Showing posts with label utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label utusan Malaysia. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Politik Malaysia: Telur dan ayam






Dari dahulu sampai sekarang, masih lagi tidak terjawab persoalan yang mana dahulu antara telur dan ayam.

Ada yang berkata telur lah dahulu kemudiannya baru ayam tetapi kalau tiada ayam bagaimana keluarnya telur.

Samalah keadaannya dengan politik Malaysia hari ini. Siapa yang benar dan siapa yang salah. Masing-masing dengan persepsi yang berbeda.

Tetapi tidaklah sesukar menjawab persoalan telur dan ayam di dalam hal politik Malaysia.

UMNO lahir semasa era pembebasan membebaskan negara dari belenggu penjajah. UMNO mengorak langkah di dalam merencanakan pembangungan negara. Dan secara jelas, sudah dibuktikan bahawa UMNO lah yang menjadikan Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Akibat daripada kemajuan itulah, banyak pihak yang mahu menumpang tuah dan mengecap kemasyhuran nama sebagai perencana kepada kemajuan negara.

Sehinggalah kepada tertimbulnya slogan 'Selamatkan Malaysia'.

Sayugia mereka yang tidak pernah ambil tahu isu-isu politik pasti keliru dengan slogan 'Selamatkan Malaysia'.

Dan benarnya apabila ada yang mengatakan apa yang perlu diselamatkan di Malaysia.

Rakyat Malaysia boleh ke mana-mana di dalam Malaysia secara bebas dan tanpa halangan. Bahkan lebih daripada itu, bekas banduan yang sedang dibicarakan kesnya di mahkamah masih boleh terbang keluar negara. Tanpa sekatan. Boleh berceramah menghentam kerajaan dengan sesuka hati. Jadi apa sebenarnya yang perlu diselamatkan?

Bahasa mudahnya. Kalau hendak diibaratkan, boleh sahaja UMNO menjadi ayam yang menghasilkan telur dan kemudiaanya telur itu dieramkan. Dan pratikalnya ada telur yang akan menetas sebagai anak ayam dan tidak kurang pula ada yang menjadi telur tembelang yang pastinya membusukkan.

Dan telur tembelang yang dilahirkan oleh UMNO adalah PAS dan PKR kerana di dalam PAS dan PKR ada terdapat cebisan UMNO yang sememangnya busuk baunya.

Tutup hidung!!!!

Thursday, May 19, 2011

Bertumbuklah puas-puas



Khabarnya esok anak-anak muda Melayu akan menyinsing lengan dengan berdemo di hadapan pejabat Utusan Melayu.Apa yang nak dihairankan dahulu pun anak-anak muda Melayu sudah biasa menyinsing lengan.

Cuma bedanya adalah..Dulu anak-anak muda Melayu menyinsing lengan bersatu hati menentang penjajah. Dan kini anak-anak muda Melayu mahu menyinsing lengan menghayunkan penumbuk sulung ke muka anak Melayu lain. Hebatnya Melayu.

Tak perlu susah payah puak-puak yang mahu melihat Melayu hancur menyusun strategi kerana Melayu sendiri sudah mahu menjahanamkan Melayu.

Bertumbuklah puas-puas kalau itulah yang membuatkan Melayu merasakan diri mereka hero. Melayu tak pernah ada Ultraman, Superman, Spiderman..Melayu cuma ada Cicakman. Mudah-mudahan esok akan ada yang menjadi Ultraman biarpun esok yang menjadi raksasanya adalah raksasa Melayu.

Melayu sekali lagi akan ditagih untuk berfikir..siapakah yang benar di antara Tuah dan Jebat?

Monday, April 25, 2011

Tiada yang baru yang Zaini Hasan cuitkan


1 Melayu 1 Bumi yang disarankan secara peribadi oleh Datuk Zaini Hasan di dalam ruangan cuit Utusan Malaysia bukanlah sesuatu yang baru didendangkan.

Sebenarnya, orang-orang Melayu marhaen yang tidak kemaruk politik lebih dahagakan penyatuan kaumnya berbanding dengan kegilaan orang-orang politik Melayu yang tidak langsung memikirkan untung nasib kaumnya..Yang penting dan sentiasa memberontak dalam kepala dan benak mereka hanyalah mengejar kuasa yang pastinya boleh menjamin kekukuhan ekonomi.

Mungkin orang politik Melayu jarang berjalan di warung-warung kerana terlalu selesa melepak di hotel-hotel mewah biarpun sekadar menikmati secawan teh. Pergi saja ke Pandan Indah sebagai satu contoh, lihat sahaja bagaimana utuhnya perpaduan di kalangan peniaga Cina di sana. Berniaga di bawah satu bumbung yang sama dan tidak wujud soal dengki dan khianat sesama mereka. Kedai tayar dan workshop kereta di Pandan Indah juga didominasi oleh peniaga-peniaga Cina dan akibat dari penyatuan inilah maka banyak industri perniagaan dimonopoli oleh kaum Cina.

