Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Bukti Azmin kaya raya




1. Rundingan malam tadi sukses! Informer telah menyerahkan dua salinan dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar serta keluarga yang bernilai hampir setengah juta RM. Semuanya jelas atas nama Azmin dan isterinya.

2. Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.

3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini).

4. Menurut sumber BPR, salahlaku Azmin berkaitan rasuah dan salahguna kuasa pernah diadukan kepada mereka. Namun aduan ini tidak kemana. Apakah AnWAR campurtangan menghalang siasatan ke atas Azmin? Apakah kes ini yang dimaksudkan? Kita tidak tahu, AnWAR dan Azmin perlu tampil menjelaskan keadaan!

5. Menurut informer, ada lagi pemilikan saham-saham atas nama Shamsidar jyang bernilai jutaan RM. TAktik apakah ini? Apakah ia sebagai proksi atau imbuhan? Dan menurut sumber itu lagi, beliau sudi untuk memberikan salinan dokumen yang dimaksudkan kepada blogmaster selepas ini. Pasti 'lakonan' AnWAR dan Azmin menafikan semakin menarik. Sama-sama kita nantikan salinan dokumen seterusnya.....


sumber dari x-pkr

Sunday, November 15, 2009

Alim kucing dengan rasuah dan kroni



TAUKEH IKAN TU TAK TAKUT KE DUDUK SEBELAH ALIM 'KUCING' TU?? KANG TAK FASAL FASAL IKAN KAU KENA NGAP NGAN SI ALIM KUCING TU..YANG SEBELAH TU PULAK PEDULI APA YANG PENTING AKU DAH CONFIRM MASUK SYURGA..HUHUHU

Rasanya tak perlu Jebat nak tulis dengan lebih lanjut pasal isu yang melanda si alim kucing yang mengaku imam besar yang last minute cancel nak pegi Haji pasal satu Malaya dah tahu yang dia pergi dengan duit yang tak berkat.

Ingatkan betul betul lah si alim kucing ni bebas dari segala bentuk gejala rasuah yang sering dia lontarkan pada pemimpin pemimpin UMNO rupa rupanya 'paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Itulah Allah tu maha adil..dekat dunia dah ditunjukkan segalanya.

Alim kucing ni pun rupanya selain dari rasuah sibuk jugak mengamalkan kronisme..Anak menantu diangkat sebagai CEO dalam PMBK..Fuhh..rupa rupanya dalam seluruh negeri Kelantan rupanya anak menantu si alim kucing ni sajalah yang layak jadi CEO pasal tu si alim kucing ni ambik jadi CEO. Kroni dan rasuah jugak si alim kucing ni..

Lepas ni nak masuk 'syurga' yang kuncinya dipegang oleh si alim kucing ni bolehlah bayar dengan duit rasuah pasal si alim kucing ni tak kisah duit apa pun janji masyuk..

Alim kucing ni nampaknya dah terdedah semua autanya..Nasib lu lah labu..

Friday, September 25, 2009

PAS: Pun kasi rasuah??

Selamat Hari Raya pada semua muslimin muslimat baik UMNO mahupun PAS..Bukan macam orang PAS yang anggap wanita PAS saje muslimah..

Penat badan macam towel buruk selepas bawak kereta berjam jam lamanya dari Kota Bharu tapi tak apa semangat raya punya pasal aku harung jugak perjalanan sejauh tu.

Sempat berborak dengan beberapa orang rakan semasa di Kota Bharu. Seorang sahabat beritahu aku yang dia terserempak dengan serombongan orang orang Manek Urai semasa berada di salah sebuah tempat peranginan (Cameron Highland kalau tak silap). Rupa rupanya rombongan mereka di taja oleh PAS yang menang di Manek Urai.

Kalau UMNO dan BN buat macam ni sah dia orang kata yang UMNO kasi rasuah pada pengundi di Manek Urai. Kalau dia orang buat apa yang harus kita panggil? Sumbangan ikhlas atau kenang jasa? Atau ajaran Tok Guru? Lu orang fikirlah apa yang sepatutnya

Rupanya dalam syurga PAS ada jugak unsur unsur rasuah..Tak payah nak dabik dada macam baik sangat dan kata orang lain semua jahat..Dalam nampak macam baik tapi banyak jugak unsur taik!!