 13 nanti justeru menampakkan apa yang akan dijanjikan oleh Pakatan pada kempen di Hulu Selangor nanti adalah satu retorik kerana Zaid tidak akan selamanya mahu menjadi wakil rakyat di Hulu Selangor yang bukan tanah kelahirannya.

Yang terbaik....calon Barisan Nasional seperti kata Tan Sri Muhyiddin adalah dari kalangan anak jati Hulu Selangor yang sentiasa akan ada bila diperlukan oleh anak-anak Hulu Selangor..Perlu diingat oleh anak-anak Hulu Selangor biarpun CALONNYA DARI MIC TAPI INDUKNYA ADALAH UMNO..PENDUKUNG MELAYU...