Orang Melayu dalam soal menjadi imam masjid pun kadang kala boleh membawa kepada soal bermasam muka. Apatah lagi dalam soal mengejar kegilaan kuasa politik. Baik di dalam UMNO mahupun PAS. Yang kalah di dalam pertandingan merebut kerusi setiap kali adanya pemilihan akan membawa rajuk yang panjang yang kemudiannya disalurkan dengan rasa dendam yang membara. Sebab itulah di dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil istilah cah keting selalu kedengaran.

PAS sudah terlalu jauh melupakan soal penyatuan orang-orang Melayu. Jika tidak sudah lama idea untuk mewujudkan kerajaan perpaduan diterima pakai oleh PAS. PAS lebih suka dan cenderung menawarkan syurga kepada pengikut-pengikutnya. Waimah jika ada pengundi Cina yang mengundi PAS pun akan dijanjikan syurga firdaus. Atas kelemahan dan kepercayaan cetek PAS itulah maka DAP sebijak kancil memperkudakan PAS untuk memancing undi orang-orang Melayu sekaligus memecahkan Melayu kepada puak-puak.

Sebenarnya apa yang ditulis oleh Datuk Zaini itu adalah kerana jiwanya yang cintakan dan sayangkan Melayu tercampur pula dengan emosi marah yang terkecewa kerana melihat bangsanya semakin diinjak-injak. Ada benar dengan apa yang Datuk Zaini nukilkan malah sebenarnya ramai orang Melayu yang bebas dari kegilaan mengejar kuasa politik bersetuju dengan apa yang Datuk Zaini nukilkan. Sesuai benar Datuk Zaini berkhidmat di Utusan Malaysia dan atas sebab itulah tidak ada salah dengan apa yang beliau nukilkan. Rasanya, jika Datuk Zaini berkhidmat dengan suratkhabar bukan Melayu pun tulisannya pasti akan menjurus kepada soal penyatuan Melayu kerana orang Melayu kaya dengan jiwa, kaya dengan keresahan dan juga kaya kepada soal terlupa. Orang yang terlupa harus dicuit dan cuit Datuk Zaini itu mungkin sahaja akan membuatkan ada orang yang melatah.

Pandangan Tun Mahathir berhubung apa yang Datuk Zaini nukilkan adalah pandangan seorang bekas pemimpin yang pastinya melihat sesuatu secara menyeluruh. Dan sebagai pemimpin yang banyak dan besar jasanya mungkin beliau merasakan perkara itu tidak perlu dinukilkan secara terbuka.

Ibarat menarik rambut di dalam tepung, biarlah semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Cuma orang-orang Melayu sudah seharusnya boleh menghidu atau terbau ada benda yang sedang membakar di dalam sekam dan mujurlah ada Melayu seperti Datuk Zaini Hasan yang cuba menyedarkan orang Melayu biarpun sekadar cuit-cuit manja.

Monday, December 27, 2010

Apa fatwa Nik Ajis?


Satu tamparan yang hebat buat wali selipar kelahiran Kelantan, Nik Ajis bila mana 20 sekolah pondok di Kelantan menolak kepimpinan PAS.

Sekolah pondok adalah suatu institusi yang benar-benar memperjuangkan dan bergerak berlandaskan ajaran Islam yang hak dan tidak sama sekali terbelenggu dengan mana-mana ideologi politik.

Apakah Nik Ajis akan mengeluarkan fatwa mengatakan sekolah pondok terbabit dibeli oleh UMNO? Adakah Nik Ajis akan mengatakan sekolah pondok terbabit tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar?Adakah Islam Nik Ajis dan Islam sekolah pondok tersebut tidak sehaluan?

Adakah Nik Ajis akan mengharamkan sekolah tersebut?

Jelas, Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah bersifat kepentingan politik. Lagipun di dalam buku 7 Wali Melayu, nama Nik Ajis tidak termasuk di dalam senarai. Di Kelantan, hanya nama Tok Kenali yang menjadi sebutan dan diiktiraf kealimannya.

Kenapakah Nik Ajis tidak mewar-warkan nama Tok Kenali sebagai wali besar dari Kelantan?

Wali-wali adalah ibarat sebutir permata..Sedangkan ulamak PAS ibarat kaca yang bersepah di tengah-tengah jalan. Justeru, sebab itulah wali-wali besar jarang dikenali orang bahkan mereka tidak mahu diri mereka dikenali umum..berbeda dengan ulamak PAS yang menayangkan wajah mereka di jalan-jalan bahkan di batang-batang pokok sehinggalah ke tong-tong sampah di dalam pilihanraya dengan poster-poster muka mereka yang bertebaran di jalanan.

Mungkin Nik Ajis dan ulamak PAS lupa bagaimana junjungan besar bersabda ..'Barangsiapa diam. dia akan selamat'. Hari ini ulamak palsu PAS lantang bersuara memperjuangkan sesuatu yang cukup kabur termasuklah bersetuju untuk si kafir menjadi Timbalan Perdana Menteri..

Dunia mahu kiamat???

Sunday, December 12, 2010

Apa jawapan Azmin?


Lama tak mendengar khabar Umi Hafilda Ali..tiba-tiba muncul dengan permintaan yang merobek hati seorang abang. Begitulah kisah sayangnya seorang adik kepada abang kandung. Mungkin kerana tidak lagi tertahan perilaku abang yang menjolok mata.

Andaikata orang lain yang mahukan supaya Azmin bertaubat mungkin benar kalau dikatakan ada unsur-unsur percaturan politik tetapi jika seorang adik kandung mahukan abangnya bertaubat, mungkin sahaja ada perkara kurang elok yang sedang dilakukan oleh si abang.

Perkataan seperti khianat pada bangsa dan negara adalah ayat yang cukup berat maknanya. Kalau di kampung semasa aku kecil kalau perkataan sebegitulah yang aku lemparkan pada abang kandung aku, mahu saja pelempang jepun hinggap di muka aku.

Mungkin Azmin tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang pada Umi Hafilda kerana carik-carik bulu ayam pasti bertaut semula dan air dicincang takkan putus.

Setidak-tidaknya Azmin kenalah menafikan apa yang Umi Hafilda dedahkan. Tetapi sudah banyak hal yang Azmin mengambil sikap mendiamkan diri. Suatu ketika dulu bloggers mencabar Azmin untuk buat ujian DNA berhubung soal anak. Apakah dalam soal ini Azmin akan bersuara mempertahankan dirinya?

Rasanya Azmin hanya akan bersuara kepada perkara-perkara yang boleh menggugat kepentingan politiknya di dalam PKR dan hanya akan bersuara mempertahankan Nuar Berahim.

Kita cabar saja Azmin bersumpah menafikan apa yang Umi Hafilda telah dedahkan. Soalnya, beranikah Azmin atau mungkinkah Azmin akan mendiamkan diri dan membuat pelbagai helah seperti mana isu sumpah yang dicabar kepada bossnya, Nuar Berahim?

Atau mungkinkah ayat lazim dengan mengatakan ini adalah konspirasi jahat UMNO akan terus dilagukan oleh Azmin untuk mencari jalan keluar mudah?

Rakyat tidak sebodoh dahulu dan tentunya ayat yang keluar dari mulut Umu Hafilda akan membuatkan rakyat berfikir 2 kali untuk terus menolak apa yang Umi Hafilda telah dedahkan.

Rasanya, Azmin tidak akan dibuai mimpi indah malam ini!!!

Saturday, May 22, 2010

Tanah Melayu tapi budaya kong kali kong

Sebelum aku lupa aku nak pesan pada diri aku bahawa sejarah tak pernah lupa dan sejarah tak pernah buta. Kalau ada yang berbeda mungkin kerana yang mempelajari sejarah itu buta. Dahulu, sekarang dan selamanya akan kekal dalam sejarah bahawa pernah wujud dalam sejarah bahawa adanya Persekutuan Tanah Melayu dan pengasas mutlaknya ada Melayu.

Tapi atas darjat budaya Melayu yang tinggi berhemah tidak mengapalah sekiranya apa yang ada dikongsi atas nama hormati menghormati. Berlainan kulit dan pegangan agama kita ketepikan atas nama 1 Malaysia. Justeru, kesamarataan ditagih biarpun pengasas mutlak yang bernama Melayu semakin menjadi melukut di tepi gantangnya sendiri. Mungkin melukut sudah tidak kisah jika pulut nan sepet menjadi pemilik gantang.

Khabar dan kisah aku terima dari rakan yang agak radang dengan Perarakan Warna Warni Satu Malaysia yang diadakan tadi. 1 Malaysia...kata dasarnya MALAY bermaksud Melayu. Sewajarnya kalau Melayu sebagai kata dasar, asas perarakan harus mengikut lunas Melayu tapi yang menjemput radang sahabat aku pada masa Perarakan Warna Warni Satu Malaysia tadi bila budaya Melayu seakan terbuang dan tersisih. Kata mudah, budaya Melayu dah jadi second class dalam buminya sendiri. Eh..siapa penganjur?Khabarnya, Kementerian Pelancongan..Siapa penghulu di Kementerian Pelancongan ye?Aku lupa dan sengaja aku buat buat lupa..kan itu asas Melayu..macam kata Tun Mahathir..Melayu Mudah Lupa..

Nampak gaya cuaca di Malaysia semakin tidak menentu dan kadang kadang panas terik..Kalau dah panas terik tu banyak mata yang sepet dari mata yang bulat membuntang..Dari Hulu Selangor ke Sibu dan kemudian ke Perarakan Warna Warni Satu Malaysia, penyakit mata kecik dan simptom sepet mata kerana cuaca yang panas terik nampaknya makin menyelubungi Malaysia. Bilalah mata mata bundar nak kembali sedar!!!

Saturday, May 1, 2010

Bersuara ikut tekak

Kita bertemu lagi setelah seminggu aku membisu dan membungkamkan diri dari menyatakan apa-apa. Sejak pulang dari Hulu Selangor aku mengambil keputusan untuk merehatkan sejenak kepala dan minda dari terus memikirkan calar balar politik negara yang sudah semacam tidak ada titik noktahnya. Telinga dan gegendang telinga aku hampir tepu setelah hampir tiap-tiap malam selama 2 minggu mendengar dakyah-dakyah yang Pakatan hamburkan semasa kempen pilihanraya Hulu Selangor tempoh hari. Mata dan anak mata aku hampir rabak bila melihat Pak Haji dan Mak Haji puak hijau bertepuk sakan mendengar orang-orang bukan Islam menghentam pemimpin-pemimpin Islam Barisan Nasional. Mungkin ada benarnya jika orang kata dunia sudah mahu kiamat...kerana ada di antara tanda-tandanya sudah jelas kelihatan..ORANG JAHIL MENGAKU ALIM DAN MENJADI GURU..DAN APABILA LAMBANG DAJJAL BERMATA SATU DIJULANG TINGGI OLEH ORANG ORANG ISLAM. Dan selemah-lemah iman apabila aku hanya mampu menegur di dalam hati. Dengan kudrat dan izin Allah jua.

Baik..kita lupakan soal Hulu Selangor yang telah jelas memihak kepada Barisan Nasional. Biar seribu undi biar satu undi..menang tetap menang.

Rakan blogger seolah menyedarkan aku dari lamunan dan membangunkan aku dari tindakan membungkamkan diri. Menerima sms dari rakan blogger berhubung demo yang mahu dianjurkan oleh si roket tegang mencanak membuatkan kepala otak aku berputar ligat semula. Apa pulak si kulit kuning telur ni mahukan? Khabarnya..esok tengah hari di KLCC mahu diadakan protes terhadap media arus perdana..Di khabarkan si kuning telur roket ni mahu memegang suratkhabar arus perdana di dalam keadaan terbalik selama 10 minit dan mesej yang mahu disampaikan adalah tentang ketidakboleh percayaan terhadap suratkahabar arus perdana ni. Jadi, suratkhabar mana dan media mana yang boleh dipercayai?

Secara peribadi, aku membaca Harakah dan Suara Keadilan hampir tiap-tiap hari. Aku sekadar baca dan isi kandungannya tidak langsung mengusik minda aku untuk berfikir. Dan aku percaya bahawa akan ada di antara kita yang akan mempercayai isi kandungannya. Tidak ada salah kerana itu pendirian masing-masing. Tidak semua orang akan percaya dengan apa yang kita perkatakan. Tetapi lumrah alam..yang busuk dan mengundang dosa itu yang disukai orang.

Kalau sejernih itu kerajaan yang ditunjangi UMNO memberikan permit kepada Harakah dan Suara Keadilan, kebebasan bersuara apa lagi yang mereka mahukan?Apakah mereka mahukan seluruh rakyat mempercayai berita yang mereka keluarkan? Atau adakah mereka sudah semakin gusar kerana tanda-tanda rakyat kembali ke pangkuan Barisan Nasional sudah digambarkan di Hulu Selangor? Apa yang perlu mereka khuatirkan sekiranya berita yang disampaikan oleh media mereka benar-benar diterima oleh rakyat? Soalnya, mereka sudah mula nampak bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh lagi di perbodohkan dengan persepsi. Sebaliknya, bukti-bukti kejayaan Barisan Nasional sudah mencelikkan mata rakyat dan ini menggusarkan mereka justeru pada mereka media arus perdana yang menjadi saluran penyampaian kejayaan kerajaan ini kepada rakyat harus mereka kuburkan.

Kita tunggu sahaja esok dan kita sama-sama lihat sambutan terhadap demo ini. Moga-moga rakyat tidak lagi benak akal fikiran dengan menyertai mereka dan yang paling utama jangan sampai ada TANGGANG DI KALANGAN ANAK MELAYU ...MENDERHAKA PADA IBU PERTIWI SENDIRI.